#RMWT : Jelajah Dunia Dengan Bonus Shaklee

Alhamdulillah, dapat juga masa sedikit untuk saya memorikan kenangan #RMWT ni didalam blog ni.
Sesuatu yang wajib saya memorikan kerana ia juga hasil daripada kerja keras melalui blog ini. Walaupun blog ini lebih banyak perkongsian tentang vitamin, tips kesihatan dan tips kecantikan, tapi sekali sekala saya akan out of topic sedikit untuk selitkan cerita tentang dunia Shaklee saya.

Syukur, hampir 3 tahun berkecimpung dalam dunia Shaklee, akhirnya salah satu anganan di 'Vision Board' saya terlaksana juga akhirnya.   #RMWT bermaksud RichMommy World Tour :)

Di kala orang lain sudah menjejak, paling tidak pun, Indonesia (Bandung la antara yang paling glamor sebagai spot pelancongan), dan Singapore (kerana paling hampir) dengan Johor, saya pula pada usia 32tahun, masih belum pernah jejakkan kaki ke tempat-tempat ini. Sedangkan suami pula, dah habis satu buku passport beliau dicop oleh pihak imegresen negara-negara luar. Singapore, Indonesia, Vietnam, malah beliau dah pernah pergi US sebanyak dua kali. Rezeki beliau kerana dapat ke merata tempat melalui trip bersama kompeni tempat beliau bekerja.

JELES sangat ok!

Itu adalah perasaan yang saya rasa, setiap kali ditinggalkan pergi buat sementara apabila beliau mengikuti trip-trip yang kompeni sediakan atas dasar kerja. Yelah, sambil berjalan, tentunya mereka akan dibawa ke destinasi pelancongan juga. Sedangkan saya hanya mampu melihat gambar-gambar yang beliau ambil di sana. Jadi, saya ambil ia sebagai satu cabaran untuk saya mengerjakan bisnes Shaklee dengan lebih bersungguh-sungguh. Selain trip daripada Shaklee, saya mahu keluar negara bersama dgn keluarga dan anak-anak tanpa kekangan had umur. 

Trip Shaklee memang best, tapi masih bersyarat iaitu tidak boleh membawa kanak-kanak berumur 4tahun kebawah. Sedangkan anak bongsu saya berumur 3tahun. So kalau berjalan dengan duit sendiri, maksudnya dengan duit bonus Shaklee bagi, tentunya lebih bebas untuk saya bawa sesiapa sahaja yang mampu saya tanggung.

TRIP #RMWT PERTAMA : JAKARTA - BANDUNG
 

Saya mulakan dekat destinasi terdekat iaitu jiran kita Indonesia pada bulan May lepas. Tak sangka perjalanan ke sana lebih dekat berbanding perjalanan ke Kota Kinabalu. 

Dengan budget lebih kurang 10.3juta rupiah, barulah dapat betul-betul jadi jutawan kan? Hehe.
Ianya merangkumi perbelanjaan membayar kereta sewa, pak supir, parking, tol, sewaan hotel dan makan-makan sepanjang berada di dua bandar ini. Tapi tak termasuk tambang flight lah.

Sebenarnya tujuan kami kali ini lebih kepada tujuan libur dan bershopping. Jadi tidak banyak spot pelancongan yang dapat kami jejaki lagi. Insya Allah, mungkin kami akan kembali di lain masa nanti. 
Walaupun sangat singkat, saya masih dapat belajar pelbagai perkara dari mereka.

Sewaktu di Pasar Tekstil Tanah Abang, kelihatan ramai penjual donut dan penjual air yang akan membawa jualan mereka terus kepada orang ramai.  

 'Ibu haus ibu, mari beli air untuk anaknya..'

Marketing approach sebegini membolehkan mereka terus bersemuka dengan bakal pelanggan sambil memberikan tawaran terhadap jualan mereka. Untungnya jika pada masa itu pelanggan berasa haus, mereka akan terus membeli tanpa banyak soal. Penjual air dan donut ini tahu siapa golongan sasaran mereka. Mana-mana yang kelihatan bersandar seketika dekat palang atau dinding, pasti akan dihampiri oleh penjual air dan donut ini. Dan ketika ibu bapa sedang tawar menawar dengan penjual di kedai, mereka hampiri anak-anak dan memujuk supaya membeli air.

