Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee : Betul ke bagus?

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi promosi ALFALFA COMPLEX akan berakhir. 
Beli 6 PERCUMA 1. Pastinya anda yang baru sahaja dapat gaji, baru sahaja buat kira-kira utk membeli suplemen akan consider tentang promosi Afalfa ni. 

DAN, masih sempat lagi saya nk sharekan kebaikannya dengan anda :)

APAKAH ALFALFA?

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Sumber : Website Shaklee Malaysia

KEBAIKAN ALFALFA

Secara amnya, Alfalfa sangat bagus untuk perempuan mahupun lelaki. Jom tengok senarai panjang manfaat dan kebaikan Afalfa ini.

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 2. Sebagai penggalak susu yg mempercepatkan penghasilan susu badan utk ibu myusukan bayi 3. Mencuci usus bagi membuang toksik 4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ 5. Memberi kelegaan semasa haid 6. Merawat arthitis 7. Bagus untuk elergi dan ekzema 8. Merawat athma 9. Menghilangkan kelesuan dan tekanan 10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang 11. Meneutralkan asid dalam badan 12. Merawat masalah keputihan pada wanita 13. Membesar dan menegangkan payudara 14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 15. Memulihkan urat selepas bersalin 16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 17. Meningkatkan stamina seorang suami 18. Melegakan sembelit 19. Membuang angin dalam badan 20. Melegakan sakit sendi dan belakang

Nak tau apa kata pengguna Alfalfa? Jom teruskan membaca :) 

Betul ke bagus? Of course!!

Agak 'hangat' sket la testimoni mereka ni. Tapi bagi suami isteri yang pastinya sentiasa mencari jalan agar hubungan mereka terus mesra, apa  salahnya mereka share apa yg telah mereka rasa, kan?

Dan yang ini pula, Alfalfa telah membantunya menyelesaikan masalah keputihannya.Hampir putus asa dengan sebarang petua untuk menghilangkan keputihan, kini sangat gembira apabila masalahnya selesai dengan pengambilan Afalfa dalam set penyusuan.


Alhamdulillah, dengan izinNya juga. Segala masalah ada penyelesaiannya. 
Kalau anda mahukan rumahtangga yang bahagia, hangat dan mesra sentiasa atau anda mahu menyelesaikan masalah kewanitaan, jom cuba Alfalfa Complex dari Shaklee. Terbukti BERKESAN!

Tak perlu ambil masa yg terlalu lama untuk membuat keputusan, kerana Alfalfa memang sangat murah harganya especially kalau anda grab promosi Beli 6 PERCUMA 1 ni.

Jangan terlepas peluang keemasan ni ye!

Hubungi saya untuk konsultasi dan order ye

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


 

Pengantin Cantik Berseri dengan Collagen Powder

Musim cuti dan musim kenduri dah tiba!
Nampaknya kenduri dan Collagen Powder perlu digandingkan. Sebab pengantin dan kecantikan memang sudah seiring. Apa kata bagi bakal-bakal pengantin bulan December nanti bolehlah mula ambil Collagen Powder. Mesti senang kerja 'makeup artist' nk memperindah ciptaan tuhan nanti.

Tahu kenapa saya kata Collagen Powder sangat bagus.
Jom tengok dulu testimoni ini.


Gambar pertama, selepas penggunaan 3 kotak Collagen. Dalam masa sebulan setengah sahaja. Gambar sebelumnya nampak sangat kulit Puan S berjeragat dan bertompok-tompok. Setelah mengamalkan Collagen Powder, ianya berkurangan dgn banyak sekali. Kulit nampk lebih cerah, bersih tanpa tompokan dan jeragat pon hampir hilang.
Gambar kedua pula, teratas sebelum mengambil Collagen Powder. Wajahnya kemerahan seperti sunburn. Gambar ditengah lebih cantik selepas 7hari mengambil Collagen Powder. Dan yang terkini, wajahnya dh licin sangat.

