Perbezaan Vitamin di Farmasi dengan Vitamin Shaklee?

Credit to mommylyna, Kak cery, mommy icha. dan Arissa Zoela

  • "Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”
  • Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.
Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ....Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural. 
Apakah vitamin sintetik dengan natural ni?OK kita semak satu-satu.
  • Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
  • Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan.Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
  • Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
  • Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.
  • Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Jadi...fikir-fikirkan~

 Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 013 3583424 atau email ke lydzar@gmail.com.

GLA COMPLEX - LELAKI PUN BOLEH MAKAN

Sebenarnya GLA Complex ni bukan dikhususkan unt kaum wanita sahaja, malah orang lelaki pon boleh je makan sebagai supplemen mereka.


VITAMIN KESUBURAN WANITA


Mari kita tengok apa kebaikan GLA COMPLEX ini :-
·  Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
·  Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
·  Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
·  Membantu dalam menangani menopaus
·  Menguatkan kuku dan rambut
·  Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
·  Membantu menangai ekzema
·  Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
·  Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
·  Menguatkan imuniti tubuh
·  Memperlahankan proses penuaan
·  Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
·  Mengawal kencing manis dan darah tinggi
·  Mengawal kolesterol
·  Untuk fungsi saraf

So kita ketepikan sekejap fungsi yang berkaitan dgn wanita, tp kita fokus pada fungsinya yang lain tu. Nampak kan? Memang sesuai juga untuk kaum lelaki kan? 

----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 


Siapa yg perlukan GLA Complex? (Asid lemak utk wanita, kitaran haid tak teratur, diabetes,mencantikkan kulit)

Soalan:
Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan:
Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.

Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

sumber : http://utusan.adamantsys.com/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.html

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kelebihan GLA Complex

    Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
    Menyokong sistem imun

Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
    Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel

Siapa yg perlukan GLA Complex:

~ Golongan penghidap Diabetes
~Wanita yang mengalami period (haid) tidak teratur
~Wanita yang kerap diserang senggugut
~ Mencantikkan kulit dan kulit kelihatan berseri-seri

** Boleh hubungi saya untuk cara pengambilan suplemen ini.

 credit to : Mamafaiz

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS
(K3S)

Mobile: 013 3583424
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


   


   

Kacang Soya berbahaya??

Tak dinafikan, memang banyak discussion dan pendapat yang kita dengar tentang pengambilan kacang soya dalam kehidupan seharian kita. Ramai yang berkata bagus, dan tak kurang juga berpendapat kacang soya berbahaya. Jadi kita ikuti artikel tentang ini yang saya ambil dari blog Mommylyna

Setelah diajukan persoalan bertubi-tubi tentang ‘fakta’ bahayanya kacang soya terhadap kesihatan kita, akhirnya saya menulis artikel ini untuk perkongsian bersama.

Ini memandangkan saya juga mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee dalam diet harian, dan juga menggalakkan ibu-ibu menyusukan anak, ibu hamil serta mereka yang inginkan kulit cantik mengambilnya secara rutin. Jadi, pastilah ada yang bertanya… tentang ‘fakta’ yang dikeluarkan oleh penulis artikel tersebut.
Tahukah korang apakah ciri2 kacang soya yang sepatutnya kita ambil?
  • Ditanam secara organik
  • Tidak menjalani proses genetik (non-GMO)
  • Mengandungi 9 asid amino penting
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
  • Diproses tanpa
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)
Maklumat lanjut:
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!
KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!
9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.
KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!
KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

So… jom tengok apa dan dari mana minuman soya korang tu…
soy protein
Inilah Energizing Soy Protein dari Shaklee yang memenuhi kesemua 7 ciri di atas. Harganya agak mahal kerana proses membuatnya begitu rapi untuk menjaga khasiatnya.

Penggemar soya tak perlu risau lagi, bertukarlah kepada ESP, elakkan risiko kanser yang berpunca dari kacang soya yang tidak diproses dengan baik. So JOM dapatkan ESP Shaklee dari saya!


Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 013 3583424 atau email ke lydzar@gmail.com.