Dan saya juga dapat, rakyat Indonesia memang sangat serasi dengan kerja berniaga. Walaupun sedang berada dijalanraya ketika baru sahaja sampai di Bandung, saya dapati sangat ramai orang yang membawa jualan mereka (kuih, keropok, rokok) sambil mengetuk tingkap kereta yang sedang menunggu giliran untuk jalan.  Mungkin ada pemandu yang rimas dengan keadaan begini, tapi inilah antara cara mereka mendapatkan rezeki.


Tak lupa makanan mereka. Walaupun memang ada banyak restoran ayam penyet di Malaysia, ianya tetap tak sama dengan apa yang ada di tempat asal mereka.

Secara asasnya, set nasi seperti ini akan mengandungi nasi, ayam (samada goreng atau panggang), sambal, tauhu dan tempe goreng serta ulam-ulaman. 3 hari kami berada di sana, beginilah hidangan yang kami makan. Memang mengenyangkan dan berat badan pun boleh bertambah-tambah kalau sajian macam ni setiap hari.


Dan untuk acara shopping, tak payah tunjuk lah ye :P
Cuma yang menariknya, Tanah Abang memang syurga tekstil, dan Bandung adalah syurga factory outlet. Memang sakit kaki berjalan dekat semua shopping spot, tapi yang peliknya tak rasa penat. :P

INSYA ALLAH, sesi #RMWT ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dengan destinasi lain pula.
Inilah dia trip tajaan sendiri bersama bonus Shaklee. Yang pasti saya dapat bawak suami dan semua anak-anak saya tanpa perlu ditinggalkan


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head










Wajib Bersedia Dengan Phytocol ST Sempena Syawal

Syawal lambat lagi, ye saya tahu. :)

Tapi sudah jadi kewajipan saya untuk berkongsi tentang ini sebelum Syawal menjelang. Anda dapat bayangkan atau tidak, bagaimana makanan sedap bakal menghiasi meja setiap rumah.

Begini..

kredit : Air Tanganku
Atau mungkin begini..

kredit : zalinzalina.blogspot
Dan mungkin begini..

kredit : freedomtolive
ALLAHUAKBAR.. betapa meriahnya Malaysia dengan jamuan makan ketika tibanya Syawal. Pesta makanan disetiap rumah. Tak boleh juga nak disalahkan tuan rumah, kerana mereka pastinya mempunyai niat yang baik iaitu menjamu setiap tetamu yang datang dengan pelbagai juadah yang enak dan sedap.

TAHUKAH ANDA, APA ITU KALORI?

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Jadi adakah dengan memakan pelbagai makanan macam dalam gambar di atas, akan menghasilkan tenaga untuk tubuh kita? Ya betul, ia akan menghasilkan tenaga, tapi jika kita makan seolah-olah tiada hari esok, makanan yang berlebihan itu akan disimpan sebagai lemak dan menyebabkan berat badan anda naik dengan mendadak di sepanjang bulan perayaan.

Selain 'concern' tentang pertambahan berat badan, adakah anda tahu bahawa kita berisiko untuk menambah bacaan kolestrol dalam tubuh?

Tahukah anda, kolestrol berlebihan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti risiko sakit jantung, risiko strok, risiko masalah kesuburan dan sebagainya. Adakah kita sanggup berdepan dengan semua risiko tersebut?

ALAHAI SAYANGNYA, MAKANAN SEDAP TAPI TAK BOLEH DI MAKAN..

Eh! bukanlah tidak boleh dimakan langsung, kata kuncinya adalah berpada-pada.

Tapi, saya nk berkongsi satu RAHSIA bagaimana anda boleh terus menikmati hidangan ini tanpa rasa risau terlebih kolestrol masuk dalam tubuh. Senang sangat! Jom teruskan membaca.. OK!





Inilah dia antara tips yang anda perlu tahu dan amalkan sepanjang musim perayaan ini.

