Shaklee Effects : Bahagian 1 : Perjalanan Ke USA

Assalamualaikum semua pembaca blog TripleS.

Tiba tiba je mood nak update blog datang. Excited sebenarnya dengan #ShakleeReward yang sedang kami alami dan lalui ketika ini. Jom saya share kan sikit melalui entry bersiri ini.

So Bahagian 1 : Perjalanan Ke USA.

Hampir 300 orang telah melayakkan diri untuk Shaklee Reward ini. Hasil tuaian setelah penat lelah berusaha sepanjanh cycle 2012-2013.

Oleh kerana ramai sangat yang layak, maka kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama berlepas dengan menaiki Singapore Airlines pd hari Rabu jam 7.30pagi.
Kumpulan kedua, dengan Cathay Pacific Airlines pada pukul 11pagi dan akhir sekali, turn group ketiga merangkap group ketiga pula dengan China Air. Setiap trip akan transit di satu destinasi dahulu.

Kali transit selama 4 jam di Airport Taipei.
Perjalanan dari KLIA pada jam 2.40petang selamat mendarat di Airport Taipei pada pukul 6.50petang.

Satu pengalaman baru bagi saya dimana saya berpeluang menunaikan solat di ruang solat pelbagai agama disini. Alhamdulillah, ruang sembahyang terjaga dengan bersih.

Kami meneruskan perjalanan 11jam lagi pada jam 11.40malam dari Airport Taipei. Perjalanan yang panjang. Mula mula saya tidur je, separuh daripada perjalanan kemudian barulah mula memasang dan menonton movie yg disediakan.

Dan alhamdulillah pada jam 9.40malam, kami selamat mendarat di Airport Los Angeles. Lega sangat bila dapat regangkan kaki dan badan setelah berjam jam diatas udara. Bayangkan apabila anda terpaksa duduk sahaja tanpa sebarang pergerakan bebas selama 11jam. Tentu sekali melenguhkan.

Di airport Los Angeles kami perlu melalui beberapa saringan pihak kastam. Syukur prosesnya mudah dan dalam keadaan tegas para pegawai kastam, sempat pula salah seorang daripadanya memuji saya.

"Is this your wife?" Tanya pegawai kastam kepada suami sambil memandang saya.

"Yes she is my wife" jawab suami.

"Wow! How lucky you are" kata kata pegawai tersebut tentu sekali buat saya begitu dialu alukan disini. Senyum gembiralah saya dapat pujian sebegitu.

Kami tiba di Hotel Mariott agak lewat dari jangkaan kerana ada sedikit kelewatan ketika mahu mengambil bagasi.

Sampai sahaja dihotel, kami terus dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar sedikit brifieng tentang perjalanan majlis kami bermula keesokan hari sehinggalah hari kepulangan kami.

Leganya bila dapat masuk ke bilik. Mandi dan bersihkan diri. Sempat pula suami sediakan Maggi-in-Cup. Selesai minum malam, kami terus tidur. Walaupun dah puas tidur diatas flight, kami gagahkan diri juga untuk tidur supaya body clock dapat menyesuaikan diri dengan cepat di sini. Bersedia untuk hari hari seterusnya yang mengujakan!