Mengawal paras kolestrol dimusim perayaan

Lebih kurang seminggu saja lagi, hari yang kita nantikan akan tiba. Apa lagi kalau bukan Hari Raya. Kita sedia maklum musim perayaan macam ni, juadah penuhla kt atas meja tu. Semua ada. Satay, rendang, dodol, kuih muih, air berkarbonat, dan sebagainya lah. Hari-hari pulak tu. Habis je seminggu beraya, kita sambung pula dengan jemputan-jemputan open house yang turut sajikan juadah yang sama. Hati-hati ye dengan pemakanan dimusim perayaan ni. Takut daripada gembira jadi duka je. 
Saya kongsikan pengalaman Kak Norita disini :

______________________________________________________________________________

Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.

Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.

Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.

 _________________________________________________________________________________


credit : MamaFaiz
Bagaimana dengan bacaan kolestrol anda? Jgn terkejut ye..Org kurus ke, tak kurus ke, anda takkan tahu kadar kolestrol anda selagi tak pergi buat medical check up.. Jadi sila pergi check.



Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah"SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya
Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.
OPTION 1 : Vitamin C, GLA , Lecitin (basic)
Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah"SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya.

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.

OPTION 1 : Vitamin C, GLA , Lecitin (basic)


OPTION 2: LECITIN ,VITAMIN E, VITA C (jika ada budget lebih sikit)

Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah:
Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.



Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol


GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormon di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.



Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.
Nak harga istimewa vitamin-vitamin di atas?.. 
Contact je saya :)


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Pesakit Diabetes Boleh Berpuasa


Bagi yang sihat dan tiada ahli keluarga menghidap kencing manis mungkin tidak tahu, berpuasa boleh mendatangkan mudarat kepada pesakit jika langkah kawalan tidak diambil. Antara masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis ketika berpuasa ialah hipoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.

Ada pula yang bertanya, bolehkah pesakit kencing manis berpuasa? Kajian di 13 negara membabitkan 12,243 pesakit kencing manis mendapati, berpuasa boleh menyebabkan komplikasi jangka pendek. Namun pesakit boleh berpuasa jika penyakit terkawal, iaitu paras gula darah dalam lingkungan selamat (kira-kira 5.8 mmol/liter).


Negara kita ada lebih 1.2 juta pesakit kencing manis dan yang membimbangkan ialah, separuh tidak menyedari mereka menghidap penyakit ini kerana ia tiada tanda jelas. Kajian membuktikan kencing manis boleh diwarisi dan individu yang ada ibu, bapa, datuk atau nenek menghidap penyakit itu berisiko hampir 100% menghidap penyakit sama berbanding orang yang tiada sejarah kencing manis dalam keluarganya.

Cabaran Puasa

Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Bagaimanapun beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum seseorang pesakit dibenarkan berpuasa supaya ibadat itu tidak memudarat dan membahayakan nyawanya.

Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa ialah kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu siang. Cabaran kedua ialah masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika berpuasa.

Untuk membolehkan seseorang pesakit berpuasa, penyakitnya perlu dalam keadaan terkawal dan tahap gula dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8 mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh berpuasa tanpa masalah. Bagi pesakit yang kurang patuh kepada penjagaan makan dan kawalan paras gula dalam darah, ini masa terbaik untuk memulakan program kawalan bagi mengelak terpaksa 'ponteng' puasa pada Ramadan.

Pesakit yang ingin berpuasa mestilah :

* Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur).

* Menyegerakan berbuka.

* Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.

* Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam.

* Kurangkan makan makanan manis.

* Mengawal penyakit dengan baik.

* Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi.

* Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Jika ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa.

* Mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya. Pesakit yang mengambil ubat makan berbuka puasa dengan makan ubat dan minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi atau makanan berat lain. Manakala insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh disuntik sejurus sebelum berbuka.

Pesakit yang boleh berpuasa diingatkan untuk :

# Timbang berat badan pada awal Ramadhan (pastikan tiada kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak).

# Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan menyukarkan kawalan diabetis.

# Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadhan. Untuk mengelak masalah, pesakit perlu melakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor.

# Mendapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Ketika berpuasa, pesakit perlu mengurangkan dos ubat bagi mengelak masalah hipoglisemia. Bagaimanapun, bincang dengan doktor mengenai perubahan dos ubat ini kerana sesetengah jenis ubat seperti metformin dan rosglitazone secara amnya kurang menyebabkan hipoglisemia.

Insulin.
Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:

* 3 kali suntikan — 2 dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur.

* 2 kali suntikan — Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur.

Ketika berpuasa, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidarasi kerana ia boleh membahayakan nyawa pesakit.

