Tips Turunkan Jaundis Bayi Tanpa Perlu Sesi Fototerapi di Hospital



Sebelum ini, antara cara yang saya sarankan ibu ibu yang ada masalah baby kuning selepas kelahiran.. adalah KERAPKAN MENYUSU BAYI.

Namun keadaan ini dianggap sukar terutama sekali ibu pertama kali (first time mom) yang belum arif tentang bagaimana susu ibu terhasil. 

Antara kesukaran yang mereka hadapi;

- susu tidak keluar lagi walaupun sudah 2-3 hari melahirkan.
Ramai ibu baru yang tidak faham konsep penghasilan susu selepas kelahiran. Susu kolostrum yang dihasilkan oleh payudara dikatakan sebagai susu basi. Kandungan susu yang kuning, likat dan pekat dianggap tidak cukup untuk mengenyangkan bayi.

- anak di tahan di ward
Apabila disarankan mengurut dengan bidan untuk mempercepatkan penghasilan susu, mereka beri alasan mereka sedang berada di hospital dan takut untuk meninggalkan bayi seorang di sana

-stress akibat kesedihan melihat bayi dalam treatment.
Memang luluh hati seorang ibu apabila terpaksa melihat proses jururawat mengambil sampel darah. Tumit kaki bayi yang kecik dicucuk sedikit untuk mengeluarkan beberapa amaun darah secukupnya untuk dibuat ujian.

Okeylah, ini petuanya;
LUMURKAN BADAN BAYI DENGAN BEDAK SEJUK.

Gambar hiasan
Bedak sejuk dibuat daripada beras yang dikatakan mampu membantu menyejukkan badan bayi ketika terkena kuning.  Ini tips yang saya dapat dari salah satu kumpulan ibu hamil.
Mungkin cara ini lebih mudah untuk dipraktikkan. Dan ia dikatakan benar benar berkesan sehingga bayi tak perlu ditahan di wad langsung.

Pastikan hanya melumur bedak sejuk di badan bayi, bukan dimukanya. Ditakuti serbuk-serbuk bedak sejuk yang kering masuk ke mulut bayi pula
Selamat mencuba!
Apapun, penyusuan susu ibu tetap perlu diteruskan ya..


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Ganti Puasa Dengan Sempurna Ditemani Sumber Protein Terbaik

Saya juga dalam kategori masih takut tak larat nak ganti puasa di fasa awal kehamilan ini.

Risau perut rasa lapar
Risau perut masuk angin kalau tak makan
Risau muntah kalau masuk angin

Saya yakin, ramai juga ibu ibu hamil yang sedang alami konflik (dengan diri sendiri) ini. Takut betul nak mulakan ganti puasa. Aduh!


Sebelum saya teruskan memberi anda info, jom kita saksikan sedikit perkongsian dari Puan Haridah tentang bagaimana beliau boleh berpuasa penuh ketika beliau sedang berada di fasa awal kehamilan, orang kata awal awal trimester kan asyik mabuk-mabuk.

Alhamdulillah beliau berjaya mengharungi fasa berpuasa dengan baik sekali.

 

Berpuasa Tidak Bertujuan Membebankan Ibu Hamil

Kebanyakan ulama malah pakar perubatan  tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa jika didapati ianya memudaratkan diri dan bayi yang dikandung.

Ini kerana memang di fasa awal kehamilan, bulan pertama hingga ketiga banyak berlaku perubahan pada keadaan fisiologi wanita, orang kata perubahan hormon yang mengakibatkan tubuh ibu hamil mudah merasa letih, mudah merasa loya atau senang kata mabuk.

Penilaian berkenaan puasa perlu dilakukan secara individual bagi mengenalpasti kemampuan seseorang ibu hamil 'fit' untuk meneruskan puasa atau tidak.

Namun, saya yakin kebanyakan ibu hamil tidak mahu mensia-siakan peluang melakukan amal ibadat di bulan Ramadhan, dan menggantikan puasa yang tertinggal pada tahun sebelumnya.

ESP Teman Baik Ketika Bersahur

Pengalaman saya sendiri setelah hampir 4 tahun kenal dengan produk Shaklee ketika bersahur.
Jika saya tdak bersahur dengan ESP, pasti sangat perut saya mudah berkeroncong walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Fuhhh, ada lagi lebih kurang 8 jam sebelum waktu berbuka. Memang seksa

Tapi jika saya bersahur dengan ESP, jam 3 petang barulah perut mula berdendang manja. Tentulah sekali kita akan terasa lapar, namanya pun puasa kan? 'Menahan diri dari lapar dan dahaga', jadi nikmat dan hikmah berpuasa masih dapat dirasai.


Fakta WAJIB TAHU tentang ESP

Apa Kata Ibu Hamil Tentang Berpuasa Dan Suplemen Yang Membantu




Ada banyak lagi sebenarnya.

Anda perlu percaya kerana terdapat beribu-ribu ibu hamil yang mahu menjalankan ibadat puasa sangat berpuashati dengan bantuan ESP kepada tubuh mereka.

