Tips Atasi Bengkak Susu

Bengkak susu sinonim dengan ibu-ibu menyusu yang masih dalam pantang.
Yang sudah habis pantang juga berkemungkinan untuk mengalaminya. Jom kita ambil tahu apa sebenarnya bengkak susu.
Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis. 
credit : Bidan Bersalin

Bagaimana caranya untuk mengatasi bengkak susu?

1) Bersihkan niple dari sebarang punca tersumbat. Pastikan tiada liang/lubang susu yg tertutup. Kita boleh perhatikan mungkin ada sesuatu berwarna putih di liang susu. Gunakan kapas lembut untuk membersihkannya.

2)Tuam breast dengan menggunakan towel panas. Lebih elok jika gunakan botol panas yg dibalut dengan kain nipis kerana suhu panasnya bertahan lebih lama.

3) Urut secara perlahan breast terutama sekali jika anda perasan ada benjolan dimana-mana. Urut secara bulatan dan urut menghala ke arah niple sehingga susu terkeluar. Bila breast sudah agak lembut, boleh minta bayi anda menyusu atau gunakan breastpump utk mengeluarkan susu.

Tips K3S : Boleh juga amalkan BComplex, Vitamin C dan Lecithin utk mengelak dari terkena bengkak susu.

Sila berjumpa Doktor jika simptom bengkak masih tidak dapat diatasi. Doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai kepada anda.


Untuk mengelakkan clogged duct:

(1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan.
(2) Jika terasa sakit/ keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh clogged duct, cepat kosongkan breast, buat urutan samaada tuam dengan tuala panas ataupun guna "cold method" 

 (3) Jika cara no. 2 masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.

credit : anakkuwiraku 



http://semuasihatselalu.blogspot.com


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Perlukah remaja makan vitamin??

 Saje lah saya check akaun nuffnang tadi, rupanya ada keyword "perlukah remaja makan vitamin"

So mari dik, akak cerita :)

Ye vitamin ni memang keperluan badan semua orang. Even kanak-kanak pon ada vitamin khas untuk mereka --> Set Supertots

Remaja pulak biasanya terdiri dikalangan mereka yang berumur 12-25 tahun. Dan kebanyakan remaja adalah pelajar. Zaman sekarang ni remaja memang mempunyai jadual yang sangat padat. Sekolah pagi, sekolah petang, aktiviti kokurikulum, aktiviti luar bersama rakan-rakan, ulangkaji pelajaran dan sebagainya lagi. Jelas jadual harian remaja ni agak stress dan meletihkan, betul tak?

Dan dari segi pemakanan pulak, adakah golongan remaja ni begitu concern akan diet seimbang mereka? Makan di kantin sekolah, lengkap tak karbohidrat, protin dan lemak dalam menu yg dijual disana? Makan dirumah, adakah ibu atau bapa mereka menyediakan yang terbaik atau mana yang sempat je?

So dari dua faktor ni pon, dh jelas jawapan bagi soalan Perlukah remaja makan vitamin adalah IYA!

Badan yang kekurangan vitamin dan mineral lebih cepat penat, letih dan lesu. Jika badan mereka penat, bagaimanakah tahap prestasi dalam pelajaran di sekolah/kolej? Boleh ke nk fokus? Cemerlang tak?

Oleh sebab itu lah remaja perlukan vitamin. Saya boleh cadangkan produk ini untuk remaja.

Untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan :

Mealshake : Nutrien yang lengkap - Memberikan 24 jenis vitamin A-Z yang penting, mineral dan mineral yang dikesan. Kekurangan mineral surih akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bertindak secara sinergi dengan vitamin larut lemak. Bertindak sebagai multivitamin kepada remaja.

BComplex : Penting untuk proses metabolisme. Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan bersifat anti-stress yg sangat sesuai bagi remaja yg aktif dan punya jadual yang padat. Bila kurangnya stress, secara automatik daya tumpuan terhadap pelajaran akan lebih baik. 

Fokus untuk fungsi otak :


Omega Guard : mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak Omega3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain lain. EPA menyihatkan jantung dan sendi. DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak. Pernah dengar kan, orang yang rajin makan minyak ikan, bijak orangnya :)

Lecithin : Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.



So dah dapat kan jawapan kenapa remaja perlu makan vitamin??
Perrrrllluuuuuuu.. :)


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Suplemen dan ubat - apa bezanya?