Tanda Hipoglisemia

# Menggigil.
# Terlalu lemah.
# Sangat lapar.
# Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk.
# Pucat.
# Berdebar-debar.
# Gelisah.
# Koma (keadaan terlalu teruk).

Tanda Hiperglisemia

* Kerap buang air kecil.
* Terlalu dahaga.
* Sangat letih.
* Terasa sesak nafas.

Tanda Dehidrasi

# Sangat dahaga.
# Kulit dan lidah menjadi terlalu kering.
# Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian.

Pesakit tidak dibenarkan berpuasa jika :

* Penyakit tidak terkawal kerana dikhuatiri menyebabkan komplikasi dan mendatangkan bahaya.

* Tidak mematuhi nasihat penjagaan pemakanan, pengambilan ubat dan insulin.

* Mengalami komplikasi kencing manis yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

* Kerap mengalami koma hipoglisemia.

* Sedang mengalami jangkitan kuman.

* Pesakit tua yang tinggal sendirian.

* Pesakit wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin.

* Pesakit berusia kurang 12 tahun.

* Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis. Ini keadaan kecemasan disebabkan hiperglisemia dan boleh membawa maut. Ia berlaku disebabkan badan kekurangan insulin untuk mengangkut gula dalam darah ke dalam sel dan digunakan sebagai tenaga.

Untuk terus berfungsi, badan menggunakan lemak sebagai tenaga tetapi pada pesakit kencing manis, lemak ini ditukar ke dalam bentuk keton. Masalahnya, badan menggunakan keton dengan perlahan dan menyebabkan paras keton dalam darah meningkat dan memasuki air kencing. Apabila memasuki air kencing, ia menarik banyak air dari badan untuk dibuang dan menyebabkan pesakit mengalami kekeringan sehingga boleh pengsan.


Penjagaan Pemakanan

Secara umumnya pemakanan ketika bulan puasa sama seperti hari lain, cuma pesakit diingatkan supaya makan secara bersederhana, tidak makan hingga terlalu kenyang dan minum banyak air masak. Pesakit tidak digalakkan makan kurma ketika berbuka kerana kandungan glukosnya (gula ringkas) sangat tinggi. Bagaimanapun jika mahu makan, pilih kurma kering dan bersaiz kecil. Hadkan kepada dua biji saja dan usah makan kurma basah kerana ia bersalut gula.

Jika mengalami tanda hipo atau hiperglisemia, anda disaran berbuka puasa, terutama jika tandanya jelas walaupun waktu berbuka hanya tinggal 30 minit. Pesakit disaran memilih makanan berkarbohidrat yang lambat mengeluarkan tenaga seperti nasi (beras perang), pasta, oat, gandum, barli, kekacang serta sayur-sayuran.

Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk tenaga, tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh makan nasi putih. Jika makan nasi putih, pastikan kuantiti sayur sama banyak dengan nasi. Jika nasi satu cawan, sayur juga perlu satu cawan kerana kandungan serat dalam sayur berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula (tenaga).

Pesakit kencing manis juga perlu berhati-hati memilih buah-buahan kerana kebanyakan buah-buahan tempatan mengandungi banyak gula. Kalau boleh, kurangkan makan tembikai sama ada tembikai merah atau kuning, nanas, cempedak, rambutan, nangka dan manggis. Sebaliknya gantikan dengan epal, plum, oren dan anggur.

Antara jenis makanan yang perlu dielak kerana menghasilkan tenaga dengan cepat ialah kuih-muih tradisional yang manis seperti kuih lapis, buah melaka, pengat dan bubur sumsum. Jika makan pengat sama pisang, ubi, labu atau keledek, makanlah isinya saja.

Elak makanan berlemak, bergoreng dan banyak minyak. Pilih kaedah masakan menggunakan sedikit atau tiada minyak seperti rebus, kukus, reneh dan bakar. Gantikan gula pasir atau gula merah dengan gula tiruan dalam masakan. Caranya, masak makanan anda tanpa gula. Masukkan gula tiruan sebelum makan. Jangan masak gula tiruan kerana makanan jadi payau. Bagi makanan bergoreng seperti nasi, mi atau mi hun goreng, makan dengan setengah piring sayur hijau.

Pesakit perlu memastikan berat badan tidak bertambah atau berkurang secara keterlaluan sepanjang puasa. Pesakit perlu maklumkan doktor jika berat badan bertambah melebihi 2 kilogram dalam masa 2 minggu berpuasa kerana ia menandakan anda mengalami dehidrasi.

