Bioflavanoid didalam Vitamin C Plus : Apakah Ia Dan Apakah Manfaatnya

Ada yang bertanya, betul ke Vitamin C Shaklee ni boleh bertahan sehingga 6bulan lamanya. Sedangkan buah oren mudah sangat jadi busuk dan asid askorbik sangat mudah teroksida. Yes, inilah bezanya antara Vitamin C Plus keluaran Shaklee berbanding Vitamin C jenama lain. 
Boleh buat experimen jika anda mahu. 

Jadi, bagaimanakah Vitamin C Plus Shaklee boleh bertahan lama?
Jawapannya, kerana Vitamin C Plus telah diformulakan dengan Bioflavanoid, dan rumusan terkini mengandungi Citrus Bioflavanoid yang lebih tinggi manfaatnya. Jika anda masih blur tentang bioflavanoid, jom kita baca info tentangnya.



Apa Itu Bioflavonoid?
Bioflavonoid atau vitamin P, sebenarnya bukan vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan 'grouping' nutrien yang dikandungnya. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin,  citrin, luteolin, dan flavonoid lainnya. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh tubuh dan harus diperolehi dari makanan.
Apa Manfaat Bioflavonoid?
Bioflavonoid membantu fungsi vitamin C. Antara manfaat lain Bioflavonoid:
  • Berperanan dalam menjaga kekuatan pembuluh darah (kapilari). 
  • Bioflavonoid membantu vitamin C dalam menjaga collagen (perekat antar sel) agar tetap dalam keadaan sihat,
  • Membantu penyerapan dan penggunaan maksimum vitamin C
  • Mencegah kerosakan vitamin C akibat oksidasi
  • Mengurangi hipertensi, 
  • Mengurangkan pendarahan
  • Mencegah kerosakan pembuluh kapilari dan jaringan penghubung, 
  • Dan membentuk penghalang pelindung terhadap infeksi.

Sumber Makanan Yang Mengandungi Bioflavonoid.
Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih yang berada di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, bawang-bawangan, buah citrus, buah beri, teh hijau, sorgum, aprikot, tomato, brokoli, dan lain-lain.

Vitamin C Plus Shaklee

Apakah Yang Mengurangkan Bioflavanoid Dalam Tubuh
Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh. Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan alkohol. Aspirin dan beberapa ubat penghilang rasa sakit juga dapat membuang bioflavonoid dari tubuh. Begitu juga dengan antibiotik dan cortisone.
Dah baca? Dah clear bagaimana berbezanya Vitamin C Plus Shaklee berbanding vitamin C jenama lain. Not to mention the brand, anda boleh buat comparison nanti ya.

Jadi, bagi anda yang mahukan kulit terpelihara sihat dan cantik, yang mudah lebam, yang mudah demam  tu pun sama..anda kekurangan vitamin C tau. Jom dapatkan sebotol Vitamin C Plus anda segera

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Vitamin C Plus : Rasai Kesan Terbaik Dengan Formula Baru. Siapa Yang Tak Nak Cantik kan?

Seronok sangat bila dapat sms dari pihak Shaklee, "Vitamin C Plus available for sale now" semalam.  Nasib baiklah saya memang dah berada di HQ Shaklee, di Empire. So cepat-cepat isi borang, dan hasilnya inilah dia barisan Vitamin C Plus yang dapat saya bawa pulang dan bersedia untuk di agih-agihkan pada yang telah membuat preorder.

Setahun menunggu stok Vitamin C Plus masuk ke Malaysia, dan ianya sangat berbaloi kerana ia telah diformula dengan rumusan terbaru yang pastinya lebih baik dan lebih istimewa berbanding Vitamin C jenama lain.