Kalau kulit dh licin dan cantik mcm ni, tak perlu makeup tebal pon kan. Opss tapi  kedua-dua customer ni, bukanlah bakal pengantin. Saya ambil contoh sahaja bagi menunjukkan perbezaan antara sebelum dan selepas pengambilan Collagen Powder.

Antara kebaikan Collagen Powder Shaklee yang anda patut tahu;

Kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder


♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan ~ 18%
 
So bagi bakal pengantin yang tengah usaha untuk kelihatan glowing, cantik menawan, berseri-seri jom cuba Collagen Powder. 
 
Hubungi saya untuk konsultasi dan order ye
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 
  

Set Vitamin Untuk Ibu Hamil

"Alhamdulillah, Ecah nak dapat adik"
"Syukur Alhamdulillah, 6minggu sudah"

Itu adalah antara status update di FB kawan-kawan saya tentang berita kehamilan mereka. Senyum senyum saya membaca di Newsfeed saya. Alhamdulillah rezeki. Saya juga tumpang happy.

Kesan paling ketara yang saya lihat pada ibu-ibu di awal kehamilan mereka ialah rasa penat (fatigue), loya dan muntah-muntah, sering mengantuk, tak bermaya dan selalu tidak sihat. Mengapa ini berlaku? Ia adalah fenomena biasa 'morning sickness' dek kerana perubahan hormon yang terjadi pada badan ibu hamil. Untuk mengatasi atau cope dengan keadaan ini, ibu hamil hanya perlu perbanyakkan berehat, minum banyak air suam dan mengamalkan suplemen untuk ibu hamil.

Keperluan vitamin dan mineral tubuh ibu hamil meningkat sepanjang tempoh 9 bulan ini, maka sebab itu lah doktor akan membekalkan beberapa jenis vitamin kepada ibu hamil.

Jika anda memerlukan vitamin terbaik untuk ibu hamil yang semulajadi, terbaik dan selamat mungkin anda boleh memilih Shaklee untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan anda.


No telefon saya kini dah bertukar ke 013 3583424

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil? 

Semua vitamin ini terdapat dalam Set Ibu Hamil di K3S. Secara asasnya fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :

ESP (Protein) : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)  : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega Guard : membantu pembentukan sel otak.

Jom kita baca beberapa testimonial dari ibu yang telah mengambil vitamin untuk ibu hamil ini. Rata-ratanya memang berpuas hati kerana tubuh mereka berasa sihat dan cergas selepas mengambil vitamin ini.



Anda tak perlu lagi mengambil obimin dan asid folic yang dibekalkan oleh klinik jika anda mahu mengamalkan vitamin Shaklee sepanjang tempoh kehamilan. Set ini sudah lengkap, nyata selamat dan berkesan, jadi tak perlu ragu lagi tentangnya.

Dapatkan vitamin ibu mengandung anda dari K3S. Hubungi saya untuk konsultasi dan order ye!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Ketumbuhan Fibriod

Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.

Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.



Mengapa Tumbuh Fibroid?

Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

 Apakah Gejala-gejala Fibroid?

Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.

Gangguan Haid

Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

 Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.

 Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing

Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.

Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)

Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.

 Apakah Fibroid Perlu Dirawat?

Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.

Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.

 Fibroid Dirawat Secara Pembedahan

Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.

Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.

 Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.


Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon

Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.

Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.

Info : Penerangan

Ostematrix Shaklee - Penyelesai Masalah Kekurangan Kalsium

Kalsium adalah nutrien yang sangat penting, terutama sekali bagi wanita. Kalsium membantu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Ia juga membantu untuk menggalakkan denyutan jantung pada paras normal, membantu darah membeku, dan membantu untuk menjalankan impuls saraf.  

