Panduan Penyusuan dan Pengendalian Bagi Ibu Bekerja

Saya baru je sudah consult seorang customer yang membeli Set Breastfeeding dengan saya. Sebagai seorang ibu yang baru nk berkecimpung dalam dunia penyusuan, memang dia ada banyak persoalan yang bermain diminda. Jadi saya masukkan guideline seperti yang dipinta dalam blog ni untuk rujukan sesiapa dimasa depan :)
Kalau anda rasa bermanfaat, dipersilakan untuk share dengan rakan-rakan ye.

Ok persoalannya yang pertama dan seterusnya. Jemput baca 

Panduan mengepam di office

Sesi 1 : 8am-10am
Sesi 2 : 10am-12pm
Sesi 3 : 12am-2pm
Sesi 4 : 2pm-4pm
Sesi 5 : 9pm-1am
Sesi 6 : 1am-6am



Sesi pertama boleh bermula seawal anda sampai di opis. Boleh pilih untuk breakfast atau mengepam dulu. Bergantung pada kelapangan masa anda di opis, boleh pikir exact timing mengikut panduan masa diatas.

Minimum sesi mengepam adalah 3kali sehari untuk menjaga production susu yang baik. Dan kalau boleh konsisten dengan timing yang telah dipilih supaya badan mendapat signal bahawa dia perlu menghasilkan dan mengeluarkan susu pada waktu yang sama setiap hari. Sesi 5 dan 6 boleh dibuat jika anda mahu memberikan rangsangan yang kerap kepada payudara anda.

Setiap sesi dinasihatkan mengambil masa selama 20minit untuk sebelah payudara. Sebab itulah double-pumping amat disyorkan kerana boleh menjimatkan masa. Tapi jika sudah membeli single-pump, boleh terus menggunakannya. Berbincang dengan bos anda diopis tentang masa yg diperlukan untuk mengepam ye!

Cara buat stok dan anggaran jumlah susu untuk bayi.

Sebaiknya dh mula membuat stok ketika masih bercuti maternity. Boleh mengepam awal pagi ketika bayi masih tidur, sesudah bayi menyusu, atau tandem nursing (pam sebelah, baby menyusu sebelah), atau ketika bayi tidur dalam jangkawaktu yang lama.

Jika output sikit waktu ini, tak mengapa sebab baby sentiasa menyusu direct. Hasil perahan 2-3oz setiap sesi adalah normal apabila kita mengepam dirumah.

Setiap hasil perahan boleh disimpan dan dibekukan sebagai stok. Untuk menjimatkan ruangan penyimpanan, hasil perahan total dalam sehari boleh dicampurkan dalam satu botol dengan syarat suhu adalah sama.

Jika dah ada stok, boleh mula ajar bayi menggunakan botol sebagai persediaan untuk dia ditinggalkan pada taska/pengasuh.

Mulakan dengan memberi 2oz per botol,. Dan perhatikan adakah cukup atau tidak setiap sesi menyusu botol. Jika bayi menunjukkan tanda tidak cukup. Boleh tambah lagi 1oz. Dan perhatikan lagi. Jika bayi sudah cukup dengan amaun yang diberi, boleh jadikannya sebagai guideline utk bekalannya ke taska/pengasuh nanti.

Cara bekalkan susu perahan ke taska/pengasuh.

Boleh mula cairkan stok beku yang diperlukan pada waktu malam dengan merendamnya didalam sebuah besen dan disimpan dalam peti ais bahagian bawah. Esok pagi, apabila susu sudah cair, asingkan mengikut amaun yang bayi minum dalam botol.

Boleh sediakan jumlah yang tepat dalam setiap botol supaya taska/pengasuh mudah menguruskannya.
Contoh, bekalkan 3oz sebanyak 6botol. Dan labelkan setiap botol dengan nombor.


Simpan dalam cooler bag atau peti ais di taska/rumah pengasuh. Jika bayi mahu menyusu, minta pengasuh panaskan sahaja satu botol susu. Dan boleh terus berikan bayi susu yang telah dipanaskan tadi.

Sebaiknya bekalkan susu fresh (susu yang baru diperah dan tidak dibekukan) kepada bayi daripada membekalkan semua stok beku utk diminum. Atau boleh gunakan ratio susu fresh: stok beku, seperti 5:1 (5botol susu fresh : 1 botol stok susu beku), 4:2 atau 3:3 stok susu beku. Supaya bayi sentiasa mendapat khasiat yang terbaik daripada susu perahan. Stok susu beku masih lebih baik daripada susu formula.