Vitamin C Plus

Nak share sket tentang perbezaan Vitamin C Plus Sustained Release ni. "Sustained Release" bukan sekadar pada nama. Of course la ada sesuatu disebaliknya

"Time release technology (also known as sustained-release (SR), sustained-action (SA), extended-release (ER, XR, XL), timed-release (TR), controlled-release (CR), modified release (MR), or continuous-release (Contin)) is a mechanism used in pill tablets or capsules to dissolve a drug over time in order to be released slower and steadier into the bloodstream while having the advantage of being taken at less frequent intervals than immediate-release (IR) formulations"

Ok ini translation dalam bahasa mudah. Mana-mana suplemen atau ubat yang menggunakan teknologi sustained release akan melepaskan kandungannya secara perlahan-lahan dalam satu tempoh masa. Ia tidak terus dilepaskan secara banyak serta merta.

Lebih-lebih lagi, Vitamin C adalah vitamin larut air. Jika diambil secara berlebihan, ia akan keluar melalui urin atau peluh dan ini dikira membazir. Tetapi tidak bagi Vitamin C Plus Shaklee.. keluar pelan-pelan je, so tubuh kita sentiasa mendapat bekalan Vitamin C mengikut kadar yang tubuh perlukan :)

Bijak kan!


Apakah manfaat Vitamin C?

✎ Vitamin C membantu pembentukan kolagen
✎ Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol
✎ Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.
✎ Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun).


Sustained Release Vitamin C

Kalau anda jenis nak senang, nak cepat, boleh teruskan membaca. Kalau tidak, anda boleh SKIP

Untuk orang yang sentiasa busy dan mahu cepat, Vitamin C Plus adalah pilihan terbaik, kerana anda tak perlu mengupas dan mengopek 7 biji buah oren untuk dijadikan jus demi mendapatkan khasiatnya.

Hanya dengan 1 biji Vitamin C Plus, tuangkan dari botol, dan telan bersama segelas air. Selesai! Dalam masa 5saat, tubuh anda akan dibekalkan dengan 100mg Vitamin C setiap jam, dilepaskan secara perlahan-lahan.

Yang bestnya, formula terbaru Vitamin C Plus mengandungi Citrus Bioflavanoid juga, maka khasiatnya tentulah lebih baik dari buah oren yang telah lama dipasaraya, duduk lama lagi didalam peti ais dan akhirnya dijadikan jus. 


Dapatkan sekurang-kurangnya 1botol Vitamin C Plus hari ini juga.




Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Kalau anda jenis nak senang, nak cepat, boleh teruskan membaca. Untuk orang yang sentiasa bz dan mahu cepat, Vitamin C Plus adalah pilihan terbaik, kerana anda tak perl...
  Like · Comment · Share
 

Diet : Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari

Saya masih obses dan excited tentang topik diet, get in shape dan pelangsingan. So layan aje tau. Insya allah akan tetap berkongsi tips dan info tentang topik lain berselang seli dengan topik utama ini.

Jadi, seperti tajuk enty hari ini, Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari?

Rutinnya kita mengambil 3 hidangan besar setiap hari, sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Dan kebanyakan kita memang akan mengambil hidangan yang berat seperti nasi (dah memang makanan ruji rakyat Malaysia). Dan ada orang, akan ambil nasi bagi ketiga-tiga hidangan dengan banyaknya. Kenyang lebih lama kata mereka.

Okey, adakah tidak elok dengan amalan sebegini. Sebelum saya terangkan adakah ia elok atau tidak, saya nak ajak anda baca dulu tentang info Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari.

1) Mengelak Obesiti.


Ambil hidangan kecil untuk mengelakkan terlebih berat badan atau obes. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan hanya dua atau tiga kali makan besar sepanjang hari cenderung untuk makan lebih banyak kalori daripada orang-orang yang memecahkan kalori mereka kepada lima atau enam hidangan kecil.
Contohnya, apabila anda makan sarapan pagi pada jam 7 pagi, dan kemudian tidak makan sebanrang makanan sehingga jam 1:00 petang, anda akan berasa begitu lapar. Dan ini akan mendorong anda makan lebih banyak kalori hanya untuk membantu memuaskan kelaparan anda. Makan berlebihan ini membawa kepada peningkatan pengambilan kalori, dan seterusnya penambahan berat badan.