Produk baru iaitu Phytocol ST bakal membantu anda mengawal kemasukan kolestrol kedalam saluran darah. Jom, saya nak share video dari kelas Nutrisi Shaklee tentang bagaimana Phytocol ST berfungsi.

Kredit kepada : Healthy Living chanel

 

Nampak tak bagaimana molekul Phytocol yang menyerupai molekul kolestrol?
Huiiii.. laju je kolestrol masuk dalam darah kalau tidak ada 'blocker' macam Phytocol ni kan? Saya yang tengok pun takut. 

Anda tahu tak apa yang akan berlaku kalau terlebih kolestrol dalam saluran darah?


Ya, macam gambar sebelah kanan. Pengumpulan kolestrol akan menyempitkan saluran darah dalam tubuh kita. Ia akan menyebabkan aliran darah tidak lancar dan mungkin saluran darah boleh pecah apabila darah mengalir dalam aliran tekanan tinggi. Allahuakbar, dari sinilah bermulanya kisah-kisah serangan jantung, serangan angn ahmar atau strok, dan pelbagai lagi risiko kesihatan yang berbahaya. 

Sentiasalah pastikan paras kolestrol dalam tubuh anda mematuhi bacaan seperti dalam gambarajah.


Dan yang akhir sekali, saya mahu kongsikan satu testimoni daripada En Ethan Wang tentang pengambilan Phytocol ST

Testimoni Phytocol ST

So saya pasti anda dah jelas tentang tujuan saya berkongsi entry ini hari ini. Tak lain tak bukan, saya mahu menyedarkan anda akan risiko terlebih makan di sepanjang musim perayaan. Dan kini terdapat solusi kepada masalah 'suka makan' anda.

Dapatkan tips pengambilan Phytocol ST dari saya sekiranya anda telah membuat order Phytocol ST secara online.  Saya akan kongsikan tips bagaimana anda boleh mengunjungi hampir 10 buah rumah tanpa mengecewakan tuan rumah kerana tidak makan juadah yang disediakan.




 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head








Jemputan Ke Shaklee Global Conference, Pertemuan Business Leader Dari Seluruh Negara

Saya belum sempat update tentang Majlis National Conference 2013/2014 yang berlangsung pada 7-9 Jun 2014 yang lepas, tapi terlebih teruja dengan berita terbaru dari pihak Shaklee.


Semalam secara rasminya kami telah mendapat surat jemputan untuk menghadiri Shaklee Global Conference pula. Bertempat di Long Beach, California, US pada 13hb- 16 Ogos 2014. Saya dan suami insya allah akan menghadirinya nanti. Urusan dokumentasi visa juga telah pun diselesaikan.

Maka kini hanya perlu menunggu langkah seterusnya mengikut arahan pihak Shaklee, dan tak lupa! Kami perlu menabung kerana kami akan di bawa ke Factory Outlet di sana. Orang kata Syurga shopping!
Satu lagi spot yang saya ternanti-nantikan, kami juga akan dibawa ke Disneyland USA.


Jika saya adalah orang biasa, saya tidak akan pernah bermimpi untuk sampai ke US yang jauh ini.
Tetapi, oleh kerana sudah pun dapat peluang keemasan begini, tak kan lah saya nak tolak pula. Pada mulanya saya ingatkan kami hanya pergi untuk menghadiri persidangan (conference), tapi rupanya ada award juga yang perlu kami ambil! Sangat mengujakan kerana bakal menerima award di hadapan ribuan Business Leader dari pelbagai negara yang lain.



MACAM MANA BOLEH DAPAT PERGI GLOBAL CONFERENCE INI?

Jika anda juga Shaklee Independent Distributor (SID), saya pasti leader anda juga pernah menerangkan tentang Conference Points. Untuk melayakkan diri mendapatkan tiket-tiket dan jemputan ke majlis-majlis sebegini, setiap SID perlu berusaha mengumpul mata (point) setiap bulan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Gambar di bawah adalah ilustrasi bagi kelayakan trip ke Italy bagi cycle 2014/2015. Setiap SID perlu mengejar dan mendapatkan point-point mengikut kategori yang dicita-citakan.


