Tumit Pecah Licin Dengan Collagen Powder Shaklee

Ini adalah kisah benar dari penulis sendiri. :)

Ingat tak entry saya sebelum ni, 5 Cara Mencegah Masalah Tumit Pecah. Dalam entry tersebut ada saya sebutkan tentang penggunaan krim Herbal Blend dan suplemen Omega Guard dan Zinc untuk membantu mengurangkan risiko mengalami masalah tumit kaki pecah.

ANDA TERUJA? Klik DISINI untuk membuat pesanan Omega Guard dan Zinc.

Hampir seminggu juga saya merawat keadaan tumit pecah ini. Rendamkan dengan air suam yang dicampur dengan garam, sapuan krim dan losyen serta berstokin walaupun berada dirumah. Ya, ia agak membantu kulit kaki saya berada dalam keadaan dan suhu yang sesuai, tapi masih belum mampu menyelesaikannya.
Keyword adalah KONSISTEN, jadi saya akan meneruskan penjagaan tumit dan kaki saya.

Masalah yang masih ketara adalah apabila terdapat kuping-kuping halus (kulit yang kering) disekeliling tumit. Ianya tidak menyakitkan tapi merimaskan. Ye lah, terasa macam kulit bersisik.

Tumit Pecah Licin Dengan Collagen Powder Shaklee
kredit : http://www.karangkraf.com
 Lebih kurang dengan gambar diatas lah keadaan tumit kaki saya sebelum ini.

Kebetulan, saya yang memang konsisten dengan Vivix, mula kembali mengamalkan Collagen Powder.
Collagen Powder ni, memang belum konsisten lagi sebelum ni. Saya cuma makan bila terasa mahu makan.
Tapi sejak minggu lepas, saya mula minum kedua-dua regim Inner Beauty ini secara konsisten sebelum tidur.

Tanpa saya meletakkan expectation yang tinggi pada keadaan lain, kecuali kulit wajah.. rupanya ia memberi kesan terbaik buat kulit tumit saya yang kering dan merekah tempoh hari. Apa yang saya perasan, kepingan-kepingan kulit kering pada tumit kaki nampak berkurangan. Suami turut mengiyakan apa yang saya nampak pada tumit kaki saya.

Sebagaimana yang kita semua tahu, pengambilan Vitamin C mampu membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh sekaligus mengawal kelembapan pada kulit. Jadi apabila saya ambil suplemen kolagen (SCP) secara langsung, tentulah kesannya lebih efektif lagi. Sekurang-kurangnya sekarang tumit saya tidak bersisik dan kering lagi.

Tetapi masih perlu konsisten dengan penjagaan luaran dan perlu meneruskan pengambilan Collagen Powder sehingga saya dapat apa yang saya hajatkan

Jom tengok video Cara Membancuh Collagen Powder yang best tu.

Dah sedia nak buat pesanan vitamin-vitamin yang boleh membantu hilangkan 'crack heels' ini, jangan tunggu lama lama KLIK SINI :)

Antara fungsi-fungsi Collagen Powder

Collagen Powder Shaklee untuk masalah tumit pecah dan kering

Jika anda juga sedang berdepan dengan masalah yang sama macam saya, jom join Cabaran Tumit Licin Dengan Collagen Powder, JOM!!

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head





5 Cara Mencegah Masalah Tumit Kaki Pecah

Ada seorang kawan suami saya bergurau;

"aku terpikat dengan bini aku ni sebab tengok tumit pecah kat kaki dia lah.."

Saya yakin itu hanya gurauan beliau sahaja.

Tapi tahukah anda, masalah tumit kaki pecah (merekah) juga boleh menjadi serius. Apabila bahagian yang pecah / merekah telah sampai ke bahagian dermis (bahagian dalam kulit), ia akan menyebabkan kesakitan dan menyukarkan seseorang untuk berjalan dengan selesa selain agak tidak 'cantik' dipandang.

masalah tumit kaki pecah

Antara punca kepada masalah tumit pecah ini adalah:

