• Pengedar By Negeri
  • Resepi Sup Ikan Merah Untuk Semua

    Sambil sambil panaskan sup ikan merah yang dimasak tengahari tadi, sambil copypaste resepi dari Instagram masuk ke blog pulak.
     
    Next time senang nak rujuk.
     
    Ini pertama kali saya masak sup ikan merah. Kat rumah ni, big boss tak makan ikan jadi memang saya jarang sangat masak ikan, kecuali ikan siakap dan ikan pari. Itu pun bukan selalu.
    Resepi macambiasa. Sekarang ni dah tak call mak dah tanya resepi sebab semuanya ada dihujung jari 
    Ok jom kita terus ke resepi. Simple sangat tapi boleh tahan juga lah rasanya.
     
    SUP IKAN MERAH SIMPLE TAPI SEDAP
     
    Bahan bahan
    2keping ikan merah siap dibasuh
    2biji bawang putih
    2biji bawang merah
    1inci halia
    1biji tomato
    Kayu manis, bunga lawang
    Sedikit kada hitam kisar dan lada sulah
    Garam secukup rasa
    Air
     
    Cara-caranya:
     
    -Tumbukkan bawang putih, merah dah halia
    -Tumiskan bahan tumbuk dengan lada hitam, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
    -Masukkan air dan biarkan mendidih
    -Masukkan ikan ketika air dah mendidih dan biarkan ikan empuk
    -Masukkan tomato
    -Biarkan seketika sebelum tutup api dan taburkan daun sup dan ready untuk dihidangkan.
     
    #dapurmamalydzar
    #berpantang
    #menuberpantang
     
    Selamat mencuba bagi yang pertama kali macam saya
     
    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424 

    Prosedur Open Appendectomy Keatas Ibu Hamil 5 Bulan. Selamatkah? Ini Pengalaman Saya


    Menjawab persoalan diatas, jawapannya YA, SELAMAT.

    Saya berani bagi jawapan macamni sebab saya baru saja menjalani prosedur ini semalam. Alhamdulillah, sekarang pada hari kedua keadaan saya semakin pulih dan berkesempatan berkongsi tentang serangan apendiks yang berlaku pada saya pada hari Sabtu lepas.

    Seminggu sebelum kejadian.
    Saya hilang selera makan. Untuk sarapan, biasanya saya suka memilih meal yang berat seperti mihun goreng atau nasi lemak, tapi sepanjang 1minggu lepas memang saya tiada keinginan langsung nak makan.

    Jadi setiap pagi saya cuma bancuh 2sudu ESP dan 1sudu Mealshake atau Cinch Shake. Lebihkurang jam 11 pagi, jika saya lapar saya cuma akan ambil 2 keeping roti sapu peanut butter, dan menunggu waktu lunch. Itu pun tak banyak mana, separuh pinggan saja mampu habis.

    Saya tak hiraukan sangat sebab terdetik dalam hati, oklah kalau kurang selera makan, jadi berat saya tidak lah naik mendadak untuk sesi checkup seterusnya nanti. Check up terbaru saya naik 3kg berbanding bulan sebelumnya.

    SABTU (23 Mei 2015)
    Saya sarapan diluar bersama keluarga, kemudian tengaharinya kami berjalan-jalan sekejap berhampiran Plaza GM KL untuk mencari hadiah birthday anak anak kami. Kemudian, saya cadangakan suami untuk lunch di sebuah kedai asam pedas kegemaran suami di Ampang.

    Sebenarnya sepanjang berjalan-jalan di kedai-kedai toys lagi, saya dah mula rasa tak selesa. Pada bahagian perut bahagian kanan. Terasa senak sepanjang berjalan, dan kerapkali terasa nak buang air kecil. Saya anggap ianya perkara biasa sebab memang kandungan saya pun semakin besar.

    Kami menikmati lauk asam pedas ikan pari. Saya tak mampu pun nak menghabiskan semua hidangan kerana perut terasa semakin berangin dan senak. Sepanjang perjalanan pulang, saya hanya tidur didalam kereta. Setiap kali suami terlanggar lubang atau sedang melalui bumper, memang terasa kesakitan terutama sekali di abdomen kanan.

    Sampai dirumah, keadaan menjadi semakin teruk. Senaknya tak mampu saya tahan. Saya minta suami sapukan minyak panas, bergilir-gilir dengan anak anak bila saya rasa kesan panas hilang. Setiap kali disapu minyak, saya akan sendawa dan muntah. Rasa lega lah juga.

    Saya ambil masa yang lama mandi air panas bagi melegakan perut dan dada yang terasa berangin.
    Ingatkan dah ok, rupanya sakitnya masih menjadi-jadi. Saya ajak suami ke klinik selepas dia habis menonton perlawanan bola Gomo lawan Lions.

    DEMC, Shah Alam.

    Kami keluar rumah pada jam 11pm. Lebihkurang pukul 11.45pm sampai giliran saya berjumpa Doktor. Doktor macam biasalah, soal siasat macam mana bermula sakit. Ditanya ada rasa demam atau tidak dan sebagainya. Dan akhirnya Doktor minta saya berbaring sebab beliau nak cek perut saya.

    Dia tekan-tekan perut dan bertanya beberapa soalan.

