Kisah JATUH CINTA dengan Shaklee.

Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Insya allah hari ni saya nak share pendapat beberapa orang sahabat Shaklee saya. Hasil interview saya bersama mereka. Inilah cerita tentang bagaimana bermulanya detik berkenalan dengan produk Shaklee, dan apa yang membuat mereka jatuh cinta dan setia pada produk Shaklee.

Ye lah, orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi tertanya-tanya juga saya ni, apa yang sebabkan terlalu ramai orang mula sukakan Shaklee :)
Kebanyakan mereka bermula dengan set tertentu. Baru cuba makan dalam beberapa hari/minggu, mereka mendapat kesan yang sangat positif. Contohnya Puan Nur Hazwani Nadiah dan Puan Noriah jatuh cinta melalui Set Berpantang,  Puan Emy Ilhami melalui Set Kecantikan Kulit, Puan Junaida Jalaluddin melalui Mealshake dan sebagainya lagi
Puan Nur Hazwani Nadiah

ptg2 ni teringat ms zaman mule2 kenal shaklee, mase tu sy kene operation coz bengkak susu, doc bg sy ubat stop susu then memang xlehla nk bf, rase cm sdey sgt2 coz ms tu irfan br 2bln, sy tak patah smgt,sy cl doc pakar puan kt hukm,cl sane sini pakar laktasi,
semata2 nk tye bley ke sy bf lg n cmne nk wt relaktasi, alhamdulilah..ade juga insan2 yg sgt membntu dan mencdgkan produk ini kpd sy..
dgn kuasa Allah luka sy cepat sembuh dan tak sampai sebulan pun,sy dah bley bf irfan..
pape pun smgt kene kuat! — 

Puan Elisa Lu

Bagaimana saya kenal Shaklee?
------------------------------------
Sebenarnya dah lama, almost 3 years, tapi memang tak terbuka hati pun nak beli. Tapi gerak hati ni, google dan macam maklumat saya dapat..Rata2 beri feed back yang baik & keberkesanan tentang produk Shaklee. Ohhh yang paling best, Shaklee adalah sangat semulajadi!!

Puan Siti, kazen saya yang first kenalkan ESP, selain set kecantikkan Shaklee yang saya tau melalui internet. ESP salah satu produk yang saya jatuh cinta, bahkan ramai lagi. Khasiatnya 1001 macam yang memang bagus untuk kuku,kulit,rambut juga organ badan yang lain. Malah sesiapa saja sesuai amalkan ESP - tak kira apa jua tujuannya, hamil, untuk hamil, berpantang & menyusu, untuk kecantikkan & kecerdasan..Ahhh banyak sangat khasiatnya.

Kerana saya telah cuba & alami kesan yang super hebat, saya jadi ahli Shaklee, Alhamdullilah ia lebih hebat dari saya berbisnes pakaian wanita & bayi. Percayalah, memang superb hebat!! Dengan modal RM65 boleh bikin duit RM6**,***.00.

Ahaaa, jangan tak caya!!

Puan Emy Ilhamie

Perncarian bermula apabila sy tension dgn kulit muke yg mengelupas (al maklum la byk buat keje luar & panas) .. bile pakai bedak mesti bercapuk2.. waktu tu mmg ada ambil vit c yg beli dr farmasi.. dh beberapa bulan mkn still mcm tu jugak.. pencarian berakhir apabila bertemu dgn pgedar shaklee Lydzar Rusman di internet. Dah cerita masalah & akhirnya cadangan mengambil set kecantikan kulit mjadi plihan. Setelah ambil vitamin selama 2 minggu.. sy prsn kulit muka dah tak mengelupas lg.. sejak tu sy jatuh cinta dengan shaklee hingga ke hari ini.. luv 4 ever shaklee...


Puan Asmahizan Sahizah

Saya kenal Shaklee ni laaamaaa dulu dah.. dari zaman sekolah. Start hidup di Universiti saya dah mula mencari makanan tambahan..macam-macam saya cuba, tapi tak pandanglah Shaklee ni sebab rasa mahal..

Tapi kalau dicongak-congak, dibahagikan dengan berapa bulan sebotol vitamin boleh bertahan..Shaklee tak mahal langsunglah..lebih-lebih lagi jika jadi ahli. Saya mula rapat, berkenalan (ewah..) dengan Shaklee melalui kak Noriah Rusman. Saya bermula dengan set optimum ketika mengandungkan anak ke3..dan mula jatuh cinta ketika pengambilan set berpantang.