Semalam salah seorang customer saya post kan gambar Vitamin E yang dibeli dari Kedai Triple-S di wall Facebooknya. Dengan happy dia memberitahu suaminya, vitamin "suami-isteri"  mereka dh sampai.Tiba-tiba salah sorang rakannya meninggalkan komen.

Jom baca kesah komen-mengkomen mereka :


Saya memang setuju dgn kata-kata akhir customer saya ni. Vitamin tak sama dengan ubat. Vitamin dimakan ketika tubuh sihat sebagai langkah pencegahan penyakit, manakala ubat dimakan apabila dah jatuh sakit. Tujuannya merawat. Tapi kan ada pepatah mengatakan, mencegah lebih baik dari merawat. Kerana kos merawat tu, pasti lah lebih besar jumlah wangnya berbanding kos untuk mencegah.

Mungkin ramai yang keliru kerana kebanyakan suplemen dan ubat adalah dalam bentuk pil. Rupa sama so macammana pulak suplemen dan ubat tu berbeza?? Tak pa, nanti kita lihat apakah bezanya suplemen dan ubat ye!




Apakah yang membezakan antara kedua-duanya ini?

Supplement ialah KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Badan kita sentiasa perlukan suplement terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Suplemen juga berfungsi untuk melengkapkan mana-mana nutrien yang kurang atau yang kita tak dapat ambil daripada pemakanan seharian kita. Bila nutrien dalam badan cukup, adakah lagi kemungkinan sakit-sakit serius akan hinggap pada badan anda?? Sebab itu lah kita disarankan untuk mengambil suplemen demi mencegah penyakit-penyakit ini daripada menyerang tubuh kita..

Ubat (selalunya adalah dadah/drugs) pula digunakan untuk mengubati simptom, mendiagnos dan mengubati penyakit. Kalau tak sakit, kita tak perlu ambil ubat. Ubat diperlukan dalam keadaan tertentu sahaja dan perlu pengawasan dari doktor atau yang pakar terhadap dos pengambilannya.



Dah nampak bezanya antara suplemen dan ubat??

Adakah suplemen boleh memberi kesan kepada kesihatan? YA, ia memang memberikan tahap kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Tapi AWAS ye, terdapat pelbagai jenis suplemen yg dijual diluar sana. Pastikan suplemen yang anda ambil dibuat dari bahan dan pemprosesan yang semulajadi.

Baca tentang BAHAYA VITAMIN SINTETIK.

Dengan Shaklee, saya memang tak ragu-ragu akan suplemennya kerana ia memang semulajadi dan mesra alam.

kredit info : Mommylina.

Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. *
Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!

Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
FaceBook : Lydzar Rusman
Fan Page : Kedai TripleS FanPage
Phone : +6012-3103787

Omega Guard bantu turunkan berat badan. Bagaimana???

Pernah dengar omega??
Omega adalah asid lemak penting yang tubuh kita perlukan untuk kesihatan.

Kita biasa dengar akan Omega-3, Omega 6 dan Omega 9. Omega-3 boleh didapati dengan mudah didalam minyak ikan, manakala Omega 6 dan Omega-9 boleh didapati dalam minyak zaitun dan juga minyak sayuran.

Tahukah anda, kombinasi ketiga-tiga Omega ini boleh membantu dalam proses penurunan berat badan??

Bagaimana omega berfungsi untuk tujuan ini???

Omega-3 : membantu meningkatkan metabolisme, membakar lebih banyak lemak pada kadar yg lebih cepat. Omega-3 juga membantu meninggikan paras insulin (hormon penting dalam proses penurunan berat badan), yang akhirnya sangat membantu anda mendapatkan berat badan idaman.
Omega 6 & 9 : menyumbang kepada fungsi otak dan jantung yang sihat, secara tak langsung membantu tubuh menghadamkan makanan dan pemprosesan lemak.

Apabila kadar metabolisme semakin tinggi, tubuh akan lebih cepat membakar kalori, makanan bertukar menjadi tenaga,  dan ini sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Di Kedai Triple-S, kami mempunyai fokus baru iaitu membantu para pelanggan yang berminat menurunkan berat badan dengan menggunakan Omega Guard. Omega Guard adalah minyak ikan terbaik dipasaran. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.

Senang-senang je anda boleh dapatkan Omega3 daripada Omega Guard Shaklee kan!

