Cerita Dapur : Merancang Menu Menjimatkan Masa Mama

Adakah anda antara mama yang selalu termenung depan peti sejuk setiap kali sebelum mula memasak?

Adakah anda selalu membelek buku resepi sebelum pergi keluar ke kedai?

Nak rancang menu untuk keluarga ni kadangkala jadi tugas berat kan? Dilema betul nak masak apa.


Saya salah seorang mama yang selalu pening bila memikirkan apa yang nak di masak dekat dapur setiap hari. Lagi-lagi lah di bulan Ramadhan macam sekarang ini, memang berazam nak sediakan sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga.

Sebelum ini, mungkin akan ambil masa hampir satu jam untuk browse menu untuk dimasak. Kemudian pergi ke kedai membeli bahan-bahan yang perlu dan balik dengan segera untuk siapkan juadah. Mengah juga bila hari-hari buat macam ini. Memang time consuming!

Walaupun memang tak layak digelar MasterChef lagi, tapi saya yakin saya memang masterchef dalam rumah ini. Siapa lagi kan?

Dan alangkah bahagia bila anak-anak puji masakan mama sedap walaupun mama hanya menggoreng cucur bilis. Terharu betul hati ini. Dan ia menjadi salah satu sebab saya mesti masak setiap hari untuk suami dan anak-anak

Saya kerapkali melihat rakan-rakan di Facebook berkongsi tentang cara mereka merancang menu dan menjimatkan masa. Kali ini giliran saya pula buat perkara yang sama.

Maka siaplah jadual menu-menu yang saya kira simple ini sehari sebelum bermulanya bulan Ramadhan.

Jom saya kongsikan.

 
Kelebihan Merancang Menu
 
Merancang menu akan memudahkan mama sekalian merancang pembelian bahan-bahan mentah serta lauk pauk di pasar / pasaraya. Ia juga menjimatkan masa kita apabila berada di pasaraya kerana tak perlu berpusing-pusing dari satu rak ke satu rak kerana kita boleh terus menuju ke rak-rak yang berkaitan, capai barang, masuk troli dan bayar.
 
Minggu lepas saya berkesempatan ke pasar malam berdekatan, seronok juga bershopping bahan mentah seperti ayam, daging, ikan pari dan ikan siakap, sayur-sayuran dan bahan lain.
Bahan mentah dibeli mengikut kuantiti yang secukupnya mengikut jadual yang sudah disiapkan.
 
Balik dari pasar, terus bersihkan bahan-bahan mentah dan ianya disimpan mengikut sukatan yang perlu untuk dimasak. Memang nampak lebih teratur dan tersusun.
 
Alhamdulillah, setakat semalam, saya berjaya menjimatkan masa saya untuk berada di dapur dengan adanya menu berjadual seperti ini, walaupun ada hari yang saya masak mengikut selera anak.
 
Menu sempena Father's Day
 
Bagaimana mama sekalian pula merancang kerja dapur anda? Jom kongsi dengan saya :)
 
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
 

Cara Masak Telur Separuh Masak Yang Perfect!

Siapa suka makan telur separuh masak?

 
Saya pasti menu ini jadi pilihan ramai ketika breakfast.
Telur separuh masak adalah antara menu breakfast yabg disyorkan kerana kandungan protein yang tinggi sesuai untuk memberikan tenaga seawal pagi.
 
Namun, saya yakin ramai juga yang tak konfiden nak buat sendiri telur separuh masak ni.
 
Risau terlalu keras.
Risau terlalu cair dan tak masak.
Penghujungnya tak enak untuk dinikmati.
 
Jom saya kongsikan cara saya buat telur separuh masak yang dijamin MENJADI DAN PERFECT!
Mesti ikut betul betul tau. Ia hanya mengambil masa kurang 15minit. Sementara bersiap siap nak pergi kerja atau siapkan anak anak ke sekolah tu.
 
Bahan-bahan:
Telur (terpulang berapa biji)
Periuk
Air.
 
Cara-cara:
Masukkan air ke dalam periuk, pastikan tak terlalu banyak. Sekadar untuk tenggelamkan telur.
Masak air hingga benar-benar mendidih.
Apabila air telah mendidih, tutup api.
Masukkan telur.
Biarkan selama 7-10minit dan tutupkan periuk.
Pastikan jangan terkurang atau terlebih masa ya!
Dah cukup masa, keluarkan dari periuk dan masukkan dalam mangkuk.
 
Sedia untuk dinikmati.
Sedap ditambah sedikit kicap.
 
Nyumnyum! Selamat mencuba ya.
 