Dan ketika banyak masa free dalam temph berpantanglah saya mula berminat untuk cuba berbisnes. Lebih-lebih lagi bila mendapat tahu ramai dalam group super upline saya dah beroleh 5 angka bonus dan bergelar WAHM. Alhamdulillah saya dah dapat bonus 3 angka dengan 'sedikit' usaha. InsyaAllah jika saya lipat gandakan usaha saya secara berterusan dan up kan amalan rohani semestinya..saya boleh dapat 4 angka sedikit masa lagi.

Wang memang nmpk seperti fokus utama, tetapi sebenarnya point utama adalah tentang menjaga dan mengekalkan kesihatan diri. Dengan Shaklee saya lebih sihat tanpa perlu risau tentang kesan jangka panjang dan juga berkongsi dengan ramai orang tentang kebaikan pengambilan produk semulajadi ini.

Puan Noriah Rusman

Perkenalan pertama dengan vitamin Shaklee dulu dengan set berpantang nie le..
Sebab utama, dah malas nak survey since adik saya Lydzar Rusman dah jadi SID, makanya order je kat dia. Proses berpantang 2 kali sebelum tu, guna ubat homopati.
Memang rasa bezanya. Maklum le. Berpantang sendirian. Dengan 2 orang anak yang dah bersekolah dan memang lasak. Anak-anak saya memang aktif buat hal!! Dah namanya budak kan?

Apa yang best?

✔ Luka epi cepat sembuh. Boleh bergerak aktif selepas 2 minggu adalah sangat heaven untuk saya yang kulitnya sangat mudah koyak walaupun doktor tengah jahit!!
✔ Lebih bertenaga. Menguruskan kerja rumah yang kurang dibantu En Suami dek kesibukannya kerja.
✔ Saya menyusukan anak sepenuhnya. Dan terpaksa mula mengepam di hari ke 3 berpantang. Alhamdulillah. Susu ibu melimpah ruah.
✔ Walaupun kurang tidur, tidak ada masalah sakit kepala.
✔ Berat turun!! Nie paling best rasanya..haha!
✔ Dan, saya tak nampak pucat & tidak bermaya sebagaimana ibu berpantang lain.

Puan Suhailah Abdul Hamid

Bagaimana saya boleh JATUH CINTA dengan SHAKLEE?
------------------------------------------------------------------
Segalanya bermula semasa saya hamil anak sulong. Badan rasa penat sangat. Lepas balik dari kerja selesaikan mana2 yg patut (angkat baju di ampaian & masak), lepas solat maghrib dah tertidur, sedangkan banyak lagi urusan kerja rumah tangga yang belum selesai. Bermula dari saat itu saya mencari suplemen yang boleh memberi saya tenaga yang berpanjangan. Akhirnya saya telah menemui SHAKLEE & mencuba Set Optimum Health Set (Vitalea, B Complex, Vitamin C). Alhamdulillah bukan sekadar kekal bertenaga, lebih dari itu yang saya dapat. Now i am a Shaklee Independent Distributor. Kawan2 yang diluar sana kalau nak mencuba Shaklee do PM me k. Sekali cuba pasti jatuh chenta. ≧◠◡◠≦

Puan Junaida Jalaluddin

Hari ni june nak berkongsi bagaimana june blh 'BERKENALAN & JATUH CINTA DENGAN PRODUK SHAKLEE'..

Asalnya june mmg dh lame tau psl brand Shaklee ni..selalu nampak kwn2 promot kt FB/blog/internet..june mmg dh lame mencari produk vitamin utk anak2..terutamanya utk Danish Wafiq..jenuh & ssh sgt nak bg die makan..terlalu memilih!kdg2 die lgsg xmkn seharian..just minum susu jer.jadi kite risau la kann!xlapar ke?xsakit perut ke?tp die releks jer..sbb minum susu bnyk kot..

Mcm2 vitamin june dah try..semua xbrape berkesan..die lebih mkn vitamin dr makan nasik ade la..then seleranya xjugak berubah..haihhh, stress dibuatnyer!!lps tu mmg dh plan nak try la MEAL SHAKES ni..tgk testimoninyer mmg sgt2 menterujakan!!

Kebetulan, my bff Memi Ila MyKhalish adalah Shaklee Distributor..so june order darinya & alhamdulillah, anak2 suka serta dpt lihat kesan yg positif selepas semgu minum Meal Shakes..anak2 semakin berselara makan nasik, kdg2 bertambah2 & xterlalu memilih makanan dah..

Tq MEAL SHAKES, Tq SHAKLEE..saya MESTI PILIH!!

