Vitamin pelengkap nutrisi untuk kanak-kanak

Saya tak berapa suka makan jajan. Makan pon bila mmg dh ada depan mata. Tapi saya tak dapat nk elak anak-anak saya daripada sukakan jajan. Yer lah kan, bila ada party pack birthday konpom memang ada jajan kt dalam tu. Bila dh bawak balik, sukarnya saya nk minta anak-anak simpan saje jajan tu. Yang pasti mereka pon dah pandai buka sendiri pek jajan tu.

So bila saya dh tak ada 100% kuasa menghalang anak-anak yang suka makan jajan, gula-gula, ais krim dan sebagainya saya perlu limitkan intake dan gantikan dengan sesuatu.

Jadi, sebagai ibu bapa prihatin, saya memang cuba supaya anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Info credit to VitaminSemulajadi.com
  • Dari lahir sampai usia tiga tahun, perkembangan otak sangat sensitif dan bergantung terhadap gizi bayi dan anak-anak. 75% dari kapasiti otak mereka berkembang selama waktu ini. Kerana itu bayi harus diberi susu ibu, dan ibu hendaklah menjaga diet agar mendapat nutrient yang mencukupi untuk dirinya bagi menjaga tahap penting dalam perkembangan bayi.
  • Setelah usia dua tahun, diet anak harus mengandungi cukup rendah lemak untuk mengelakkan perkembangan penyakit jantung, obesiti, dan masalah kesihatan yang lain di sepanjang pembesaran mereka.
  • Pada usia lima tahun, otak anak telah berkembang sebanyak 90%.
  • Antara usia 11 dan 16, anak-anak mengalami growth sput, selari dengan pertambahan berat badan, pembentukan otot dan kematangan alat reproduksi.
Memandangkan kami suami isteri hari bekerja, maka tugas memberi makan anak-anak jatuh kepada pengasuh termasuk guru taska mereka. Saya memang tidak berapa pasti, adakah mereka diberi gizi pemakanan yang seimbang ditaska termasuk sayur-sayuran. Saya memang pernah bertanya pada anak sulung saya, apa yang dia makan di sekolah. Dia akan jawab, nasi dengan ayam..nasi dengan kicap, nasi dengan telur. So saya dapat buat kesimpulan, di taska mereka diberi makan makanan yang simple sahaja. Begitu juga dirumah, sayur yang saya masak akhirnya saya juga yang habiskannya.

Saya tahu, makan bukan untuk kenyang tapi untuk membekalkan nutrien kepada tubuh. Oleh itu, saya memilih Vitalea for Children supaya mereka dapat melengkapkan nutrien dalam tubuh badan mereka.

vitamin kanak-kanak

Vita-Lea® for Children Chewable

  • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B
Anak-anak saya tiada masalah makan vitamin dalam bentuk tablet ni. Tapi saya belikan juga MealShake utk mereka kerana ada masa mereka tak mau makan Vitalea.

mealshake 

Meal Shakes

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Anda BAGAIMANA?

Pastikan anda memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Kepentingan nutrisi ini bukan sahaja untuk tumbesaran tubuh badan mereka, tetapi juga untuk otak yang cerdas.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Bagaimana Lecithin Membantu Menurunkan Berat Badan?


Jika customer datang ke rumah…memang senang nak tunjuk demo Lecithin dan bagaimana ianya berfungsi. Namun untuk tidak menghampakan mereka yang tidak dapat datang ke rumah…inilah gambar yang ibu snap untuk tatapan semua.

Mula-mula, ibu tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.
Pandangan dari sudut sedikit jauh.

Ibu cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula.

Kemudian, ibu pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.

Setelah dikacau, inilah hasilnya.

Molekul minyak kelihatan terurai.

Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin.

Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam  diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.

Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.

Bagi ibu yang tidak menyusukan, pengambilan Lecithin bersama Cinch Shake adalah lebih efektif utk menyingkirkan lemak yg tidak diingini itu..


Kontek saya call/sms 013-3583424 atau emel lydzar@gmail.com untuk pesanan..

Kebaikan Vitamin C

Semalam cerita pasal petua selsema sembuh dengan Performance Drink dan Vitamin C ~of course lah produk Shaklee~. So hari ni nak share tentang ramuan dalam petua tersebut iaitu Vitamin C Sustained Release 500mg

Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

credit to :  Mommy Lyna

Performance Drink merawat selsema

Dah 2-3hari saya rasa sakit tekak. Mula-mula diserang batuk, kemudian 2-3hari lepas mula diserang selsema. Tahu lah kan bila diserang selsema ni, bukan setakat air hidung meleleh..badan pon rasa lemah lesu je.

