Langkah-langkah pencegahan selsema untuk bayi

Bayi amat mudah untuk dijangkiti selsema kerana sistem imun mereka masih lemah.

Virus adalah penyebab kepada selesema. Selsema menyebabkan jangkitan pada pernafasan dan ia merengsakan hidung dan tekak mereka. Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford mengatakan bahawa selesema menjadi berkurangan selepas kanak-kanak berumur 6 tahun. 

Oleh itu, beberapa langkah pencegahan boleh diambil bagi membantu untuk melindungi bayi anda daripada dijangkiti selsema.

  •  ASINGKAN
    Asingkan bayi anda dari tempat-tempat 'public' dan keramaian. Elakkan membawa bayi anda menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretapi, dan  elakkan juga berada di dalam 'gathering'. Bayi anda mungkin dijangkiti virus selsema melalui sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya. Virus selsema bergerak melalui udara dan penyakit ini sangat mudah untuk berpindah kepada bayi anda. Elakkan bayi dipegang oleh seseorang yang anda tahu sedang sakit atau elakkan bayi anda daripada berada dibilik yang sama dengan mereka.
  • BERSIHKAN
    Bayi anda juga boleh dijangkiti selsema jika dia menyentuh objek yang telah dijangkiti dengan virus ini. Jadi, jika anda dapati seseorang yang sedang selsema telah memegang barangan atau permainan anak anda, basuh objek tersebut dahulu sebelum membiarkan anak anda menggunakannya lagi. Bersihkan permainan anak anda dengan kerap
  • 'PERSONAL HYGENE'
    Pastikan persekitaran bayi anda bersih. Cucilah tangan sebelum anda memegang atau bermain dengannya. Pastikan 'wet tissue' atau gel sanitizer berada di dalam beg lampin anak anda untuk membersihkan tangan anda apabila air dan sabun tidak tersedia.
  • HADKAN SEBARAN VIRUS
    Memalingkan muka ke arah lain ketika bersin tidak membantu anda menghalang virus daripada menjangkiti anak anda. Virus selsema bergerak melalui udara, dan virus masih mampu bergerak kearah anak anda. Gunakan tisu ketika anda batuk atau bersin. Segera buangkan tisu yang telah digunakan.

Jika bayi anda telah pun dijangkiti selsema, mungkin anda boleh menyedut hingusnya dengan menggunakan alat yang dipanggil 'nasal aspirator' ini.

Ingat ya, jangan sewenang-wenangnya memberikan bayi kecil anda ubat tanpa nasihat daripada Doktor. Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu, K3S mencadangkan si ibu untuk ambil beberapa sachet Nutriferon supaya khasiatnya dapat disalurkan kepada bayi anda untuk pulih daripada selsema.

Baca tentang pemulihan demam dan selsema dengan Nutriferon DISINI

--------------------------------------------------------------------------------

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



Lydzar Rusman,  
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)


Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



Panduan Menu Sarapan Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Memilih sarapan pagi untuk kanak-kanak kadangkala memerlukan si ibu berfikiran kreatif.
Idea hebat perlu untuk memancing minat anak untuk makan, dan dalam masa yang sama ibu perlu memastikan setiap apa yang diberi kepada anak-anak adalah sesuatu yang berkhasiat dan bermanfaat kepada tubuh badan anak-anak.

Pengambilan sarapan yang berkhasiat membantu anak anak lebih fokus dan memberikan tumpuan penuh terhadap setiap aktiviti yang dilakukannya. Maklumlah, kanak-kanak masakini ada terlalu banyak akiviti yang perlu dilakukan seawal pagi. Jadi sarapan yang baik perlu mereka ambil untuk 'kickstart' hari mereka. Jadi apa yang perlu ibu bagi pada mereka?

Panduan Menu Sarapan Terbaik Untuk Kanak-Kanak

  •     Makanan berkanji
Misalnya roti dan nasi. Makanan seperti ini penting kerana dapat membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Jika ingin memberi anak makan roti, pastikan roti itu pelbagai. Setiap hari roti yang berbeza dan menu yang berbeza. Contohnya, roti putih dibuat sandwic, roti gandum dibuat roti bakar dan roti pita pula dimakan bersama inti daging kisar. Jika anda ingin hidangkan kepada anak nasi pula, buatlah nasi goreng, nasi lemak atau bubur nasi.
  •     Buah-buahan
Ketika bersarapan, elok jika anda dapat menghidangkan anak dengan buah-buahan. Paling tidak pun dengan jus buah segar. Hal ini kerana buah-buahan mengandungi banyak nutrien yang baik untuk kesihatan kanak-kanak. Termasuklah vitamin C. Makanan yang mengandungi vitamin C akan membantu kanak-kanak menyerap zat besi daripada makanan yang diambil mereka. Sebagai ibu bapa, anda kenalah pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang dicadangkan ialah buah epal, oren, anggur dan pisang.