-Masalah kulit kering disekeliling tumit kaki.
-Berdiri terlalu lama diatas permukaan lantai yang keras.
-Masalah terlebih berat badan yang menyebabkan tekanan pada bahagian kaki dan kulit kaki.
-Mempunyai penyakit tertentu seperti Psoriasis, Ec\kzema, Tiroid, Diabetes
-Terdedah pada keadaan air bertakung untuk tempoh yang lama, ia boleh menghilangkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kaki dan meninggalkan kesan kulit kering dan kasar,
- Umur ; kulit orang yang berusia semakin hilang kadar keanjalannya, dan risiko mereka yang lebih berusia untuk mengalami masalah tumit pecah adalah lebih besar,
-Masalah cuaca
-Kekurangan beberapa vitamin dan mineral seperti asid lemak Omega3 dan zink

Saya juga kini mengalami masalah ni. Ianya masih ditahap permulaan tapi memang agak tidak menyenangkan pemandangan mata sendiri.

Jom kita teruskan membaca 5 cara mencegah masalah tumit kaki pecah;

1) Gunakan kasut yang tertutup apabila diluar dan mengenakan selipar ketika berada dirumah.
 Ia adalah cara terbaik untuk mencegah masalah ini. Memakai kasut tertutup membantu menjaga kelembapan kaki

2) Bersihkan kaki.
Penjagaan kaki dengan baik adalah penting. Bersihkan kaki dengan air suam, dan gosokkan bahagian tumit kaki setiap kali mandi untuk menghilangkan kotoran dan set kulit mati

3) Lembapkan kaki
Sapukan losyen yang sesuai selepas mandi ataupun sebelum tidur.

4)Susu dan madu
Campurkan susu dengan madu. Rendam kaki di dalamnya selama 15-20 minit. Gosok dan kemudian bilas dengan air suam. Ini adalah salah satu carasemulajadi untuk mencegah tumit pecah-pecah. Lakukan sekali  seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.



5) Penuhi keperluan vitamin dan mineral yang tubuh perlukan untuk kesihatan kulit secara keseluruhan.
Antara faktor yang kita dah baca tadi ialah kekurangan beberapa vitamin dan mineral seperti asid lemak Omega3 dan zink. Lengkapkan nutrisi dan keperluan tubuh anda melalui makanan berkhasiat atau suplemen.

Kalau kulit kaki licin macamni kan best :)

tumit kaki pecah
 Antara cadangan dari segi suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah tumit kaki pecah:

-Sapuan krim Herbal Blend
-Pengambilan Omega Guard dan Zinc

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head





Harga Produk Shaklee TURUN!

Pertama sekali saya nak mintak maaaafff sangat sebab lambat bebenor update tentang penurunan harga ni.
Di kala kita asyik dikejutkan dengan pelbagai jenis kenaikan harga, rupanya masih ada harga yang turun!

Ye, tak lain tak bukan tentulah harga produk Shaklee turun. Bagi pengguna tegar Shaklee di Sabah dan Sarawak, andalah orang yang paling gembira sekali dengan berita ini. Bermula 1 Februari 2014, pihak Shaklee telah mengambil keputusan untuk menyamakan harga bagi produk Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

So dah takde rungutan tentang beza antara Semenanjung dengan Sabah/Sarawak. Selepas ni anda hanya rujuk pada harga RP/WM yer. Contohnya untuk harga ESP, harganya RM150 sahaja. Kalau sebelum ni, harga untuk Sabah Sarawak adalah RM155.

Tapi untuk postage masih sama ye. Untuk Semenanjung RM10 dan Sabah Sarawak RM20.


 Jadi take note ye everybody :)

Tapi kalau anda disana nak lebih untung, jom sign up Shaklee dengan saya. Ada banyak lagi benefit yang anda akan rasakannya.

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

 



Tips Hilangkan Sunburn dengan Set Kecantikan Shaklee

Panas betul cuaca sekarang kan?

Dengan suhu hampir mencapai 35 - 36 darjah celcius, saya yang hanya keluar untuk menghantar-mengambil anak ke sekolah pun boleh terasa sunburn. Kalau tengok cermin terasa kulit berkilat macam terbakar saja.

patah lagi mereka yang memang terpaksa berkerja secara outdoor. Pancaran cahaya matahari secara langsung tentunya mendatangkan kesan sunburn yang lebih ketara.

Wanita mana yang sukakan sunburn? Kalau lelaki tentulah mereka tak terlalu kisah. Jadi jom ikuti sedikit tips hilangkan sunburn dengan Set Kecantikan Shaklee.