Puan Dayang Ruqayyah Abang Jamari

Kenapa saya JATUH CINTA dengan SHAKLEE?
======================
Produk Shaklee sangat BERKESAN. Sesuai dgn tagline Shaklee `Always Green,Always Safe & Always Works`. Produk pertama Shaklee yg sy guna adalah Set 3M utk membantu sy mengumpul stok susu. Slps 1 mggu dh npk kesannya. Dr 1 oz terus blh dpt 5-8 oz utk skali sesi mengepam. Skrg ni x payah dh risau pasal stok. Peti ais dh penuh. Now i'm a Shaklee Independent Distributor

Set Breastfeeding Triple M
Stok EBM Puan Dayang Ruqayyah
So inilah dia pendapat 8 orang wanita merangkap ibu yang dah jatuh cinta pada produk Shaklee. Saya percaya terdapat ribuan lagi wanita lain diluar sana yang juga ada kisah masing-masing bagaimana mereka boleh jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Walauapapun set yang mereka consume, saya percaya ianya bermula dari prinsip Shaklee iaitu :
Shaklee Principles


Barang  baik orang kata. Bila ianya dihasilkan melalui kajian teliti dan menggunakan budget yang banyak untuk Research & Development, pastinya produk yang terhasil adalah menepati keperluan dan aspek keberkesanannya.

Alhamdulillah, kami memilih Shaklee sebagai cara hidup kami. Mereka juga kini telah menjadi sebahagian ahli Shaklee dibawah kumpulan pimpinan saya sendiri. Kami semua berjuang untuk memperkenalkan produk yang cukup bagus kepada orang-orang disekeliling kami dengan niat supaya mereka tidak tersalah pilih produk yang membahayakan kesihatan dan merisikokan tubuh mereka sendiri.

Mereka sudah, saya pun sudah..so Anda, sudah?


Hubungi saya 013 3583424 jika anda berminat untuk jadi sebahagian rakyat Malaysia yang memilih hanya yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Teknik Memerah Susu : Marmet VS Breastpump.

Rutin mengepam susu dah jadi amalan KEMESTIAN atau amalan WAJIB bagi ibu bekerja yang menyusukan anak mereka secara EKSKLUSIF. Mereka perlu memastikan bayi yang ditinggalkan sepanjang tempoh berkerja mendapat bekalan susu perahan secukupnya.
Dan rutin mengepam turut merupakan salah satu cara terbaik supaya production susu mereka tetap terhasil secara berterusan.

Terdapat banyak gadget atau peralatan memerah sekarang. Manual, elektrik, bateri, 2 in 1 dan sebagainya. Semuanya telah direka khas mengikut budget dan kesesuaian penggunaan para ibu. Tapi jangan dilupa, Allah S.W.T telah mencipta sepasang tangan yang sangat banyak kegunaannya termasuk buat si ibu menyusu. Memerah menggunakan tangan dinamakan teknik Marmet.

Mengepam atau memerah, mana satu pilihan anda?

Set Breastfeeding Shaklee

Set Breastfeeding Shaklee

Saya sendiri waktu bekerja dahulu, menggunakan beberapa jenis pam untuk sesi memerah. Antara breastpump yang pernah saya miliki adalah Spectra3, Unimom Allegro dan Medela Freestyle. Walaubagaimanapun, selepas siap mengepam, saya akan tetap mengosongkan payudara menggunakan teknik Marmet agar ianya benar-benar kosong sebelum sesi perahan berikutnya.

Bagi saya kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Breastpump memudahkan urusan mengepam. Dalam waktu mengepam, si ibu mungkin boleh membuat bacaan ayat Al-Quran atau zikir-zikir perbanyak susu ibu tanpa perlu memerhatikan botol susu yang sedang dipenuhi.

Dan teknik Marmet amat berguna dikala ibu sedang mengalami bengkak susu. Kerana jari sendiri boleh mengenalpasti dikawasan mana terdapat bengkak atau benjolan, jadi si ibu boleh fokus dan mengurut kawasan yang sakit tadi. Dan kebiasaannya, si ibu lebih mudah mendapat let down reflects apabila menggunakan teknik marmet.

Dapatkan Set Breastfeeding Shaklee bagi membekalkan nutrisi penting sepanjang proses penyusuan bayi anda di Kedai TripleS

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


4 Jenis Makanan Ibu Berpantang Membantu Ibu Kembali Sihat Dengan Cepat

Assalamualaikum semua.

Khas untuk kaum ibu yang sedang menanti detik kelahiran, mahupun yang sedang dalam proses berpantang. Pasti topik ni menjadi salah satu topik yang berlegar-legar difikiran masing-masing.

Berpantang. Apa nak makan waktu dalam pantang. Selain daripada amalkan set berpantang, penjagaan pemakanan pun penting untuk kita tahu, terutama sekali bagi pasangan suami isteri yang dah ambil keputusan untuk berpantang di rumah sendiri.