Saya belek-belek petua di Internet, terjumpa lah macam-macam petua. Tapi yang paling senang adalah petua yang ramuannya memang ada dalam simpanan saya sekarang :)

Nak tau apa dia? Ramuan dia adalah Performance Drink dan juga Vitamin C. Since saya adalah pengamal ~malah pengedar~ Shaklee, so memang dua ramuan ni ada dalam gobok dapur saya :)
Bangun je dari tidur, saya bancuh sesudu Performance drink dalam segelas air kosong, dan saya telan sebiji Vitamin C yang dipatahkan dua.

Petang atau malam pon saya buat perkara yang sama. Alhamdulillah, dalam masa beberapa jam selepas itu, selsema saya dh lega BANYAK. Walaupon masih bersisa, tp ia sungguh melegakan. Tidak la saya asek terbersin bila saya tengah main-main dgn Hilda. Mau berjangkit pula pada anak dara saya tu.

Since dh start breastfeeding semula ni, seboleh-bolehnya saya takmau telan Panadol or any kind of drugs. Kalau boleh nk try petua2 yang tradisi je. Tapi saya rasa saya akan stick pada peetua yg ini saje lepas ni. Maklumla Performance Drink dan Vitamin C memang dh jadi warga tetap gobok dapur saya :)

Anda pon nk cuba petua ni? Boleh dan dialu-alukan. Malah Performance Drink adalah antara produk terhangat di bulan Ramadhan kerana ianya menghalang badan kita daripada rasa dehydrate,.


Kontek saya call/sms 012-3103787 atau email lydzar@gmail.com utk konsutasi percuma tentang Performance Drink dan produk Shaklee yang lain

Nadia Cekal Atasi Masalah Mastitis Dengan Set Berpantang Sehingga Dapat Kembali Menyusukan Anaknya

Perjalanan penyusuan Nadia dan anak sulungnya baru saja bermula. Masalah timbul apabila Nadiah tiba-tiba mengalami bengkak susu. Pelbagai cara tradisional telah dicuba utk melegakan kesakitan yang dialami.

Akhir sekali Nadiah telah di diagnos menghadapi masalah mastistis dan beliau terpaksa menjalani pembedahan minor di breast utk membuang nanah yang telah terkumpul.


APAKAH MASTITIS?

Mastitis merupakan istilah medikal untuk keradangan payudara pada perempuan yang biasanya baru saja melahirkan bayi.
Mastitis ini dikesan apabila ada gejala pembengkakan payudara, timbulnya rasa sakit, dan warna kemerahan di sekitar payudara. Mastitis terjadi karana adanya sumbatan pada saluran susu atau putingnya mengalami sumbatan. Jika tidak segera diatasi, mastistis boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat sehingga mencapai 38 darjah celsius dan menimbulkan rasa sakit.
Simptom Mastistis
  • Apabila disentuh, payudara terasa hangat.
  • Terjadinya pembengkakan pada payudara.
  • Timbulnya rasa sakit ketika menyusukan bayi
  • Kulit berwarna merah kemerahan.

Kenyataan yang pahit utk ditelan, Doktor sarankan supaya Nadiah terus stop breastfeeding dan dia diberikan pil 'stop susu'. Dikala semangat utk menyusukan anaknya sedang berkobar-kobar, ia telah disiram oleh kata-kata Doktor tersebut. 
Tapi Nadia tak putus asa, keinginan utk menyusukan anaknya masih tinggi. Tak sampai hati rasanya tengok anak yang masih belum mencecah 3 bulan meneguk susu formula.

LUKA PULIH SUSU MAKIN BERTAMBAH

Sejak diberikan ubat untuk menghentikan susu, Nadia mendapati susunya memang semakin berkurang. Katanya lagi bila di pam, susunya cair sangat bak air dan tiada rupa susu.

Atas usaha dan bantuan seorang rakan, Nadia akhirnya mencuba Set Breastfeeding Shaklee yang dibeli daripada saya.

Pada mulanya, saya syorkan Nadia Set Berpantang dahulu utk tujuan penyembuhan luka pembedahannya. Zinc Complex yang terdapat didalam set berpantang ini membantu pemulihan luka dengan lebih cepat.

Alhamdulillah, vitamin-vitamin yang terkandung di dalam set berpantang ini bukan saja membantu pemulihan luka dengan lebih cepat, malah memberi manfaat tambahan pada rupa susu Nadia yang dulunya sangat cair.