Perkara ini kena rasa sendiri, bak orang kata trying is believing :)

Jadi sepanjang Mac 2015 ini, kita semua berpeluang membeli ESP pada harga promosi kerana pihak kami sedang menawarkan promosi iaitu;

BELI 6 PERCUMA 1 atau
BELI 2, DAPAT 5% DISKAUN

Teruslah capai smartphone anda dan hantarkan mesej Whatsapp pada saya untuk membuat sebarang pertanyaan dan tempahan ESP. Jangan tunggu lama lama, perut anda dah excited dah nak berpuasa dengan ESP tu :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



>

Kelas Bangkit Anjuran Tim PKB : Mission Accomplished!

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah, dalam masa 2 bulan ini, kami diizinkan olehNya untuk menjayakan plan crosscoaching kami.

Niat untuk bercross-coaching memang dah lama saya impikan, sehinggalah akhirnya saya ditemukan dan dirapatkan dengan rakan-rakan seperjuangan ini.

Mereka adalah Lin Chalo, Ainul Malik, Chrysalis Nurul dan Nurru Adilla. Itu semua nama Facebook mereka. :)


Kami semakin rapat ketika program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran pihak RichWorks dimana ini adalah program terglamour di Malaysia kelolaan Dr Azizan Osman, Mentor Kejayaan Bisnes.

Alhamdulillah, perbincangan demi perbincangan kami lakukan berlima dalam group Whatsapp sehinggalah kelas Bangkit1.0 yang pertama berjaya di adakan di MiRC Bangi pada bulan Februari yang lepas.

Dan disusuli kelas Bangkit2.0 di MyFawa Training Centre Shah Alam, pada hari Sabtu lepas.

MATLAMAT PROGRAM BANGKIT

Tujuan utama kami tak lain tak bukan, kami ingin membantu anak-anak bisnes & rakan SID dalam group kami semua supaya faham akan tujuan mereka membuat bisnes Shaklee. Kami juga cuba mencungkil kekuatan dan potensi diri mereka agar ianya boleh digunakan secara maksima untuk meraih kejayaan.

Peserta sedang khusyuk mendengar topik ' Dengan Kuasa Cinta'
Pengisian kami bukanlah tentang urusan bisnes semata-mata, tapi kami menekankan betapa pentingnya mereka faham dan cinta apa yang mereka sedang lakukan sekarang. Faham dan cinta supaya mereka boleh berikan full energy dan effort untuk mendaki gunung kejayaan dalam bisnes Shaklee.

Prinsip orang berjaya, mereka akan melakukan sesuatu perkara sehingga habis.
Maka matlamat kami, supaya mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan dan habiskan perjuangan mereka sehingga dapat mencapai rank Master Coordinator dalam bisnes Shaklee.

PENGISIAN PROGRAM BANGKIT By #PKB

Mungkin boleh dikategorikan sebagai program motivasi diri.
Walaupun motivasi sepatutnya datang dan lahir dalam diri individu, orang kata golongan ini lah yang akan sentiasa bersemangat dalam mengejar impian mereka.

Namun kami tidak mahu mereka yang ada keinginan untuk berjaya ketinggalan kerana mungkin mereka memerlukan suntikan semangat dari orang lain. Manusia tidak akan semuanya sama. Jadi dari sinilah datangnya inisiatif kami berlima.

Dalam program Bangkit, kami akan cuba sedarkan kepentingan prinsip ' Do What You Love, Money Will Follow'. Jika tidak berdasarkan prinsip tadi, gunakan pula prinsip 'Love What You Do..'

Diikuti beberapa pengisian tentang kepentingan pengurusan masa, berbakti dan bersedekah dalam bisnes, bagaimana mahu membuat duit sukakan diri kita dan antara perkaran yang sangat memberi kesan pada para peserta adalah slot 'BIG WHY'.

Ada selitan games juga supaya kelas menjadi lebih ceria.


MOTIVASI AKAN BASI

Ini memang hakikat. Jika kita hadir mana-mana kelas motivasi tanpa dikelilingi oleh rakan-rakan yang sama-sama positif, momentum akan segera perlahan dan motivasi akan segera basi.

Jadi kami turut menyediakan sebuah platform sebagai support group agar peserta dapat saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Insya allah, besar harapan kami agar peserta Bangkit1.0 dan Bangkit2,0 akan segera reflect semula pada ilmu-ilmu yang kami kongsikan setiap kali mereka rasa hilang semangat.

BANGKIT MEMBANGKITKAN!!

Kami berkesempatan meminta setiap peserta memberikan review tentang program Bangkit ini.
Alhamdulillah, semuanya memberikan feedback positif dimana telah muncul semangat membara bara dalam diri mereka mahu meneruskan bisnes dengan lebih cemerlang untuk tahun baru Shaklee.

Ada yang menangis gembira kerana akhirnya mereka bertemu erti 'KENAPA'.

Insya allah kami sedang merancang untuk meneruskan program ini secara berkala. Mungkin akan buat tour pula di beberapa lokasi. Semoga Allah izinkan perancangan ini berjaya





Erti hidup pada memberi. Kami gembira bila anda mendapat manfaat dari kami.