Tanpa nasihat dari orang tua, mungkin kita akan lakukan kesilapan. Suami ke pasar, main beli saja apa-apa ikan yang dijual, Tak tahu boleh makan ke tidak, kan?

Kalau diikutkan petua orang lama, ada banyak pantang larang dari segi pemakanan. Tapi jika diikutkan pendapat Doktor, tak ada sebarang pantang. Pasti keliru terutamanya ibu baru. Lebih keliru kalau terpaksa berpantang sendiri.

Jom ikuti panduan jenis makanan ibu berpantang dibawah. Saya ceduk artikel daripada halaqah.net untuk perkongsian bersama.

Sup Ikan Haruan
 kredit gambar : http://rohaisha.blogspot.com

===================================================

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal.

Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum).

Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu.

Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

4 Jenis Makanan Ibu Berpantang

1) Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.

Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Makanan Ibu Berpantang
Gambar hiasan

2) Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

3) Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

4) Jenis ayam dan burung


Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.

Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

===============================================

Ibu berpantang, jangan lupa amalkan Set Berpantang Shaklee yang pastinya membantu proses pemulihan anda juga membantu proses penyusuan bayi tersayang.

Kongsikan jika anda rasa artikel ini bermanfaat buat ibu ibu yang sedang berpantang. Sama sama kita doakan mereka segera sembuh dan menyusukan bayi mereka dengan baik. Insya Allah

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Fadhilat Zikir Ya-Salam : Zikir Penyembuhan

Fadhilat Zikir Ya-Salam

Apabila dizikirkan ‘Ya Salam’ sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

Dibacakan ‘Ya Salam’ 160 X berulang-ulang ditempat orang yang sakit, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan InsyaAllah dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

Dizikirkan ‘Ya Salam’ 115 X lalu ditiup pada pesakit dapat menyembuhkannya.

Apabila dibacakan ‘Ya Salam’ kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali dengan kadar suara didengari oleh orang yang sakit sambil mengangkat kedua belah tangan, InsyaAllah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitnya.

kredit : http://shafiqolbu.wordpress.com/

Perancangan untuk hamil semula setelah berhenti menggunakan pil perancang.

Anak-anak dah besar, sesi penyusuan pun dah tamat. Mula lah si ibu tercium-cium bau harum baby kecil. Anak yang dh besar, nak dicium pun dia lari. Rimas dia kata :)

Senario biasa bagi golongan ibu yang merancang keluarga. Lama-kelamaan mula rindu nak hamil lagi, mula rindu nak menyusukan semula dan pastinya mula rindu nak memeluk seorang bayi yang comel.

Set Kesuburan Shaklee


BERAPA CEPAT BOLEH HAMIL SEMULA?

Ini soalan common golongan ibu yang memakai family planning. Dan kebiasaannya Doktor akan memberikan tempoh 3bulan sehingga 10bulan bergantung pada jenis family planning yang diambil untuk tubuh si ibu kembali subur dan kembali hamil.
 
Suntikan hormon pencegah kehamilan adalah kaedah perancang keluarga untuk jangka masa panjang. Oleh itu, ia mengambil masa yang panjang untuk kesan suntikan berkurangan. Purata tempoh untuk kembali hamil adalah antara 1 hingga 4 bulan lebih lambat berbanding kaedah lain. Ini bermakna wanita akan hamil semula apabila berhenti mengambil suntikan ini selepas purata 10 bulan dari suntikan terakhir.
Sumber : myhealth.gov.my

Dan melalui pengalaman kebanyakan wanita yang berhenti daripada mengambil kaedah family planning akan mengalami masalah ketidakstabilan hormon dan masalah period cycle yang tidak tetap yang melambatkan proses kehamilan semula.

BAGAIMANA MERANCANG UNTUK KEMBALI HAMIL DENGAN VITAMIN SHAKLEE?

Bagi wanita yang mengalami masalah seperti diatas, anda sangat digalakkan untuk mengamalkan GLA COMPLEX untuk membetulkan semua kitaran hormon dan kitaran haid. Pengambilan secara konsisten untuk beberapa bulan sehinggalah cycle telah tetap dan selepas itu anda boleh mula merancang untuk hamil.

Baca faktor lain penyebab ketidaksuburan lelaki dan wanita

SET KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI.

Antara vitamin Shaklee lain yang boleh membantu merangsang kesuburan kedua-dua pihak suami dan isteri adalah:

Vitamin Asas dibawah sebagai tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1)Vita-Lea (Multivitamin)
(2)Vitamin C
(3)BComplex

Vitamin Kesuburan

(4)Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5)Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6)Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Set vitamin ini hendaklah diamalkan secara konsisten oleh suami dan isteri sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan bayi. Gaya hidup sihat dan amalan pemakanan yang seimbang juga sangat penting sebagai faktor lain untuk meningkatkan kemungkinan ibu hamil semula.

