• Pengedar By Negeri
  • 10 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Melalui Gaya Hidup Sihat


    Ramai yang menderita akibat 'serangan' besar-besaran jerawat ke atas wajah mereka, samada disebabkan oleh hormon mahupu tekanan  ( stress ).


    Hormon yang tidak stabil kerapkali menjadi masalah kepada remaja yang sedang meningkat dewasa. Dan jerawat juga kerapkali dikatakan bukanlah berpunca dari kebersihan kulit. Sebab orang yang berjerawat adalah orang yang paling peduli dengan kebersihan kulit mereka. Dah cuci dengan pelbagai jenis pencuci, macam-macam brand, tapi masih juga tidak mahu surut.


    Berita gembira buat mereka, sedikit perubahan pada gaya hidup, mampu membantu mereka mengatasi masalah jerawat dengan cepat dan berkesan. Mereka juga boleh rasa bahagia mempunyai kulit yang bersih, bebas jerawat dan parut serta berseri seri walaupun tanpa seinci mekap.



    Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Melalui Gaya Hidup Sihat

    1. Bersenam secara rutin.

    Bersenam mampu membantu menghilangkan jerawat. Ketika bersenam, tubuh akan melepaskan hormon endorfin yang membantu merendahkan paras tekanan (stress) dan merendahkan pengeluaran minyak dari kulit. Peluh yang keluar semasa bersenam juga membersihkan sel kulit mati. 

    Cuba lah bersenam selama 30minit setiap hari untuk membantu mengurangkan masalah jerawat anda. Bukan sahaja jerawat di kulit muka, tetapi juga jerawat dia dada, bahu dan belakang badan.

    Cara hilangkan jerawat dengan cepat



    2. Jangan sentuh muka yang berjerawat.

    Macam susah je nak buat, kan? Masa jerawat berbiji biji tengah naik tu lah, kita suka nak picit-picit bagi keluar 'nasi' dan nanah yang ada didalam jerawat. Walaupun sakit, tapi tangan macam susah berhenti dari melakukannya.

    Berhati hati ya! Jangan sesekali buat macam itu, sebab ia akan menyebabkan lebih banyak bakteria dan sebabkan jerawat anda semakin teruk. Parut akan menjadi hitam dan kadangkala kulit boleh berlubang.

    Jadi, kena kawal lah tangan tu daripada sesedap rasa menyentuh dan memicit jerawat.

    3. Kerap mandi.

    Jangan risau bil air naik :)
    Mandi dengan kerap mampu membantu pengeluaran minyak pada kulit di paras yang rendah, membunuh bakteria dan menyingkirkan sel sel kulit yang mati. 

    Cuci seluruh badan dengan sabun yang lembut dan gunakan shampu yang membantu mengurangkan pengeluaran minyak pada rambut. Pastikan terus mandi setiap kali selepas bersenam agar kulit mati dibersihkan selepas sesi berpeluh peluh tadi.

    Cara hilangkan jerawat dengan cepat



    4. Pemakanan sihat.

    Makanan segera dan berproses mengandungi kadar minyak yang tinggi. Makan begini boleh menjadi faktor utama kepada masalah jerawat.

    Makanlah secara sihat. Dapatkan nutrisi lengkap melalui pengambilan bijirin penuh. buah buahan, sayuran dan sumber protein untuk membantu sel kulit dihasilkan semula dalam keadaan yang baik dan sihat. Pengeluaran minyak berlebihan juga dapat dikawal jika kita mengamalkan pemakanan sihat.

    Pengambilan sumber protin tanpa kolestrol, daripada tumbuh tumbuhan sangat digalakkan kerana ianya tidak berlemak. Protin yang cukup dalam badan membantu sel kulit tumbuh semula dengan baik dan sihat. Boleh amalkan pengambilan ESP untuk memudahkan urusan harian anda. 

    Pastikan eat clean. Elak makanan berproses yang tinggi garam dan gula, pewarna serta pengawet.

    cara hilangkan jerawat dengan berkesan



    5. Dapatkan tidur yang lena

    Tidur selama 8jam diperlukan bagi golongan dewasa. Ia membantu tubuh kita melakukan proses detoksifikasi semulajadi. Jika kita tak cukup tidur, kulit tidak mempunyai cukup masa untuk diperbaharui.