Baca Fakta Omega Guard

Anda boleh ambil 3biji Omega Guard setiap hari untuk tujuan ini.
Tips lain, akan saya kongsikan dalam entry akan datang. Tunggu ye!

Perlu diingat, teruskan bersenam. Dengan hanya meningkatkan pengambilan asid lemak Omega sahaja tidak akan membantu anda menurunkan berat badan dengan baik! Amalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman setiap hari untuk mendapatkan berat badan idaman anda.

Terjemahan semula dari http://www.livestrong.com


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Water Pitcher : Pembelian berbaloi-baloi.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di hari Isnin ini. Baru-baru ni saya ke salah satu pusat peranginan berhampiran utk bersantai dan berehat-rehat bersama keluarga. Seronok juga sesekali berubah angin dan bawa anak berjalan-jalan. Di sana kami tinggal di sebuah apartment satu bilik yang selesa.

Tiba-tiba anak saya yang kedua minta susu dan baru saya perasan, bekalan air masak yg saya bawa tak mencukupi sebab dh minum dalam perjalanan tadi. Saya cuba cari kalau-kalau di dapur apartment ada menyediakan air mineral botol. Malangnya tiada. Yang ada hanya lah sebuah cerek keluli. Jadi saya ambil juga lah cerek tu dan masak air. Saya tetap buatkan susu untuk anak menggunakan air yg berbaki.

Air dah masak, saya pon masukkan ke dalam jag tersedia. Sambil letakkan dalam sebuah mug utk saya sejukkan dan minum kemudian.

Owhhh rasa air tadi sungguh tak menyelerakan dan berbau sedikit. Tak lalu saya nk minum apatah lagi nnt nk buatkan susu anak-anak. Saya minta suami saya belikan sebotol air mineral utk diminum sepanjang berada diapartment nnt. Alangkah bestnya kalau saya dah ada Water Pitcher Shaklee. Baca lanjut tentang Water Pitcher Shaklee disini

Suami balik dengan sebotol besar air mineral Sp*****r. Menarik idea syarikat air mineral ni sebab daripada botol tu sendiri boleh dijadikan water dispenser. Just letakkan botol mineral, dan air dh boleh diminum/digunakan. Saya mula berkira-kira nk beli water dispenser tu. Tapi sebelum tu saya kena ambil langkah bijak. Buat pengiraan, yang mana lebih berbaloi pada nilai wang saya.

Contoh Mini Water Dispenser


Saya kongsikan pengiraan saya kt sini yer!

Dispenser Box : RM32
Sebotol air mineral 6Liter : RM7.50

Seharian disana kami habiskan sebotol air mineral tu. Jadi saya assume setiap hari keluarga saya akan minum 1botol air mineral berharga RM7.50 ~beli kt stesen Petronas ~.

Jadi untuk sebulan kosnya akan begini, dan bagaimana pula kosnya utk setahun?? :

1 bulan = 30botol x RM7.50 = RM225.
12 bulan = RM2700

Bagaimana pula dengan kos Water Pitcher Shaklee?



Water Pitcher Shaklee berharga RM460 (RRP). Dalam masa 2 bulan saya dok minum air mineral tu. saya dh boleh beli Water Pitcher Shaklee. Dan saya hanya perlu tukar Filter sahaja dalam Water Pitcher ni. Estimated life of the filter is 4 months. Dan harga filter set (3 pek) hanyalah RM161 (RRP). Maknanya dalam tempoh 4bulan tu, saya perlu belanja RM40++ saja untuk kos menukar filter Water Pitcher nih. Masih sangat murah berbanding saya beli dispenser dari kompeni air mineral tadi.

Dan pastinya dalam tempoh setahun saya takkan membelanjakan sebanyak RM2700 ini untuk air mineral sahaja dengan adanya Water Pitcher Shaklee.

Dah la murah, mudah dan mobile pulak tu! Next trip saya ke Langkawi, saya akan pastikan saya bawa Water Pitcher Shaklee!

Kalau anda berminat, boleh PM saya ye. Of course saya boleh berikan anda LEBIH penjimatan wang untuk pembelian Water Pitcher ini.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER PITCHER




Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.



Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.



MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


credit : Shaklee


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!

Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
FaceBook : Lydzar Rusman
Fan Page : Kedai TripleS FanPage
Phone : +6012-3103787

Cerita Kak Norita nak kurus dengan Omega*

Berita terbaru untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dengan produk Shaklee. Saya pon tak sangka vitamin kegemaran anak saya ni berupaya membantu dalam penurunan berat badan. Jadi jom saya kongsikan entry dari Kak Norita tentang Omega dan pengurusan berat badannya.