2) Mengekalkan Paras Gula Dalam Darah

Satu lagi sebab pentingnya makan dalam hidangan yang lebih kecil dengan lebih kerap adalah disebabkan berkaitan dengan paras gula dalam darah anda. Walaupun gula dalam darah biasanya paling kerap digunakan dalam perbincangan tentang orang-orang yang ada penyakit Diabetes, ia juga penting bagi orang-orang yang sihat yang tidak mengalami keadaan ini.

Gula dalam darah membantu memberikan anda tenaga dan stamina sepanjang hari. Apabila anda makan, tubuh anda akan 'memecahkannya', dan gula yang dilepaskan dari makanan memasuki aliran darah anda dan menjadi gula dalam darah. Apabila anda makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari , anda mendapat bekalan gula dalam darah  yang stabil.

Sebaliknya, jika anda hanya makan dua atau tiga kali makan besar, anda akan terus dapat 'dos besar' gula darah, dan kemudian terhenti enam jam. Ketidakstabilan bekalan gula dalam darah boleh menyebabkan anda berasa selalu letih dan ia juga akan mengganggu proses semulajadi tubuh anda.

3) Penurunan Kadar Nutrisi Dalam Tubuh 

Makan 5 kali sehari sebenarnya boleh membantu untuk memastikan anda mendapat semua vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan yang betul. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan beberapa makanan sepanjang hari cenderung untuk mengubah diet mereka lebih daripada mereka yang hanya makan dua atau tiga kali makan besar. Mendapat vitamin, mineral dan nutrien lain dalam jumlah yang betul adalah penting untuk kesihatan yang baik bagi semua peringkat umur dan jantina.

So itu lah dia antara sebabnya kita digalakkan makan dalam 5 small meal.

Jadi, apa yang saya pilih untuk lengkapkan small meal ini sepanjang hari?

1) Untuk sarapan awal pagi, biasanya saya akan ambil bancuhan Cinch Shake bersama ESP. Sumber protein yang senang disediakan dan mudah diambil. Kenapa ye protein ni bagus sangat untuk orang yang berdiet?

Protein meningkatkan pembakaran lemak dalam badan:

  • Ia meningkatkan rasa kenyang (rasa menjadi "penuh" atau "puas" selepas makan)
  • Ia mengurangkan pengambilan tenaga (kalori) oleh badan
  • Ia membawa kepada penurunan berat badan oleh 2 sebab diatas.
Protein Shake Shaklee
Feveret saya dan suami
2) Walaupun saya tak rasa lapar, tapi saya tetap disyorkan untuk ambil morning tea. So antara yang jadi pilihan saya ialah 1-2ketul kuih muih, atau 1-2 keping roti whole meal dengan cheese slice, atau potongan buah-buahan seperti epal atau jambu. depends pada buah apa yang ada dalam fridge.

3) Masa untuk LUNCH! Kerap juga saya terlewat lunch sebab leka dan ralit buat kerja di SoHo. Saya cuba jugalah makan lunch macam biasa dengan nasi, lauk dan sayur-sayuran. Ingat, portion nasi kecil sahaja ya. Sekadar memenuhi keperluan karbohidrat sahaja.

4) Again, sekali lagi, biasanya saya tak rasa lapar pun waktu tea time ni. Tapi saya tetap dicadangkan untuk ambil sedikit kudapan untuk memastikan tubuh saya sentiasa mendapat 'minyak' untuk membakar kalori. Dan ini juga akan membuatkan kadar metabolisme saya kekal diparas yang tinggi. 
Untuk tea time, 2-3keping biskut weetameal atau biskut Hi-Fibre Jacob bersama dengan Cinch Tea tanpa gula. Memang padanan yang best!