Amalan rohani juga penting. Bagi yang beragama Islam, boleh juga amalkan zikir AsmaulHusna ini dalam usaha untuk kembali hamil

Set Kesuburan Shaklee
credit gambar : http://indahitukamu.blogspot.com/



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Nutriferon Shaklee Rawat Tonsil

Intro : Sekarang ni tekak memang tengah perit akibat tonsil yang membengkak. Tempohari doktor kata tonsil saya bengkak. Tapi saya tak perasan pun sehinggalah tadi, cuba makan steambot cicah sambal. Zass terus terasa pedas dan menyengat disitu. Sampai sekarang masih terasa peritnya. Nampaknya dose Nutriferon perlu ditingkatkan. Biasanya saya hanya ambil satu sachet setiap minggu. Tapi sejak Selasa lepas saya dh jadikannya amalan rutin harian.

Ok jom kita selidik dan teliti apa dia tonsil ini. Bahaya ke, tak bahaya ke?

APAKAH TONSILITIS?

Tonsillitis adalah radang tonsil biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Gejala boleh termasuk sakit tekak dan demam. Tonsil yang disebabkan oleh bakteria yang dipunyai oleh kumpulan streptokokus A, ia biasanya dirujuk sebagai strep throat. Sebahagian besar daripada mereka yang mengalami tonsil akan pulih sepenuhnya dengan ubat atau tanpa ubat. Statistik menunjukkan dalam 40%, simptom tonsil akan sembuh dalam tiga hari, dan 85dalam masa satu minggu, tanpa mengira sama ada jangkitan streptococcal hadir atau tidak.

Nutriferon Shaklee Rawat Tonsil
kredit : Ghorayeb.com

Tanda-tanda dan gejala tonsil biasa termasuklah: 

  • sakit tekak
  • merah, tonsil bengkak
  • sakit apabila menelan
  • suhu yang tinggi (demam)
  • batuk
  • sakit kepala
  • keletihan
  • kesejukan
  • rasa umum perasaan tidak sihat (dedar)
  • putih tempat bernanah pada tonsil
  • nod limfa bengkak (kelenjar) di leher
  • sakit di telinga atau leher
Dalam kes-kes tonsillitis akut, permukaan tonsil boleh menjadi merah terang dan dengan kawasan putih dilihat atau jalur-jalur nanah.

Okey, itulah sedikit sebanyak fakta tentang tonsil. Ya, ia tidak begitu membahayakan, dan hanya kes tertentu yang memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil. Tapi yang pasti, tubuh badan dan tekak sangat tak selesa apabila tonsil sedang membengkak.

BAGAIMANA NUTRIFERON MERAWAT TONSIL?


Tonsil seperti yang kita ketahui disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Serangan bakteria dan virus ini menyerang sistem imun tubuh kita, oleh itu Nutriferon sangat membantu untuk memberikan perlindungan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

===================================================


Interferon melindungi tubuh dari serangan virus dan patogen


Comel ilustrasi ni :)
Ye, beginilah Nutriferon berfungsi. NutriFeron merangsang setiap sel di dalam badan untuk menghasilkan interferon semulajadinya sendiri. Dan inilah yang menyokong kesihatan sistem imun. Umpama barisan askar yang bersedia melindungi tubuh daripada serangan patogen.

Rumusan daripada bahan-bahan semulajadi dan dijamin selamat
Nutriferon penggalak sistem imun


Okey, itulah dia tentang Tonsil dan Nutriferon. Semoga tonsil saya cepat surut. Tak sabar nak menikmati semula sambal tumis kegemaran saya :)

Dan dapatkan panduan makan Nutriferon dari saya untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Baca lagi detail tentang Nutriferon

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Tips atasi demam

Sejak hari Selasa lepas saya diserang demam. Dan sehingga kini pun, sendi masih terasa sakit dan badan masih rasa keletihan. Rasa nak berbaring aje tanpa berbuat apa-apa. Tapi apakan daya sebagai seorang mama dan isteri, masih perlu gagahkan juga diri ini untuk bangun dan buat beberapa perkara rutin harian.

Selasa malam baru berkesempatan ke klinik, itu pun sebab terpaksa tunggu suami bawakan. Nak pergi sendiri memang tak larat. Doktor diagnos saya sebagai demam biasa, dan tonsil membengkak. Badan dan sendi rasa sakit tu normal katanya sebab demam.

Apa itu DEMAM?

Demam merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang ancaman kesihatan.
kredit info : blog Dr Shahriah Ismail

Ye, ia memang berkait rapat dengan sistem imun tubuh kita.