    Selesai memeriksa perut, Doktor minta saya proceed ke makmal untuk buat ujian darah dan urin. Beliau suspect saya mungkin mengalami UTI atau pun apendiks berdasarkan symptom yang saya alami.

    Lebih 30minit menunggu, baru lah dipanggil lagi sekali untuk berjumpa Doktor dan beliau explain tentang keputusan ujian darah dan urin.

    Katanya bacaan sel darah putih agak tinggi menandakan ada jangkitan. Dan berdasarkan pemeriksaan perut tadi, beliau sangat yakin saya diserang apendiks. Jadi beliau terus syorkan saya agar admit ke ward untuk pemeriksaan lanjut oleh Doktor Pakar pada keesokan harinya.

    Memandangkan insurans yang saya guna memang cover servis medical di DEMC, maka saya diminta menunggu di Observation 1 sementara segala urusan dan prosedur masuk ward diuruskan.



    Kesian anak-anak yang dah tertidur dan mengantuk. Suami bawa mereka tidur di kereta sebentar sementara saya pula berehat di Observation1. Hampir jam 3pagi, baru lah nurse dating meminta suami uruskan admission saya ke ward.

    Selesai urusan, terus saya di drip dengan sebotol air dan ditolak ke ward 303. Anak-anak pun dah selamat tidur dalam ward masa saya sampai.



    Saya turut diberikan antibiotic dan ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan membolehkan saya tidur. Alhamdulillah, walaupun kurang selesa sebab tangan rasa terikat oleh wire drip, saya mampu tidur dengan lena.

    AHAD (24 MEI 2015)

    Jam 9pagi, Doktor Jamal datang membuat pemeriksaan. Sama juga caranya. Perut saya ditekan dan dilepaskan. 'Sakit tak?' Tanya Doktor.

    Ya, walaupun saya rasa lebih sihat pagi itu, tapi dibahagian yang ditekan oleh Doktor memang masih sakit. Dan Doktor sahkan, saya memang kena apendiks. Namun beliau masih mahu memantau keadaan saya, jadi untuk seharian ini saya terus diberikan antibiotic dan ubat tahan sakit dahulu.

    Appendicitis berlaku apabila appendix, "worm-shaped pouch" attached kepada usus besar membengkak akibat jangkitan.

    Biasanya kesakitan dirasakan pada bahagian abdomen bawah sebelah kanan. Sesiapa saja boleh terkena termasuklah ibu hamil macam saya.

    Simptom seperti kembung dan cirit birit, sakit pada perut ketika nak angkat kaki, sakit apabila abdomen ditekan dan dilepaskan, juga tidak selesa ketika berada dalam kereta yang melalui bumper atau lubang dijalankan

    Yang ini semua saya rasakan pada petang Sabtu.



    ISNIN (25 MEI 2015)

    Saya diminta berpuasa bermula jam 6pagi hari ini. Tapi sebenarnya dah mula berpuasa sejak jam 11malam lagi sebab tak terjaga untuk makan atau minum sebelum jam 6pagi tu.

    Lebih kurang jam 10 pagi, Doktor Jamal dan nurse dating lagi memeriksa keadaan saya di ward.

    Apa khabar liza? Nampak sihat je ni.. Sapa Doktor

    Iya memang Nampak sihat. Sebab walaupun sakit kenalah senyum selalu untuk lebih cepat sembuh kan?

    Setelah pemeriksaan yang sama dilakukan, Doktor decide untuk lakukan prosedur Open Appendectomy kepada saya. Katanya mungkin tengahari atau petang nanti saya akan di bawa turun ke bilik pembedahan.

    Saya tenang je bila Doktor bagitahu macam tu, dan saya redha jika itu yag terbaik. Saya pun tak mahu kesakitan ini berulang seiring kandungan saya yang semakin membesar. Mungkin pada masa itu, kesakitannya akan berganda. Siapa tahu kan?

    Jadi saya setuju dan menandatangani satu surat consent menandakan saya setuju dengan perancangan Doktor untuk melakukan pembedahan membuang apendiks saya. Saya terus diminta berpuasa sehingga prosedur pembedahan selesai nanti.

    Jam 1petang, nurse datang dan hulurkan baju khas untuk masuk ke bilik pembedahan. Saya agak nervous juga.



    'Puan ready lah sekarang, mungkin dalam pukul 1.30 nanti saya datang.'

    Beberapa minit kemudian, kedengaran suara azan berkumandang dari TV yang saya pasang. Tak tunggu lama, saya terus ke toilet untuk berwudu dan solat Zohor.

    Pada siapa lagi saya nak mengadu menyerahkan rasa berdebar dalam hati kan? Selepas solat, Alhamdulillah perasaan saya terkawal dan tenang. Dan sabar menunggu kehadiran nurse.

    3 Petang, 25 hb 5, 2015

    Lama juga saya tunggu, dari pukul 1.30pm sehinggalah jam 3pm baru nurse datang sambil membawa wheelchair. Rupanya bilik OT baru saja kosong. Ada banyak operation pada hari ini rupanya.

    Suami dan anak sulung diminta menunggu di ruang menunggu, saya pulak di alihkan dari wheelchair keatas katil dan terus ditolak masuk bilik pembedahan.