Tempoh Simpanan Susu Perahan

Peti ais bahagian bawah : 4-5hari
Peti ais bahagian sejuk beku (1pintu) : 2 minggu
Peti ais bahagian sejuk beku (2 pintu) : 3 bulan
Deep freezer : 6bulan


Baiklah itu sahaja tips dan guideline yang saya kongsikan hari ni. 

Salam Sihat,
~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage
Phone : 013 3583424

Warna Susu Ibu - Cair Vs Pekat

Ketika saya sedang melabel susu perahan utk dibekukan, saya ditegur oleh adik ipar saya yang asyik memerhatikan susu dalam botol tersebut. Adik ipar saya memang agak eager dengan penyusuan susu ibu kerana dia juga sedang mengandung ketika itu.

"Kak, pekatnya susu ni. Nampak macam susu formula je"

Tersenyum saya mendengarnya.

Warna susu ibu jika dilihat dengan teliti, sebenarnya berbeza. Ada dua kategori warna iaitu putih yang cair dan putih yang pekat. Biasanya istilah foremilk-susu awal dan hindmilk-susu akhir digunakan.

Biasanya foremilk-susu awal kelihatan lebih cair kerana kandungan air yang lebih berbanding lemak semasa permulaan penyusuan. Kandungan air yg tinggi berfungsi utk melegakan dahaga si bayi.  Setelah beberapa minit penyusuan, barulah hindmilk- susu akhir akan keluar. Hindmilk mengandungi lebih lemak, dan kerana itulah warnanya kelihatan lebih pekat.

Khasiat lemak pada hindmilk ini yang berfungsi untuk mengenyangkan si bayi dan diperlukan untuk pembesaran bayi. Oleh itu, untuk penyusuan yang efisyen, bayi perlu disusukan sehingga lebih kurang 15-20minit bagi setiap payudara supaya dia mendapat khasiat keseluruhan susu ibu.


Berbalik kepada susu perahan yang saya simpan tadi, saya telah mencampurkan foremilk dan hindmilk dalam satu botol. Tentunya warna susu akan kelihatan lebih pekat. Dan pastinya ia adalah hasil daripada bekalan nutrien yang terkandung didalamnya kerana pengambilan vitamin secara konsisten.

Saya tak boleh menafikan fakta ini, kerana semasa menyusukan anak pertama dan kedua saya tidak mengamalkan apa-apa makanan kesihatan. Susu perahan saya kelihatan cair sahaja walaupon foremilk dan hindmilk telah dicampurkan. Tapi utk bayi ketiga, saya mengamalkan pemakanan suplemen secara disiplin dan saya memang nampak perbezaan yang ketara.

Nak tau, apa yang saya makan untuk mendapatkan susu yang pekat tadi? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ye!

HAPPY BREASTFEEDING !!

Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan vitamin!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Milk Booster dan Penyusuan Susu Badan

Alhamdulillah, rata-rata saya lihat dan perhatikan sekarang, penyusuan susu ibu semakin mendapat tempat dihati para ibu bapa baru. Tak kurang juga kesedaran dari ibu-ibu yang sudah mempunyai anak tapi tak berpeluang menyusukan anak mereka suatu ketika dulu.

Dalam skop yang kecil, saya lihat ahli keluarga saya iaitu adik-adik ipar juga menyusukan anak-anak mereka. Alhamdulillah. Dan sekarang, kakak saya juga semakin bersemangat untuk menyusukan anak ketiganya yang bakal lahir bulan Mac nanti.

Ramai juga ibu-ibu baru yang berpendapat, menyusu badan ini mudah. Macam ABC. Semudah selak dan susukan. Tapi sebenarnya penyusuan memerlukan niat, usaha dan doa yang berterusan. Terdapat cabaran-cabarannya yang tersendiri.

Bagi ibu yang bekerja, hasil perahan di ofis dan stok perahan EBM di dalam peti ais memang sangat dititikberatkan. Kalau boleh semua ibu berharap agar setiap kali lepas mengepam, dia dapat penuh satu botol. Kalau boleh, si ibu mahu stok susu dalam peti sentiasa penuh menggunung. Maklumla, itu lah bekalan yang nk diberi kepada anak bila ibu pergi kerja. Bila tanpa disangka-sangka hasil perahan utk hari tersebut mula menyusut, mula lah si ibu berasa runsing, tertekan dan stress. Kenapa susu merudum ni???