Poster diatas menunjukkan pelbagai produk Shaklee yang ada di dalam Set Kecantikan Shaklee.

"Adakah saya perlu ambil kesemua produk tersebut untuk menghilangkan sunburn?"
Tentu inilah persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran anda, bukan? :)

Sebelum saya pergi ke tips sebenar hilangkan sunburn dengan set kecantikan Shaklee, izinkan saya berkongsi sedikit informasi tentang produk-produk diatas.

MANFAAT YANG ANDA DAPAT DARI SET KECANTIKAN SHAKLEE
Vitamin E : Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan menjadi ejen perlindungan UV
Vitamin C : Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, membantu dalam penghasilan kolagen dan memberikan kulit yang lebih cerah dan gebu.
ESP : Sebagai blok asas kepada penghasilan sel badan, justeru ia menbantu memberi kulit yang cantik, otot, kuku dan rambut yang sihat.
CoqHealth : Membantu peredaran darah yang sihat, ejen perlindungan UV secara semulajadi.
Collagen Powder : Memberikan kelembapan kepada kulit dan rambut, memberikan keanjalan kepada kulit dan mengurangkan pigementasi, jeragat dan warna kulit yang tidak sekata. 
kredit : izzyadlina.com
Taraaa.. inilah dia tips hilangkan sunburn yang saya nak kongsikan pada pagi ini. Dengan penggunaan masker daripada bahan-bahan diatas.

Antara vitamin/produk yang kerap digunakan sebagai masker ialah ESP, Vitamin E, Vitamin C, Collagen Powder dan Vivix pon ada orang gunakan sebagai masker. Saya lah salah seorangnya :)

Ini adalah koleksi amalan rutin harian / mingguan saya demi nak membelai kulit wajah saya.

1) Masker ESP dengan Yogurt.

Ini adalah masker kegemaran saya setiap kali saya berpanas. Driving ke sana sini dalam cuaca yang kering dan panas juga boleh membuat kulit wajah terasa perit dan pedih, dan tentu sekali sunburn. Jadi ESP dengan yogurt adalah favourite saya lakukan dengan kerap.
ESP membantu mencerahkan kembali kesan-kesan sunburn. Amalkan 3kali seminggu pasti anda dapat hasil yang memuaskan
Tips Hilangkan Sunburn dengan Set Kecantikan Shaklee
 .
2) Masker Vitamin E & Vitamin C.

Saya panggil ia masker pink. Apabila kedua dua digaulrata, ia akan menghasilkan warna yang sangat cantik. Selain jadikannya sebagai masker, anda juga boleh jadikannya sebagai krim muka. Ala-ala krim malam.

Ia akan terasa sedikit melekit dan berminyak. Tapi selepas sesi mencuci krim ini, hasilnya terasa kulit sangat lembut.

Gunakan hanya 1biji setiap vitamin dan untuk sapuan sebagai krim, ia boleh digunakan sebanyak 2 atau 3 kali. Jadi campurkan dan letakkan ia didalam bekas yang sesuai ye.

Tips Hilangkan Sunburn

3) Masker PREMIUM : Vivix dan Collagen Powder. 
Rutin saya setiap malam untuk mengambil sesudu Vivix dan 1sachet Collagen Powder. Sesekali saya bertukar selera untuk menu masker saya. Jadi saya asingkan sedikit serbuk Collagen Powder dan campurkan dengan sedikit Vivix yang dicairkan. Terciptalah satu ramuan masker yang memang premium!

Pernah satu hari dulu, sengaja saya memakai masker ini pada malamnya. Dan keesokan harinya saya hadir ke majlis keraian (sory tak ingat majlis apa), ramai pulak yang puji kulit wajah saya :)


Owh yer saya nak share juga review dari Master Nana tentang masker Collagen yang beliau amalkan beberapa hari lepas.


4) Masker Afalfa
Masker Afalfa adalah masker yang saya guna sebagai scrub. Especially bila terlibat dengan aktiviti luar dan apabila terasa kulit muka terlalu berminyak. Dan ianya juga bagus untuk kita gosok-gosokkan ke area hidung yang kerapkali ada white head dan blackhead. Scrub dan membuang sel-sel kulit mati. 