    Jadi disiplinkan diri anda untuk dapatkan tidur yang cukup, masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari membantu anda untuk rehat dan rawat diri sendiri.

    6. Minum banyak air

    Golongan remaja dan dewasa disarankan minum sebanyak 8 gelas air setiap hari. Kalau dapat minum lebih, lebih baik. Air membantu tubuh kita berfungsi dengan baik melalui proses peredaran darah yang sempurna. 

    Air juga membantu tubuh kita melakukan proses detox. Boleh gunakan formula ; 1liter air untuk setiap 25kg berat badan. Jika berat badan anda 50kg, bermakna anda perlu minum sebanyak 2liter air setiap hari.

    7. Tenangkan jiwa dan perasaan

    Paras tekanan yang tinggi akan meningkatkan penghasilan sebum. Sebum inilah antara penyebab jerawat berleluasa pada badan dan wajah kita. Cuba relax dan bertenang dengan cara berendam atau mandi dalam bath tub, membaca buku, bermeditasi atau membuat apa sahaja aktiviti kesukaan yang mendatangkan perasaan lega.

    Anda juga boleh mengamalkan pengambilan 2 biji B-Complex Shaklee setiap pagi untuk mendapatkan mood, mengurangkan perasaan stress dan rasa bertenaga sepanjang hari.

    Tips hilangkan jerawat dengan cepat


    8. Basuh pakaian dengan kerap

    Basuh semua yang anda pakai dengan kerap. Tuala, cadar, sarung bantal dan sebagainya perlu dibasuh sekurang kurangnya satu kali seminggu untuk mengeluarkan minyak dan bakteria yang terhasil dalam tempoh tertentu. Gunakan sabun basuh yang sesuai untuk kulit sensitif dan ini akan membantu anda mengatasi masalah jerawat. 

    Cucian menggunakan Set Get Clean ini sangat disarankan oleh semua rumah di Malaysia. Penggunaan sabun dan bahan pencuci yang bebas kimia sangat membantu kulit menjadi lebih sihat.




    9. Gunakan 'toner' selepas mencuci muka.

    Ramai orang mengabaikan pemakaian toner kerana menganggap mencuci muka sudah cukup. 
    Toner membantu menutup kembali lubang pori pada wajah setelah dicuci. Ia membantu mengelakkan daripada kekotoran dan minyak terperangkap di dalam pori yang terbuka. 



    Penggunaan toner daripada Nutriwhite iaitu Soothing Radiance Whitening Softener dengan cara menepuk nepuk lembut pada kulit dan ia tidak perlu dibilas semula. Biarkan sahaja untuk beberapa minit sebelum anda mula memakai pelembap dan bedak compact jika ingin keluar. 

    10. Pengambilan suplemen antioksida 

    Suplemen antioksida seperti Vitamin C dan Vitamin E sangat digalakkan bagi mengurangkan aktiviti radikal bebas yang boleh merosakkan sel sel dalam tubuh kita.  Kita tak perasan, kulit kita terdedah pada cahaya matahari, pencemaran asap kenderaan dan asap ki

    -------------------------------

    Jadi inilah 10 cara yang bakal membantu anda hilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan. Kena konsisten buat supaya jerawat segera pergi dan parutnya juga tidak meninggalkan kesan yang hodoh pada kulit kita.

    Untuk mendapatkan produk Shaklee yang berkaitan seperti yang disarankan, anda boleh hubungi saya melalui whatsapp 0133563424 atau terus klik ikon dibawah untuk membuat order online

     Beli Set Hilangkan Jerawat Di sini



    Saya juga mengalu alukan anda yang ingin menjadi pengedar produk Shaklee bersama saya dalam tim TuRBO RichFamily. Hubungi saya segera ya!

    Pengedar Shaklee Shah Alam.
    Lydzar Rusman
    Shaklee ID 859948
    Whatsapp & Call : 0133583424
    lydzar@gmail.com

    COD : Shah Alam dan kawasan sekitar