Mula lah si ibu mula mencari milk booster : makanan, ubat, bahan atau apa jua yang boleh meningkatkan semula penghasilan susu badan mereka. Memang sejak dari turun temurun terdapat beberapa jenis makanan, sayur, atau buah yang dikenalpasti sebagai milk booster semulajadi. Lobak putih, sayur sawi, halba dan sebagainya. Tak kurang juga dengan pelbagai produk lain yang dikatakan mampu meningkatkankan hasil perahan.

So bermulalah milkbooster hunting. Apa jua yang dicadangkan oleh teman-teman, pasti si ibu cuba. Walau jauh dan mahal sekali pon milk booster tadi. Demi mu anak. Tapi semakin hari dicuba, hasilnya masih begitu. Sampai satu tahap rasa give up. Rasa semua makanan pon tak boleh membanyakkan susu badan ibu. Kenapa berlaku macam tu ye?

Adakah memang susu badan ibu tersebut tu sikit? Adakah sudah sampai masaya utk bercerai susu?

Yang sebenarnya, penghasilan susu badan memang berkait rapat dengan hormon dan perasaan si ibu. Jika si ibu rasa tertekan, murung dan terdesak apajua milkbooster yang dimakan takkan membantu. Untuk mengenalpasti milkbooster apa yang sesuai, dicadangkan supaya si ibu memilih jenis makanan berkhasiat yang dia suka. Kalau ibu suka sayur sawi, boleh banyakkan pengambilan sayur sawi. Begitu juga dengan lauk ayam, ikan atau daging. Insya allah bila si ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira, penghasilan susu boleh berjalan lancar. 

Yang saya sebutkan diatas berkaitan dengan makanan yer. Bila sebut tentang vitamin, saya memang sangat mengesyorkan si ibu mengambil vitamin untuk kesejahteraan dirinya sendiri. Vitamin membantu tubuh si ibu kekal sihat. Bila dah sihat baru la boleh happy dan ceria. kan??

Jadi kata kunci yang wajib adalah GEMBIRA DAN CERIA!!
 

Kalau nak tau vitamin apa yang sesuai untuk ibu menyusu, hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut yer


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Batuk dan Rawatan

Dah dua hari saya diserang batuk. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Suara pun dh semakin hilang.

Saya bernasib baik kerana dirumah saya sentiasa ada sesuatu yang dapat membantu saya mengurangkan gejala-gejalan dan ketidakselesaan batuk ini. Yang pastinya bukan ubat batuk cap itu ini sebagai pelega. So hari ni entry adalah berkaitan dgn BATUK.



Apa itu batuk?
Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunyi yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Batuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Punca batuk:
Demam selsema, alergi dan merokok adalah punca umum batuk, tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat.

sumber : Wikipedia

Rawatan :


Doktor akan memberi rawatan berdasarkan jenis batuk yang dialami.
Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu untuk menghentikan batuk (supresan batuk) bagi batuk yang kering dan bagi yang berkahak akan diberi ubat untuk merangsang dan mencairkan kahak atau mukus (mucolator - perangsang batuk). 

Lain-lain rawatan:

- Ubat hisap (gula-gula berubat) hanya memberikan kelegaan pada kerongkong.


- Ubat bronkodilator akan digunakan apabila didapati ada penyempitan saluran pernafasan seperti yang berlaku pada pesakit asma dan bronkitis. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan dan akan melegakan batuk.

- Sedut wap bermentol untuk melembapkan dinding saluran pernafasan. Kristal mentol dimasukkan ke dalam air panas dan pesakit diminta menyedut wapnya melalui mulut.

- Antibiotik akan diberikan sekiranya batuk itu didapati berpunca daripada jangkitan bakteria


Tips pengurusan sendiri Batuk:

- Sebelum mengambil sebarang ubat batuk, pastikan anda tidak alah kepada mana-mana ramuan yang terkandung di dalam ubat tersebut.
Kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap yang mengandungi gula. Kalau boleh, pesakit diabetes harus mengelakkan pengambilannya.
Ada sesetengah ubat batuk mengandungi pseudoephedrine yang boleh menambah tekanan darah. Justeru, pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini.

- Patuhi arahan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut jadual terutamanya antibiotik.

- Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan mukus) minumlah lebih banyak air terutamanya air suam, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak. Mandi dengan air panas kerana wap dapat mencairkan mukus.

- Untuk batuk bukan produktif (batuk kering), banyakkan minum air atau, minum minuman panas seperti teh limau dan madu untuk melegakan tekak.


- Elakkan daripada makanan berminyak.

- Banyakkan memakan sayur-sayuran.

- Ambil Vitamin C tambahan.