Yang ini hanya lakukan sekali sekala sahaja ok.

Nampaknya entry saya bukan sekadar tips untuk hilangkan sunburn. Terlebih tips sudah.. hehe.
Tak apalah, ia sebagai panduan bagi anda yang mahu memaksimumkan penggunaan vitamin yang anda sendiri amalkan. So kita usahakan cantik dan sihat dari dalaman juga luaran..

Dan inilah kesan-kesan daripada amalan pemakanan vitamin serta rutin masker yang kami suka lakukan. 
Dan jangan lupa minum banyak air putih ye


Kalau anda mahukan kulit yang sihat dan bersih seperti kami, jom amalkan Set Kecantikan Shaklee dan lakukan rutin bermasker bersama-sama. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

 






Shaklee dan Saya : Superbusy Weekend

Hujung minggu lepas waktu kami agak padat dengan aktiviti.
Dan dalam masa 2 hari ini, saya berpeluang berjumpa dengan anak cucu saya dari payung RichFamily.

Santai personal coaching bersama Ieda Adheena, seorang fighter baru yang sedang bersemangat mahu menyebarkan kebaikan vitamin dan menambah pendapatan bersama kami. Dalam ruang SoHo saya yang agak sempit ni lah kami berdiskusi dan adakan sesi 'menurun ilmu', sementara anak-anak bermain di hall.
Sesekali saya keluar menjenguk mereka, rumah hampir penuh ditaburi toys. Tak apalah, asalkan mereka happy dan boleh bagi sedikit ruang kepada mama masing-masing untuk belajar.

Bermula jam 11am, masa berlalu kami tak sedar. 2 jam berlalu dengan penuh pengisian. Cara dan medium marketing yang berkesan, cara kira bonus, cara naik rank dalam Shaklee dan sedikit sebanyak panduan yang sempat saya sampaikan. Semoga Ieda terus memulakan langkah pertamanya sebaik sahaja pulang dari rumah kami. Alhamdulillah, pagi tadi dia dah whatsap saya cadangan url blog khas untuk bisnes Shakleenya.

Ieda adalah pengguna Shape Up set. Begitu happynya beliau dapat turunkan berat sebanyak 2kg setelah mengamalkan set Shape Up. Jom kita doakan beliau dapat mencapai target idamannya.

Dan pada hari Ahad pulak, seawal jam 7pagi suami menghantar saya ke Putrajaya untuk event ini.

Shaklee adalah 'main sponsor' bagi event ini. Setiap peserta yang mendaftar untuk menyertai konvoi berbasikal ini menerima sehelai tshirt Shaklee seperti yang kami pakai, dan yang bertuah pula akan mendapati produk Shaklee seperti ESP, Performance, BComplex di dalam goodie bag mereka. Memang best sangat.

Dan pihak Shaklee juga menyediakan 1 booth khas untuk kami para Independent Distributor untuk membuat jualan di event ini. Saya diberi kesempatan bersama anakdidik RichFamily saya untuk sama-sama turun padang memperkenalkan produk Shaklee kepada orang ramai.

Sebenarnya, produk Shaklee memang dah diketahui ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi mudah jugalah kerja kami apabila menerangkan tentang produk Shaklee kepada mereka yang singgah di booth.

Cuaca sangat baik dan agak panas semalam. Balik rumah, masing-masing sibuk bermasker ESP lah gamaknya demi nak hilangkan sunburn :)
Tetapi ada berita tidak gembira juga berlaku di penghujung acara, katanya ada seorang peserta meninggal dunia setelah terjatuh apabila menghampiri garisan penamat. Dengarnya, beliau meninggal didalam ambulan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke hospital. Mari kita sedekahkan Al Fatihah buat beliau, dan sekalung takziah diucapkan buat keluarganya .

Pukul 1pm, suami datang ambil saya, dan kami bergerak ke Hotel Marriot pula untuk majlis Double Master Coordinator Celebration. Kali ini meraikan Master Azlin dan Master Puteri pula.


Gambar saya bersama Master Azlin dan Master Farihah. Tak sempat bergambar dengan Master Puteri. Master Puteri adalah anak kepada Master Azlin. Pastinya celebration master mama-anak ini meriah sebagaimana master celebration Master Cery-Master Iffah tahun lepas. Insya allah celebration Master Farihah pada minggu ini pula.