4 Petanda Anda Kekurangan Kalsium!

Jika anda mempunyai masalah kekurangan kalsium, anda mungkin mengalami perkara-perkara berikut:


# 1 : Kekejangan Otot.

Kekejangan otot boleh menjadi tanda awal bahawa anda sedang mengalami masalah kekurangan kalsium. Kekejangan biasanya berlaku pada waktu malam, terutama di kaki 

# 2: Kulit Kering dan Kuku Rapuh
Satu tanda kekurangan kalsium biasa boleh dilihat pada kulit anda dan kuku anda. Apabila kulit anda menjadi kering dan kuku anda menjadi rapuh (mudah pecah), anda sebenarnya kekurangan kalsium. Jika gejala-gejala ini terdapaqt pada anda, mungkin anda perlu membuat pemeriksaan gigi juga. Simptom paling mudah dilihat adalah gigi anda menjadi kuning. Gigi dan tulang boleh terjejas dari kekurangan kalsium.


# 3 Gejala PMS Meningkat
Seorang wanita akan mengalami kekejangan atau kitaran haid yang tidak stabil jika dia mengalami kekurangan kalsium. Menambah lebih kalsium diet boleh mengurangkan gejala-gejala ini.

 
# 4:  Tulang Retak

Jika anda mula mengalami keretakan tulang kecil atau kerosakan tulang penuh, anda betul betul mengambiltahu akan jumlah kalsium dalam diet anda. Ini adalah gejala yang teruk akibat kekurangan kalsium.

Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan untuk memastikan mereka kuat. Tanpa kalsium ini, tulang kita akan menjadi lemah.


Tahukah anda? Kita disarankan mengambil kalsium tambahan untuk memastikan kita mengambil jumlah yang mencukupi (saranan pengambilan 1,000 mg. sehingga 1,500 mg sehari bergantung kepada umur). 

Tips Memilih Suplemen Kalsium Terbaik:

  • Pastikan ia mengandungi MAGNESIUM. Magnesium membantu menyerap kalsium dan mengekalkannya didalam tubuh. Magnesium bekerjasama dengan kalsium untuk membina matriks tulang yang kuat dan kukuh
  • Pastikan kalsium anda lengkap dengan Vitamin D. Vitamin D memaksimakan penyerapan kalsium dan membantu mengawalselia kitaran kalsium dalam peredaran darah
  • Carilah suplemen kalsium dari sumber CALCIUM CITRATE kerana kadar penyerapan ke dalam tubuh lebih tinggi.

 OSTEMATRIX : PENYELESAI MASALAH KEKURANGAN KALSIUM 

Ye!! Jawapannya ada pada OSTEMATRIX!!
Produk suplemen kalsium dari Shaklee yang memenuhi semua kriteria diatas!!

  
 Mari kita lihat apa kata mereka yang dah ambil OSTEMATRIX.



Pengambilan Ostematirix secara istiqamah membantu tulang anda agar terus padat dah sihat. Badan akan terasa lebih cergas dan tiada lagi sakit-sakit belakang yang sangat menyukarkan pergerakan harian anda. Anda nk berlari dan menari pon boleh, macam iklan Anlene tu :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kenali Tiroid : BERBAHAYAKAH IA?

Apa itu TIROID? BERBAHAYAKAH??

Penyakit berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.

Pesakit tiroid kebiasaannya sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten. Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!

KENALI TIROID 



Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

"Hipertiroidisme" berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada org biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:

- Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-- Bengkak di leher
- Cirit Birit
- Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar debar
- Gementar dan gelisah, terketar ketar
- Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
- Kesuburan turun
- Penumpuan kurang
- Mata menjadi besar (bulging)
- Angin yang tidak menentu
- Kejang Otot
- Oesteoporosis
- Pengeluaran peluh yang banyak
- Suhu badan naik, tak tahan panas
- Rambut tidak kuat
- Sukar bernafas, Sukar tidur
- Tekanan darah naik
- Turun berat badan walau selera naik
- Lemah
"Hipotiroidism" merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Antara tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-
- Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman,
- Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
- Kemurungan atau kegelisahan
- Cepat berasa letih
- Faktor Genetik
- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
- Masalah sembelit yang teruk
- Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit
menjadi kasar dan berkuping
- Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid
- Perempuan
- Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
- Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
- Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda

- Orang yang kuat merokok.