- Jika batuk itu kering dan kahak pekat, amalkan menyedut wap bermentol.

kredit : artikel dari Utusan Online

Bagi saya sendiri, cara saya menangani batuk adalah dengan mengamalkan minum banyak air suam dan makan Vitamin C. Vitamin C membantu mengurangkan keterukan gejala-gejala selesema  dan batuk. Vitamin C mempunyai ciri-ciri yang antihistaminic yang mengurangkan bengkak dan rembesan dan membuat saya berasa lebih baik


Setiap pagi saya akan ambil 2biji Vitamin C dan  2biji waktu malam juga sama sehinggalah  batuk saya semakin berkurang.

Jika anda nak tahu berkaitan rawatan batuk dengan Vitamin C, hubungi saya ye!

Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
FaceBook : Lydzar Rusman
Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Suplemen untuk Menopause

Baiklah saya akan sambung entry tentang suplemen yang sesuai diambil bagi wanita menopause.


Berikut adalah beberapa vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan ketika menopaus. Ianya elok diambil bagi mengatasi masalah kekurang vitamin dalam diet wanita menopause, membantu meringankan gejala menopaus dan mengurangkan risiko kesihatan.

1) Kalsium
Kalsium adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting untuk memastikan tulang yang kuat. Terdapat penurunan besar dalam jisim tulang selepas putus haid. Oleh itu, wanita menopause lebih terdedah kepada osteoporosis, patah tulang dan kesakitan tulang. Wanita menopause perlu meningkatkan pengambilan kalsium pada awal menopaus hingga 1,200 mg sehari.
Kalsium dijumpai dalam produk susu, sayur-sayuran berdaun hijau dan ikan dalam tin dengan tulang lembut.
 

2) Vitamin D
Vitamin D adalah satu lagi vitamin penting bagi penyelenggaraan tulang dan gigi yang kuat. Badan anda memerlukan Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan betul.
Biasanya, matahari adalah sumber terbaik vitamin D. Kita boleh mendapatkant vitamin D yang cukup dengan terdedah di bawah cahaya matahari selama 15 minit. Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang semakin tua, sel-sel kulit tidak menghasilkan jumlah Vitamin D yang mencukupi lagi.
Mereka boleh meningkatkan vitamin pengambilan D dengan menambah vitamin D yang diperkaya dengan susu dan ikan, atau mengambil makanan tambahan dengan vitamin D.
 

3) Vitamin B
Vitamin B kompleks adalah sangat penting bagi wanita menopaus dan selepas menopaus. Vitamin B berkesan dalam mengurangkan kebimbangan, keresahan dan masalah penumpuan yang menurun, yang sangat biasa di kalangan wanita yang melalui menopaus dan selepas menopaus.
 

4) Vitamin E
A beberapa kajian telah membuktikan faedah suplemen Vitamin E untuk hot flashes - salah satu daripada gejala-gejala menopaus yang paling biasa. Di samping itu, Vitamin E bertindak sebagai antioksidan dan boleh memberi manfaat kepada sistem kardiovaskular.
 

5) Boron
Boron adalah dikatakan untuk mencegah osteoporosis dan meningkatkan tahap estrogen, dimana ianya amat membantu bagi wanita menopaus.
Ia juga digunakan dalam rawatan artritis. Boron membantu dengan pemprosesan lain-lain nutrien penting dalam badan seperti kalsium, magnesium dan kalium.
 

6) Selenium
Selenium boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia telah dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah daripada kanser payudara dan serangan jantung.



Tahukah anda, Shaklee mempunyai produk-produk vitamin seperti yang dinyatakan diatas. 


Membekalkan kalsium dan magnesium dilengkapi dengan vitamin D untuk kadar serapan terbaik

Vitamin E yang lengkap dengan Selemium

Vitamin B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.  
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Apakah MENOPAUSE???

Apa itu MENOPAUSE??

Seringkali kita dengar tapi kita kurang mengambil tahu dan memahami simptom menopaus. Menopaus adalah fasa peralihan dalam kehidupan seorang wanita.Selepas menopause, wanita tidak akan mengeluarkan ovum lagi dan tidak mungkin akan melahirkan anak lagi.



Bila terjadinya Menopause?

Menopause adalah apabila seorang wanita berhenti atau tiada lagi kedatangan haid untuk tempoh selama-lamanya. Purata umur wanita memasuki fasa menopaus adalah 51 tahun. Walau bagaimanapun, seseorang wanita mungkin mengalami gejala-gejala yang berkaitan lebih awal dari jangkaan.

Apa Penyebab Menopause? 

