• Pengedar By Negeri
  • 4 Sebab Utama Anda Selalu Letih dan Tips Bertenaga Sepanjang Hari

    Siapa yang selalu rasa letih setiap kali menjelang petang, angkat tangan!!

    Saya yakin hampir semua akan angkat tangan. Maklumlah dengan jadual harian yang padat, dengan terkejar kejar masa, dengan pelbagai tanggungjawab nak digalas dan diselesaikan, berjaga malam bila anak tak lena tidur, fuhhh memang boleh rasa penat macam nak pengsan.

    Tapi sampai bila nak hidup berterusan dengan rasa letih dan kepenatan macam ini? Pasti ada cara nak atasinya, tapi sebelum itu mari lah kita cari dulu apa punca yang buat tubuh kita penat sangat.

    4 Sebab Utama Anda Selalu Letih



    TIADA PERGERAKAN AKTIF KETIKA BEKERJA

    Pekerja di pejabat menggunakan hampir keseluruhan masa untuk duduk di kerusi dan mengadap laptop atau komputer ketika membuat kerja. Kalau ada pun bangun dari kerusi hanya ketika mahu ke tandas dan mahu keluar rehat. Bayangkan selama lebih 8 jam duduk saja.


    Tahukah anda, tiada pergerakan otot menyebabkan tenaga menjadi berkurangan?

    Nak bergerak pun jadi semakin malas. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesihatan merosot, tubuh mudah menjadi gemuk, otot kaki dan badan merasa lemau dan keadaan ini perlu dibetulkan melalui pemakanan seimbang dan senaman yang bersesuaian.

    Tips Bertenaga : Bangun dan berdiri sebentar setiap 1 atau 2 jam untuk melakukan sedikit regangan. Tarik nafas dalam dalam dan lepaskan secara perlahan. Lakukan stretching. Berjalan 3-5 langkah kedepan dan kebelakang dan boleh duduk semula menyambung kerja.


    ANEMIA

    Pernah dengar anemia? Ia adalah masalah kekurangan sel darah merah. Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen daripada paru paru ke seluruh sistem badan.

    Apabila bilangan sel darah merah terlalu rendah, anda memang sah ada anemia. Kekurangan oksigen yang dibawa akan menyebabkan seseorang mudah merasa letih dan tidak bermaya. Sistem badan juga tak dapat berfungsi secara optimum apabila kekurangan oksigen.

    Anemia berlaku disebabkan oleh pemakanan tidak seimbang, jangkitan kuman, masalah penyakit kronik dan masalah penghadaman.

    Simptom lain anemia, mereka akan alami masalah susah nak bernafas, pening dan sakit kepala juga.
    Bertuahlah sebab masalah anemia boleh diatasi melalui beberapa cara bergantung pada punca dan melalui pengambilan suplemen


    Tips Bertenaga : Mereka yang ada masalah anemia boleh amalkan Set Asas iaitu Vitalea, BComplex dan Vitamin C. Kandungan zat besi dalam Vitalea dan BComplex membantu menghasilkan sel darah merah yang cukup. Manakala Vitamin C sangat membantu penyerapan zat besi daripada Vitalea ke dalam badan.

    Terus klik untuk ORDER SET TAMBAH DARAH Set Tambah Darah di sini.

    Set Anemia
    Cara paling cepat atasi masalah anemia

    KADAR GULA DALAM DARAH RENDAH

    Masalah keletihan ini juga mungkin berkait rapat dengan isu kadar gula dalam badan seseorang individu. Jika ada terasa simptom seperti menggigil, keliru dan bimbang, anda mungkin mengalami masalah hipoglisemia ~ keadaan dimana tahap gula dalam darah adalah sangat rendah.


    Tubuh kita perlukan glukos untuk menjana tenaga. Kalau tahap glukos rendah, kita akan mengalami simptom seperti ketidakselesaan tubuh badan, rasa berdebar debar dan yang paling utama ialah keletihan melampau. Kalau anda ada diabetes, masalah hipoglisemia mungkin terjadi akibat kesan sampingan ubat yang anda makan.

    Tips Bertenaga : Vitamin B Complex dan ESP adalah gabungan vitamin terbaik untuk mengawal paras gula dalam darah. Ia juga sangat baik untuk pesakit Diabetis. Selain itu BComplex juga berfungsi sebagai anti-stress dan penenang di saat saat tubuh terasa tertekan & ESP memberikan rasa kenyang yang lebih lama sesuai untuk mereka yang perlu kan tenaga segera


    Terus klik untuk ORDER SET STABILKAN GULA di sini.

    tips stabilkan bacaan gula dalam darah

    TERLALU BANYAK BERGERAK KETIKA TIDUR

    Pergerakan dalam tidur yang terlalu banyak menyebabkan tidur tidak lena. Istilah ini dikenali sebagai Periodic Limb Movements in Sleep ( PLMS). Pesakit PLMS mengalami pergerakan berulang tanpa disedari terutama sekali anggota bahagian bawah badan selama 20 hingga 40 saat

    Pergerakan  seperti mengerekot, tersentak, dan menggeliat boleh berlaku selama beberapa tempoh masa. Keadaan ini menyebabkan sendi menjadi lenguh dan sakit serta penat.
    Punca utama masalah ini masih belum diketahui namun ia mungkin berkait rapat dengan jenis penyakit serius.

    Tips Tidur Lena : Pil kalsium yang dikenali sebagai Ostematrix telah lama dikenalpasti mampu membantu seseorang tidur dengan lebih lena. Wanita hamil yang kerap mengalami masalah kekejangan otot dan kaki sewaktu tidur malam juga mengatakan bahawa tiada lagi masalah cramp setelah mengamalkan Ostematrix .

    masalah susah tidur
    Pil kalsium yang membantu tidur lena

    Terus klik untuk ORDER OSTEMATRIX di sini.

    Inilah 4 punca utama golongan dewasa kerapkali keletihan dan mengakibatkan mereka tidak dapat menikmati hari dengan sempurna.

    Jika anda salah seorang dari mereka, segeralah amalkan tips dan saranan diatas, serta dapatkan segera produk yang dicadangkan agar prestasi di tempat kerja serta tubuh badan anda lebih sihat.
    Sampai bila nak kelesuan, pasti ada orang yang berkecilhati bila kita tidak mampu bersembang dan penuhi masa bersama mereka akibat keletihan macam ini.

    Saya juga mengalu alukan anda yang ingin menjadi pengedar produk Shaklee bersama saya dalam tim TuRBO RuchFamily. Hubungi saya segera ya!

    Pengedar Shaklee Shah Alam.
    Lydzar Rusman
    Shaklee ID 859948
    Whatsapp & Call : 0133583424
    lydzar@gmail.com
    COD : Shah Alam dan kawasan sekitar