    Asing sekali rasanya. Ini pertama kali saya masuk bilik pembedahan. Dengan lampu bulat-bulat di siling, dengan bunyi beberapa mesin monitor. Saya hanya mampu berzikir banyak-banyak

    Kemudian, seorang pakar bius datang memberikan ubat, dan saya diminta menarik nafas yang dalam beberapa kali sambil disarungkan mask pelali. Kali ke3 sedutan, terus saya tak sedar apa-apa.

    Mungkin dalam masa 1jam, selesai pembedahan saya dibawa ke ruang recovery. Diselimutkan dengan selimut panas dan salah seorang nurse memanggil saya 'Puan, kita dah siap.. sekejap lagi saya bawa puan naik ward semula ye..'

    Wahhhhh.. dah siap rupanya :)



    Dan saya masih tidak dibenarkan makan dan minum sehingga 6jam selepas pembedahan. Maksudnya saya perlu menunggu jam 9malam nanti baru lah boleh makan. Tapi saya curi-curi juga minum air mineral sebab terlalu haus.

    Episod Recovery

    Memang tersangat lega selepas prosedur membuang apendiks dijalankan. Kesakitan yang saya rasa sekarang hanya kesakitan dikawasan luka pembedahan sahaja. Yang di dalam saya rasa dah selesai.

    Alhamdulillah. Saya diminta tinggal 1hari lagi di ward, hari Rabu baru discaj keluar.
    Mak pesan suruh berpantang makan. Kawan-kawan juga bagi tips-tips berguna untuk saya amalkan apabila balik rumah nanti.

    Memang saya rasakan pergerakan saya agak terbatas dan sukar. Berjalan pun kena perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan berlebihan pada kawasan luka. Nak berbaring juga perlu cari posisi yang benar-benar selesa. Nak mengiring ke kanan, terasa tekanan pada bahagian luka. Nak mengiring ke kiri terasa regangan pula. Nak menelentang, terasa baby menekan-nekan perut saya.

    Macam itu lah bila dah sakit, kan? Banyak nikmat terasa ditarik. Dan atas sebab inilah saya semakin merasakan bahawa mahalkan sebuah harga kesihatan diri. Bersyukurlah bagi mereka yang tidak diuji, dan berbanggalah jika anda meman seorang yang menjaga kesihatan sejak awal.

    Berpantang dengan Set Berpantang Terbaik Sepanjang Masa

    Saya terus amalkan Set Berpantang Shaklee sejak saya dibenarkan mengambil makanan. Saya anggarkan jarak selama 2jam dari ubat-ubat yang Doktor minta saya makan.

    Saya memang tidak menolak untuk ambil painkiller dan antibiotic ketika sedang sakit kerana saya tahu Doktor tentulah prescribe ubat-ubatan yang selamat untuk ibu hamil seperti saya ambil.
    Dan rawatan alternative agar segera segar dan sembuh saya teruskan dengan Zinc Complex, Vivix, Vitamin C, BComplex, Vitalea dan juga ESP.



    Terima kasih pada semua yang mendoakan saya, yang private message dan yang datang melawat, terutama sekali yang menjaga saya ketika saya sakit iaitu suami dan anak-anak.
    Terima kasih kerana memberikan saya semangat.

    Semoga selepas ini kembali sihat seperti biasa.

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424 


    Kenyataan Rasmi Syarikat Tentang Kaitan Afalfa Dengan Kes Kematian Pelajar Kejururawatan

    Lebih kurang 2 minggu yang lalu, group diskusi Whatsapp saya agak kecoh dengan sebaran printscreen tentang seorang nursing student yang baru meninggal. Dan yang menggemparkan, status update di Facebook tersebut terang terang menganggap punca kematian adalah Afalfa.
     
    Selang beberapa jam kemudian, keadaan menjadi lebih hangat apabila ramai customer dan anak bisnes saya turut bertanyakan hal yang sama.
     
    "Betul ke budak tu mati sebab makan Afalfa?"
     
    Bagaimanapun, ketika kami cuba cari semula post yang ditulis oleh rakan arwah, nama Facebook terseut sudah pun tiada. Mungkin ditukar nama atau diubah setting kepada "Deactivate"
    Sebaran tersebut memberi impak yang agak besar kepada ramai SID baru bila beberapa orang customer yang dah buat oder membatalkan pembelian.

    Kesian kan?
     
    Beberapa blog yang merasakan isu ini boleh "boom" dan boleh menaikkan rating blog mereka turut mengambil kesempatan dengan menulis entry dengan tajuk yang agak kejam serta seolah olah menyalahkan Alfalfa dengan veto.
     
    Shaklee memang kerap menjadi bahan viral di kalangan netizen sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan dijadikan panic dan keyboard warrior mula menghentam dengan kata kata kasar walaupun mereka tidak tahu cerita hujung pangkal.
     
    Apa Pandangan Saya?
     
    Saya dengan yakin akan menjawab soalan ini:
    "Betul ke budak tu mati sebab makan Afalfa?"
     
    TAK BETUL
     
    Setelah hampir 4tahun bersama bisnes Shaklee..setelah 4tahun consume hampir semua produk Shaklee.. setelah berpeluang bertemu pakar nutrisi Shaklee ditanah air dan juga bertemu dengan saintis Shaklee di Shaklee Hq, Pleasanton, keyakinan saya memang tidak berbelah bahagi lagi.
     
