ESP : Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul

Hari ni nak bebel sikit tentang ESP. Alhamdulillah, so far memang dah banyak jualan group untuk produk ESP sempena promosi Oktober. Tapi untuk luaskan lagi pemahaman orang awam, wujudlah entry ini.

kredit : google image

Rajah kat atas tu menunjukkan kepentingan protein pada tubuh manusia.

Saya selalu dengar, dari anak didik saya tentang SALAH FAHAM bakal customer mereka. Customer mereka ni ada sikit rasa TAKUT nak makan atau ambil ESP, atas sebab-sebab di bawah;

Makan banyak protein nanti kolestrol tinggi. 

Ye, ESP memang produk yang membekalkan sumber protein terbesar. Tapi wajib diketahui, protein datang dari dua kategori iaitu 1) protein tumbuhan 2) protein haiwan

kredit : www.olitan.com
kredit : http://apgm.com.au


Sekarang fokuskan bacaan anda pada kedua-dua carta, dan lihat kolum 'cholestrol'. Kalau anda takutkan kolestrol, maka sumber protein yang patut anda pilih adalah dari sumber tumbuhan, bukan protein haiwan. Semua contoh sumber protein tumbuhan adala 0 kolestrol, betul?

Sedangkan kolestrol dari sumber haiwan, amat tinggi bacaan kolestrol nya. Sekarang, masih takut dengan kolestrol yang kononnya datang dari ESP? Saya pasti anda dh tentu tak takut lagi.

Bezanya ESP dengan soya lain di pasaran.

Yang saya syorkan anda ambil, tentulah ESP dari Shaklee.
Kita sepatutnya sangat berterima kasih dengan pihak Shaklee kerana telah berjaya membuat pelbagai usaha agar produk soya yang dibuat untuk kita adalah benar-benar dijamin selamat dan berkualiti.

Anda atau keluarga anda pernah masak soya sendiri? Yang saya perhatikan, kita perlu rebus dan didihkan dahulu soya tadi dengan suhu yang tinggi. Dan tahukan anda, teknik ini hanya sekadar mendatangkan rasa soya yang sedap tetapi tiada lagi khasiatnya. Sedangkan soya hanya boleh dimasak pada suhu 40 darjah celcius sahaja untuk memelihara kandungan dan kebaikannya secara maksima.

Ditambah lagi cara industri membasuh soya dengan bahan kimia. Cara memproses soya secara 'kasar' ini memang akan menjadikannya end product yang 'kosong'. Hanya sekadar air soya tanpa kebaikan-kebaikan yang sebenar untuk penggunanya.

http://shaklee.com.my/img/products/esp-soy-protein.png


Berbeza dengan ESP, selain bersumberkan sumber soya NON GMO, ianya dibasuh menggunakan air, dan di masak pada suhu 40darjah dan setiap pengguna disarankan tidak menggunakan air panas ketika membancuh ESP, guna air suam, sejuk atau suhu biasa sahaja supaya tidak memusnahkan kandungan dan khasiat soya tadi.

Soya penyebab ketidaksuburan?? Soya penyebab kanser dan cyst?

Biar betul?
Iya, memang sejak dulu lagi ada banyak arguement tentang produk berasaskan soya. Soya sebabkan kanser, soya sebabkan cyst, soya sebabkan lelaki jadi pondan, soya sebabkan orang tak subur, macam macam lagi lah.

Kesian soya, atas sandaran apakah soya dipersalahkan untuk setiap masalah ini. Saya pernah lihat seorang lelaki Cina yang telah mengamalkan susu soya sejak muda dan sehingga usia emasnya kini, beliau masih sihat dan sangat baik hati untuk berkongsi dengan saya resepi masak soya bersama beberapa herba untuk kesihatan umum.

Yang agak kelakar bila soya dikatakan boleh menyebabkan lelaki jadi pondan. Jom kita baca sikit ;


Jom kita kembali kepada prinsip asas ;  Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul.

Pengambilan ESP pada dos yang betul tidak akan memberikan efek negatif pada si pengambilanya.

Tiada bukti kukuh ESP penyebab kanser, cyst, lelaki menjadi pondan

Pengambilan ESP dalam kuantiti yang betul secara konsisten dan berterusan akan memberikan 1001 manfaat kepada kesihatan dan kecantikan individu.