Umur adalah punca utama menopaus. Ia mengakhiri potensi seseorang wanita untuk melahirkan anak, dimana ovari secara beransur-ansur memperlahankan fungsi mereka. Pembedahan tertentu dan rawatan perubatan boleh menyebabkan menopaus. Mereka yang membuat pembedahan pembuangan ovari (bilateral oopharectomy), kemoterapi dan terapi radiasi pelvis juga berisiko untuk mengalami menopause awal.

Apa tanda-tanda Menopause?

  • Hot flashes dan berpeluh malam - badan terasa panas secara berkala antara 30 saat – 10 minit lamanya bagi satu-satu masa, terutamnya di bahagian muka dan leher, diikuti dengan tompokan merah di dada, belakang dan lengan, kemudian diikuti dengan peluh yang banyak dan selepas itu baru badan menjadi sejuk. 
  • Haid yang tidak teratur 
  • Kehilangan libido - kehilangan daya dan tenaga seks
  • Kemurungan, keresahan, perubahan emosi mood yang berubah-ubah
  • Tidak dapat tidur, insomnia - tidur yang terganggu, kesukaran untuk tidur
  • Inkontinen - ketidakupayaan mengawal pundi kencing
  • Sakit Kepala - sakit kepala yang kerap, migrain
  • Kekeringan faraj - boleh membawa kepada persetubuhan yang menyakitkan
  • Masalah daya ingatan - kehilangan ingatan, ketidakmampuan untuk menumpukan perhatian, juga boleh disertai dengan pemikiran yang kabur
  • Penambahan berat badan - penebalan di tengah-tengah semasa menopaus 
  • Keletihan

 Gejala-gejala lain menopaus termasuklah: 

  • Sakit sendi
  • Kehilangan rambut
  • Perubahan bau badan
  • Kembung (bloating)
  • Sakit payu dara

Kenapa simptom ini berlaku?

Apabila umur wanita menghampiri 40an, telur anda lebih cenderung kepada Follicle-stimulating hormone. Pada masa yang sama, ovari menghasilkan kurang hormon estrogen. 

Estrogen adalah sejenis hormon penting wanita yang mempunyai kesan ke atas saluran darah, tulang, jantung, payudara, rahim, sistem kencing, kulit dan otak.

Sebelum pengeluaran estrogen ovari berhenti, ia akan melalui perjalanan yang tidak menentu. Ia turun naik antara normal, tinggi dan rendah, menyebabkan beberapa gejala yang tidak menyenangkan, seperti haid yang tidak teratur, perubahan emosi dan cepat marah.

Tahap estrogen akhirnya menetap di tahap yang kekal lebih rendah, yang bertanggungjawab bagi risiko kesihatan wanita seperti osteoporosis dan penyakit kardiovaskular.

Pada masa menopause, ovari juga boleh mengurangkan pengeluaran testosteron, yang membawa kepada libido yang menurun dan keguguran rambut.

Pendek kata, gejala menopaus terjadi kerana sistem badan anda dipengaruhi oleh perubahan hormon.






Apakah Risiko Kesihatan Jangka Panjang, Semasa Dan Selepas Putus Haid?

Osteoporosis : Osteoporosis adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium. Estrogen, hormon wanita yang menurun semasa menopaus, memainkan peranan penting dalam mendapatkan kalsium untuk tulang dan memastikan mereka kuat dan sihat.

Kadar penyerapan kalsium juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kurang bersenam, gaya hidup dan kekurangan vitamin dan mineral.


Penyakit Kardiovaskular : Wanita menopaus lebih terdedah kepada penyakit jantung kerana selepas berakhirnya haid, ovari berhenti menghasilkan estrogen - hormon yang membantu menjaga saluran darah dan jantung sihat.

Apabila kadar estrogen menurun semasa menopaus, wanita kehilangan manfaat senjata rahsia ini terhadap penyakit kardiovaskular



Masalah mata : Masalah mata termasuk penglihatan kabur, mata gatal dan kering, rabun jauh, kepekaan tambahan kepada cahaya terang. Jika tidak dirawat, sindrom mata kering boleh menyebabkan kornea untuk membentuk ulser, menjadi berparut dan mudah dijangkiti.

Perubahan hormon adalah faktor utama di sebalik masalah mata semasa dan selepas menopaus.

Menurut Akademi Amerika Oftalmologi, perubahan hormon menjadikan wanita dua kali ganda berbanding lelaki untuk mengalami mata kering dan gejala-gejala lain seperti seperti kerengsaan mata dan penglihatan menjadi kabur.

Risiko kesihatan ini boleh dikurangkan atau dielakkan jika anda mengamalkan asas kesihatan yang baik dan haya hidup yang sihat.