5) Dan untuk diner, sama caranya seperti lunch. Saya berjaya disiplinkan diri untuk makan sebelum jam 8pm. Salah satu benefit Work At Home bila perancangan masa benar-benar terletak ditangan kita. Tiada kekangan balik lambat, stranded dalam jam dan sebagainya. So sambil tunggu azan maghrib, sambil tengok drama jam 7 TV3, dah selesai pn kami anak-beranak diner. :)

Okey, ini kisah saya. Anda juga maybe perlu ikuti plan diet small meal ini jika anda serius mahu KURUS.
Meal planning tak semestinya strict seperti saya, just cuba rancangkan agar menjadi rutin dan disiplin anda setiap hari. Semoga kita sama-sama mampu kurus selepas ini. Hehe.

By the way, jika anda teringin nak cuba Cinch Shake atau Cinch Tea, feel free to contact me at the below info ye. Pastinya saya sudi berkongsi rahsia kurus dan sihat saya dengan anda



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



Vitamin Cergas : Performance, CoqHealth dan Joint Health Teman Pergi Gymnasium

Saya percaya, hidup yang sihat adalah konsep yang menggabungkan beberapa perkara iaitu, gaya hidup aktif, pemakanan yang sihat dan pemikiran positif. Ia bukan hanya satu perkara malah ia saling berkait. 
Jadi disamping mengamalkan pemakanan sihat bersama suplemen Shaklee, saya melangkah ke satu lagi step iaitu menjalankan senaman secara rutin. 

Badan yang sihat membuatkan mood kita baik dan perasaan bahagia akan sentiasa mengelilingi kita. 

Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak enroll gym :)
Saya dah ushar dan target nak join gym sejak dari bulan pertama bergelar WAHM. Kini setelah hampir 8bulan baru datang kekuatan nak visit dan enroll ke gym yang saya idamkan tu. Inilah dia nama gymnasium yang saya baru saja join semalam. Istimewanya dan saya memilih gym ini, kerana ia adalah gym untuk wanita sahaja. 

Boleh check it out lebih lanjut tentang gym ini melalui Facebook mereka : Curve Malaysia


Gym kenalah di tingkat atas. Sebagai warm up dengan menaiki tangga sebelum kita mulakan work out. Gym ini terletak di Kota Damansara. Gambar dibawah menunjukkan peralatan yang digunakan didalam gym.
Menariknya di gym ini, senaman merangkumi keseluruhan otot dari kepala sampai ke kaki gitu lah. So all body part akan di'senam'kan :)





Sign up form. 


Dan inilah Shaklee nutrition yang saya bawa bersama ke gym. ESP sebagai sumber protein untuk breakfast, memberikan tenaga kepada saya sebelum mula work out. Dan Performance yang saya minum ketika interval. Walaupun aktiviti di sini simple ia tetap mengeluarkan peluh dan air yang hilang dari dalam badan tetap perlu dgantikan semula. Di sinilah pentingnya peranan Performance.

Macam biasa, saya readykan tubuh saya dengan CoqHealth dan Advance Joint Health supaya stamina bertahan dan otot dan sendi saya senang bergerak ketika di gym.

Dan lihatlah!, Saya baru saja pulang dari gym, teruuuusss masuk SoHo update entry di blog :)

Insya allah saya akan update dari semasa ke semasa tentang aktiviti saya ni berselang-seli dgn info tentang produk Shaklee di blog ini.

Tungguuuu


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Zumba Dance: Trend Senaman di Malaysia Kini

Saya sangat tertarik dengan post seorang kawan saya tempohari, tentang Zumba, apabila beliau update status "Shake sekejap dengan Zumba".  Dalam fikiran saya, apalah bendanya Zumba ni?

