• Pengedar By Negeri
  • 6 Tips Tingkatkan Sistem Imun, Jaga Jaga Jangan Sampai Kena Sakit Kronik

    tips tingkatkan sistem imun

    Pernah dengar perkataan "timus" ( thymus)?

    Ia terletak bersebelahan jantung dan merupakan kelenjar utama sistem imun tubuh. Ia bertindak seperti Doktor dalam tubuh kita. Sistem imun mainkan peranan penting dengan cara melindungi kita daripada serangan penyakit bahaya seperti AIDS dan kanser

    Walaupun ia antara sistem tubuh yang paling penting, namun ia paling kurang diberikan perhatian.

    Selepas merebaknya AIDS, barulah pakar kesihatan mengakui bahawa sistem imun tubuh merupakan senjata paling penting dalam melawan penyakit

    3 pandangan terkini yang diterima secara umum oleh penyelidik perubatan ialah;

    ● Hanya sistem imun tubuh dapat sembuhkan penyakit.
    ● Doktor dan pengamal perubatan alternatif hanya boleh membantu tubuh melakukannya
    ● Makanan berzat daripada sumber asli lebih berkesan  untuk menguatkan sistem imun dan cegah penyakit berbanding ubat ubatan

    Tubuh sihat bermula dari sistem inum yang sihat. Malangnya sejak bertahun tahun kebelakangan ini kita sangat terdedah kepada pelbagai sumber yang boleh menjejaskan sistem imun. Sekaligus menyebabkan kita terlalu mudah diserang pelbagai penyakit.

    Sistem imun diserang
    Gambar : Internet


    Kanser, alzheimer, athma, denggi, keletihan terlampau  dan penyakit kencing manis yang bergantung kepada insulin dan arthiritis semakin berleluasa.

    Banyak faktor luaran yang menyebabkan sistem imun kita  tidak cukup kuat untuk melawan serangan virus dan bakteria seperti pengambilan antibiotik, junk food, merokok dan melakukan pembedahan kosmetik yang tidak perlu.

    6 Tips Tingkatkan Sistem Imun Supaya Tidak Kena Sakit Kronik

    1. Makan Dengan Betul 

    Secara teorinya, simple saja tips yang ini. Makanlah makanan yang tepat ketika anda lapar. Nampak simple, tapi ramai yang tersilap disini. Perut rasa lapar, keluar ke kedai dan oder makanan segera seperti burger atau ayam goreng. Cepat dan kenyang, kan?

    Ramai yang hanya sekadar makan untuk hilangkan rasa lapar tanpa mengambil kira kadar keperluan kalori dan vitamin yang badan perlu.

    Mungkin ramai yang terpaksa buat macam ni atas kekangan masa, namun INGAT ya panduan ini supaya apa yang anda makan tidak menyebabkan anda akhirnya sakit.

    Elakkan makan terlalu banyak makanan segera yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan membahayakan sisitem imun tubuh. Kajian yang dilakukan oleh saintis di sekolah medikal di University of North Carolina telah menujukkan obesiti menghalang sistem imun berfungsi dengan baik dan ia meningkatkan risiko tubuh badan kita kepada jangkitan kuman.

    Beberapa jenis nutrisi dan makanan yang telah terbukti membantu meningkatkan sistem imun manusia ialah ;

    • makanan yang kaya dengan Vitamin C, buah buah sitrus dan brokoli
    • makanan yang kaya dengan Vitamin E, kekacang and bijirin penuh
    • bawang putih
    • makanan yang kaya dengan Zink, kekacang, ketam, oyster dan daging merah
    • Bioflavanoids, banyak didapati dari buah buahan dan sayuran
    • makanan yang kaya dengan selenium, ayam, tuna, telur, bunga matahari, beras perang
    • makanan yang kaya dengan karotenoid, lobak merahdan keladi
    • asid lemak Omega3,salmon, tuna, mackerel, minyak flaxseed oil
    (semua nutrisi di atas ada dalam rangkaian produk Shaklee )


    PROMOSI OKTOBER DENGAN FREE GIFT TERHAD




     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    2. Bersenam

    Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, rutin bersenam yang konsisten mampu mengurangkan bilangan hari sakit seseorang individu. Dalam kajian berbeza yang dijalankan;
    - wanita yang membuat brisk walk (berjalan)selama 35-45minit, 5 kali seminggu untuk tempoh  12-15 mingu, berjaya mengurangkan jumlah hari sakit berbanding mereka yang tidak membuat perkara yang sama.

    3. Dapatkan Tidur Yang Cukup

    Tidur yang lena mampu merangsang dan memberi tenaga kepada sistem imun. Berdasarkan penulis yang menulis tentang kajian tidur yang telah disiarkan pada tahun 2001, dalam jurnal Seminars in Clinical Neuropsychiatry, terdapat keputusan yang signifikan kepada fungsi sistem imun selepas mereka mendapat tidur yang lena ( deep sleep).