------------------------------------------------
Jika anda adalah pesakit tiroid dan mahu mencuba produk Shaklee, kenali dulu jenis tiroid anda, nyatakan pada saya anda adalah pesakit tiroid jenis mana.

Cadangan vitamin Shaklee yang boleh diambil secara general untuk kedua dua jenis tiroid adalah spt berikut :

B COMPLEX
VITAMIN C
VITAMIN E
OSTENATRIX
ZINC COMPLEX
 

Vitamin yang tidak sesuai diambil mengikut jenis tiroid :
Hipotiroidisme- ESP
Hipertiroidisme - Vitalea 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Bagaimana Mengawal dan Merawat Jerawat.

Saya sambung entry tertangguh saya. Susulan dari entry

Kulit BEBAS JERAWAT : TAK PERLU ELAK Makanan Kegemaran

Jerawat boleh tumbuh berikutan beberapa faktor ini :
Bakteria, ketidakseimbangan atau perubahan hormon, stress dan tekanan, pemakanan tidak seimbang, penggunaan alat solek yang tidak sesuai, dan juga keadaan persekitaran yang tidak bersih.

Bintik-bintik kecil (atau besar) yang kemerah-merahan, kadangkala sehingga kehitaman bukan sahaja nightmare terutama sekali pada kaun wanita, bukan sahaja mencacatkan pandangan wajah anda malah yang lebih menyiksakan adakalanya jerawat ini menyebabkita kulit kita terasa sakit dan pedih.


Oleh itu mari saya kongsikan, beberapa vitamin yang sesuai untuk bebas dari masalah jerawat. :
  • Pencemaran Alam Sekitar : Anda perlukan ANTIOKSIDAN : Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A mampu menghapuskan radikal bebas dari pencemaran persekitaran.
  • Ketidakstabilan Hormon: Prostaglandin adalah hormon yang berkait rapat dengan keadaan kulit yang tidak sihat. Terlebih hormon ini akan menyebabkan beberapa masalah kulit seperti tekstur kulit yang kasar, ekzema, psoriasis dan sebagainya.

    Jadi, pengambilan asid gamma linolenik (GLA) amat disyorkan. GLA Complex membekalkan sejenis asid lemak iaitu Omega-6. Kajian menunjukkan asid lemak (Omega-3 dan Omega-6) membantu permukaan kulit yang licin dan tegang, menghalang/mengurangkan kesan radang kulit spt ekzema dan psoriasis dan memperlahankan kadar penuaan kulit.
  • Stress & Tekanan: Pengambilan vitamin B-complex mampu mengurangkan kadar tekanan dan membolehkan seseorang kekal gembira dalam keadaan yang tertekan.
  • Menyamarkan parut jerawat dengan pengambilan sumber protin. Protein merupakan asas kepada sel. Kesan kekurangan protien dapat dilihat pada tekstur dan warna kulit seseorang - kusam dan tidak bermaya.

    Jadi, untuk menggantikan sel kulit lama kepada sel kulit baru yang lebih sihat, menjadikan kulit bermaya dan berseri, pastikan pengambilan protien yang lengkap dan dari sumber terbaik sahaja. Dan pastinya ESP Shaklee.
Jom saksikan satu testimomoni selepas menggunakan beberapa jenis vitamin untuk mengatasi masalah jerawat ni. Pastinya bila wajah bersih bebas jerawat, self confidence akan meningkat.



 Hubungi saya utk info lanjut tentang Set Kecantikan Kulit  yang dicadangkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head