Set TripleM..kenapa ramai yang sukakannya.

Set Triple M :: Making More Milk, Mom Marvelous Milk adalah a highly recommended set bagi semua ibu yang mahu mencuba suplemen utk tujuan breastfeeding. Set yang lengkap dengan pelbagai produk vitamin ini bakal membawa banyak kegembiraan kepada si ibu mahupon si anak.

Memang semakin ramai ibu yang sukakannya kerana Set TripleM ini memberikan kesan yang mereka harapkan.

Kenapa Set TripleM dikatakan sangat berkesan?

*** Komponen utama susu ibu ialah PROTIEN dan KALSIUM. Jadi pengambilan ESP sebagai sumber protein utama untuk ibu menyusu memang sangat membantu, ditambah pula dengan pengambilan Ostematrix (kalsium), melengkapkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan lebih cepat.

*** Set B pula terdiri daripada rangkaian vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan ibu itu sendiri. Bila badan ibu itu sihat dan cergas, secara tak langsung badan ibu cukup bersedia untuk menghasilkan pengeluaran susu untuk anak. Badan yang letih akan menghadkan pengeluaran susu.

Selain itu, dalam set B juga terkandung vitamin B complex yang sangat penting dalam mengawal dan mengelakkan stress. Bila ibu tenang dan gembira, ia juga akan mempengaruhi proses penghasilan susu badan, secara asasnya susu akan dihasilkan dengan lebih lancar, mudah dan cepat. Jadi adalah penting untuk semua ibu mengawal perasaan stress kalian ye!

Alfalfa yang terdapat dalam set B juga bertindak sebagai milk-booster. Pengambilannya memang sangat membantu ibu-ibu yang menyusu. Selain itu, ostematrix juga bertindak sebagai milk-booster yang sangat berkesan.
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibuyang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: Set Menyusu Lengkap bantu ibu kumpul stok penuh freezer http://t.co/0uw9zcCj Follow @lydzar Reply Retweet   08:43 Jan-13

Indeks Glisemik makanan..apakah yang anda faham tentangnya??

Hari ni saya nk share sikit pasal Indeks Glisemik (GI).

Tau tak apa tu??
Term ni penting bagi mereka yg menghidap penyakit diabetes dan juga mereka yg sedang dalam diet plan. Sebab paras indeks glisemik ni berkaitan dengan paras glukosa. Memang berkait rapat dengan dua perkara kt atas tu.

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. 

Makanan yg kita makan akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat. 

Manakala makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Saya nk bagitahu ni, Energising Soy Protein Shaklee adalah antara makanan kesihatan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan, dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Jadi bagi mereka yang tengah diet-diet tu, boleh juga consider ESP untuk membantu mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

ESP

Kalau nak cuba ESP, jangan lupa hubungi saya ye
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
  
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Adakah Soya Anda Selamat?

Saya dihujani pelbagai pertanyaan tentang bahaya soya dan Energizing Soy Protein (protein Shaklee berasaskan kacang soya).

Adakah benar dakwaan bahawa soya boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan?

Jom kita tengok..

YA, memang ada risikonya. Tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Adakah kacang soya kegemaran anda…
  • Ditanam secara organik?
  • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  • Mengandungi 9 asid amino penting?
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
  • Diproses tanpa haba?
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..

 credit to Mommylyna 

soy protein
… dari Shaklee, Energizing Soy Protein!

Bukan itu sahaja, ia juga sangat bagus untuk penyusuan susu ibu!

Jadi bertindaklah bijak dari sekarang. Adakah anda memilih soya yang berbahaya atau Energizing Soy Protein yang ternyata selamat?


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
  
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Masalah thaw stok beku selesai dengan Basic H

Stok ayam beku!! Memang ini lah salah satu masalah saya setiap hari. Selalu sangat terlupa nk turun kan satu bekas stok ayam frozen untuk dicairkan. Senangla kerja nk masak petang nanti, kalau ayam dh cair. Setakat nk menumis atau buat sup tu, tak lah lama sangat. Tapi nak menunggu ayam tu cair dan lembut bebas dari ketulan ais, memang time consuming!!