    Menurut National Institute of Health, purata tidur yang diperlukan oleh seorang dewasa ialah dianatara 7 hinga 8 jam sehari. ( oh bagaimanakah seorang ibu yang ada anak anak kecil nak dapat tidur sebanyak ini, kan.. ~dilemaaaa)

    Untuk mendapatkan tidur yang lena, beberapa perkara ini hendaklah dielakkan; Elakkan minuman berkafein, elakkan rokok dan juga alkohol


    4. Urus Stress Anda Dengan Baik



    Banyaknya perkara yang membuat seseorang dewasa tertekan. Beban kerja, masalah keluarga, dateline assignments, dan jadual harian yang terlalu padat menyebabkan golongan dewasa tak dapat lari dari stress. 
    Ya, inilah lumrahnya. Tapi bagaimana pula kita nak menguruskan semuanya ini. Pasti ada caranya. 
    Cara kita menguruskan tekanan ini akan mempengaruhi kesihatan kita. 

    Menurut National Institutes of Health, hormon seperti kortisol yang meningkat naik ketika kita sedang stress boleh menyebabkan masalah obesiti, serangan jantung, kanser, dan pelbagai masalah kesihatan lain.

    Hormon stress ini boleh bertindak dalam 2 cara; yang pertama 'mematikan' sel darah putih ( sel darah yang melawan penyakit) atau 'menggalakkan' sistem imun yang hiperaktif ~ sistem imun yang terlalu aktif juga boleh menyebabkan penyakit seperti SLE dan psoriasis.

    Jadi untuk mengelakkan sistem imun tubuh menjadi semakin lemah, anda perlulah mencari cara yang terbaik untuk menguruskan kesemua stress dan tekanan yang ada. Bagi orang Islam, dekatkanlah diri pada Allah dengan pelbagai amalan kerohanian yang mampu memberi rasa tenang ke dalam jiwa. 


    5. Berhenti Merokok

    Ramai yang tahu merokok adalah tabiat yang sangat membahayakan. Tetapi sekali dah terjebak dengan rokok, sukarnya lah nak bebas. Bukan hanya lelaki yang merokok, masakini wanita ( malah yang bertudung) pun ramai yang dengan selambanya menghembuskan asap beracun dari bibir mereka dengan merokok di tempat tempat terbuka. SEDIH!

    Satu kajian yang telah diterbitkan pada tahun 1983, edisi Medical Journal of Australia, tahap kesihatan dan sistem imun sebanyak 35 orang perokok di analisa sebelum mereka berhenti merokok dan 3 bulan selepas mereka berhenti. Dibandingkan dengan kumpulan kawalan ( golongan perokok), bekas perokok mempunyai banyak perubahan positif dalam pelbagai aspek kesihatan sistem imun mereka. 

    Merokok dan penggunaan produk tembakau penyumbang utama kepada masalah kesihatan, jadi BERHENTILAH MEROKOK dengan segera.

    5. Ambil Alkohol Secara Sederhana (bagi orang bukan Islam)

    Jika anda seorang yang beragama ISLAM, minum alkohol atau arak memang jelas hukumnya HARAM. Sebab itu lah awal awal lagi ALLAH melarang umat Islam mengambil arak kerana ia memudaratkan diri dan kesihatan.

    Menurut satu artikel dalam jurnal Pengambilan alkohol, Alcoholism: Clinical and Experimental Research menyatakan bahawa pengambilan alkohol boleh menyebabkan anda lebih mudah mendapat pneumonia, tuberkulosis dan sakit jantung dan penyakit penyakit lain. Ia umpama memasukkan racun dan dadah ke dalam tubuh sendiri.

    Terdapat banyak kesan tidak baik kepada organ dalaman tubuh apabila pengambilan alkohol secara berlebihan. Kesan pada hati, kesan pada perut, kesan pada jantung, kesan pada saraf dan kesan yang sangat buruk pada janin jika ibu hamil mengambil alkohol.


    Kesan Buruk Alkohol Pada Sistem Imun



    Semoga 6 tips ini membantu anda semua meningkatkan sistem imun tubuh masing masing. 

    Saya juga mengalu alukan anda yang ingin menjadi pengedar produk Shaklee bersama saya dalam tim TuRBO RuchFamily. Hubungi saya segera ya!

    Pengedar Shaklee Shah Alam.
    Lydzar Rusman
    Shaklee ID 859948
    Whatsapp & Call : 0133583424
    lydzar@gmail.com
    COD : Shah Alam dan kawasan sekitar