Sebenarnya, pihak Shaklee telah memberi cabaran kepada setiap SID kerana point ini telah dinaikkan amaunnya berbanding kelayakan trip untuk cycle 2013 /2014. Kalau sebelum ni, kami hanya perlukan 930point, tapi tahun ini kami perlu mengumpul sebanyak 990 point pula. Walaubagaimana pun kami tetap optimis kami juga akan layak mendapatkan tiket-tiket ke Italy ini.

---------------------------------------------------------------------------------

APAKAH TIPS-TIPS UNTUK MELAYAKKAN DIRI MENDAPAT TIKET CONFERENCE INI?

Sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan adalah;

1) BUAT TARGET SETINGGI YANG BOLEH SETIAP BULAN.
Target adalah sangat penting jika kita ingin mencapai sesuatu. Ia seumpama peta yang akan memandu arah kita. Jika tiada target, kita akan mudah tersasar dan tidak fokus.

Tentukan berapa tiket yang kita mahukan
Pastikan berapa point yang kita mahukan setiap bulan

2) BERKONGSI INFORMASI DAN MENJUAL PRODUK.
Secara asasnya bisnes Shaklee, adalah bisnes menjual produk suplemen dan produk luaran untuk kegunaan seisi rumah. Dengan cara berkongsi informasi tentang produk, memperkenalkannya kepada umum, mempengaruhi mereka ke arah gaya hidup sihat dengan makanan tambahan dan juga memastikan mereka menggunakan produk Shaklee.

Semakin banyak perkongsian yang anda lakukan dengan orang, semakin tinggilah kemungkinan untuk mereka membeli dan menggunakan produk Shaklee. Jadi, sentiasalah berkongsi tentang Shaklee.

3) MEMBANTU MENAMBAH NILAI KE DALAM HIDUP ORANG LAIN
Bisnes Shaklee, sepertimana prinsip asasnya iaitu Networked Business, akan membolehkan anda menambah nilai ke dalam hidup orang lain dengan cara berkongsi kepakaran dan perkara-perkara yang anda tahu supaya ianya juga boleh dilakukan oleh orang lain.

Duplikasi adalah perkataan paling tepat untuk menggambarkan bisnes Shaklee. Apa yang anda buat sehingga berjaya, akan di ajar kepada orang lain. Dan mereka pula akan duplicate cara anda sehingga mereka juga berjaya.

Hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang sukses ini akan membuatkan anda terpaksa menerima conference point yang banyak!

-----------------------------------------------------------------------------------------
Jika saya sangat teruja dengan reward yang bakal kami nikmati ini, anda juga sepatutnya terus teruja untuk terus berjuang mendapatkan reward ke Italy. Ikut dan buat sahaja 3 tips yang saya dah kongsikan tadi.

Semoga perjalanan anda bersama Shaklee adalah antara kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup.

Jika anda teruja, tapi masih lagi belum mendaftar sebagai ahli Shaklee, hubungi saya untuk mendapatkan pelbagai informasi lanjut tentang bisnes Shaklee.

ORDER PRODUK SHAKLEE DI SINI.
ORDER VIVIX ANDA DI SINI


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head






Promosi Vivix : Pemangkin Untuk Tampil Cantik Di Hari Raya

Promosi Vivix datang lagi. 

Baru beberapa bulan lepas Shaklee announce tentang promosi Vivix, dan kali ini ia berulang lagi. 

Memang pilihan yang sangat tepat kerana dalam masa kurang sebulan lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Syawal. Syawal atau bulan rasa yang sangat sinonim dengan 'saya nak cantik dan kurus sebelum raya'. Agak-agaknya kenapa ye orang nak kurus dan nak cantik sebelum hari raya?

Yang dapat saya fikirkan, tentulah mereka mahu tampil menarik apabila berjumpa dan berkumpul dengan saudara-mara dan rakan-rakan di hari raya nanti. Maklumlah, masa tu lah biasanya kita akan update info-info terkinin, gosip gosip gitu :)

Ok jom teruskan bacaan untuk promosi Vivix.

Anda boleh klik poster ni kalau nak beli Vivix Online.


Macam biasa, promosi Shaklee memang tetap begini. Beli 6 Percuma 1. 