Breakfast for kids

  •  Bijirin sarapan pagi
Bijirin sarapan pagi juga pilihan yang baik untuk sarapan anak kerana mengandungi tenaga dan beberapa vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Akan tetapi, anda perlulah berhati-hati kerana di pasaran ada bijirin-bijirin yang mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Untuk memastikan anda tidak tersalah pilih, perhatikan maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak. Cari yang kurang manis dan kurang masin. Bagi menambahkan selera anak, tambahkan dengan potongan buah-buahan segar atau kismis. Secara tidak langsung, anak anda juga akan dapat khasiat daripada buah-buahan.
  •     Susu dan hasil tenusu
Untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, jangan lupa berikan anak makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih.



Sumber info : Pa & Ma

Variasikan cara penyediaan sarapan untuk kanak-kanak. Mereka pasti gembira sambil menikmatinya.

-------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Perlu ke vitamin untuk anak anak?

Salam petang semua readers blog Semua.Sihat.Selalu

Insya Allah, kali ni sharing utk anda yang bergelar Parents :)

Mungkin ada dikalangan kita yang berdepan dengan masalah dengan kesihatan anak-anak, masalah selera makan, masalah pembelajaran dsb lagi. Alhamdulillah, setakat ni memang ada ramai ibu yang berpuashati dengan suplemen untuk kanak-kanak yang mereka bagi pada anak-anak terutama sekali utk mengatasi masalah selera makan, masalah daya fokus dan juga masalah anak selalu demam.
Mungkin ni adalah persoalan yg selalu berlegar-legar dikepala anda sebagai parents..

》》PERLUKAH VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK???

♥ Sejujurnya saya katakan, tidak perlu dengan syarat anak-anak tidak cerewet makan... Makan ikan, daging, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan hasil tenusu dengan lengkap seperti piramid makanan sesuai dengan keperluan hariannya dan betul cara penyediaannya...Namun begitu, kebanyakkan kanak-kanak hari ni sangatlah memilih makanan... walaupun tidak semua begitu... Ada setengahnya hanya nak makan nasi + telur + kicap sahaja... Macam dalam iklan tv tu... anaknya hanya nak makan hotdog je... huhuhu... macam mana mereka nak dapat khasiat yang lain? Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin untuk mereka... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan macam macam lagi...

》》TAHUKAH ANDA???

♥Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini. Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain. Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap. Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

So disini saya nk syorkan vitamin yang sesuai utk keperluan anak anak anda untuk yg berumur 1-3 tahun & 4tahun ke atas..

SET VITAMIN UTK 1-3 TAHUN :
◆ MEALSHAKE
◆OMEGA GUARD




SET VITAMIN 4 TAHUN KE ATAS :
◆MEALSHAKE
◆OMEGA GUARD
◆VITALEA FOR CHILDREN
◆VITA C CHEWABLE

Boleh baca secara ringkas manfaat bagi setiap vitamin di poster di bawah.

Vitamin Kanak Kanak Sihat

Nanti saya akan sharekan beberapa testimoni tentang seet vitamin untuk kanak-kanak ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Panduan Penyusuan Relaktasi (Relactation)

Syukur Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang untuk membantu ibu yang berniat untuk lakukan proses relaktasi dengan anaknya yang berumur 5 bulan.

Kesnya, bayi telah diperkenalkan dengan botol susu seawal kelahirannya kerana ibu bersalin secara pembedahan dan Doctor telah prescribe ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk bayi jika ibu menyusukan bayinya. Kesannya, kini bayi memang tak mahu menyusu secara terus dengan ibunya, dan susu menjadi kering akibat tiada hisapan dari bayi.

Setelah umur bayi mencecah 5 bulan, barulah ubat-ubatan ini dihentikan pengambilannya.
Alhamdulillah, ibu yang memang sedar akan kepentingan penyusuan susu ibu ini menghubungi saya untuk maklumat lanjut tentang vitamin dan proses relaktasi.

Insya allah saya cuba yang terbaik untuk membantu beliau.

Mari saya kongsikan sedikit info tentang relaktasi.

APA ITU RELAKTASI?

Relaktasi adalah proses penyusuan semula setelah bayi berhenti menyusu dari payudara buat beberapa tempoh tertentu dan ia menyebabkan susu badan si ibu kurang atau tiada langsung.

Relaktasi ada proses untuk meng'ada'kan semula susu melalui beberapa proses, yang penting si ibu bersungguh-sungguh, rajin melalukan apa yang mesti dilakukan, kuat semangat, yakin akan berjaya dan sentiasa berdoa. Boleh gunakan juga utk ibu yang nk upkan susu akibat susu merudum.