Kebaikan ESP Non GMO Shaklee

Jadi, buanglah ketakutan anda terhadap ESP. Di kala dah ramai yang memuji-muji kesan yang di dapati selepas mengambil ESP, anda masih tertinggal dibelakang. Rugi tau!

Sekian, terima kasih

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter










Banyakkan Memberi Berbanding Menerima, Andalah Orang Yang Kaya

Assalamualaikum, saya mulakan pagi saya dengan ceria apabila mudahnya menguruskan anak-anak ke sekolah pagi ini. Walaupun ada yang mengadu sakit perut, ada yang mengadu nak muntah, syukur mama dapat tangani kerenah mereka dengan senyuman bahagia. Sesungguhnya senyum adalah pengubat duka. Jadikan senyuman sebagai aktiviti automatik walaupun dikala kita sedang tertekan, pasti anda akan kagum dengan kuasa ajaib senyuman.

Sambil minum campuran ESP dan susu fresh milk, teringin pula saya menaip tentang topik MEMBERI.

BANYAKKAN MEMBERI DARIPADA MENERIMA KERANA ORANG YANG MEMBERI ADALAH ORANG KAYA.

Bila kita sebut 'AKU ORANG KAYA', tentu sekali akan membuat kita tersenyum, kan? Tapi kadangkala kita akan kembali murung dan masam kerana kita menyedari hakikat kita bukan orang kaya, hidup seadanya dan sangat stuggle untuk menjadi kaya.

Inilah silapnya apabila kita sentiasa mengaitkan perkataan KAYA dengan WANG sedangkan kaya memberi makna yang sangat luas, bukan hanya tertutup pada skop kewangan. Jom kita buka mata kita, kerana sesungguhnya setiap dari kita memang orang yang kaya, especially kita sebagai masyarakat Melayu yang dikenali sebagai masyarakat yang penuh dengan adat dan adab sopan.

JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN SENYUMAN.

Sangat menenangkan bila kita pandang wajah orang yang tersenyum berbanding orang yang masam mukanya kan? Kadangkala, senyuman yang dilemparkan boleh menyebabkan keadaan kita yang sedang kusut turut ceria. Betapa mudahnya aura positif yang terhasil dari senyuman dapat disebarkan. Jika anda seorang yang sukar senyum, cubalah berlatih dengan membayangkan perkara-perkara indah yang pernah berlaku dalam kehidupan sendiri pada masa lalu. 

Latihan yang konsisten akan mendatangkan kuasa senyuman yang memang MAGIC!

JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN PERTOLONGAN

Pertolongan kepada orang lain bukan hanya dalam bentuk kewangan. Banyak juga pertolongan dari segi tenaga lebih diperlukan. Bayangkan ketika kita sedang menunggu untuk melintas jalan, tiba-tiba ternampak orang buta yang juga mahu melintas. Sangat terbaiklah kalau kita dapat membuang ego nak melintas cepat-cepat dengan membantu orang buta tadi sama-sama melintas jalan. Satu sen pun tak gunakan duit, kan?

Tips Mudah Jadi Kaya Dan Berjaya

Begitu juga ketika kita sedang bersesak-sesak di dalam public transport. Dan jika kita ternampak golongan ibu mengandung atau ibu yang sedang menggendong anak, apalah salahnya kita yang kuat kudratnya ini memberikan izin laluan untuk mereka duduk di kerusi yang kita duduk. Sesungguhnya ALLAH akan membalas kebaikan yang kita lakukan untuk menolong golongan yang memerlukan seperti ini.

JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN TENAGA POSITIF KEPADA ORANG LAIN.

Tips Mudah Jadi Kaya Dengan Cepat

Mungkin dah ramai yang tahu, tenaga memang boleh dipindahkan dari satu medium kepada medium yang lain. Begitu jugalah tenaga positif dan negatif. Anda boleh buat test, cuba duduk dengan orang-orang yang selalu berfikiran negatif selama 1 atau 2 hari sahaja. Orang yang suka merungut, suka marah-marah, suka memberontak, takperlukan masa yang lama pun, anda juga akan terikut-ikut dengan perangai ini. Kalau tak mahu duduk pun, cubalah add friend dengan orang-orang negatif, dan baca status yang mereka post selama dua hari, saya yakin pemikiran anda akan turut menjadi berserabut macam mereka.

Jadi, jika kita mahu hidup tenang, bahagia, ceria, berhentilah bergaul dengan golongan yang negatif. Pilihlah dengan siapa kita mahu berkawan. Duduklah dalam kelompok orang positif dan kita juga perlu sentiasa mendidik jiwa agar menjadi positif.