    Sedikit fakta untuk pengetahuan semua.
    Pihak Shaklee memperuntukkan 25juta USD setiap bulan untuk tujuan Research&Development bagi barisan produknya
     
    Alfalfa telah dijual sejak 50tahun yang lalu dan telah menjalani 80000 ujian sebelum ia sampai ke perut saya dan perut para pengguna yang lain.
     
    Kalau ia memudaratkan, pastinya ia telah lama berkubur dan tak boleh masuk pasaran Malaysia. Bukan kah kita ada KKM untuk menapis dan menyaring produk produk berbahaya yang bakal masuk ke negara kita.
     
    Dalam havocnya kami meraikan kejayaan dan majlis graduasi Train The Trainer, pihak pengurusan Shaklee telah pun tampil membuat kenyataan bahawa Alfalfa bukan punca kematian arwah.
     
     
    Keputusan laporan perubatan juga tidak menyebut tentang Alfalfa sebagai punca kematian arwah. Cerita selanjutnya, saya rasa tak perlu saya ulas disini.
     
    Entry ini adalah untuk membersihkan nama Shaklee dan Alfalfa dari tuduhan semberono dari mereka yang dengan sangat mudah membuat kesimpulan tanpa siasatan.
     
    Oh ya! Jika anda ada sebarang keraguan terhadap produk dan penggunaan produk Shaklee, anda boleh terus salurkan pertanyaan kepada kami di customerenquiry@shaklee.com.my
     
    Kami mempunyai barisan customer service dan barisan pengurusan yang akan membantu anda menyelesaikan kekusutan berkaitan. Malah pihak Pakar Nutrisi di Shaklee Hq Pleasanton juga pernah membantu kami handle satu isu yang dianggap besar di pasaran Malaysia.
     
    Sesungguhnya pihak Shaklee memang sangat komited dengan setiap usaha mereka memastikan produk Shaklee yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan selamat untuk diambil oleh manusia.
     
    Jadi jangan ragu ya!
     
    Jika ada yang masih bertanya anda tentang isu ini, tunjukkan saja entry saya dan kenyataan rasmi pihak Shaklee diatas.
     
    Gunakan tanpa ragu dan waswas. :)

    Semoga bermanfaat!
     
    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
     
     
     

    Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

    Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

    Kalau nak sambut anak sulung, saya 100% yakin semua bakal mama papa akan tersangat excited dengan persediaan menyambut permata pertama mereka. Dari sekecil-kecil barang hinggalah ke buaian dan stroller, semuanya hendak dibeli. Saya tak cakap orang lain, sebab saya pun begitu semasa membuat persediaan anak sulung saya.

    Namun bila masuk anak kedua dan seterusnya,  mungkin kadar keterujaan akan berkurang sedikit bila kita cakap bab bershopping. Maklumlah, ramai yang berpendapat si adik boleh gunakan barangan abang atau kakak mereka. Dengan kadar ekonomi yang semakin tak menentu ni, saya yakin ramai mama dan papa akan berhati hati dengan perbelanjaan mereka.

    Dan bagaimana pula jika jarak bayi baru sangat jauh dengan abang atau kakak mereka?
    Saya ambil contoh kandungan saya, bayi dan kakaknya berbeza 4 tahun. Memang kadangkala saya rasa macam hamilkan anak sulung.

    Kebetulan hampir semua barangan dan gadget bayi telah pun saya jual ketika proses nak berpindah rumah pada tahun 2013 dahulu. Dan kini, hampir semua kelengkapan untuk bayi, tiada.

    Jadi mungkin kami terpaksa back to square one. Bermula dari awal.


    APAKAH BARANG YANG PALING PENTING?

    Kalau bercakap pasal anak sulung, saya yakin setiap pasangan akan kata semuanya penting.
    Katil baby nak beli, buaian nak beli, stroller canggih nak beli, beg jalan jalan nak beli. Baju, stoking dan mitten tentu sekali dah rambang mata bila lalu lalang dekat keday jual barangan baby dek kecomelannya.

    Jom kita kenalpasti kategori barang bayi ketika sedang membuat persediaan.


    Checklist diatas adalah antara yang terpenting untuk anda ambil perhatian ketika sedang bershopping barang bayi. Nak mudah, boleh print kan checklist ni dan bawa kemana mana ok.

    Bila dah beli, boleh tick, jadi ini akan memudahkan urusan mencari barang-barang.

    Sebenarnya ada banyak lagi senarai kalau hendak dimasukkan dan dibeli. Saya sekadar mencadangkan seperti diatas (minima) berdasarkan keperluan terpenting bayi itu sendiri.

    Jenis dan jenama barangan ini anda suami isteri boleh bincang-bincangkan bersama agar ianya berbaloi. Ada orang kata barangan mahal lebih berkualiti, namun sebenarnya ada juga barangan murah tak kurang kualitinya.

    Mungkin dari segi aspek stroller dan car seat, lebihkan ciri keselamatan sebelum membeli. Biasanya yang ada full security aspects ini akan lebih mahal harganya. Alah membeli, menang memakai..kan?

    Persediaan Penyusuan

    Begitu juga dengan persediaan penyusuan bayi. Saya sangat menggalakkan para ibu untuk menyusukan bayi masing masing sekurang-kurangnya sehingga 6bulan. Jadi tak perlu survey jenis jenis susu formula dahulu ya.

