• Pengedar By Negeri
  • Hari Sukan Sekolah, Anak Juara, Anak Shaklee lah Katakan

    Ini cerita Ahad lepas. Seronok bukan main bila anak berjaya jadi juara dalam acara sukan sekolah.

    Hannah wakil rumah Beta (kuning) untuk acara 4 x 200meter, Hadif pula wakil rumah Sigma (biru) untuk acara pecut 80meter.



    Sebagai mama, tumpang excited bila anak berjaya dipilih masuk acara. Maklumlah, bukan semua anak ada daya ketahanan dan kekuatan badan nak buat aktiviti di padang.

    Ada yang mudah semput, ada yang taktahan panas dan mudah demam dan macam macam isu lain. Jadi bila anak dipilih, memang dah dapat rasa satu kemenangan walaupun belum mula bertanding.


    Video Hadif memecut dan memang bergaya untuk acara Lelaki Tahun 2, 80meter.

    Persediaan Sebelum Hari Sukan.

    Lebih kurang 2minggu sebelum Hari Sukan, mereka berdua giat berlatih bersama sama kawan yang lain.

    Setiap hari pakai baju sukan, maka setiap harilah mereka dibekalkan dengan air Performance.

    Saya bancuh 4sudu Performance dengan 600ml air sejuk untuk mereka bawa ke sekolah. Air kegemaran atlet sukan US tau Performance ni. Rasa ala oren yang sedap. Ia menghilangkan dahaga dan menyeimbangkan aliran cecair dalam badan sipeminum. Ia juga mampu mengelakkan badan rasa terhidrat apabila terdedah pada cuaca panas terik.

    Apa jadi kalau badan terhidrat? Hampir 10orang juga anak anak yang join perbarisan pitam sementara menunggu ucapan guru besar dan YDP PIBG untuk rasmikan hari sukan.
    Haaa itu lah antara kesan kalau badan terhidrat

    Selain itu, saya bekalkan mereka vitamin untuk anak seperti biasa iaitu Mealshake, Vitalea For Kids, Chewable Vitamin C dan Omega Guard.
    Inilah daily vitamin mereka untuk kekal sihat dan cergas serta bijak belajar.

    Dari segi persediaan fizikal pula, papa mereka ambil alih. Setiap petang, beliau akan ajar anak anak teknik warm up yang betul, cara lari dan cara pecut, serta tak kurang juga mereka berdua perlu berlumba bersama.

    Simple sahaja persediaan kami. Kami sekadar mahu anak anak tahu, untuk apa juga aktiviti dan untuk menang, mereka perlu bersedia. Bukan hentam keromo sahaja.


    Video Hannah pula diatas.

    Kelakar juga tengok Hannah. Tudungnya agak mengganggu. Mujurlah dia tak putus asa dan tetap teruskan larian dan sampaikan battoj pada rakan seterusnya.

    Ramai kawan lama kami berdua kata, anak anak menurun bakat aktif mama dan papa. Sebab memang dulu masa sekolah, kami terlibat dalam acara sukan setiap tahun tanpa fail.

    Alhamdulillah. Apa yang baik elok kita wariskan dan turunkan pada anak anak. Dengan panduan dan latihan yang betul, mungkin anak anak boleh pergi lebih jauh. Bukan sekadar suka suka.. kan?

    Insya Allah, semoga anak anak cemerlang dalam bidang akademik, bidang sukan, dan yang lain lain disamping akhlak yang baik.

    Kalau teringin anak aktif macam mereka, jomlah praktik juga apa yang kami berikan pada anak anak.

    Nutrisi yang lengkap.sangat membantu anak anak sihat dan cergas / cerdas