Kalau sekali cuba tak jadi.. cuba lagi sampai jadi tau! Tak jadi tu mesti sebah tak ikut arahan
Jangan putus asa 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
 

7 Tips Latih Anak Berpuasa Sampai Azan Maghrib

Hari ni Nisfu Syaaban.

Bermakna hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita sebagai umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan. Di samping pulun menggantikan puasa, tentu sekali ibu-ibu yang mempunyai anak juga excited mahu mengajak anak masing-masing berpuasa.

Teringat ketika umur anak sulung saya 4tahun, Hannah Marissa sama-sama teruja nak bangun sahur dan berpuasa bersama. Saya sambut baik keinginannya. Walaupun tersengguk-sengguk mengantuk ketika bersahur, Hannah berjaya berpuasa penuh sehingga azan Maghrib berkumandang selama lebih kurang 15hari. Not bad kan?

Ada banyak kelebihan jika ibu bapa mula melatih anak mereka berpuasa dari awal. Ianya mungkin agak mencabar, namun percayalah, di ketika anak-anak kita umpama rebung ini lah, jiwa mereka lebih mudah di lentur dan dibentuk.

Jadi saya nak kongsikan 7 tips latih anak berpuasa dalam entry ini.



Jom saya kongsikan satu persatu tips tersebut.

1. Mulakan Awal
Seperti yang saya nyatakan tadi, anak anak kecil lebih mudah dilentur dan di didik. Jiwa mereka yang masih bersih lebih mudah menerima tunjuk ajar.

Ibu dan ayah boleh mula bercerita kepada mereka tentang kelebihan Ramadhan dan tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Anda juga boleh mula membawa mereka ke masjid untuk menunaikan solat terawikh bagi memberikan mereka lebih 'feel' Ramadhan.

2. Belajar Perlahan-lahan
Bak kata orang putih, start small.
Terangkan kepada anak anak kecil ini mereka boleh mula berpuasa dari waktu sahur sehinggalah azan solat terdekat iaitu solat Zohor.
Jika mampu bertahan, boleh dilanjutkan sehingga ke waktu solat Asar. Seterusnya ajar mereka untuk bersabar sehingga masuk waktu Maghrib pula.

3. Beri Reward
Anak-anak pasti sukakan hadiah jika mereka mampu melakukan sesuatu dengan baik. Begitu juga dengan berpuasa. Berikan mereka semangat dengan memberikan hadiah-hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Contohnya stiker yang cantik.

Namun perlu berpada-pada juga supaya mereka tidak berpuasa hanya kerana mahukan hadiah ye.

4. Berjemaah
Lakukan pelbagai perkara secara berjemaah dengan mereka. Bersahur bersama. Berbuka puasa di masjid dan bersolat Jemaah Maghrib serta terawikh tentu sekali membuatkan mereka teruja dan semakin bersemangat.

5. Alihkan Perhatian
Anak anak berpuasa tentu sekali terganggu apabila melihat rakan atau adik beradik mereka makan ketika mereka sedang menahan lapar. Memang mencabar!

Alihkan perhatian mereka kepada permainan atau aktiviti lain yang lebih berfaedah dan lakukannya bersama mereka. Opss! Pastikan aktiviti tersebut tidak terlalu memenatkan mereka.

6. Ajar Secara Berperingkat.
Anak anak perlu diajar secara berperingkat agar mereka tidak terkejut.
Mulakan dengan pelajaran bersahur di waktu pagi, dan lambatkan waktu makan. Selain itu, sebagai contoh biasakan anak yang lebih kecil (4-5tahun) untuk berpuasa separuh hari dahulu sehinggalah dapat berpuasa penuh menjelang umurnya 6-7tahun.

7. Pilihan Makanan Berkhasiat
Ketika bersahur, pilihlah makanan yang kaya serat seperti buah dan sayuran agar mereka dapat rasa kenyang lebih lama. Boleh juga berikan mereka makanan berindeks glisemik rendah untuk memastikan kadar gula dalam darah mereka stabil.

Mungkin ibu boleh berikan mereka Mealshake yang memang dikenali sebagai susu rendah glisemik ketika bersahur.

Ibu juga mungkin boleh bertanyakan anak apa yang mereka mahu makan untuk berbuka dan bersahur. Hanya pastikan ianya bukan JAJAN ye!

Alhamdulillah, setakat ini memang Hannah telah pun di didik dengan menggunakan 7 tips diatas. Dan pada ketika umurnya 6 dan 7 tahun sudah mampu berpuasa sehingga azan maghrib walaupun banyak godaan dari adik-adiknya.

Alhamdulillah, betul lah kata pepatah, kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya..

Jika ibu ayah dapati artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE kan ye.  Semoga bermanfaat!

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424