Ramai yang call tidak kurang yang email/ pm bertanya pasal Omega. Mungkin sebelum ini jarang saya menulis tentang Omega, tapi personally saya pastikan Omega memang sentiasa di rumah kerana ia adalah kegemaran anak-anak saya. Saya bekalkan suami saya Omega supaya ia membantu meningkatkan HDL dalam tubuh.
Seorang customer saya ini tidak menyusukan anak. So pada beliau Lecithin tak membantu seperti yang diharapkan. Saya suggestkan Omega ini kerana Omega juga bagus untuk rendahkan kolestrol dan bakar lemak.

Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.

Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.

Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.

Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.
Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.


Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.


Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.


Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.


Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.


Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.

Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.


InsyaALLAH dalam entry akan datang, saya sharekan senaman ringan 10 minit yang boleh kita amalkan untuk dapatkan bentuk badan yang menarik.
Baca lanjut tentang khasiat OMEGA GUARD :

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Penyusuan SusuIbu : Kolostrum dan Faedah-Faedahnya

Mengapa Susu permulaan kekuningan dan pekat? 

Ramai ibu-ibu yang tidak terus menyusukan anak sejurus selepas bersalin kerana didapati susu yang keluar amat sedikit, terlalu pekat, dan berwarna kekuningan (seolah seperti bahan kumuhan). Malah ada juga sanak saudara yang menyarankan agar dibuang sahaja susu peringkat awal ini, kerana tampak lahirnya kurang menyenangkan.

Susu peringkat awal inilah yang dinamakan 'kolostrum': ianya amat berharga buat si anak ketika tahap awal. Faedah-faedah kolostrum ini, antaranya:-

1. Kaya antibodi - melindungi bayi dari jangkitan dan alahan.
2. Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan.
3. Kaya vitamin A dan E.
4. Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan.
5. Sejenis laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis.

Jadi usahlah khuatir! Susukan anak sebaik lahir. Apatah lagi buat ibu-ibu yang kali pertama melahirkan anak, inilah masanya ibu dan anak berlatih bersama.

--Diolah dari petikan "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)
kredit : SusuIbu.com


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Tips Atasi Morning Sickness Ketika Hamil



Mengandung memang a 'wonderful' experience bagi semua wanita. 'Wonderful' boleh bermakna sangat bahagia, dan tetap 'wonderful' juga walaupon mengalami masalah muntah-muntah, pening kepala dan pelbagai simptom morning sickness. Walaupon agak serik, anda pastinya akan merindui saat saat hamil nanti.


Ramai juga yang tertanya-tanya ada tak produk tertentu yang boleh membantu melegakan ibu dari gejala wonderful kategori kedua tadi tu?

Ya, semestinya ada. Berikut adalah cadangan:

Morning Sickness
- Ibu boleh mengambil set hamil Shaklee yang mengandungi beberapa jenis vitamin dan konsisten mengambilnya. Baca tentang set hamil di SINI
 - Ibu hamil sensitif terhadap bau, jadi segarkan ruang rumah/pejabat dengan bau yang menyegarkan.



- Berfikiran positif
- Kenalpasti makanan/objek/situasi yang menyebabkan morninfgsickness dan cuba elakkannya.

Sembelit
Ibu hamil boleh mengambil Herb-Lax untuk mengatasi masalah sembelit tapi hanya bila benar-benar memerlukan. Kalau sikit, cuma perlu lebihkan pengambilan fiber dan air.
Amat bagus sekiranya ibu mendapatkan nasihat OBGYN terlebih dahulu untuk pengambilan produk herba.



Angin Ibu hamil boleh ambil Peppermint-Ginger Plus. Juga jika benar2 memerlukan. Ambil dalam kuantiti sedikit dulu (1 biji sehari).
Sama juga seperti Herb-Lax, adalah lebih baik jika ibu hamil dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu walaupun halia & peppermint sangat bagus untuk ibu hamil yang mengalami angin.


Kejang Otot Bila berlaku kekejangan menunjukkan ibu memerlukan kalsium, jadi perlu tambah kalsium sekiranya mengalami masalah kejang otot.



Sembab dan kembung
Ibu mengandung biasanya mengalami water retention menyebabkan seluruh badan menjadi besar kerana water retention. Ibu boleh mengambil alfalfa, tapi HANYA PADA TRIMESTER TERAKHIR sahaja.