TIPS MENDIDIK DIRI BERJIWA POSITIF :

- Perbanyakkan istighfar
- Solat 5 waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat
- Berpuasa sunat
- Berzikir
- Memelihara wudu'


JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN SEDEKAH

Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita.

Sedekah tidak bermakna kita perlu berikan banyak jumlahnya, cukup sekadar apa yang kita mampu dan ada. Kalau kit ada RM5, kita sedekahkan RM1. Walaupun hanya RM1, jika dilakukan setiap hari, pastinya menjadi RM30 dalam masa sebulan. Banyak lah tu kan?

Tapi saya sangat suka menggalakkan semua anak bisnes saya untuk berusaha menambah rezeki masing-masing supaya boleh bersedekah dengan lebih banyak.

Tips Cepat Kaya

Insya allah semoga dengan mempraktikkan amalan memberi ini, jiwa kita akan lebih tenang, dan kekayaan lebih mudah mendekati kita. Sesungguhnya ALLAH tak pernah tamak dalam memberikan kebahagian kepada hamba-hambanya yang bertaqwa.

Sekian, terima kasih


Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head








Berguru Dengan Dr Azizan Osman Di IMKK Oktober 2014

Alhamdulillah, dah 2 hari berlalu. Dah 2 hari tamat 'pengajian' kami di majlis ilmu yang memang hebat ini, Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan yang bertempat d MIECC Seri Kembangan.

Pertama kali saya mendengar tentang Dr Azizan Osman adalah ketika saya bekerja di Putrajaya dulu (2007), dan salah seorang officemate saya memang suka datang event yang dianjurkan oleh beliau. Masa tu, saya just don't bother. Terkini saya mula mendengar kembali tentang Dr Azizan dan program-program yang dianjurkan, apabila ramai juga rakan-rakan Shaklee hadir ke majlis ilmu tersebut. Dan alhamdulillah, pada bulan Jun yang lepas, terbuka hati saya untuk membeli sekeping tiket IMKK berharga RM227.
RM227 untuk seminar selama 4hari 3malam, adalah sangat-sangat-sangat worth it!





PERANCANGAN SEBELUM KE IMKK.

Ye, saya mendapat support yang cukup sempurna daripada suami. Beliau juga sangat positif untuk melepaskan saya pergi berguru dan meninggalkan beliau dan anak-anak dirumah selama 4hari 3malam. Bila suami bersemangat, saya pun turut bersemangat dan berjanji akan appreciate kesanggupan suami berkorban demi setitis ilmu yang mahu saya bawa pulang nanti.

Alhamdulillah, sahabat Shaklee saya, Lin Chalo offer untuk tinggal bersama-sama di bilik Mines Wellness Hotel sepanjang seminar itu nanti. Selesai satu perkara, tak perlulah saya berulang alik Shah Alam -Sri Kembangan tu. Dan kami berkongsi bilik dengan 2 lagi sahabat Shaklee yang lain iaitu Chrysalis Nurul & Ainul Malik.

Sibuk juga kami berdiskusi tentang APA NAK MAKAN ketika berada disana. Hehe. Siap bawak rice cooker lagi tau. Bekalan roti, tuna, biskut, sambal sreng dan sambal gereh Wak Nang pun ada. Belajar tu belajar jugak, makan jangan dilupa.

INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN.

Ramai juga yang dah berpesan pada kami, datang awal dan beratur didepan pintu. Saya tanya KENAPA?

'Nanti senang nak lari cop tempat depan, kalau duduk kat belakang tak best. Aura lambat sampai'

OOOhhh, begitu. Dan memang setiap sesi, ramai yang berebut-rebut nak beratur didepan. Sebaik sahaja pintu dibuka, hampir semuanya akan berlari penuh semangat menuju ke kerusi dibahagian depan. Dan sampai kerusi, terus panjat kerusi dan tepuk tangan tanda kemenangan.

Mulanya saya agak rimas dengan keadaan ni. Tapi akhirnya mula faham, kenapa pihak krew IMKK tidak terus membuka pintu dari awal pagi, dan praktikkan cara berlumba ini. Of course mahu melatih setiap peserta untuk mempunyai daya juang yang tinggi. Kalau tak lari laju-laju, ketinggalan dan hanya dapat duduk di belakang. Orang di belakang, even dalam kehidupan, akan banyak ketinggalan dan rugi, kan?