Sudahnya selalunya lepas jam 8malam baru saya mula memasak. Banyak juga lah aktiviti yang terpaksa delay sebab nk tunggu ayam mencair ni.

Tapi sekarang bukan masalah lagi. Since saya ada baca petua dari geng-geng bisnes Shaklee yang lain. Petua gunakan Basic H untuk proses thaw ayam, saya pon mencubanya.



Memang amazing!!! Saya cuma rendamkan satu bekas ayam beku didalam sebuah bekas air yg saya titikkan beberapa drop Basic H, then saya masukkan baju-baju kotor kedalam mesin basuh. Sempat juga uruskan anak yang poo-poo. Siap-siap cuci tangan, saya tengok ayam beku tadi. Waahhhhh!! Dah cair lah!
Dalam masa 5-10minit je utk ayam tu dicairkan. Bila saya cuba pisahkan ayam yg melekat antara satu sama lain tu, memang senang je. Tak perlu dah saya guna pisau, Huhu dulu gigih la pakai pisau bagai. Dapatla saya mula memasak diner lebih awal dari biasa.

Happy momma!!

Alhamdulillah saya memang takde microwave oven, so saya tak pernah la guna cara thaw dgn oven. Sebelum  ni memang konvensional saja.

Tapi saya memang tak nafikan memang ramai juga kawan2 yg gunakan cara ni. Jom kita tengok kekurangan thaw dgn microwave.

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Buang Ketuhar Microwave Anda

sumber;Disini

1. Makan berterusan dalam jangkamasa panjang makanan yang dipanaskan menggunakan Microwave boleh membuatkan sel otak menjadi rosak. Tisu otak akan terkena kejutan elektrik yang menjadikannya de-polarisasi.
2. Tubuh badan manusia tidak mampu menghadamkan bahan sampingan yang terbentuk hasil daripada proses pemanasan makanan oleh ketuhar microwave tersebut.
3. Pembentukan hormon reproduksi lelaki dan wanita akan terhenti dengan amalan memakan makanan yang dipanaskan menggunakan ketuhar microwave dalam jangkamasa yang panjang.
4. Bahan sampingan yang terbentuk akibat pemanasan makanan akan kekal mendap di dalam badan kerana tidak dihadamkan.
5. Kesemua bahan vitamin, mineral atau zat yang terdapat pada makanan akan hilang atau diubah menjadikannya tidak berguna kepada tubuh badan kerana tidak dapat dipecahkan untuk dihadam.
6. Bahan mineral yang terdapat pada sayuran berubah menjadi bahan radikal bebas yang boleh mencetuskan kanser.
7. Makanan ketuhar microwave boleh mencetuskan masalah kanser usus serta perut atau menyebabkan ketumbuhan pada organ tersebut.
8. Sel kanser meningkat di dalam darah dengan menggunakan makanan dari ketuhar microwave.
9. Sistem ketahanan badan juga menjadi lemah melalui kelenjar linfa dan perubahan pada darah.
10. Makan makanan ketuhar microwave boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah, hilang daya penumpuan, dan penurunan tahap kebijaksanaan.

Ngeri kan dengan fakta fakta kt atas tu. So kawan-kawan, jom kita guna natural and safe way utk thaw stok beku kita. Guna Basih H aje!!


Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Manfaat bawang putih

Bawang putih adalah antara bahan-bahan utama dalam masakan saya. Kalau masak sup ayam saya lebih suka tumis bawang putih dan halia sahaja, dan bawang putih juga menjadi bahan utama dalam sambal kicap saya.
Walaupun kadang-kadang ada sedikit bau, tp saya rasa bau itulah yang menaikkan selera kami sekeluarga makan.

Jom saya kongsikan beberap manfaat bawang putih. Mungkin ramai yang belum tahu sebenarnya.