Best tau, sebab anda dapat jimatkan harga untuk sebotol produk setiap bulan dengan pembelian 1 set promosi. Dan untuk Promosi Vivix, anda bukan sahaja mendapat extra sebotol Vivix, tetapi dapat juga beberapa benefit lain . Antaranya :

✎ PERCUMA SEBOTOL VIVIX
✎ KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA
✎ CAJ PENGEPOSAN PERCUMA
✎ CASH BONUS SEKITAR RM200+

Nampaknya bukan setakat 1, tetapi 4 lagi bonus free yang lain. Agaknya ada tak syarikat lain atau pasaraya yang buat promosi gempak macam ni?

Ohh ye, sebenarnya jika anda membeli 2 botol Vivix sahaja, anda dah boleh dapatkan bonus yang hampir sama dengan bonus di atas, kecuali sebotol free tu tak termasuk ye, amaun cash bonus tu pon kurang la sikit berbanding jika anda mengambil 1set lengkap promosi ini.


Mahu kelihatan jelita dan tampan seperti dua duta Shaklee Indonesia ni tak? Cuba amalkan apa yang mereka amalkan. Of course lah VIVIX  

Okey, apa istimewa Vivix ni?

Vivix ni sebenarnya boleh dikatakan dalam bahasa mudahnya sebagai TONIK AJAIB.

Insya allah ia sangat bermanfaat bagi anda yang mahu mengekalkan kesihatan di paras yang optimum, dan sangat berbaloi untuk dicuba bagi anda yang mengalami masalah strok, darah tinggi, diabetes, dan beberapa lagi masalah kesihatan yang agak serius.

Manfaat kesihatan melalui pengambilan Vivix, jom baca lebih lanjut DISINI. 

Selain sebagai pemangkin untuk tampil cantik dihari raya, Vivix juga ada pelbagai lagi manfaat lain yang akan menyebabkan anda mahu terus kekal mengambil Vivix.

Ini adalah testimoni paling baru yang sahabat kami kongsikan. Vivix memperbaiki komplikasi diabetes.
Jom baca testimoni ini.


TESTIMONI VIVIX MEMPERCEPATKAN LUKA DIABETES SEMBUH

Testimoni dari Master Wan Fatihanum tentang ibunya. 



Ma dah lama hidup dgn diabetes, ingat lagi sejak mengandungkan adik yg kedua bongsu 20 tahun lebih yg lalu.
Kalau dulu bacaan diabetes 23, 17..hari ni JENG JENG JENGGGGGG...
7 YE.DIULANG..7 SAHAJA..Patutlah balik kampung raya haji haritu tengok ma makin sihat. Katanya kawan-kawan ramai tegur kenapa nampak dah berisi sekarang. Tau-tau jelah diabetes membuatkan penghidapnya jadi susut berat badan. Sekarang dah sihat, hepinyaaaaa..Lagi satu saya perhatikan sendiri kulit tangan ma tidak kering lagi, dah semakin moist. Kalau dulu nampak sgt kering.Extra benefit ok!

Jadi, jika anda sedang berkira-kira untuk membelikan ibu bapa anda yang sedang menderita akibat komplikasi penyakit-penyakit begini, inilah masa terbaik untuk anda berbakti kepada mereka.

Apalah nak berkira dengan nilai wang berbanding kesihatan mereka yang tersayang.

Hubungi saya untuk mendapatkan stok Vivix anda sekarang ye. Atau anda boleh beli sendiri Vivix DI SINI.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Perkongsian Pengalaman : Kehamilan dan Penyusuan Semasa Ramadhan.

Sekadar berkongsi pengalaman tentang penyusuan anak-anak sepanjang Ramadhan.

Kalau diikutkan pengalaman sejak mula berkahwin sehingga kini, memang banyak pengalaman manis yang berkaitan dengan pengalaman menjadi seorang mama.
2 kali Ramadhan saya bergelar ibu hamil (tahun 2008 & 2010).
1 kali Ramadhan saya bertandem nursing, menyusukan anak sulung 1 tahun 8 bulan dan anak kedua 3bulan (tahun 2009)
2 kali Ramadhan menyusukan anak ketiga (2011-2012)

Dan sekarang saya sedang 'bebas' dari komitmen penyusuan dan kehamilan :)

Apa yang saya nak ceritakan adalah betapa Ramadhan bukan penghalang fungsi dan tugas kita sebagai seorang ibu. Samada ibu yang sedang 'bebas', ibu hamil atau juga ibu yang sedang menyusukan. Tugas dan rutin kita tetap sama. Yang membezakan mungkin adalah kita ibu yang cergas, atau kita ibu yang lesu.