Artikel ini telah diterjemahkan semula oleh saya. Kredit artikel kepada Menopause Simptoms.

Saya akan sambung episod Suplemen untuk Menopause dalam artikel akan datang.

Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Kalkulator penyusuan

Saya tertarik dengan salah satu topik perbincangan di FB Group KIM. Topik adalah berkenaan fomula rumus atau cara pengiraan amaun susu untuk diberikan kepada bayi. Bahasa ringkasnya kalkulator penyusuan.
 Panduan :

1 kg berat = 5 oz dalam tempoh 24jam.
Saya ambil contoh berat anak saya Hilda sekarang, 6.7kg ::


6.7kg x 5oz = 33.5oz (dalam tempoh 24jam)

Bahagikan dengan tempoh jam dia ditinggalkan di taska :: 9jam

33.5oz / 24jam x 9jam = 12.5oz

So total yang Hilda perlukan sepanjang saya bekerja adalah 12.5oz.

Saya juga ada membuat sedikit carian di Internet. Dan terjumpa dengan Milk Calculator ini. Selamat mencuba.


Saya tak nafikan kalau tiba-tiba susu merudum, para ibu akan berasa sangat risau. Wujud persoalan, mampukan ibu terus menyusukan anak, cukup tak bekalan anak kt pengasuh/taska, risau jika anak lapar, dan lebih sedih jika terlintas difikiran ibu untuk memulakan susu formula. 

Jadi pada rakan-rakan yang mungkin tiba-tiba mengalami kemeruduman susu, boleh la refer pada kalkulator ini atau membuat pengiraan sendiri berapa banyak susu yang bayi anda perlu sekarang dan berapa banyak susu yang mampu anda dapatkan. Mungkin dengan pengetahuan ini, dapat mengurangkan sedikit tekanan anda :)

Semoga bermanfaat!!

Vitamin A Shaklee : Carotomax

Baru-baru ni saya dapat enquiry tentang Vitamin A, B, C dan beberapa vitamin lain lagi. Mungkin kalau nama vitamin ada sampai Z, saya perlu terangkan kepada si penanya. Hehe!

So hari ni saya nk terangkan Vitamin A Shaklee:

credit : Vitamin Semulajadi

Vitamin A dalam rangkaian produk Shaklee adalah Corotomax. Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.



Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

FUNGSI LAIN CAROTENOID:

- Mencegah kanser

- Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.

- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.

- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.

- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.

- Membina semula sel-sel yang rosak.

- Melindungi dari rabun malam.

- Menjaga kesihatan mata.

- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.

- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

Tanda-tanda kekurangan:

- Masalaah jerawat

- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut

- Tumbesaran terencat

- Masalah tidur dan insomnia

- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki

- Masalah rabun malam.

Oh ye, sebenarnya Carotenoid juga terdapat dalam Vita-Lea (multivitamin & multimineral)



Hubungi saya utk mendapatkan konsultasi percuma dan harga istimewa bagi produk ini ye!


-------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)


Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kesihatan Sistem Pencernaan dengan Vitamin Shaklee

Ini adalah kesinambungan daripada entry Kesihatan Sistem Pencernaan.

Kenapa saya tekankan agar kita menjaga kesihatan sistem pencernaan kita? Tentulah sistem pencernaan ada hubungkait yang rapat dengan gaya pemakanan suplemen yang terbaik.

Tahukah anda, dengan sistem pencernaan yang sihat, vitamin yang anda ambil akan dapat diserap secara optimum oleh tubuh?

Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.

Jika anda adalah pengamal vitamin yang tegar, tetapi mempunya masalah dengan sistem pencernaan anda, vitamin yang anda ambil tidak diserap ke dalam sistem tubuh dengan baik dan mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Di Kedai Triple-S, terdapat beberapa produk Shaklee yang bertujuan untuk menjaga sistem percernaan dan kesihatan usus :


1 : Afalfa Complex : Mencuci usus bagi membuang toksik, membantu masalah penghadaman dan pencernaan, dan melegakan sembelit.

2. Fiber Plan Unflavoured : Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Berfungsi untuk membawa sisa-sisa buangan dari usus untuk dinyahtinja.

3. Lecithin : berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.



4. Vitalea : Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Pengambilan harian Vitalea sebagai multivitamin untuk menampung kekurangan pada makanan seharian.
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
5. Herb Lax  : berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan toksin dalam badan untuk penyerapan vitamin yg lebih efisyen.