1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Anti-inflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

credit : Sangmentari

So lepas ni, jangan lupa masukkan bawang putih yang telah diketuk dan dicincang kedalam setiap masakan anda ye. Semoga bermanfaat.

Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Manfaat BComplex

Letih lesu, stress, migrain dan pelbagai lagi gejala kesihatan yang lain seringkali mengganggu urusan harian kita. Tahu tak bahawa sebenarnya semua gejala tersebut merupakan kesan kepada kekurangan vitamin dalam badan kita. Jadi hari ni saya nk share cerita pasal BComplex pula. Biasanya jika ada yang mengajukan saya pertanyaan tentang masalah seperti yg kat atas tu, saya akan suggest mereka ambil Vitamin BComplex.

Manfaat pada kesihatan
 
Secara umumnya,  manfaat vitamin B Complex termasuklah :
  • menggalakkan penghasilan tenaga, 
  • mengekalkan kesihatan kulit dan otot
  • menguatkan sistem pertahanan badan dan saraf. 
Fungsi Vitamin B yang menggalakkan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan  ia digunakan dalam  pengurusan penurunan berat badan. Terdapat juga kajian menunjukkan vitamin B ini membantu dalam memperbaiki siptom-simptom dan tanda-tanda masalah saraf berkaitan diabetes dan pengambilan alkohol.  Ia juga dipercayai membantu dalam menurunkan risiko untuk mendapat kanser.
 
Kesan kekurangan
 
Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan :
  • kekurangan darah merah, 
  • keletihan dan kelesuan,
  • hilang selera makan, 
  • sakit abdomen, 
  • tekanan perasaan, 
  • rasa kebas pada tangan dan kaki, 
  • ekzema, 
  • gangguan pertumbuhan kanak-kanak dan kecacatan pada bayi yang dilahirkan.
Cara memilih Vitamin B yang bagus dipasaran :
  • Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Vitamin B Complex hendaklah mengandungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin).
  • Vitamin dihasilkan dari sumber semulajadi
  • Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil halal yang disahkan
of course BComplex Shaklee memenuhi semua kriteria yg disebutkan diatas.
 

Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Power pumping atau Hyperstimulation

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

 Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

 Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

 Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

 Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

 Tips umum mengepam


- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

 - Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

- Pum setiap 2-4jam sekali

- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

 - Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

 Happy pumping!

credit : Shaklee Golden Lounge
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



Petua demam kebah dengan Vitamin C dan Nutriferon

Alhamdulillah, hari ni saya rasa badan saya lebih sihat compare 2-3hari lepas. Jumaat lepas saya MC sebab seluruh badan rasa sakit dan sengal-sengal. Kepala terasa sakit-sakit juga. Balik rumah, lepas breakfast saya just telan vitamin asas iaitu Vitalea, BComplex dan Vitamin C dan juga bancuhan Performance Drink. Saya extrakan Vitamin C. Saya ambil 2 biji sejak hari Jumaat. Ubat dari klinik saya just simpan dalam almari :)

 Petua makan Vitamin C ketika demam :
Jika demam atau selsema, adalah dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C untuk pagi dan malam dan dipatah dua sebelum dimakan. 

Mengapa perlu di patah dua? Ianya untuk memastikan vitamin C merembeskan kesemua 500mg. Ini kerana semasa sakit, badan memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.



Hari Sabtu, Ahad dan Isnin saya masih rasa badan saya tidak betul-betul sihat, badan masih sakit-sakit. Jadi malam tadi saya ambil lagi 2biji Vitamin C dan juga 1 sachet Nutriferon.. dan rehatkan diri dengan tidur awal.

Alhamdulillah, pengambilan Nutriferon amat membantu badan saya untuk pulih daripada gejala demam. Pagi ni, sakit-sakit badan sudah hilang, begitu juga sakit kepala. Cuma selsema masih bersisa. Yang saya paling  perasan, tubuh saya semakin pulih tanpa kesan pening-pening lalat seperti yg saya rasa jika saya ambil Panadol atau Paracetamol.

