• Pengedar By Negeri
  • Trip Ke Jepun Gaya 5 Bintang Bila Buat Bisnes Shaklee : Hari Pertama

    Alhamdulillah, telah pun seminggu berlalu sejak trip International ke Jepun gaya 5 bintang PERCUMA yang saya sertai. Kenangannya masih terngiang-ngiang. Rindu juga dekat kawan kawan yang sama enjoy ke trip ke Jepun.


    Best kan, buat bisnes makanan kesihatan je, tapi peluang yang diberi sangat menguntungkan. Siap dapat ke luar negeri PERCUMA setiap tahun.

    Jom kita ikuti perjalanan trip PERCUMA kami :)

    Sabtu 13hb Mei
    Flight berlepas dijangka pada jam 8.50malam. Jadi seawal jam 5.50pm kami sudah pun berkumpul diruang 'international departure hall' untuk urusan tiket dan sebagainya.

    Selesai mendaftar kehadiran, kami diberikan satu kit travel, Di dalamnya ada booklet itenary perjalanan, ada tag Shaklee qualifier, Juga diberikan satu kad yang ada info tentang waktu solat di Jepun sepanjang masa kami berada disana.

    Trip International kali keempat sejak 2014

    Kemudian, kami perlu berjumpa dengan salah soerang staff Shaklee iaitu Puan Sarah untuk mendapatkan 'meal allowance' kami sebanyak 12,000yen ~  RM460 ( RM115 per meal).

    Dalam trip Shaklee, adakalanya mereka tidak dapat sediakan makanan untuk kami contohnya seperti visit ke Disneyland atau mana mana tourist shopping attraction (premium outlet) yang lain.
    Jadi meal allowance ini mereka beri dan kami bebas memilih nak sediakan makanan atau mahu makan dimana nanti.

    12000yen, banyak ni tau :) 

    Saya dan Shaklee Leaders dari iReach yang lain dijadualkan naik Thai Airways, So kami akan transit sekejap di  Lapangan Terbang Suvarnabumi. Adal lagi satu group akan menaiki Singapore Airlines, maka mereka akan transit di Singapore.

    Di KLIA sebelum berlepas. 
    Perjalanan mengambil masa lebihkurang 6jam hingga 7jam sahaja. Kami dinasihatkan untuk tidur dalam perjalanan sebab keesokan paginya, aktiviti akan terus bermula sehinggalah malam dan barulah kami akan check in ke hotel di Nagoya.

    Sempat juga merasa makan pulut mangga sementara bertransit di Airport Suvarnabumi. Jangan tak tahu, adik manis penjual tu memang fasih berbahasa melayu dan mereka terima juga matawang ringgit untuk urusan jual-beli. 1 pinggan pulut mangga RM24.
    Rasanya marvellous, delicious, secukup rasa dan memang teringin nak ulang makan lagi!

    TQ Lin Chalo belanja :)

    Hari Pertama : Toki Premium Outlet & Makan Malam Kaiseki

    Kami touch down pagi tu di Chubu Airport, Nagoya. Selepas urusan pemindahan bagasi ( beg akan terus dibawa ke hotel oleh lori yang disewa khas), kami berkumpul sekejap dan diberikan breakfast pack sementara menunggu bas kami sampai.

    Dapat 2 ketul onigiri, sebiji pisang dan sebotol teh hijau. Yeahh.. dah start dah hidangan Jepun walaupun sekadar breakfast pack. Saya memang suka makanan Jepun.

    Dan seterusnya, kami dibawa ke Toki Premium Outlet. Sampai sampai je dah disuruh enjoy shopping. Memang sukalah semua orang, kan?


    The best part dekat Toki ni sebenarnya bukanlah bab shopping tu sangat. Tapi saya nak highlightkan satu effort pihak Shaklee yang sangat menjaga kebajikan Muslim dalam setiap trip anjuran mereka.

    Kami sampai lebih kurang jam 11.15pagi. Di sini waktu Zohor around jam 11.30pagi. 
    Turun sahaja dari bas, tour guide minta kami berkumpul sekejap untuk taklimat ringkas. Pukul berapa  dan di mana nak jumpa semula petang nanti. Dan mereka juga beritahu bahawa mereka dah liase dengan pihak management Toki Premium Outlet untuk sediakan ruang khas solat buat kami.

    So mana mana individu yang nak solat, terus dibawa oleh 2 orang staf Toki Premium Outlet ke ruang pejabat yang dikosongkan khas, dan kami solat jamak disana. Dah solat, ofcourse hati lebih tenang nak fokus shopping :)

    Shopping apa tu? Hehe saya tak banyak spend duit disini. Tapi seronok juga tengok rakan rakan yang enjoy shopping handbag local brand iaitu Samantha Thavasa. Menurut kata tourguide, handbag jenama Samantha Thavasa belum ada dijual di Malaysia. Boleh tahan juga kecomelan dan harga beg brand ini sebenarnya. 

    Menjelang petang, tiba waktu yang ditetapkan, kami semua kembali ke bas dan di bawa untuk check in di Gero Sumeikan Onsen Resort & Hotel. Ia adalah antara 3 hotel terbaik yang menyediakan 'onsen' di kawasan Gero ini.

    Apakah onsen? Dalam bahasa melayunya, ia adalah kawasan kolam mandian air panas. Ramai rakyat Jepun suka mandi di Onsen ini kononnya ia adalah aktiviti sihat dan relaxing. 

    Memang glamourlah onsen ni, tapi sebagai muslim, kami tak tergamak nak masuk onsen kerana anda tak boleh pakai apa apa hatta dengan towel kecik pun untuk masuk dan berendam dalam kolam air panas ini. Hehehe!

    Seterusnya, KAISEKI DINER pulak. Untuk hadir ke sesi diner kaiseki ini, kami diminta untuk memakai pakaian tradisi rakyat Jepun iaitu Yukata. Pihak hotel memang ada sediakan Yukata untuk digunakan ketika berada diruang legar hotel.


    Kaiseki ni macam course meal juga lah. Makanan dihidang by course. Sedap tau. Hidangan ikan fresh, sayur sayuran, sup miso.  Kos untuk satu hidangan kaiseki ni agak mahal tau. Untuk kaiseki di restoran, kos anggaran per meal lebihkurang 15000yen. Terbeliak biji mata kalau tau berapa harganya dalam Ringgit Malaysia.



    Selepas sesi makan, kami bergambar beramai-ramai dan pulang ke bilik untuk berehat dan meneruskan aktiviti esok pula,

    Insya Allah saya akan sambung lagi menulis tentang trip ini sampai habis. Tunggu tau.