Jadi, dikala saya perlukan tenaga untuk membuat kerja-kerja rumah, terpaksa jugalah saya makan ubat yang Doktor bagi. Paracetamol hanya memberikan kesan sementara sahaja, dan demam masih boleh kembali jika punca sebenar demam tidak ditangani. Dalam masa sejam dua, saya mampulah nak sidai kain dan masak bubur untuk saya dan anak yang tidak sihat.

Jadi saya kerapkan dose Nutriferon saya kepada 2 sachet sehari. Nutriferon berfungsi untuk 'boost' antibodi saya dan melawan serangan virus didalam tubuh. Saya teruskan juga pengambilan antibiotik semulajadi iaitu Garlic Complex.

Hari pertama hingga hari ketiga demam, saya begitu lemah. Masuk hari keempat, baru saya teringat yang ESP mampu memberikan saya tenaga segera. Jadi dengan segera saya bancuh dan minum. Dapatlah saya menaip sedikit untuk update blog ni. )

Owh ye, Performance drink juga saya tak tinggalkan. Kerana saya perlu minum banyak air, dan bila saya minum air masak, tekak saya akan jadi loya dan sebabkan saya muntah semula. Jadi bancuhan Performance drinklah yang membantu saya kekal terhidrat.

Lagi satu regim sihat saya adalah Chewable Vitamin C. Sangat membantu apabila tekak saya mula berasa loya. Saya kemam je dalam mulut. Rasanya yang masam-masam membuat saya lupa keinginan nk beli asam atau gula-gula penghilang rasa loya tadi.

Doakan saya dan anak-anak cepat sembuh ye.

Bisnes Shaklee : Mudah ke Susah?

Anda perasan tak, memang ada RAMAI Shaklee Distributor sekarang ni.

Especially online distributor. Type sahaja perkataan vitamin Shaklee diruangan 'seach' di page Google, berderet senarai blog para SID. Apa yang buat mereka ni teringin dan terjebak menjadi Shaklee Distributor? Mudah ke buat bisnes Shaklee ni? Senang ke?
 
Bagi anda yang pernah cuba makan vitamin Shaklee, dan pernah deal dan liase dengan distributor Shaklee online, mesti tau kenapa..kan? Selain terpaut dengan kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee tu sendiri, sikap para SID online yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu anda mendapatkan vitamin yang paling sesuai dengan budget dan keperluan anda, pasti membuat anda tertawan. Tapi jangan tertipu dengan sesetengah SID yang mementingkan keuntungan semata-mata. Anda sendiri tahu bagaimana nak menilai kalau anda memang rajin survey dan bertanya :)

OK berbalik pada cerita MUDAH KE BUAT BISNES SHAKLEE ni?
Bagi saya, ada yang mudah, ada yang susah. Ye lah kan, kerja apa pun ada cabarannya. Even nak makan mengisi perut yang lapar ni pon ada cabarannya. Inikan pula bila dh terjebak dengan bisnes atau perniagaan. Memang akan ada cabaran.


Tapi saya tak suka pandang yang susah, saya suka fokus pada benda yang mudah supaya saya always bersemangat untuk terus berjuang perkenalkan vitamin Shaklee pada seluruh rakyat Malaysia. Kalau dapat tembus kepasaran luar pon best juga.

Yang mudah :
Beroperasi secara ONLINE
Kita lupakan cara lama. Terpaksa ketuk pintu rumah atau opis kawan-kawan demi nak perkenalkan mereka dengan produk Shaklee. Semuanya dihujung jari sekarang. Perkongsian melalui blog, Facebook dan Fanpage sudah mampu menyedarkan rakan-rakan terdekat kita tentang pentingnya amalan hidup sihat, dan lagi best amalkan hidup sihat dengan Shaklee.


Beroperasi dari rumah atau pejabat.
Yang ini terpulang, jika anda masih bergelar pekerja maka anda akan lakukannya secara part time. Dan jika anda adalah ibu yang menjaga kebajikan anak-anak dari rumah, maka anda boleh kerjakannya secara fulltime dirumah. Saya pula bermula secara part time dan kini telah menjalankannya secara fulltime dan saya bekerja dari rumah.



Tak perlu keluar modal beribu-ribu dan tak perlu simpan stok.
Selalu dengar kan, orang ajak buat bisnes tapi perlu keluarkan modal awal sebanyak RM20 ribu. Tapi bisnes Shaklee, hanya keluarkan RM75/Rm85 sahaja untuk mendaftar keahlian. Dan kami tidak pernah memaksa anda untuk mengeluarkan modal sebanyak itu, malah anda boleh bermula dengan RM0 modal. Dan kami juga tak perlu simpan stok yang banyak dirumah. Boleh order terus daripada Shaklee jika mendapat order dan pihak Shaklee akan poskannya. MUDAH kan?