Susu tidak cair lagi

Saya meyakinkan Nadia bahawa dia masih boleh kembali fully breastfeed, asalkan tubuh si ibu kembali sihat dan ibu mengamalkan konsep asas breastfeeding iaitu kekerapan mengosongkan breast, minum air yang banyak dan juga doa serta tawakal pada Yang Maha Esa. Dan disertai dengan pengambilan vitamin bila ibu tidak dapat memenuhi keperluan mengikut piramid makanan.

Mari kita doakan agar Nadia dan anaknya boleh terus berjuang dan berjaya dalam dunia penyusuan Susu Ibu.

Update : Ketika saya follow up Nadia tempohari, alhamdulillah mereka kini sudah kembali bonding bersama dan meneruskan penyusuan seperti biasa. Alhamdulillah.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Shaklee MealShake - untuk yang sukar menelan pil

Kakak sulung saya sedang mengandung anak ketiganya. Kesian dia setiap kali pregnant, dia akan mengalami alahan yang agak teruk. Pregnant kali kedua dulu, terpaksa ambil unpaid leave sebulan sebab dia memang tak larat nak bangun. So balik kampung duduk dibawah jagaan emak.

Dia ada bertanya saya, apa yang boleh kembalikan tenaga dia dalam fasa alahan ni. Saya cadangkan dia ambil set J1, set untuk ibu mengandung. Tapi malangnya dia tak boleh langsung nk menelan pil-pil tu semua. Jadinya walaupon dah lebih 2 minggu set J1 sampai ketangan, set itu masih elok tak berusik. 

Saya cadangkan pula Mealshake. Nak tau apa dia Mealshake?

credit

1. Kalori

Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat 'shake' dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan 'whole milk' anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori.

2.Lemak

Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu. 

3.Karbohidrat

Ada 23gm karbohidrat  dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.

4.Protein

Untuk 1 / 4 cawan,  campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.


5.Vitamin

 Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan ,  25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.


6.Mineral

Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat  20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.

Read more: http://www.livestrong.com/article/278984-shaklee-shakes-nutrition-information/#ixzz1MIGRlAzf


Mealshake Shaklee bukan hanya boleh di ambil oleh org dewasa, malah boleh di minum oleh kanak-kanak. Saya juga bercadang nak belikan anak-anak saya Mealshake ni utk bantu mereka meningkatkan selera makan.

Campurkan sahaja Mealshake di dalam minuman or makanan yang anak-anak  gemari..

Ibu yang menyusu pon boleh ambil MealShake. 

Ingin dapatkan Mealshake? Hubungi saya sms/call 012-3103787 atau emel saje di lydzar@gmail.com untuk dapatkan harga istimewa :)


Rambut Sihat

Credit info : SihatSelalu.com

Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara 2 hingga 6 tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan.

Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.

Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.

Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.

Pic credit : DuniaWanita
Diet dan Kebersihan

Untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting.

Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90% komponen rambut terdiri daripada protein. Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut.

Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.


Bagi yang menghadapi masalah keguguran rambut, ataupon rambut tidak sihat saya syorkan pengambilan Set A ( Vitalea, Vitamin C dan B-Complex) dan juga Vitamin E serta Zinc Complex. 

Rangkaian Hair Care Prosante juga membantu anda untuk menjaga rambut dari segi luaran. Lengkap dengan syampu, conditioner dan juga scalp treatment.







----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


ESP Tinggi KHASIAT

Saya tunjukkan 2 testimoni tentang ESP yang di post di FB Wall Shaklee GBS.

ESP sumber protein daripada soya yang mengenyangkan.

ESP juga untuk mencantikkan kulit.


Promosi ESP berlangsung ya!! Hanya RM120 termasuk kos penghantaran! Murah Murah!!
Cepat cepat dapatkannya dari saya..