Tahun 2009, saya bertandem nursing. Tanpa Shaklee. Sebab saya masih belum kenal apa itu Shaklee.
Tapi sebagai seorang ibu yang memang sangat mementingkan kesihatan diri, dan sangat mengambil tahu apa yang saya perlukan untuk tubuh saya ketika menyusukan.. saya ambil suplemen yang di beli di farmasi.
Pil kalsium & multivitamin adalah pilihan saya. Ini semua saya dapat hasil dari bacaan saya di website-website kesihatan. Tahun 2009, blog Shaklee belum banyak macam sekarang. So saranan dari blog tersebut hanyalah general sahaja.

Alhamdulillah, perjalanan penyusuan saya lancar. Memandangkan ketika itu bayi saya masih kecil, saya memang akan sentiasa memenuhi permintaan penyusuan mereka. Ketika saya terasa letih dan dahaga, saya akan berbaring bersama. Reserve my energy gitu, so tak perlulah saya berbuka walaupun ibu menyusu ada rukhsah puasa.

Tahun 2010 pula, saya mendapat berita kehamilan ketiga beberapa hari sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah. Kali ni saya memang dah berkenalan dengan Shaklee. Saya ambil Set Penyusuan Set B semasa masih menyusukan anak-anak saya yag berdua tu. Berita disambut dengan gembira dan saya meneruskan vitamin yang ada kecuali Afalfa untuk kehamilan saya.

Syukur sangat kerana setiap kali hamil, saya diberi rezeki kesihatan yang sangat baik oleh Allah Taala.
Tanpa morning sickness, tanpa loya dan muntah-muntah. Kecuali keletihan kadar biasa. Puasa penuh saya tahun 2010 tu. Seronok!

KLIK di SINI kalau nak oder Set Penyusuan Set B

Tahun 2012, saya dah pun bergelar Shaklee Independent Distributor. Maka perasaan membuak-buak nak cuba semua vitamin Shaklee memang ada. Jadi untuk Ramadhan 2012, saya mula consume Set Ramadhan
disamping Set Penyusuan Triple M.

Apa yang ada dalam Set Ramadhan?
ESP, Mealshake, Performance

Apa yang ada dalam Set Penyusuan Triple M?
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Afalfa, Ostematrix dan ESP

Dan sejak tahun 2012 lah saya terus jatuh cinta berkali-kali dengan produk Shaklee ni.

Sesi penyusuan berjalan lancar. Sesi mengepam stok susu di opis berjalan seperti biasa. Anak saya mendapat cukup susu sebagaimana hari-hari biasa. Dan saya juga masih aktif dan bertenaga seperti bukan di bulan Ramadhan.

Dan saya sangat percaya tubuh yang mendapat nutrisi lengkap adalah tubuh yang sihat dan dapat berfungsi secara optima. Saya tak mahu menidakkan keperluan tubuh saya dan memaksa ia bekerja diluar kemampuan. Kerana kesan dan side effectnya nanti, saya jugalah yang akan tanggung.

So ini adalah antara vitamin yang menjadi pemangkin tubuh saya sejak lebih 3 tahun lalu. Ini hanyalah sekadar pengalaman peribadi saya. Dan saya dapati memang semakin ramai ibu-ibu yang memilih produk Shaklee dengan sebab seperti saya.

Jika anda berminat nak cuba mana mana satu pemangkin dan jadi bertenaga seperti saya, anda boleh terus klik pada banner-banner di bawah. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d516b13671a4179d9b7b458a6ebdeb92

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=98d6f58ab0dafbb86b083a001561bb34


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=67d16d00201083a2b118dd5128dd6f59





 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Pelancaran Aplikasi eSell Dalam Blog SemuaSihatSelalu

Yeay! Hari ni dengan rasa yang sangat happy saya ingin melancarkan aplikasi baru yang telah dibangunkan oleh pihak Shaklee. Kami baru sahaja dapat manual tentang eSell ini semalam. Dengan rasa yang sangat excited, saya terus cuba buat set up sebaik sahaja menerima panduan tentang eSell.