Jadi kepada sesiapa yang sedang demam bersama pakej batuk dan selsema, jom cuba petua Vitamin C bersama Nutriferon. Alhamdulillah, ia berkesan kepada tubuh badan saya.

Nutriferon Shaklee dikenali sebagai Immune Booster. Ia adalah rumusan berpaten yang EKSKLUSIF. NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee dan para pengedarnya.

Jom kita kenali Nutriferon dengan lebih dekat!!



Apa itu Nutriferon?
Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Siapa yang menciptanya?
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Apakah kandungan Nutriferon?
NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Siapa yang perlukan Nutriferon?
  • Individu yang ingin mengukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
Bagaimana ia bertindak?
Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

Cara pengambilan Nutriferon :
- Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat.
- Satu paket sehari (atau, jika perlu) ketika demam sehingga demam sembuh

. ***Sila makan Nutriferon secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan***

------------------------------------------------------------------------------
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kapsul Lecithin Shaklee

Kepentingan Lecithin:-
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin:-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Fungsinya : 

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu kawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK (untuk pelajar sekolah dan universiti)
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK WARGA TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  • Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.
Cara makan :
Untuk mereka yang nak turunkan berat badan digalakkan ambil lecithin 2 biji setiap kali selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Maknanya sehari 6 biji. Tetapi kalau untuk otak boleh juga makan sebiji sehari sahaja.

Harga retail sebotol Lecithin adalah RM62.50 termasuk kos penghantaran. Hubungi saya utk mendapatkan harga istimewa serta konsultasi :)

Hubungi saya lydzar@gmail.com | call/sms/whatsapp 013 3583424 untuk konsultasi produk dan pesanan dengan harga terbaik!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: VIVIX : THE BEST CELLULAR ANTI AGING TONIC. Jom tengok video tentang Vivix nih..apa yang membuatnya ISTIMEWA,... http://t.co/GpUriIZX Follow @lydzar Reply Retweet   11:38 Sep-12
Latest post: VIVIX : THE BEST CELLULAR ANTI AGING TONIC. Jom tengok video tentang Vivix nih..apa yang membuatnya ISTIMEWA, semuanya ada diceritakan disi... http://www.youtube.com/watch?v=M16jYdF8YUE&list=PL104DD68B942F1E50
  Like · Comment · Share Kedai Triple-S page on Facebook     Like


Perjalanan 1tahun penyusuan Hilda

Hilda anak bongsu saya buat masa ni. Sejak mengandungkan dia lagi saya berazam nk completekan 2 tahun penyusuan penuh. Alhamdulillah tanggal 13 mac 2012, lengkaplah separuh daripada perjalanan itu.

Perjalanan penyusuan lancar diawal kelahirannya. Hilda pandai latching dgn baik sejak dari labor room lagi. Waktu dalam pantang, dia seorang yang 'good girl', bangun malam cuma bila mahu menyusu. Kurang ragamnya yang membuat mama kurang tidur. Waktu dalam pantang saya mengamalkan set berpantang Shaklee : Vitalea, BComplex, Vitamin C dan Zinc Complex. Alhamdulillah saya rasa sihat dan bertenaga sepanjang waktu berpantang. Sambil melayan kerenah 2 orang lagi anak selalu juga saya beronline dan bantu emak uruskan anak-anak saya. Cukup tenaga lah katakan. :)

Saya mula membuat stok EBM seawal umur Hilda 2 minggu. Sebabnya dia suka tidur kan. Rasa rugi sangat kalau saya tak buat stimulation pada breast. Alhamdulillah, peti ais berjaya dipenuhkan oleh frozen EBM dalam tempoh 2bulan cuti maternity.

Habis tempoh cuti maternity, kembalilah saya ke opis dan Hilda dihantar ke taska setiap hari. Kt opis rutin mengepam adalah 3kali sehari dan tak pernah lagi miss sehingga kini.