Dan ketika saya sedang memandu pulang dari Shah Alam melalui Lebuhraya Guthrie, saya ternampak satu banner tentang Zumba juga. Ianya banner dari salah sebuah pusat senaman atau gymnasium yang terletak di Bukit Jelutong.

Sejak itu, saya cuba search melalui Google, apakah dia Zumba. Dan saya kongsikan sedikit fakta ringkas saya ambil dari blog Mr Kevin Zahri tentang Zumba.

Sedikit into tentang Zumba

Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.
  1. Apa dia? Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.
  1. Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
  1. Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
  1. HIIT? Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
  1. Mood down? Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
  1. Seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.
  1. Seksi! Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.
  1. Senaman kardio: Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.
  1. Kuatkan abs dan pinggang! Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda.

Ohhh.. rupanya, ia adalah gerak tari yang menjurus kepada senaman. Menarik bukan.
Saya memang ada terfikir mahu enroll ke kelas menari untuk kesihatan & kecergasan, nampaknya saya akan mulakan dari sesi Zumba dirumah berpandukan Youtube dahulu lah :)

Rehat sebentar. Mama nak sihat, of course nak anak sihat juga. Kalau mama boleh join Zumba, apa pula nak buat untuk anak.

Jom tengok kejap video ni, beliau kongsikan sikit tips tentang bagaimana nak buat anak jadi sihat dan membesar dengan bijak. Tengok sampai habis tau.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Bayangkan satu sesi Zumba lengkap, kita boleh bakar 500-1000kalori.. sangat menarik bukan? Tak perlu susah payah keluar masuk gym.. jimat gitu :)

Jom tengok salah satu contoh Zumba bagi beginner. Rasanya macam tak susah pun..



Pastikan gunakan kasut dan pakaian yang sesuai walaupun anda berZumba dirumah bagi mengelakkan kecederaan ya! Dan juga pastikan anda sediakan Performance yang siap dibancuh untuk anda minum sambil berehat selepas berZumba.

Jom kita amalkan hidup sihat dan cergas.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Performance, AJHT & CoqHealth : Vitamin Hiking Teman Misi Bukit Broga

Excited betul nak cerita pasal topik ni :)
Cerita penuh tentang misi Bukit Broga saya di sini ye : Bukit Broga : My first hiking experience


Performance minuman untuk mereka yang aktif

Sebenarnya ada tambahan lagi pada cerita atas tu.
Waktu trip 6 star di Kota Kinabalu tempoh hari, aktiviti berkumpulan yang diadakan disana membuatkan lutut saya sakit sedikit. Aktiviti agak simple yang memerlukan saya berlari pergi dan balik dari dalam jarak yang tak sampai pon 100meter. Tapi dek kerana sangat jarang bersukan atau berjogging, aktiviti simple macam tu memberi efek yang ketara pada lutut saya. Pulang ke rumah dan saya mengalami sedikit kesukaran nak turun dari tangga.

Kebetulan, balik dari trip tersebut, saya excited nak hilangkan sunburn dengan Collagen Powder. Jadi saya mulakan semula pengambilan Collagen Powder setelah 3hari balik dari KK. Alhamdulillah, hanya selepas 2 hari saya berCollagen, lutut saya yang sakit dan sengal itu hilang. Alhamdulillah. Memang terasa macam magic, sebab saya memang tak ambil sebarang ubat tahan sakit atau ubat sakit urat. Sebaliknya hanya konsisten dengan vitamin Shape Up, Collagen Powder dan Joint Health Tablet.

Bersyukur sangat sebab rupanya pengambilan Collagen Powder untuk kembali pulih daripada sunburn turut memberi manfaat kepada kesihatan sendi lutut saya. Dan saya mampu untuk naik dan turun dari Bukit Broga dengan baik. Turun dari Bukit Broga tu memang memerlukan kekuatan kaki dan lutut untuk menampung berat badan semasa turun tau. Kalau la lutut tak kuat, memang boleh 'bercinta' nak turun dari sana.