6. Peppermint Ginger Plus : membantu ketidakselesaan perut.

Jika anda berminat dengan mana-mana produk utk kesihatan sistem pencernaan ini, hubungi saya untuk konsultasi lanjut ye! Saya sedia menerangkan dengan lebih terperinci :)

Kaedah Perancang Keluarga : Vitamin C, B-Complex, Vitamin E atau GLA Complex terbaik!

Kaedah merancang keluarga memang banyak digunakan bagi wanita dan keluarga yang mahu merancang keluarga mereka diatas beberapa faktor seperti kesihatan tubuh si ibu, faktor kewangan, dan sebagainya, Terdapat pelbagai kaedah seperti kondom, pil perancang, suntikan, IUCD dan pemasangan implanon.

Baca lebih lanjut tentang kaedah perancang DI SINI.

Tahukan anda penggunaan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan VITAMIN C sehingga 30%, pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan VITAMIN E dalam darah. 

Oleh itu, pengambilan VITAMIN C sangat digalakkan, supplemen tambahan seperti VITAMIN B KOMPLEKS dan E juga sangat membantu.




Bagi wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.

EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya pembentukan sel-sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Di Shaklee dan Kedai Triple-S, EPO kami lebih dikenali sebagai GLA Complex. 
Kandungan GLA Complex adalah lebih baik daripada EPO kerana ia adalah 2 in 1 yang mana didalamnya mengandungi Vitamin E dan minyak biji matahari yang diperlukan oleh orang yang menggunakan pil perancang.


GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran. Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA -gamma-linolenic acid.
* Evening primrose oil is extracted from the seeds of the evening primrose. *
Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening. Evening primrose oil contains gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid. Essential fatty acids are required by the body for growth and development, and must be obtained from the diet.
 
Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex?




  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - bagi yang sedang mencuba utk conceive
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf



  • *Source : Shaklee Malaysia

    Jadi, pengambilan Vitamin C, Bcomplex, dan Vitamin E (Atau GLA Complex) adalah sangat disarankan kepada para wanita yang mengamil pil perancang ( atau kaedah lain yang melibatkan hormon hormon progestin / estrogen).


    ----------------------------------------------------------------------------------------------
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
    Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


    Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
     
     
      Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
    Kedai TripleS (K3S)

    Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
    Facebook Twitter
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

    BORANG PESANAN

    Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini.

    * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! *

    Salam Sihat,
    ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
    Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
    FaceBook : Lydzar Rusman
    Fan Page : Kedai TripleS FanPage
    Phone : +6012-3103787

    Kolestrol tak mengira saiz badan

    Teringat saya akan perbualan saya dengan suami di suatu hari. Suami bercerita tentang perbualannya dengan beberapa orang rakannya yang masing-masing mempunyai penyakit kencing manis. Kesian juga, seorang dua dari mereka dah sampai tahap perlu menyuntik insulin sendiri.

    Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata kepada suami:
    "Kau jgn ingat kau kurus, kau takde penyakit. Cuba kau check tahap kolestrol kau tu"

    Tergelak pula saya dengar cerita suami saya. Suami saya memang dalam kategori kurus. Dalam masa yang sama saya turut mengiyakan kata-kata kawan suami saya tu. Jadi saya ajak suami pergi buat general medical checkup di farmasi berhampiran opis saya. Hasilnya benar, paras kolestrol suami agak tinggi dari paras sepatutnya.


    Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.

    ”Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh,” katanya.

    Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

    ”Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,” katanya.

    Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
    Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.

    Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia, oleh Sholina Osman


    picture credit : KevinZahri

    Ahli farmasi tersebut mencadangkan suami agar mengambil Lecithin dalam diet seharian untuk menjaga paras kolestrol.

    Saya menolak produk yang dicadangkan olehnya kerana saya turut mengamalkan Lecithin Shaklee dalam diet seharian saya. Jadi lepas ni saya hanya perlu menghulur kapsul Lecithin kepada suami saya.



    Disamping pengambilan Lecithin, gaya pengambilan makanan juga perlu dijaga supaya kita tidak mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan akhirnya akan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan.

    Antara makanan yang perlu dielak adalah :

    -Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)

    -Makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

    Makronutrien dan Mikronutrien

    Anda suka makan? Adakah anda makan segala yang anda suka tanpa membataskan jenis-jenis makanan?
    Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, tentunya kita akan cuba untuk merasa semua jenis makanan tanpa mengambil kira perlu atau tidaknya makanan tersebut bagi badan kita.

    Hari ini saya nk berkongsi tentang MAKRONUTRIEN dan MIKRONUTRIEN.

    sumber informasi : VitaminSemulajadi

    Makanan membekalkan kita nutrien untuk membina tubuh, serta tenaga untuk bergerak. Nutrien ni terbahagi kepada 2: makronutrien dan mikronutrien.