Teringin nak hadir majlis ilmu ini? Pastikan anda mendaftar keahlian dengan mana mana mentor di dalam gambar ini :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


>

10 Tahun Isteri Membebel, Akhirnya Tahun ke 20 Si Suami Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya

Saya memang kesian dengan kaum isteri yang ada suami si perokok tegar. Kadangkala memang jenis kepala batu, suami merokok juga dalam rumah walaupun anak berderet-deret masih kecil tanpa menghiraukan keselamatan anak kecil ini

Ada juga suami yang baik sikit, dia merokok diluar rumah. Tapi masa masuk semula kedalam rumah, isteri dan anak anak akan tetap terhidu bau busuk rokok.

Dan yang paling tak best, sama ada siperokok ini kisah atau tidak kisah anak-anak mereka dirumah, dekat kedai-kedai makan pasti hilang semua nilai itu. Dengan gembira mereka menghembus hembus asap ke udara sambil menikmati teh tarik dan bersembang sakan dengan kawan-kawan.

Saya tabik spring dengan seorang abang ini. Walaupun beliau dah mula merokok sejak umur 14 tahun, beliau tidak ada apa-apa penyakit akibat merokok namun niat beliau untuk berhenti merokok sentiasa ada.

Ikuti cerita bagaimana beliau menemui jalan untuk meninggalkan rokok sekaligus berupaya menjaga kesihatan isteri dan anak kecilnya dengan lebih baik


Alhamdulillah, memang lega dan gembira sangat bila dengar keputusan seorang lelaki lebih lebih lagi yang bergelar bapa mahu berhenti merokok.

Seolah - olah mereka sedang berusaha menyelamatkan alam!

Kisah Berhenti Merokok di dalam Program IMKK

Pada sesi IMKK November 2014 yang lepas juga, saya dapat menyaksikan satu demo dilakukan oleh Dr Azizan Osman, bagaimana sebenarnya rokok ini sangat merbahaya kepada si perokok.

Bukan sekadar risiko terhadap kesihatan diri sendiri, kesihatan anak dan isteri, malah rokok juga menjadi salah satu rezeki susah masuk dalam sesebuah keluarga. 


Dalam demo tersebut, DAO meminta beberapa orang peserta lelaki naik atas pentas. Ada diantara mereka yang merokok dan ada diantara mereka yang tidak merokok.

DAO minta mereka semua mendepangkan tangan dan beliau cuba menurunkan tangan lelaki lelaki ini dengan kekuatan tangan beliau. Hampir semua lelaki yang tidak merokok, berjaya menghalang DAO daripada menurukan tangan mereka. Bermaksud tangan mereka memang kuat.

Apabila DAO melakukannya kepada lelaki yang merokok pula, DAO menang dengan mudah. Apabila diperiksa, rupanya dalam poket mereka ada sekotak rokok!

Akhir sekali, eksperimen dilakukan pada seorang lelaki. Beliau hadir ke program tersebut setelah dipaksa oleh isterinya. DAO minta sebatang rokok dari beliau dan DAO selitkan rokok tersebut di kolar bajunya. 

Macam tadi, DAO minta dia depangkan tangan, dan DAO pula cuba menurukan tangan lelaki tersebut kebawah. Dengan mudah, tangan lelaki ini dijatuhkan. Berkali kali demo dilakukan. Lelaki ini memang tak mampu langsung melawan tekanan tangan DAO keatas tangannya. 

Lelaki tersebut kelihatan sangat lemah, auranya hampir tiada dan kata DAO ini lah antara sebab mengapa ramai lelaki merasakan hidup mereka kosong dan sukar mendapat rezeki seperti orang lain. 

Menangis kami di bawah apatah lagi lelaki tadi. Beliau terus memeluk DAO, membuang kotak rokok yang ada didalam kotaknya dan beliau sendiri berikrar untuk tidak merokok lagi selepas ini. 
Sungguh berbaloi pengorbanan isteri lelaki tadi apabila akhirnya suami yang disayangi akan meninggalkan rokok si pembunuh itu.

Vivix Cara Termudah Untuk Berhenti Merokok.

Mungkin lelaki ego tidak pernah ambil tahu perasaan isteri mereka, apatah lagi ketika mahu bersama. Walaupun bau mulut suaminya busuk dan menjijikkan, si isteri terpaksa redha demi erti tanggungjawab.

Berdasarkan cerita Encik Uzir tadi, beliau dapat rasa rokok terasa tak best langsung dan rasa payau yang amat sehinggakan beliau boleh melupakan hasrat merokok dalam tempoh yang sekejap sahaja.
Setelah 20tahun menjadi perokok tegar akhirnya isteri beliau boleh tersenyum gembira. 

Baca lagi tentang Vivix di sini


VS


Tengok perbandingan bahan menggunakan logik akal fikiran pun dah tentu kita tahu mana pilihan baik dan mana pilihan bodoh (opss!!!)

Jadi, saya mohon para isteri yang masih berusaha membantu si suami berhenti merokok, ajaklah suami tonton video di atas tadi, dan cubalah berikan suami Vivix. 

Jangan sampai si anak atau diri isteri mati dulu sebelum suami, akibat rokok. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head