Call/sms saje di 012-3103787 atau emailkan di lydzar@gmail.com

Cara atasi masalah rambut gugur dengan pengambilan vitamin

Masalah keguguran rambut adalah perkara biasa yang melanda orang dewasa, terutama lelaki bila dah berusia dan wanita selepas bersalin. Rambut gugur kadangkala boleh membawa kepada stress, bila melihatkan rambut yang melekat di sikit, di lantai, di bantal dan sebagainya.
Rambut kita sebenarnya sering mengalami proses gugur-tumbuh kembali. Ia adalah proses biasa, dan menjadi lebih teruk sedikit selepas bulan ke-3 (biasanya) kelahiran anak. Seorang ibu akan mengalami keguguran rambut (biasanya dikaitkan dengan habit anak menyembur air liur).
Mari kita tengok gejala-gejala keguguran rambut ni dengan lebih jelas:

Keguguran Rambut Kekal

Androgenetik alopecia
Bagi lelaki, corak kebotakan boleh bermula dari awal, walaupun pada usia remaja atau awal 20-an. Ia biasanya dicirikan oleh garis rambut yang mulai surut surut di sisi dahi dan botak di bahagian atas kepala. Hasil akhir boleh botak separa atau botak terus.
Bagi wanita, biasanya mempunyai keguguran rambut bermula dengan penipisan di bahagian depan, sisi atau bahagian atas . Wanita biasanya mengekalkan garis rambut depan mereka dan jarang mengalami kebotakan lengkap.
Cicatricial alopecia
Keadaan ini jarang berlaku apabila berlaku keradangan terhadap folikel rambut. Parut yang terhasil menyebabkan keguguran rambut yang berkekalan. Kadang-kadang ia bermula dengan penyakit dengan gatal-gatal atau sakit lain.

Keguguran Rambut Sementara

Alopecia areata
Keguguran rambut jenis ini biasanya berlaku setempat. Ia boleh menyebabkan kehilangan rambut setengah-setengah di mana-mana kawasan yang mempunyai rambut, termasuk kening, bulu mata dan janggut. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia boleh maju menyebabkan keguguran rambut di seluruh badan. Jika kehilangan rambut termasuklah kulit kepala anda, keadaan ini dipanggil alopecia totalis. Jika ia melibatkan seluruh badan anda, ia dipanggil alopecia universalis. Kesakitan dan gatal-gatal boleh menjadi penyebab kehilangan rambut, tetapi gejala yang selalunya minimum.
Effluvium Telogen
Jenis keguguran rambut yang sementara ini berlaku secara tiba-tiba, paling kerap selepas penyakit yang ketara atau tekanan perasaan. Segenggam rambut boleh keluar apabila menyikat atau membasuh rambut anda atau mungkin akan jatuh walaupun diusap dengan lembut. Keguguran rambut jenis ini biasanya menyebabkan keseluruhan penipisan rambut dan tidak sampai botak.
Traction alopecia
Kesan botak boleh berlaku jika anda sering memakai gaya rambut tertentu, seperti pigtails, tocang atau cornrows, atau jika anda menggunakan penggelek yang ketat. Kehilangan rambut biasanya berlaku antara baris atau pada bahagian di mana rambut ditarik ketat.
Effluvium Anagen
Keguguran rambut jenis ini disebabkan oleh kimoterapi.

Punca-Punca Keguguran Rambut Yang Biasa

Demam yang teruk
Selepas mengalami demam yang teruk biasanya seseorang akan mendapati rambutnya mengalami keguguran yang agak serius. Namun ia akan kembali normal.
Melahirkan anak
Tindakbalas hormon menyebabkan seorang ibu yang melahirkan anak mengalami masalah keguguran rambut yang serius. Namun ia akan pulih dalam tempoh 6-12 bulan.
Kekurangan protein
Pengambilan protein yang tidak mencukupi dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan rambut mengalami masalah. Ini kerana rambut dibina oleh protein.
Pengambilan ubat-ubatan
Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku, misalnya ubat darah tinggi, ubat gout dan sebagainya.
Menghidapi penyakit
Keguguran rambut juga boleh manjadi simptom kepada penyakit-penyakit yang mungkin anda tidak sedar sedang menghidapnya. Jalani pemeriksaan sekiranya anda mengalami keguguran rambut yang teruk dengan keadaan kesihatan yang agak tidak memuaskan.

Vitamin Untuk Masalah Rambut

Vitalea (multivitamin dan multimineral)
B Complex
Zinc Complex
Vita-C
Vita-E

credit to MommyLyna


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Suplement dalam usaha mendapatkan zuriat

Kawan saya pernah tanya, Set D tu set utk kesuburan ke? Ada tak yang dah berjaya mendapat zuriat selepas mengambil set tersebut. Saya jawab. ADA dan saya beri dia cadangan agar mengambil set vitamin seperti berikut.