Eh ini entry pasal vitamin Hiking ke pasal Collagen Powder ni?
Hehe, tak apalah kita rangkumkan dalam satu aje pon ok kan. Sebab semuanya memang berkaitan pun.

So kalau tuan puan yang membaca blog saya juga sukakan aktiviti outdoor yang lasak, jom bersama saya bergerak aktif dan cergas dengan vitamin-vitamin yang saya list kan kt atas tu..

Hubungi saya melalui SMS / Whatsap melalui kontek info dibawah ye!

Saya adalah pengedar sah Shaklee dia kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head




[Video] Cara Bancuh Collagen Powder

Salam semua :)
Nak tengok saya on-air tak? Hehe. Kali ni saya nak share video menunjukkan bagaimana serbuk Collagen Powder yang sangat mudah larut dalam air. Menunjukkan betapa mudahnya ia diserap oleh tubuh juga.

Dan saya juga kongsikan satu resepi bancuhan Collagen Powder yang simple dan memang sedap. Dah rasa sekali, pastinya tak sabar nak minum lagi.

JOM KLIK LIKE & SHARE Kedai TripleS jika anda suka video ini.





Hubungi saya untuk pick up atau COD Collagen Powder anda di kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara ye. Untuk pos, tak kisah dimana lokasi anda.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Collagen Powder Shaklee : Mudah Larut dan Mudah Diserap.

Yeay, finally dah restock 2 set Collagen Powder untuk saya kongsikan kebaikannya dengan orang-orang disekitar saya.

Nak tahu tak BONUS BERGANDA sempena promosi Collagen Powder bulan ni?

Beli 1, pada harga sangat ISTIMEWA.. Retail Price / box = RM298

Beli 3, FREE Keahlian Shaklee, FREE Postage, cash rebate pada bulan depan

Beli 6, FREE Keahlian Shaklee, FREE Postage, FREE 1 box Collagen Powder, cash rebate pada bulan depan dan FREE sebotol CoqHealth sempena pelaksanan sistem Shaklee Online
WAHHHH banyak sangat yang FREE ni, takkan nak lepaskan peluang macam tu saja kan.

Collagen Powder Shaklee
Add caption
 
Ok jom kita berbalik pada tajuk.  Mudah Larut dan Mudah Diserap.
Ini bancuhan Collagen Powder yang saya sediakan untuk suami pagi tadi. Saya suruh dia tengok, bagaimana serbuk Collagen Powder ni meresap dengan cepat apabila saya tuangnya masuk ke dalam tumbler ni.

Tak sampai 10 saat, serbuk Collagen Powder ni telah pun larut dalam air putih ni. Tanpa perlu saya kacau dengan sudu. Bila dah larut, barulah saya masukkan sesudu ESP untuk kesan lebih optimum pada suami saya :)

Kenapa Collagen Powder Sangat Mudah Larut?

Ini kerana saiz molekul yang sangat kecil iaitu 1000 Dalton, berbanding 300,000 Dalton untuk saiz collagen yang biasa dan kerana itulah ia sangat senang diserap oleh badan.

Collagen Powder mudah larut

Jom kita tengok Testimoni pulak.
Memang berkesan! Boleheh hilangkan eyebag, pigmentasi, kulit jd licin..
Perempuan manalah yang tak suka kesan-kesan begini kan :)
 
testimoni kolagen

Jadi, jangan tunggu lama-lama nak buat keputusan untuk sama-sama cantik macam saudari-saudari kita dalam gambar diatas.

Hubungi saya untuk pick up atau COD Collagen Powder anda di kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara ye. Untuk pos, tak kisah dimana lokasi anda.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: 2set ready stock COLLAGEN POWDER SHAKLEE untuk anda yang mahu pick up / COD di kawasan Subang Bestari juga yang mahu stok segera by Poslaju. Khas untuk anda yg pentingka...
  Like · Comment · Share