Mungkin anda tertanya2 (bagi yang pernah mendapatkan produk Shaklee dalam botol)..
 “Kenapa sesetengah produk dikatakan tidak sesuai untuk ibu hamil atau menyusu, misalnya alfalfa…?”.

Sebenarnya bukan tidak sesuai.. Tapi disebabkan ujian klinikal yang dibuat tidak melibatkan golongan ini, walapun ianya selamat, tapi syarat FDA supaya meletakkan ‘warning’ tersebut dalam label.
Dan Shaklee amat patut pada syarat2 demi menjaga kualitinya, walaupun suplemen tersebut sangat selamat. Bagus, kan? QAQC sangat dijaga agar pengguna Shaklee mendapat yang terbaik

kredit : VitaminSemulajadi.com

Ibu-ibu yang mengalami masalah begini, boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk2 tersebut ye.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Program Diabetes Shaklee di K3S

Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka.

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.
 
Penjagaan pesakit diabetes dalam program diabetes Shaklee samasekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?

Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:

- Fibre plan unflavoured
- B complex
- Zinc Complex
- Vitalea

Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik:
- Vivix
- Cinch Shake Mix
- Omega Guard

Insya-Allah, dengan pengambilan konsisten dan doa serta tawakal pastinya diabetes anda dapat dikawal.

Suplemen2 di atas terbukti secara klinikal membantu pesakit diabetes secara ringkasnya:

FIBER PLAN UNFLAVOURED – menurunkan paras gula dalam darah
B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga
ZINC – menurunkan paras glukos dalam darah
VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh
VIVIX – memperbaiki sel, sumber antioksidan terbaik


sumber : VitaminSemulajadi.com

Mari kita baca antara testimoni berkaitan.


Kisah ibu Puan Intan, dari blog Lyana..

Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.

"Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol.


Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...



Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.
Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira. "Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya. (Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)
SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini.Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti.



Hubungi saya untuk konsultasi dan order ye!



 Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Cinch Shake Mix ( Perisa Vanilla, Cafe Latte, Chocolate)


Nama Produk : Cinch Shake Mix ( Perisa Vanilla, Cafe Latte, Chocolate)
Kandungan setin : 765g
Cadangan sajian : 1 sudu cinch shake bersama segelas air


Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.
Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Testimoni Vitamin Shaklee: Tangan tak rasa sakit dan kebas lagi!

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi saya dh ditegur oleh salah seorang customer saya. Dia bagitau yang dia suka sangat bila ada beberapa perubahan positif yg dia dh mula rasakan walaupon baru beberapa hari saja dia mula mengambil vitamin-vitamin tersebut. 
Saya pun turut teruja dengan cerita-cerita dia. Jadi saya kongsikan sedikit kesimpulan yang diceritakan pada saya. Dia malu nk reveal diri, jadi saya hanya buat kesimpulan dalam point saje ye. 
1) lawas dan mudah membuang air tanpa rasa sakit perut atau memulas 
2) sebelum ni tangannya selalu kebas dan sakit bila sejuk. Sekarang dah tak rasa sakit lagi. Malah boleh diangkat tinggi tinggi lagi :)
3) boleh makan semula makanan yg ada ciri-ciri berangin macam kuih yg dibuat dari ubi. Sebelum ni akan rasa sakit perut lepas makan kuih macam ni.
Fokus sebenar  customer saya ni sebenarnya adalah untuk kecantikan kulitJadi saya suggestkan dia dengan set kecantikan ini.--> GLA COMPLEX. VITAMIN C, VITALEA
Saya syorkan dia dengan GLA Complex menggantikan Vitamin E, kerana dalam GLA Complex ada 2 dalam satu untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Apa yang 2 in 1 tu?
Dalam GLA Complex ada so-call EPO dan juga Vitamin E..
Fungsinya?
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel
Customer sangat happy kerana lain yang dia expect~kerana fokusnya pada kecantikan kulit, tp lebih banyak yang dia dapat :) Insya allah nanti akan nampak kesan positif kepada kulitnya pula dengan pengambilan ketiga-tiga vitamin secara konsisten.
Alhamdulillah, syukur sangat sebab saya dh berjaya memberi rasa gembira pada customer yang saya dh anggap macam kawan baik ni. Semoga dia terus dikurniakan kesihatan yang baik dengan mengamalkan vitamin Shaklee
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head