    Jangan sesekali risau susu tak ada, Set Penyusuan kan ada :)

    Saya galakkan mama dan papa survey jenis breastpump yang baik. Kalau mama bekerja, eloklah ambil pakej lengkap bersama cooler bag, icepack dan aksesori lain yang perlu.
    Ambil tahu jika di pejabat mama ada sediakan peti sejuk sebagai tempat simpanan sementara susu perahan nanti

    Persediaan Untuk Ibu

    Haaaaa.. punyalah seronok nak sambut baby, barang-barang untuk mama jangan lupa sediakan juga.
    Biasanya ibu akan perlukan Set Berpantang, bengkung, stoking, baju panas dan juga makanan berkhasiat untuk proses pemulihan dan proses menghasilkan susu badan.

    Ada ibu memilih untuk memakai korset (pengganti bengkung), untuk mempercepat dan memudahkan urusan penjagaan badan kerana di dapati ianya lebih kejap dan menyokong perut. Terpulang kepada individu nak amalkan yang mana.

    Selamat bershopping dan selamat menimang cahaya mata kepada ibu hamil yang membaca entry saya ini. Saya doakan semua urusan berjalan lancer dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. :)

    Semoga bermanfaat!
     
    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
     

    Majlis Konvokesyen Train The Trainer Training Yang Pertama Seumpamamya Di Malaysia

     
    Alhamdulillah, pada tarikh 19 Mei 2015 bertempat di Shaklee HQ, jam 8malam majlis dimulakan dengan kata kata aluan dan ucapan tahniah dari Presiden Shaklee Malaysia, En Victor Lim.
     
    Program Train The Trainer Training adalah salah satu usaha dan inisiatif dari pihak pengurusan Shaklee untuk melahirkan barisan pelapis pakar nutrisi mereka. Misi program ini adalah untuk melahirkan Certified Product Trainer.
     
    Selain daripada beberapa orang Pakar Nutrisi di Shaklee, mereka memikirkan adalah sangat baik jika mereka mempunyai "Junior Nutritionist" juga bagi menampung keperluan pendidikan kesihatan dan produk Shaklee sendiri.
     
    Ramai rakyat Malaysia dahagakan informasi yang tepat terutama sekali ketika berdepan dengan "kesimpulan ringkas" dan salah anggap dari pihak tertentu yang mengambil jalan mudah menyalahkan produk Shaklee ketika mereka berdepan masalah kesihatan tertentu.
     
    Alhamdulillah, program ini telah dijalankan pada bulan November yang lalu (Sesi 1) dan seterusnya pada bulan Februari (Sesi 2)
     
    Dalam sesi TTT yang berlangsung selama 2hari ini, kami diajar tentang beberapa topik utama seperti sistem tubuh manusia, penyakit common berkaitan sistem tubuh tersebut, cadangan produk dan mengapa ia penting, cara membaca jurnal dan ujian klinikal.
     
    2 sesi pembentangan secara berkumpulan turut diadakan.
     
    Dan tidak ketinggalan, pengetahuan kami diuji dengan 1 ujian bertulis juga 1oral presentation.
    Mereka yang lulus exam inilah yang diraikan pada malam graduasi.
     
    Terima kasih diucapkan kepada semua barisan Nutritionist dan barisan pengurusan  Shaklee yang terlibat dalam misi menjadikan kami pengedar berilmu.
     
    Menjadi Pengedar berilmu sangat penting di masa kini supaya apa yang kami cadangkan.benar benar menepati keperluan pengguna.
     
    Kami tidak.sekadar mengambil untung tetapi kami sangat menitikberatkan informasi berkaitan kesihatan agar.semua pengguna kami terus berusaha untuk mendapatkan "sihat" dengan produk yang betul dan selamat untuk digunakan.

    Jom enjoy beberapa keping gambar ketika majlis berjalan semalam. Enjoy!

    Bersama Canselor University Shaklee, En Victor Lim

     
    Pertama kali diberi peluang berucap ketika Majlis Konvo
    Teman seperjuangan dari iReach yang graduate bersama sama

    Penyokong dan tulang belakang saya dalam hidup dan bisnes Shaklee

    
    
     
    Mencari mentor bisnes yang serious mahukan anda Berjaya, yang berpengetahuan dan berpengalaman, jom sertai kami!

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
     

    Punca dan Cara Atasi Sakit Pinggang Bagi Ibu Hamil, Yang Tak Hamil Pun Boleh Cuba

    Bulan lepas, selepas sesi berjalan-jalan bersama keluarga di salah sebuah shopping complex, terasa sakit sungguh di pinggang. Nak tidur malam pun rasa sangatlah tak selesa. Kerap terjaga dan akibatnya sentiasa mengantuk ketika siang.

    Maklumlah bergelar ibu hamil yang memasuki usia kandungan 5bulan, beban yang dibawa semakin berat, walaupun sebenarnya tidak lah besar mana.

    Mungkin ibu hamil yang lain akan faham bagaimana perasaannya sakit pinggang ni, kan? Saya tahu saya tidak sendirian dengan kesakitan pinggang ini.