Mentor dan Support Group yang sentiasa ada 24/7
Ini juga faktor terpenting dalam sesuatu perkara yang kita baru nk cuba buat. Bila ada yang tunjuk ajar, dan ada orang yang bersedia untuk mendengar masalah kita, pastinya kita akan rasa lebih kuat untuk terus bangkit mengejar kejayaan. Macam tu juga lah dengan bisnes Shaklee ni. Mentor sentiasa ada untuk guide, dan kawan-kawan satu group sangat supportive.

Ok itu 3 perkara yang sangat memudahkan kami para SID menjalankan bisnes ni.

Antara perkara lain yang mencabar datangnya dari dalam diri sendiri.
Perasaan takut nak berubah dari zon selesa, takut tengok orang lain dah berjaya dan tak yakin dengan kemampuan sendiri, terlalu banyak memberi alasan supaya tidak dipersalahkan, dan sebagainya. Ini semua datang dari dalam diri sendiri.

Alhamdulillah, sejak join bisnes ni dan berada dalam support group yang betul, sifat-sifat negatif saya yang dulu, kini dah tak ada lagi. Saya lebih yakin dengan setiap apa yang saya lakukan. Saya lebih nampak apa yang saya mahu dalam kehidupan saya. Dan saya dh berjaya buktikan saya mampu berjaya dan keluar dari zon selesa yang tak berapa selesa tu pun.

Dan benar, dalam nk mencapai fasa berjaya, fasa dan tangga diatas akan anda lalui.

Jom sertai saya..

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head





Stok Chewable Vitamin C 100mg dah sampai!!

Iye, dah sampai dan sudah pun memenuhi rak vitamin saya di SoHo K3S nih. Tadaaaa!!


Vitamin C untuk kanak-kanak

Rangkaian Vitamin C Shaklee memang laris sangat jualannya.
Bermula dari tahun lepas lagi, setiap kali pihak Shaklee restock dan stok sampai, ianya akan terjual dalam masa 2-4minggu sahaja. Habis!

Dan kini stok Sustained Release Vitamin C masih lagi belum sampai. Tak mengapa sebab Chewable Vitamin C pun tak kurang hebatnya. Masih bersifat natural dan mampu menampung keperluan vitamin C yang tubuh kita perlukan.

Setiap tablet mengandungi 100mg vitamin C. Dan Chewable Vitamin C bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah terbaik juga untuk golongan dewasa terutama sekali bagi mereka yang mudah dijangkiti selsema dan dalam keadaan tak selesa akibat resdung. Rasa-rasa yang masam memang sesuai sangat dijadikan teman bagi anda ibu hamil yang tengah rasa loya-loya.. alternatif kepada asam-asam yang kurang berkhasiat tu kan.

So satu botol ni boleh dikongsikan bersama seisi keluarga. Agar semua sekali terlindung dan sistem imun meningkat.

Cepat tau, saya risau kalau stok Chewable C ni habis lagi dan anda terpaksa menunggu lama untuk ketibaan stok baru. Dalam simpanan saya ada lebihkurang 20botol stok Chewable C. Anda nak beli 3-4botol pon ok sebab berbaloi sangat. Harganya tak sampai Rm50 pun untuk 90biji. Murah je kan :)

Dan dapatkan panduan makan Chewable Vita C dari saya untuk golongan dewasa.
Baca tentang manfaat Vitamin C

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

 

Master Celebration : Master Lyna Noh & Master Zainul.

Almost beberapa minggu dah event ni berlangsung. Maaf sangat sebab tak sempat nak update dalam blog Semua.Sihat.Selalu ni.

Alhamdulillah hari ni saya luangkan juga masa untuk type entry pasal ni. First thing, anda semua dijemput untuk menyaksikan vlog disepanjang event ni berlangsung. Special thanks pada Master Hadha dan suaminya yang telah berjaya menghasilkan vlog yang kami nanti-nantikan ni.


Master Lyna Noh dan suaminya adalah upline saya sendiri. Saya kenal beliau melalui blog sejak tahun 2009 lagi. Bermula dengan penulisan beliau tentang penjagaan anak-anak dan penyusuan menjadikan saya tertarik untuk mengikuti blog beliau Mysuperkids.net. Setiap entry blog beliau pasti akan saya baca dan tinggalkan komen disana.

Mula berhubung dengan beliau sewaktu saya teringin nak cuba dan beli set penyusuan Shaklee. Dan bermula tahun 2011, menyerah diri untuk jadi anak didik beliau dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, ternyata inilah jodoh yang Allah telah aturkan untuk kami.