APAKAH eSELL?

Sebenarnya eSell adalah satu aplikasi, dimana ia akan membolehkan para pelanggan yang sudah bersedia untuk membeli produk atau vitamin Shaklee dari blog SemuaSihatSelalu ini sendiri.

Anda masuk ke dalam aplikasi eSell (link akan diberikan di setiap entry blog saya), dan boleh memilih produk yang anda suka, membuat bayaran menggunakan kad kredit atau kad debit dan kemudian tunggu sahaja produk yang anda pesan sampai ke alamat anda.

MUDAH bukan? :)

Jom saya berikan anda tutorial mudah. Hanya ikut beberapa langkah yang saya berikan ini.

Langkah 1.
Buka blog SemuaSihatSelalu dan cari info yang anda perlukan. Contohnya anda mencari produk untuk menghaluskan tumit kaki yang pecah


Setelah membaca, anda sangat berminat untuk membuat pembelian Omega Guard, maka sila klik link yang berwarna hijau.

Anda akan terus dibawa ke muka depan aplikasi eSell seperti ini;


Klik Agree dalam English atau Setuju dalam Bahasa Melayu.

Dan anda akan melihat paparan produk Shaklee dalam bentuk Shopping Cart. Rujuk gambar.


Jika anda mahu membeli Omega Guard, maka anda hanya perlu scroll down atau untuk mencari Omega Guard.

By default, dalam aplikasi eSell yang saya tunjukkan ini, semua produk dalam katalog akan bertanda 'tick', maka anda perlu 'untick' produk yang anda tidak mahu beli.

Jadi hanya tinggalkan Omega Guard dalam keadaan 'tick'.

Setelah selesai membuat pilihan, anda akan melihat jumlah harga vitamin yang perlu dibayar, dan klik Checkout.



Kemudian anda akan diminta untuk mengisi Customer Data ; informasi tentang diri, nombor untuk dihubungi dan alamat penghantaran. Selesai melengkapkan borang ini, klik Continue.


Seterusnya anda akan diminta menyemak data yang telah diberi, melihat amaun sebenar perlu dibayar setelah ditambah RM10 untuk caj pengeposan.

Klik Proceed for Payment


Dan kini tiba masanya untuk anda membayar pesanan Omega Guard yang telah dibuat tadi.

Pembayaran perlu dilakukan melalui kad kredit dan kad debit.

Hanya masukkan informasi yang diperlukan dan sistem akan membawa anda ke 'private online transaction'.
Anda perlu memasukkan kod MSOS yang akan dihantar melalui sms kepada anda.
Setelah selesai urusan MSOS tadi, insya allah selesai lah urusan pembelian anda,

Sila pastikan had belian kad debit anda mencukupi sebelum meneruskan pembayaran. Anda boleh check tentang had belian melalui panggilan ke bank kad tersebut.

General Info;

Kad debit mempunyai 3 had iaitu HAD BELIAN (untuk pembelian online), HAD PINDAHAN (untuk memindahkan wang ke pihak tertentu) dan HAD PENGELUARAN (untuk pengeluaran di mesin ATM). Semua had ini boleh di 'set' kan di mesin ATM.

MUDAH kan?

Saya akan kembali lagi dengan tutorial kedua. Ianya akan lebih memudahkan proses anda memilih produk yang ingin anda beli kerana saya akan terus setkan produk tertentu mengikut entry yang saya tulis.
Jadi anda tak perlu 'untick' lagi kepada mana-mana produk yang anda tak mahu beli.

Apa yang ada dalam Shopping Cart, adalah apa yang anda memang mahu beli.

Jadi, dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya lancarkan aplikasi eSell di dalam blog SemuaSihatSelalu ini. Semoga ia membantu anda membuat pembelian dengan lebih mudah.

Jangan risau kerana saya akan sentiasa memberikan anda servis konsultasi selepas pembelian anda.



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head