    APAKAH PUNCA MENYEBABKAN SAKIT PINGGANG PADA IBU HAMIL?
    • Pembesaran rahim mempengaruhi pusat gravity. Ia menyebabkan otot-otot perut menjadi lemah, mengubah postur tubuh dan memberi tekanan kepada punggung dan bahagian belakang ibu hamil.
    • Kenaikan berat badan mendadak menyebabkan beban berlebihan terpaksa ditanggung oleh pinggang
    • Perubahan hormon mengakibatkan pelonggaran sendi dan ligamen pada tulang pinggul ke tulang belakang. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil rasa tidak stabil ketika berdiri serta menyebabkan rasa sakit apabila sedang berjalan, duduk lama atau berbaring di tempat tidur apatah lagi ketika cuba mengangkat barang berat.
    Berapa lamakah si ibu perlu menahan rasa sakit pinggang ini?

    Mungkin kadar masanya berbeza apatah lagi jika ibu tidak tahu apa hendak dibuat untuk mengurangkan kesakitan pada pinggang mereka. Nak tunggu sehingga 9bulan dan melahirkan anak, aduh lamanya!

    Di sini saya nak kongsikan antara cara untuk mengurangkan sakit pinggang bagi ibu hamil.
    Tips ini juga boleh digunakan oleh golongan lain yang mempunyai masalah yang sama walaupun penyebabnya bukan kerana kehamilan.

    Punca dan Cara Atasi Sakit Pinggang Bagi Ibu Hamil

    Saya percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan langkah itu perlulah kita cari serta cuba agar kesakitan boleh dikurangkan.

    Melalui banyak pembacaan saya, salah satu cara yang penting untuk rasa lega adalah dengan melakukan senaman atau regangan.

    Di sini saya kongsikan satu video senaman mudah untuk para ibu buat bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung. Jangan sampai tak boleh berjalan langsung nanti ye.



     
    Cara kedua adalah dengan pengambilan sumber kalsium tambahan.
     
    Selepas kes diserang sakit pinggang yang saya ceritakan diatas tadi, pada malam hari nya sebelum masuk tidur, saya ambil extra dose kalsium.
     
    Sumber kalsium yang saya ambil adalah lengkap dengan magnesium dan beberapa jenis mineral lain yang membolehkan serapan lebih baik. Biasanya saya hanya ambil 4biji sehari, tetapi di kala kena serang sakit pinggang macam ni, saya ambil 6 biji tablet kalsium mudah ditelan itu.
     
    Alhamdulillah, amazing sungguh rasa bila bangun keesokan paginya, memang rasa tersangat lega.
     
    Begitu juga ketika saya bermusafir ke Korea bersama rakan-rakan. Muka bumi Korea yang berbukit-bukit memaksa saya terus mengambil 6biji tablet kalsium. Kalau tidak, rasanya saya hanya perlu tinggal di uest house kerana tak larat nak berjalan lama (dan jarak yang jauh).
     
    Untung saya kenal pil kalsium bernama Ostematrix ini.
     
    Baiklah, semoga 2 cara ini membantu anda sebagai ibu hamil untuk enjoy pregnancy moment tanpa sengsara sakit pinggang lagi.  Kena rajinkan diri amalkan senaman tu kerana ia adalah cara termudah untuk mengurangkan sakit pinggang.
     
    Semoga bermanfaat!
     
     
    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
     
     
    


    Suka Barang PERCUMA? Mari YES Bersama Kami

    Berita baik ni. Sebenarnya dah agak lambat saya announce, MAAF ya!

    Tapi tidak mengapa sebab promosi barang percuma ni LAMA. Bermula Mei sampailah Oktober.
    Jadi anda semua memang sangat berpeluang untuk mendapatkan barang percuma ini.

    APAKAH DIA?


    Bagi yang belum kenal, ini adalah multivitamin pertama didunia. Dan kini formulanya menyambut anniversary ke 100 tahun.

    Bayangkan, 100 tahun dipasaran dunia! Bagi saya, sangat impressive sebab kebanyakan produk tidak mampu bertahan selama ini.

    Saya ambil contoh ringkas. Anda mesti pernah tahu filem yang digunakan didalam kamera dahulu. Orang zaman saya kenal dia sebagai Kodak. Satu gulung ada yang 24 keping gambar, atau paling banyak pun 36 gambar. Orang dahulu sangaat berhati hati ketika hendak ambil gambar sebab takut gambar rosak.

    Seiring era teknologi, adakah anda masih jumpa Kodak dijual lagi? Anak anak kita mungkin langsung dah tak kenal kerana mereka lahir dalam zaman smartphone dan kamera digital, nak ambil gambar 100keping pun tak apa. Kalau gambar gegar, boleh delete saja

    Saya berusia 33tahun kini, dan Kodak yang saya kenal tu sudah pun luput dari pasaran.

    Tetapi tidak Vitalea. Sepanjang 100 tahun ia diformulakan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi harian manusia. Sehingga kini ia masih dikeluarkan dan sangat rramai yang mengamalkannya setiap hari.

    Antara manfaat Vitalea ; Vitalea Iron Formula

    BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITALEA SECARA PERCUMA?