Antara 4 perkara yang Master Azlin dapat daripada Shaklee adalah; kareer, keluarga, kewangan dan juga komuniti. Katanya dahulu ketika berkerja, beliau terpaksa memilih antara keluarga dengan kareer. Tapi sekarang dengan Shaklee, beliau tidak perlu MEMILIH kerana beliau memang dapat kesemuanya apabila bersama Shaklee. 


Alhamdulillah, perkongsian yang menarik daripada speech mereka berdua. Acara diakhiri dengan majlis memotong kek dan sesi bergambar beramai-ramai.


Macam biasa juga, sesi bergambar kenangan bersama anakcucu saya yang berkesempatan hadir. Gambar diatas, saya bersama Nad Zaim (rank Senior Coordinator dalam masa setahun). Anak yang kuat semangat, gigih dan sentiasa mencari jalan untuk berjaya. Saya memang sangat kagum dengan cikgu Fizik yang tidak pernah memberi alasan dalam usahanya memburu kejayaan bersama Shaklee.

Sekian untuk aktiviti 2 hari. Hari ini saya agak kepenatan, tapi memang rasa tak sah selagi belum upkan post tentang aktiviti weekend saya.

Sebelum saya akhiri entry saya, saya nak sharekan link blog beberapa orang anak saya. Jika anda mahu mendapatkan konsultasi dan order vitamin melalui mereka, teruslah berhubung dengan mereka ye.

Ain Rusli : COD: Puncak Perdana, Saujana Utama, Puncak Alam
http://myvitashop.blogspot.com

Adeleen Adnan : COD Seremban, Tampin, Putrajaya
Dayre.me/adeleen

Nad Zaim :  COD Kuala Pilah
http://sayangvitamin.blogspot.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

 

Vitamin Untuk Pesakit Thalassemia

Kita sambung lagi cerita tentang penyakit Thalassemia. Jika dalam entry KENALI PENYAKIT THALASSEMIA, saya ceritakan secara panjang apakah ia, sekarang mari kita baca vitamin atau suplemen Shaklee yang mana yang sesuai untuk pesakit Thalassemia.

Menurut diskusi yang dijalankan di forum Thalassemia Patients & Friends,  beberapa vitamin yang didapati paling sesuai untuk diambil oleh pesakit Thalassemia adalah seperti berikut;

Vitamin E  400iu.  Natural source preferred. d-alpha tocopherol (not dl-alpha). If possible, use mixed tocopherols. (Vitamin E is a blood thinner, which is a good thing for most people. However, if you are taking a blood thinner such as warfarin or coumadin, tell your doctor you are taking vitamin E as your dosage of the blood thinning drug may need to be adjusted downward).

Folic Acid 1000-10,000 mcg (micrograms). 1000 = 1 mg This is recommended for all thalasemia patients.

B-Complex. The B vitamins help protect the body against stress and are important for many basic functions. B vitamins are water soluble and do not last long in the body. It is important to replace them on a regular (daily) basis. Adequate amounts of vitamin B-12 are essential. B-12, as all B vitamins is water soluble and amounts ranging from 100-1500 mcg daily are advised.

Calcium  1000-1500 mg plus 500-1000 mg magnesium plus Vitamin D 1000-5000 iu ( all work together to maintain bone growth and heart function). Calcium taken alone is inadequate and can also lead to problems affecting the heart. It must be balanced with magnesium, as they work together in the heart beat, and an imbalance can lead to heart palpitations. Vitamin D is necessary for the absorption of calcium.

Zinc 15-50 mg

Vitamin C 100-250 mg taken with desferal (helps more iron to be excreted). Do NOT take more than 250 mg daily if thal. Too much iron can be freed into the bloodstream where it can cause clumping in the heart, causing lowered heart function. Vitamin C has not been studied with other chelators so it's combination effect is not known. Do we have any members on kelfer or ferriprox who can tell us their own experience using Vitamin C?
Dan berikut adalah produk Shaklee yang sememangnya mampu memenuhi keperluan dan dos vitamin pesakit Thalassemia.


AMARAN : Pesakit Thalassemia tidak boleh mengambil Vitalea Iron Formula.

Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan vitamin.

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head