Jika pada satu hari berat badan berkurang sebanyak 3%, segera berbuka puasa bagi mengelak dehidrasi. Penurunan berat badan mendadak dalam masa sehari bermakna pesakit kehilangan banyak air. Contohnya berat badan pada waktu pagi ialah 65 kilogram dan menjadi hampir 63 kilogram menjelang petang, maka pesakit perlu berbuka puasa dan minum banyak air.

Periksa Tahap Gula

Gantikan air yang hilang melalui kencing dan peluh dengan minum banyak air kosong pada waktu malam. Selain itu pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji empat kali sehari iaitu :

* Sebelum bersahur.
* 2 hingga 4 jam selepas bersahur.
* Sebelum berbuka.
* 2 hingga 4 jam selepas berbuka.

Tahap gula ini penting untuk membolehkan pesakit atau doktor membuat pengubahsuaian dos ubat dan insulin. Bagaimana hendak tahu sama ada ubat anda cukup atau tidak? Periksa paras gula selama 3 hari (6 kali sehari) selepas 2 minggu mengambil ubat iaitu apabila bangun pagi (paras gula puasa) dan selepas makan pagi, sebelum dan selepas makan tengah hari; serta sebelum dan selepas makan malam.

Paras gula sepatutnya tidak melebihi 2 mmol/liter selepas makan (daripada paras gula puasa). Jika paras gula dalam keadaan terkawal, bermakna dos ubat mencukupi, tetapi jika terlalu tinggi menandakan ubat tidak cukup. Bincang dengan doktor untuk mendapatkan dos ubat sesuai.

Pesakit kencing manis yang ingin bersenam ketika berpuasa dinasihatkan supaya mengukur paras gula dalam darah terlebih dulu. Mereka hanya boleh bersenam jika paras gula melebihi 6 mmol/liter. Jika paras gula kurang daripada 5 mmol/liter, jangan bersenam kerana pesakit boleh pitam.

Pakai pakaian longgar dan lakukan senaman memanaskan badan terlebih dulu. Selepas berjalan 20 hingga 30 minit, duduk rehat dan lap peluh untuk menurunkan suhu badan.

Contoh hidangan berbuka puasa :

2 biji kurma (bersaiz kecil).
Lebih 2 gelas air masak.
1 gelas air sirap (kurang manis).
1 keping karipap.
1 cawan atau 2 senduk nasi.
1/2 piring sayur hijau.
Tomyam ayam.

Selepas Isyak (atau tarawih) :

1 keping kuih pedas.
Lebih 2 cawan air masak.
1 cawan teh susu rendah lemak dan kurang gula (jangan minum teh yang dibancuh dengan susu pekat manis).
Sebelum tidur : Banyakkan minum air kosong.

Sahur :

1 cawan atau 2 senduk nasi.
1 ekor ikan masak asam pedas.
1/2 piring sayur hijau.
1/2 biji jambu.
Lebih 2 gelas air kosong.

Nota : nasi boleh diganti dengan roti pita, oat bran atau oat.

credit : Sihatselalu.com

Untuk penyakit Diabetes, saya syorkan beberapa produk seperti berikut;
  1. Fiber Plan Unflavoured - serat semulajadi tanpa perisa. Untuk mengelakkan sembelit, menyerap semua gula yang berlebihan (pesakit diabetes), lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan badan untuk disingkirkan melalui perkumuhan. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. B-Complex - menukarkan gula berlebihan dalam badan kepada tenaga.
  3. Zinc - menggalakkan pengeluaran insulin serta membantu menyembuhkan luka.
  4. Vitamin C - diperlukan untuk proses penyembuhan luka. Luka lambat sembuh tanpa vitamin C.
  5. Vita-Lea - multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh memandangkan pesakit diabetes perlu mengawal jumlah makanan harian.
  6. Performance Drink - membantu mengawal tahap glukosa dalam badan pada tahap normal dan seimbang seperti yang diperlukan oleh badan.
Jadual makan vitamin :
1 biji sehari Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C & Zinc (selepas makan)
1 sudu teh Fiber sehari dicampurkan dalam sejug air atau minuman jus kegemaran diminum bila-bila waktu.
1 sudu Performance Drink dicampur dalam jus kegemaran diminum bila-bila waktu


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head