Sepanjang menjadi mentor, beliau memang sangat berdedikasi dan komited terhadap tanggungjawabnya kepada anak-anak didiknya. Dan beliau adalah salah satu ikon peniaga part time yang berjaya sambil bekerja. Walaupun menjadikan Shaklee sebagai business part-time beliau, beliau melakukannya dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya mencapai rank tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator. Dan semenjak menjalankan beliau dicide untuk menjalankan bisnes Shaklee secara fulltime, lebih banyak aktiviti dan medium coaching yang beliau sediakan walaupun beliau sedang mengembara. Saya tak tau lah mentor orang lain buat macam mana, tapi yang pasti mentor saya memang sangat berusaha untuk bawa anak didiknya berjaya bersama-sama. Online coaching 24/7, Webinar, Mega se

minar, kelas-kelas dalam group Facebook dan Whatsapp..dan sebagainya lagi. Walaupun jarang bersua muka, tetapi semangat dan aura beliau sangat dirasai. Yang pasti, kami anak-didik beliau memang sangat bertuah berada dibawah bimbingan mereka berdua.

TIADA ALASAN, sinonim dengan beliau. Dan kerana TIADA ALASAN inilah yang membawa Master Lyna Noh berada dipuncak kejayaan sekarang. Alhamdulillah. Syukur. Dan semoga satu hari nanti, saya juga akan jadi seperti beliau. Insya Allah

Konsep Demand vs Supply dalam penyusuan susu ibu.

Untuk penghasilan susu ibu yang berterusan dan konsisten, rules demand-supply amatlah penting. Bila ada permintaan maka ada lah penghasilan.



Kali ni tentang konsep demand vs supply. Banyak analogi yang kita boleh gunakan untuk membayangkan konsep ini. Antaranya adalah konsep tangki simbah dalam toilet kita tu. 
 

Cantik tangki ni kan, ada kura-kura lagi. Hihi

Lets imagine, bila kita gunakan toilet dan flush, air dari tank akan dicurahkan ke toilet bowl utk membersihkannya. Then bila dah habis air tercurah, air akan automatically di isi semula (refill) oleh saluran paip. Air akan mengalir masuk sampai la tanki tu penuh. Even if baru separuh tank refill, then hasben kita pulak guna toilet. Dia flush lagi..Air yang dh masuk separuh tadi akan habis digunakan. Tp proses yg sama ~refill tank~ akan automatik berlaku lagi. Bila tank dah penuh, pengaliran air akan terhenti.

Macam gitulah kaedahnya DEMAND vs SUPPLY. Kalau mahu membuat stok EBM, maka kenalah kerapkan mengepam susu. Biarpon hasilnya hanyalah 1-2oz, ianya masih boleh disimpan sebagai stok. Dan walaupon kita baru saja sudah mengepam, anak pula inginkan direct feeding. Layankan saja. Jangan risau susu tiada. Ada sebenarnya.  Cuma mungkin pengalirannya agak perlahan. Jika anda sabar menanti, letdown reflex tetap akan tiba setelah beberapa minit direct feeding.

Berbalik pada toilet tank tadi, pengaliran air akan terhenti apabila telah sampai ke aras penunjuk air penuh. Satu signal akan dihantar ke otak. Bila diterjemahkan ia berbunyi..

Supply dah cukup, takyah hasilkan susu dah.
So once kita flush, air akan mencurah-curah masuk ke toilet bowl. Sama juga seperti sesi perahan, kalau kita tunggu breast terasa penuh, kita boleh collect satu amaun yang agak banyak .. Maklumla ia dibiarkan dalam tempoh yang lama. Tapi cara ini akan memberikan efek jangka panjang. Otak jarang mendapat signal kerana menyangkakan supply adalah mencukupi. Lama kelamaan anda akan dapati supply susu anda semakin berkurangan. Ini lah akibatnya kerana tidak memberi rangsangan dan signal kepada otak utk terus menghasilkan susu. Bukan kita tak boleh nk upkan semula production susu, tapi kena kerja keraslah.

So advise saya..juga utk peringatan diri sendiri juga..

* Kena patuh pada jadual mengepam yang konsisten di tempat kerja dan kerapkann memberi directfeeding dirumah termasuk penyusuan diwaktu malam.
Anda boleh pilih untuk disiplin dan konsisten, atau menggelabah ketika masalah melanda. Pilihan ditangan anda. Saya memilih utk konsisten..walaupon mmg kadang-kadang terlanggar juga prinsip itu.

 Ibu mungkin nak cuba Set Penyusuan Shaklee dalam meneruskan misi dan perjuangan anda, klik sini untuk bacaan lanjut tentang Set Penyusuan @ Kedai TripleS


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head