Sesungguhnya, SHAKLEE bukanlah barang ajaib yang boleh menyebabkan seseorang itu mengandung dan lekat, tapi apa yang penting kita berusaha

Set A :
Vitamin Asas
(1) VitaLea
(2) Vitamin C
(3) B-Complex
Vitamin Kesuburan
(4) Vitamin E
(5) Zink
 
Pemakanan seimbang
(6) Meal Shake

Set B : (cadangan dari GenkiMomma.com)
Vitamin Asas
(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex
Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan

(4) Vitamin E

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5) Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Cara pemakanan supplements:

Untuk Suami.
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc – 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc – 1 biji sehari.

Untuk Isteri.
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc – 1 biji setiap hari, dan,
Alfalfa – 3-5 biji sehari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc – 1 biji sehari, dan,
Alfalfa – 3-5 biji sehari.
* Meal Shake diambil setiap pagi sebagai sarapan pagi.

Untuk rakan-rakan terdekat saya yang mempunyai masalah seperti ini, saya amat mengesyorkan cadangan diatas. Selagi berdaya kita berusaha, berusahalah.  Anak ibarat satu hadiah yang ternilai harganya.

Bak kata Cik Yut, This is the least that you can do, before consulting with the experts and getting those expensive treatments. No harm trying right?
Dan, ingatlah, kita hanya merancang, kita berusaha, kita berdoa dan bertawal, dengan izin Allah jua yang menentukan.
credit to : Cik Yut

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Bagaimana Hasilkan Banyak Susu

Ada yang bertanya kepada saya :

 Mcm mana nak hasilkan semula susu yang banyak sebab kini bila sekali pam je memang dapat dalam 1oz je..jika dulu boleh dapat sekurang-kurangnya 3-4 oz sekali perah.



Susu dapat dihasilkan dengan banyak apabila si ibu kerap mengosongkan payudara. Pengosongan payudara perlulah dilakukan melalui memberi hisapan secara langsung kepada bayi atau sesi perahan. 
LEBIH KERAP PAYUDARA DIKOSONGKAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.

Namun banyak faktor mempengaruhi penghasilan susuibu. Antaranya ialah kesihatan ibu serta mood si ibu. Kesihatan yang baik membantu si ibu untuk meneruskan sesi penyusuan susuibu dengan lebih baik. Mood yang baik dan bebas dari sebarang tekanan juga membantu susuibu dihasilkan dengan baik. Maka dengan itu si ibu perlulah pastikan pengambilan makanan yang seimbang serta memastikan jiwa sentiasa tenang. 

Namun sayangnya rata-rata ibu hari ini hanya makan disebabkan dua perkara iaitu 
1) yang mengenyangkan dan 
2) yang menjimatkan. 

Hanya segelintir yang memikirkan kualiti dan memenuhi keperluan semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Apa yang kita makan mempengaruhi apa yang dihasilkan. Jika kita makan secara ala kadar, maka yang dihasilkan juga sedemikian. Sebatang tebu takkan dapatkan hasilkan satu jug besar air tebu....
Pemakanan sangat perlu dititikberatkan selain pengambilan air yang mencukupi demi memastikan si ibu kekal sihat dan tidak mengalami hidrasi disebabkan menyusukan si manja tadi.
Sangat digalakkan sekiranya berkemampuan, maka cuba dapatkan supplement yang membantu menutupi segala ruang kosong zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Jika tak berkemampuan maka boleh dapatkan dari klinik kerajaan yang diberikan secara subsidi.

Ibu yang sihat mempengaruhi aktiviti dan rutin harian yang dilakukan. Si ibu yang sihat pastinya dapat menguruskan diri, keluarga dan kerjaya dengan lebih baik. Biasanya golongan ini adalah ibu yang berkeyakinan untuk terus berjuang dalam penyusuan. Hasil susuan juga tidak kurang menarik perhatian ibu-ibu ...masakan tidak, susuibu kelihatan lebih pekat, kekuningan, anak mudah kenyang dan lena tidur dan saya alami dengan dua2 anak saya.

Berbeza dengan ibu yang sihat pada kadar biasa yang hanya amalkan pemakanan yang dipengaruhi oleh faktor kenyang dan jimat. Biasanya ibu ini mudah mengadu penat, mood yang swing dan jiwa yang mudah terganggu akibat tekanan luar.

Pastinya berbeza ibu yang amalkan vitamin dan yang tidak amalkan vitamin....maka tepuk dada tanya selera. Manakah anda sebenarnya?

sumber:  Anakkuwiraku.com

Berminat utk mendapatkan vitamin-vitamin yang sesuai utk ibu menyusu? Hubungi saya di lydzar@gmail.com atau sms/call 013 3583424