RELAKTASI DENGAN TRIPLE M:

Relaktasi Penyusuan Bayi

Antara yang perlu dilakukan untuk relaktasi bersama Set Triple M secara khususnya;

Stimulation (rangsangan):
-Stimulate payudara melalui sesi pumping, buat jadual dan ikut jadual strictly;
Pam selama 20minit (double pumping/single pumping for each breast) setiap 2-3jam. Lebihkurang 8kali sehari..
-Jika bersama bayi, boleh lakukan tandem pumping (sebelah menyusu, sebelah lagi pump) gunakan jadual yang sama.

Minum segelas dua air setiap kali selepas sesi pumping


Ambil vitamin mengikut jadual secara konsisten.


Berfikiran positif, kurangkan stress, berdoa dan amalkan zikir Ya Matin semasa mengepam untuk relaktasi.

Apa yang paling penting disini adalah RANGSANGAN/STIMULATION.
Suplemen TRIPLE M membantu dari segi kesihatan dan kecergasan tubuh ibu utk bangun dan stay up waktu malam utk mengepam. Sambil tu Afalfa dan ESP bertindak sebagai milk booster yang boleh membantu membanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Relaktasi mengambil masa. Jangan expect buat power pumping 3 hari dah expect susu penuh satu botol. Istiqamah lah.
Kesannya mungkin dapat dilihat dalam masa 2-4minggu atau lebih lagi.

**pengalaman sendiri dulu buat relaktasi tapi tanpa TripleM. Masuk minggu ke4 baru nampak titisan susu masuk botol. Tp seminggu lepas tu, stop sebab dpt berita peknen lagi..haha patutla, pam pam tak kuar apa-apa...


Jika anda juga berada dalam situasi yang sama dengan ibu di atas, dan mahu mendapatkan nasihat tentang relaktasi, hubungi saya ya. Insya allah saya cuba bantu sehabis baik :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



10 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri

 
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
 
2. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
 
3. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 
 
4. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
 
5. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
 
6. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
 
7. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

8. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
 
9. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

10. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri iaitu:
   
 

kredit : http://kehidupan-insan.blogspot.com


----------------------------------------------------------------------------------------------

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Sunnah

Sunnah-sunnah ketika menyambut kelahiran bayi ialah:

1. Mengazankan bayi
Nabi SAW mengambil berat tentang bayi yang baru lahir dari rahim ibunya dengan mengalunkan azan ke telinganya supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didendangkan dengan zikrullah dan supaya ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam.

Nabi SAW apabila mendapat tahu tentang kelahiran cucunya Hasan, baginda bergegas mendapatkannya lalu mengalunkan azan ke telinga kanannya dan iqamah ke telinga kirinya.

Baginda bersabda bahawa bayi yang diazankan tidak akan diganggu oleh 'ummu sibyan' iaitu sejenis syaitan yang dikhaskan untuk menganggu bayi yang baru lahir.

2. Bertahnik
Nabi SAW akan mengambil sedikit air liur baginda dan dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dan meratakannya ke seluruh mulutnya.


  3. Menamakan bayi
Menamakan bayi pada hari yang ke-7 selepas kelahirannya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Namakan mereka dengan nama pada nabi. Dan sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Semolek-moleknya ialah Haris dan Hamam. Manakala seburuk-buruknya ialah Harb dan Murrah."

4. Bercukur
Mencukur kepala bayi. Disunatkan pada hari ke-7 kelahiran bayi untuk dicukur kepalanya sehingga habis.

5. Menderma berdasarkan berat rambut bayi yang dicukur
Menimbang rambut bayi yang dicukur itu kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Namun, ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

6. Aqiqah
Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. Disunatkan untuk menyediakan sembelihan tersebut dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya. Disunatkan bagi yang dijemput untuk memenuhi jemputan aqiqah kerana Nabi SAW menggalakkan kita memenuhi undangan aqiqah sehinggakan ada sebahagian ulamak mewajibkan kita untuk memenuhi undangan aqiqah.

7. Berkhatan
Berkhatan diwajibkan kepada anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan.

Keinginan untuk menyampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah

Jika kita mendapat tahu tentang kelahiran baru, disunatkan untuk kita mengucapkan: "Moga Allah berkatimu dengan pemberian-Nya, semoga kamu bersyukur kepada-Nya, semoga Allah kurniakanmu keberkatan dan petunjuk-Nya."

Jika kita perhatikan ketujuh-tujuh sunnah ini dan mengamalkannya kepada anak-anak, mereka akan hidup bersama sunnah Rasulullah SAW.

Wallahu 'a'lam.
kredit : http://kehidupan-insan.blogspot.com/
----------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


 
 
 

Cantik secara Islami


Cantik secara Islami
 
 

Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


ISTIMEWANYA WANITA


�Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

�Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

�Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

�Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

�Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

�Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

�Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

�Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

�Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu

�Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

�Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

� Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W
"Ibunya."

�Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

�Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).


�Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

�Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka AllahS.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

�Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

�Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukandaripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head