Cabaran bermula bila saya didatangi menses ketika usia Hilda 5bulan. Selepas bulan pertama didatangi period, hasil perahan yang biasanya 5-6oz per sesi, berubah kepada 3-4oz sahaja. Saya keep on pumping macam biasa. Saya tambah pula vitamin set Triple M dalam diet seharian saya, :Vitalea, BComplex, Vitamin C, Afalfa, Ostematrix dan ESP. Wahhh tambah vitamin, badan saya rasa lebih sihat dan susu saya nampak lebih pekat.

Untungnya, stok lama ada banyak. Jadi saya mula menggunakan lebih stok frozen EBM untuk dihantar ke taska..Kalau sebelum ni hanya hantar 1-2botol, tp skg saya hantar 3botol.
Risau tu memang lah ada. So saya sentiasa berusaha untuk mencukupkan bekalan dan stok utk Hilda.

Bagaimana??
Saya mula membuat powerpumping setiap tengah malam. Seminggu, dua minggu. Hasilnya masih begitu. Sabar. Saya cuba pula pelbagai milk booster di pasaran selain dari vitamin Shaklee. Bagi saya tak salah, saya sedang berusaha.

Kadang-kadang culas juga nk buat powerpumping ni. Ye la kan, orang lain tidur lena, saya pulak kena berjaga. Jadi power pumping mula dibuat apabila saya sempat saja. Cuma saya tambah sesi pumping secara disiplin pada jam 7petang dan 5pagi. Demi untuk membuat sedikit stok. Jadi lah, daripada kering kontang peti ais tu nnt. Berbulan-bulan sehingga kini saya berdepan dengan situasi ini. Akhirnya saya menggelarkan diri saya LowMilkSupply mama :)

Walaupon dapat gelaran mcmni, Hilda blom pernah lagi diberi susu formula. So saya ceriakan minda saya. Saya positifkan diri saya. Anak mama tak minum banyak, apa yg mama dapat kumpul itu lah yang dia perlu.. Memang pon! Ada ketika, susu 5botol x 2.5oz tu kembali ke rumah, dia tak minum.

Anda tahu kenapa Hilda tak minum banyak?? Pendapat saya, susu perahan saya memang pekat. Jadi dia minum sedikit pon dah rasa kenyang. Sama macam kalau anda buat milo 4-5sudu berbanding buat 1sudu milo sahaja. Betul tak?

Keadaan ini berlangsung sehingga kini. Dan sekarang saya mula berhenti ambil milk booster yang lain-lain tu kecuali vitamin Shaklee. Tanpa milk booster yg lain tu, susu saya masih pekat kuantiti perahan juga sama saja.
Saya enjoy perjalanan sesi pumping saya. Insya allah akan terus berjuang sehingga umur Hilda 2 tahun.

stok frozen EBM as at 13.2.2012.
 owhh ye saya sangatlah nk highlight satu perkara ni :

Ada yang berpendapat ibu menyusu tak perlu makan vitamin atau supplement untuk menghasilkan susu yang banyak.. Saya juga ibu menyusu, tapi saya berpendapat saya perlu makan vitamin dan supplemen. Fokus saya bukan lah semata-mata mahukan susu yang banyak. Saya hanya mahu menjaga diri saya sendiri sebelum saya dapat menjaga bayi dan keluarga saya.

Sebelum ini, waktu anak pertama saya tidak makan vitamin dan suplemen, saya selalu keletihan bila tiba dirumah. Saya selalu stress dgn tanggungjawab yang perlu saya galas dek keletihan itu. Saya selalu rasa bersalah dgn perubahan mood saya.

Kini, saya menyusukan anak ketiga saya. Saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Keletihan dan rasa stress dapat saya atasi. Saya ada 3 anak, dan saya rasa happy dan bahagia menguruskan mereka. Dengan izin Allah dan juga usaha saya melengkapkan tubuh badan saya dengan makanan sebenar untuknya. lydzar@Kedai TripleS
 Saya tegas tentang isu ini. Terpulang pada ibu lain dgn pendapat mereka. :)


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head