    PROMOSI VITALEA PERCUMA


    Ini adalah syarat-syaratnya untuk mendapatkan Vitalea secara PERCUMA;

    • Mestilah mendaftar keahlian bermula 1 May - 31 Oktober 2015 dan
    • WAJIB membeli mana mana produk Shaklee
    Saya sarankan anda membeli set produk yang juga mula diperkenalkan sejak bulan May.
    Dapatkan penerangan satu persatu tentang YES PACK di setiap poster bergambar di dalam album


    YOUNG ENTREPENEURSHIP SYSTEM
    Promosi berlangsung selama 6 bulan bermula 1 Mei 2015 sehingga 31 Oktober 2015.Nikmati...
     Posted by Kedai Triple-S on Monday, May 11, 2015

    Promosi berlangsung selama 6 bulan bermula 1 Mei 2015 sehingga 31 Oktober 2015.

    Nikmati pelbagai tawaran sukar dilepaskan seperti;

    - PERCUMA SEBOTOL VITALEA
    - 5% OFF DARIPADA HARGA AHLI
    - CASH BACK ATAU REBATE TUNAI BERMULA DARI RM23++

    BAGAIMANA IA DIJALANKAN?

    - Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18tahun keatas.
    - Setiap pendaftaran keahlian Shaklee bernilai RM80 (termasuk postage) dan pembelian mana mana satu daripada YES PACK akan layak menikmati kelebihan di atas.
    - Hanya pilih salah satu set, atau mungkin boleh hadiahkan satu lagi set untuk pasangan atau orang orang tersayang.

    BAGAIMANA MAHU MENDAPATKAN YES PACK?

    Hubungi saya di nombor 013 3583424 atau email lydzar@gmail.com untuk urusan konsultasi dan pendaftaran.

    Saya juga membuka peluang kepada semua untuk menyertai program ProjekRM500 saya dalam tempoh 6 bulan ini. Kan tak lama lagi dah nak cuti sekolah, mesti ada yang mahu membawa keluarga berjalan jalan holiday.

    Lepas tu pula, nak raya.. masa ni memang best kalau ada extra pendapatan kan? Nak beli kuih raya ke, baju raya ke, sediakan duit raya untuk anak anak kecil atau warga tua, tak perlu lagi pening kepala kalau ada tambahan sebanyak rm500 sejak awal.

    Jadi inilah peluang keemasan anda semua. Insya allah saya akan kongsikan tentang ProjekRM500 saya di entry seterusnya nanti. Stay tuneeee..

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424








    PELUANG MENJANA SIDE INCOME BERSAMA RICHFAMILY

    [ PELUANG MENJANA SIDE INCOME BERSAMA RICHFAMILY]

    Saya berbesar hati menjemput semua pembaca blog semuasihatselalu dan Likers page Kedai TripleS yang mahu mencari side income dengan bisnes Shaklee

    bisnes shaklee

    MENGAPA BISNES SHAKLEE?

    Ia adalah sebuah syarikat makanan kesihatan yang kukuh dan telah bertapak lebih 20tahun diMalaysia malah bakal menyambut anniversary ke 60 pada tahun 2016 nanti.

    Ingatkan pesan En. Kevin Zahri, kalau nak ambil suplemen pastikan ia dari syarikat yang mempunyai rekod yang stabil dan lama.

    Pihak Shaklee tidak pernah gagal membayar bonus bulanan beserta pelbagai insentif tambahan kepada pada lebih 50,000 orang pengedarnya.

    Produk Shaklee dihasilkan selepas melalui proses R&D dan kajian klinikal serta mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak berkaitan pemakanan tambahan. Terdapat barisan saintis yang ditugaskan untuk memastikan semua produknya dijamin selamat, halal dan berkesan.

    MENGAPA RICHFAMILY?

    Kami di group RichFamily sangat excited dan seronok berkongsi kebaikan produk Shaklee demi membantu meningkatkan taraf kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

    Ramai ahli group kami telah menjalani bengkel-bengkel berkaitan nutrisi dan produk demi memastikan info yang betul akan sampai kepada pengguna.

    Jika anda bersama kami, anda juga akan menjadi sebahagian daripada SIDPRO (Profesional)

    Kami bergerak menggunakan medium online yang pastinya tidak menyusahkan anda aktif bersama walaupun lokasi kita mungkin berjauhan. Kita gunakan segala teknologi yang ada untuk memudahkan.

    Group kami juga bernaung dibawah ramai pemimpin hebat bergelar Master Coordinator iaitu rank tertinggi dalam Shaklee.



    APA LAGI.. JOM BERTINDAK!

    Jika anda dah tak tahan lagi dengan pelbagai tekanan kewangan.. terlalu banyak keinginan dan cita cita mahu dilunaskan dan lebih penting sekali anda mungkin adalah "breadwinner" bagi keluarga anda..

    Sesekali anak anak mintak makan di restoran kegemaran
    Sesekali isteri minta dibelikan pakaian baru
    Sesekali ibu bapa teringin nak pergi melawat saudara mara yang jauh dimata

    Selama manakan kita sanggup menolak permintaan mereka sekaligus mengecewakan mereka hanya kerana kita tiada bajet?



    INILAH MASANYA!

    Mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi saya Lydzar di nombor 013 3583424 untuk mengetahui cara cara bermula menjadi seorang HERO.

    Mulakan sekarang..
    Masa tidak akan menunggu sesiapa..

    Selamat Datang Ke Dunia Penuh Kemungkinan..