    Makronutrien adalah makanan utama yang membina tubuh dan membekalkan tenaga. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu lemak, protin dan karbohidrat.



    Mikronutrien ialah komponen yang diperlukan untuk makronutrien tadi berfungsi dengan baik. Mikronutrien ialah vitamin dan mineral.





    Tubuh kita memerlukan kedua-duanya. Makronutrien protin membina sel tubuh kita dan mikronutrien meneguhkan dan melancarkan prosesnya dengan satu mekanisma dinamakan metabolisma.


    Tubuh kita memerlukan tenaga bukan saja untuk bergerak tapi juga untuk fungsi organ, misalnya jantung untuk berdegup, hemoglobin mengangkut oksigen, paru-paru untuk mengembang semasa bernafas dan sebagainya.

    Jadi dalam pemakanan seharian kita, kita perlu pertimbangkan kedua-duanya dalam diet kita. Boleh jika mahu makan Nasi Lemak Ayam, tp jangan pula abaikan keperluan mikronutrien anda ye.

    Testimoni : Set Breastfeeding Shaklee, mereka memang berpuashati

    Saya kongsikan antara testimoni yang diposkan di wall Group Exclusive customer kami di FB.
    Shieda Adha
    dah 3 minggu try and sangat happy and berpuas hati dgn shaklee...
    first sbb rasa badan jadi sihat and cergas eventhou dalam pantang x cukup tdo cuz layan baby yang crancky nangis siang malam..

    2nd sbb milk production improved in term of quality and quantity... susu jadi lebih pekat (thanks to ESP) and i like the yellowish tinge of Vit B.Complex.. kalau awal2 dulu max dapat 20oz/day sekarang ni d apat 30-35oz.. yeay...

    3rd sbb shaklee maintain kesihatan saya and baby.. kami baru pulang bercuti, dari kelantan-- muar-- KL-- kuantan--psr puteh (6 days journey) baby umo 40hari,... she remained well, x demam2 or kembung pon..same goes to me, lgsg x rase penat..

    SHAKLEE mmg best!!!
    Nurul Fatihah
    I am so damn in love with shaklee.. Lg2 esp.. Stat ambk hari ahad,mlm.. Pg ni hari selasa pam pada 9am dpt 9oz.. 4oz sblh.. Biasa nak dpt 4oz pn pam kiri kanan.. Thanks a lot 2 my beloved esp.. Syukur pd tuhan yg mengizinkannya. Bertambah rezeki my baby Aira.. Ibu sanggup lakukan ape saja demimu syg..
    Azilah A Rashid
    alhamdulillah..mggu lepas risau sb stok makin krtitikal..hari ni leh senyum sket sb hasil pam dh kembali normal berkat amik alfalfa dan esp...sb mgu lepas dpt wak balik 9oz jer utk sehari, hari dpt wak balik 13oz..syukur alhamdulillah..so sentiasa la +ve
    Shima Samat
    Alhamdulillah, berkat doa, konsisten pumping, makan vitalea, bcomplex, vit c, ostermetrix, esp, pd, vit e, gla, n alfalfa, saya berjaya kumpul 1316 oz dlm 55 hari.
    Alhamdulillah, ramai yang dah dapat rasa kesan-kesan positif dari pengambilan secara disiplin dan konsisten vitamin utk tujuan breastfeeding. Walau apapun, usaha pengambilan vitamin perlu selari juga dengan proses pumping yg konsisten dan pengambilan air masak secukupnya untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
    Bukan hanya berharap dgn makan vitamin semata-mata dan susu akan terus jadi banyak. Para ibu perlu memahami konsep sebenar breastfeeding iaitu demand vs supply.  :: pam 3-4kali sehari waktu di pejabat :: minum lebih 2 liter air masak setiap jari (setiap 25kg, seseorang itu perlu minum 1liter air)::
    Pengamal vitamin menyusu perlu tahu bahawa pengambilan vitamin sebenarnya adalah untuk mengekalkan paras kesihatan badan para ibu sendiri. Bila badan sihat, barulah badan dapat bekerja dengan baik untuk menghasilkan susu dengan lebih efektif.
    Dan apabila konsisten makan vitamin, kesan positif bukan saja dapat dilihat dari kuantiti dan kualiti susu, malah lebih dari itu!!!Nak tau, kena cuba dulu :)
     ---------------------------------------------------------------------------------------------
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
     

    Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

      Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
    Kedai TripleS (K3S)

    Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
    Facebook Twitter
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head