Banyak slot-slot membincangkan tentang MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN yang sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan cuma memerlukan kadar konsistensi yang tinggi dan kadar pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH.

Banyak juga pendedahan tentang mengapa sukarnya rezeki mahu mendekati kita. Mengapa bisnes yang kita jalankan asyik dilanda masalah. Mengapa hidup kita tak gembira dan ceria. Mengapa walaupun dah kaya, tapi hati sukar bahagia.

Kebanyakan dari apa yang Dr Azizan berikan adalah lebihkurang sama seperti apa yang saya dah dapat dari mentor-mentor bisnes Shaklee saya, tapi ada banyak perkara unik di dalam majlis ini. Saya dapat lebih penghayatan bagi setiap tips yang saya dahtahu sebelum ini.

Mentor saya kata VISUALISE KEJAYAAN. Dr Azizan ajarkan bagaimana benar-benar menghayati proses visualise.

Mentor saya kata BERDOA DENGAN SPECIFIC. Dr Azizan ajarkan bagaimana menulis dan terus membacakan doa ini dalam keadaan separa sedar.

Mentor saya kata, bangunlah sepertiga malam BERTAHAJUDLAH, Dr Azizan juga mahu kita melatih diri untuk bangun mengerjakan solat malam dengan konsisten setiap hari.

Mentor saya kata BERZIKIRLAH, BERISTIGHFARLAH, BERTAHMIDLAH, Dr Azizan juga sampaikan pesanan yang sama.

Tiada amalan lain, selain beramal soleh dan melakukan perbuatan yang Allah suka untuk meraih perhatiannya. Bila Allah sayang, tentu sekali mudah untuk kita menjemput rezeki.

Apa yang Dr Azizan sering tekankan adalah, jadilah manusia yang sentiasa memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Buat bisnes biarlah memberi manfaat, dan memberi jalan penyelesaian kepada masalah bakal customer. Bukan berniat untuk untung semata-mata, tapi dengan niat mahu membantu orang lain kerana ALLAH.

ORANG POSITIF BERKUMPUL DAN BERJEMAAH

IMKK kali ini seramai lebih kurang 4000 orang sahaja. Jauh dan dekat datang berkumpul dan 4000 orang ini adalah orang yang penuh dengan semangat dan cas-cas positif mahu belajar untuk mengubah keadaan hidup diri dan keluarga. Setiap kali beramah mesra dengan pesertaa ketika sedang beratur, pasti ada cerita yang buat hati ini sangat bahagia mendengar success stories mereka.

Bayangkan seorang gadis berumur 25tahun dah mula set up bisnes kedai buku. Bayangkan seorang graduan yang baru keluar Universiti terus mencari bisnes untuk dilakukan kerana tak mahu terikat dengan komitmen terpaksa kerja dengan orang. Dan bayangkan juga seorang pensyarah yang sudah berpuluh-puluh tahun bekerja dalam bidang profesional tapi tiada kepuasan bekerja juga datang untuk mencari makna dalam kehidupan.

PERHUBUNGAN BAIK DENGAN INSAN JUGA ADALAH MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN.

Selain perhubungan baik dengan ALLAH, perhubungan baik dengan manusia juga antara intipati penting ketika kita sedang mencari makna hidup. Berbaik-baik dengan ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak. jiran tetangga, rakan-rakan dan sebagainya. Mungkin ada ketika kita membuat mereka marah, maka Allah menyekat rezeki kita selagi kita belum meminta maaf kepada mereka.

Jadi, kalau kita dapati hidup kita ni something wrong somewhere, checklah, muhasabahlah, entah-entah kita ada melukakan hati seseorang.Salah dengan manusia, pastinya perlu meminta maaf dengan manusia juga.

IMKK, SAYA PASTI AKAN DATANG LAGI!!!

Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sudi berkongsi masa dan memori ketika menimba ilmu dan saling bantu membantu sepanjang 4 hari 3 malam ini. Makan bersama-sama, solat bersama-sama, tidur bersama-sama, berkejarberlari cari seat bersama-sama. Menangis dan ketawa bersama.
Alhamdulillah atas ukhuwah ini. Nanti kita akan datang lagi dengan pasangan masing-masing bersama lagi.


intensif magnet kekayaan dan kejayaan dr azizan osman

Sekian, terima kasih


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head






Majlis Pelancaran Program Shaklee Cares For Our Children di Desa Temuan

Mealshake membantu kanak-kanak membesar dengan sihat
Pelancaran program ini telah pun selamat dijayakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:


Tarikh : 14 Oktober 2014
Tempat : Dewan Desa Temuan, Damansara Perdana

Pihak Shaklee mensasarkan sebanyak RM1 juta nilai Mealshake akan diberikan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan yang terpilih di seluruh Malaysia. Keluarga yang mempunyai anak berusia 4tahun - 12 tahun akan diutamakan.

Tujuan kami mahu membantu keluarga ini mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk pembesaran anak-anak mereka. Kita sudah maklum, kekurangan nutrisi antara faktor penyebab mengapa kanak-kanak tidak cemerlang dalam pembelajaran dan kehidupan mereka.

Kekurangan nutrisi akan menyebabkan mereka mudah sakit, cepat berasa letih, cepat marah dan inilah faktor mereka sukar fokus apabila berada di dalam kelas. Jadi adalah sangat penting bagi kami untuk membantu kanak-kanak ini mendapatkan nutrisi yang betul untuk mereka.
Mungkin kalau kita bagi mereka duit, mereka beli jajan. So elok sangat lah kita bagi Mealshake, kan :)


Replika cek yang bakal diserahkan kepada Yayasan MyKasih
Shaklee Cares bekerjasama dgn Yayasan MyKasih dlm program Love My Neighbourhood untuk menyalurkan 10% daripada kesemua hasil jualan Mealshake sehinhga 31Oktober 2014 kepada kanak kanak dari 2000 keluarga yg kurang bernasib baik di Malaysia.



Dan anda pun boleh turut serta menyumbang pada kanak-kanak ini dengan setiap pembelian promosi diatas. Beli 3 canister Mealshake, anda akan dapat 1 extra Mealshake, dan dapat juga menyumbang dan mengumpul saham akhirat anda melalui sedekah yang dijalankan secara tak langsung ini.

Jika kita sayangkan anak-anak kita, kita juga perlu menyayangi kawan-kawan anak kita. Demi sebuah begara dan persekitaran yang sihat dan baik, marilah kita mulakan usaha kearah pembangunan masyarakat ini sejak awal.



Inilah antara nutrisi lengkap yang bakal kanak-kanak ini dapat melalui pemgambilan Mealshake.

Vitamin A  : membantu pembesaran tubuh kanak-kanak, mengelakkan jangkitan dan membantu pembentukan mata yang sihat

Zat Besi : komponen penting dalam penghasilan darah merah. Darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen secukupnya ke seluruh badan termasuklah ke bahagian otak. Dan ini membantu mereka untuk lebh fokus.

Fiber : Penting untuk mengelakkan sembelit akibat kurang pengambilan sayur dan serat. Fiber juga membantu mereka untuk merasa agak kenyang apabila bersarapan dengan Mealshake. Ianya adalah pilihan terbaik untuk kanak-kanak ketika sarapan.

Kalsium : penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kanak-kanak yang kekurangan kalsium akan mengalami pembentukan tulang yang agak terbantut dan gigi mereka juga cepat rosak.

Vitamin E: Ianya penting untuk meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh kanak kanak melawan kuman . Vitamin E juga membantu saluran darah terbuka cukup lebar untuk darah mengalir dengan baik , dan membantu sel-sel tubuh bekerja bersama-sama untuk melakukan fungsi-fungsi penting yang lain

Vitamin C : membantu membentuk dan memperbaiki sel-sel darah merah , tulang dan tisu-tisu . Ia membantu gusi kanak kanak kekal sihat, ia menguatkan pembuluh darah, mengurangkan lebam akibat dari jatuh. Selain itu, vitamin C membantu penyembuhan luka, meningkatkan sistem imun tubuh. Ia membantu tubuh menyerap zat besi daripada sumber makanan
Sekarang kita dah faham, mengapa MEALSHAKE adalah pilihan TERBAIK untuk semua kanak-kanak.

Jom join kami membeli sambil beramal.

Dapatkan tips pengambilan dan cara menarik supaya anak-anak anda dapat menikmati Mealshake secara maksima dari saya sekiranya anda adalah pelanggan baru kami. Saya akan kongsikan pelbagai tips tentang Mealshake agar ianya benar-benar 'a worth buy supplements'



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head