    RichFamily Founder
    semuasihatselalu.blogspot.com

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424



    Ujian MGTT Ibu Hamil, WAJIBKAH?

    Pagi ini saya diarahkan oleh Doktor untuk datang ke klinik untuk menjalankan ujian MGTT.
    Menurut Doktor, ujian ini akan dijalankan sebanyak 2 kali, iaitu pada usia kandungan 20minggu dan ke 28minggu.  Saya diminta berpuasa bermula jam 12 malam sehinggalah ujian ini selesai.

    Apa itu MGTT (Ujian toleransi gula) ?

    Ujian toleransi gula (MGTT), atau dijalankan untuk menguji bagaimana badan ibu hamil mengawal tahap gula.  Gula atau glukos terdapat di dalam setiap makanan yang di ambil.

    Ujian ini dijalankan untuk mendiagnos penyakit diabetes (kencing manis) semasa hamil atau dikenali juga sebagai Gestational Diabetes (GDM) Keputusan ini akan menentukan samada seseorang ibu hamil menghidap GDM.

    Mengapakah ibu hamil perlu menjalani ujian MGTT?

    Ada sebilangan ibu hamil yang mendapat GDM hanya ketika hamil, sedangkan pada keadaan biasa, bacaan gula mereka stabil. Keadaan paras gula yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko bayi menjadi terlalu besar terutama dibahagian dada, bahu dan abdomen.

    Keadaan ini akan menyukarkan proses kelahiran secara normal kerana badan bayi mungkin akan tersangkut. Dan biasanya wanita yang mempunyai GDM perlu melakukan proses kelahiran melalui pembedahan.

    Dan perlu diambil perhatian, ibu yang ada GDM tidak boleh overdue. By hook or by crook, Doktor pasti akan tetapkan satu tarikh agar pembedahan dijalankan demi mengelakkan risiko kematian ibu atau bayinya.

    Tips Elak GDM Ketika Hamil


    Bagaimana ujian MGTT dijalankan?

    1. Ibu akan diminta berpuasa seawal jam 12malam bagi memastikan  kadar gula dalam tubuh mereka stabil.

    2. Tiba di klinik, jururawat atau pembantu klinik akan mengambil sample darah. Bacaan darah ketika ini akan dijadikan sebagai bacaan dasar ( base line)

    3. Ibu akan diminta untuk minum satu campuran bergula yang mengandungi kira kira 75 gram glukosa.  

    Bergantung pada klinik yang anda pergi, ada klinik menyediakan campuran bergula yang mempunyai perasa (blackcurrent atau oren).

    4. Ibu perlu terus berpuasa selama kira kira 2 jam. Hanya air masak dibenarkan jika terasa haus.

    5. Selepas cukup 2jam, ibu dikehendaki kembali ke klinik, dan sample darah akan di ambil sekali lagi dan terus diuji.


    Keputusan Ujian MGTT.

    Ujian MGTT ini biasa juga dilakukan oleh pesakit diabetes. Jadi jadual bacaan nya juga serupa.


    Alhamdulillah, bacaan ujian saya semalam 6.2, di tahap EXCELLENT. Minum air gula tu pun steady je sebab sedap pulak rasanya air berperisa blackcurrent tu

    TIPS ELAK GDM KETIKA HAMIL.

    • Kawal pemakanan ; Tidak perlu makan untuk 2 orang dan kawal pengambilan makanan manis di sepanjang tempoh kehamilan
    • Ambil kudapan sihat seperti buah-buahan jika perut terasa lapar. Bukan biskut yang mempunyai krim yang manis.
    • Senaman yang rutin. Ops ibu hamil juga perlukan senaman. Badan dan perut yang besar tidak boleh dijadikan alasan untuk malas menggerakkan otot otot ye. Secara tak langsung senaman bantu membakar kalori tubuh ibu hamil
    • Pengambilan beberapa jenis suplemen yang sesuai. Di sini saya senaraikan cadangan vitamin Shaklee yang sesuai beserta manfaatnya untuk ibu hamil yang ada GDM.
      • BComplex : Berfungsi sebagai penukar glukos kepada tenaga. Jadi glukos tidak akan tersimpan dan terkumpul dalam tubuh, tetapi digunakan untuk menghasilkan tenaga sekaligus membuat tubuh ibu lebih cergas.
      • ESP : Dibuat daripada kacang soya Non GMO dan ia bersifat rendah glisemik. Makanan rendah glisemik sangat bagus untuk mengawal aras penukaran gula dalam tubuh sekaligus membuatkan tubuh ibu rasa bertenaga dan kenyang secara berpanjangan.
      • Vitalea Iron Formula : multivitamin yang berusia 100tahun lengkap dengan zat besi dan membantu meningkatkan penyerapan asid folik. 
    Bagi persoalan WAJIBKAH ibu hamil menjalani ujian MGTT, mengikut kata Doktor di tempat saya melakukan checkup, ia adalah prosedur wajib bagi ibu yang berusia 25 tahun keatas.
    Lebih wajib jika si ibu mengalami kenaikan berat badan mendadak semasa hamil. 

    Buat sahajalah demi nak memastikan tubuh ibu sihat, sekaligus dapat memastikan bayi dalam perut tidak terdedah kepada bahaya-bahaya yang kita tidak nampak, kan?



    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
    Facebook
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head