Suami fikirkan nak ramai zuriat supaya meriah ahli keluarga di hari tua. Rindu bau baby sebab anak yang kecil dah nak masuk darjah satu.
Si isteri pula fikir, aku yang kena tanggung semua ini. Mengandung, sakit pinggang, morning sickness, sakit pinggang, dan macam-macam lagi lah. Mungkin ini lah konflik yang berlaku pada pasangan suami isteri yang sedang merancang keluarga.
Apepun, semoga kata sepakat dicapai dan keputusan dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Pihak suami pun kena mainkan peranan besar apabila isterinya diarahkan mengandung lagi. Bukan tahu main order saja. Dah siap produknya, hanya isteri saja yang kena uruskan semua. Apatah lagi jika anda dah pun ada beberapa orang anak sebelum ini.
BILA DAH CAPAI KATA SEPAKAT, APA NAK BUAT?
Haa macam tu lah, jangan ambil masa lama-lama untuk argue tentang satu perkara. Jika pihak suami dan isteri dah bersedia nak timang cahaya mata lagi, mahu lelaki pulak tu, apa nak kena buat?
Apalagi, buat lah aktiviti 'tuuutt'.. eh?
Sebelum tu ada lagi perkara yang patut suami isteri kena ambil tahu. Jom tengok apa checklist sebelum hamil yang anda perlu buat. Persediaan sebelum hamil pun penting tau, bukan sekadar cari nama baby dan beli baju baru sahaja.
DIET YANG SEIMBANG
Pernah dengar kan, kita adalah apa yang kita makan. Sepatutnya kita memang perlu ambil makanan seimbang demi menjaga kesihatan tubuh sendiri, apatah lagi jika kita sudah merancang mahu hamil.
Kalau sebelum ini, kita sambil lewa atas alasan tiada masa, makan hanya untuk rasa kenyang. Tapi kini perlu mula berhati-hati dengan diet sendiri. Pastikan makanan yang masuk adalah makanan yang berkhasiat.
AMBIL ASID FOLIK LEBIH AWAL
Ramai yang salah, menganggap hanya ketika sudah hamil baru nak mula ambil asid folik. Walaupun asid folik bukanlah 'ubat kesuburan' dan bukan satu faktor anda berjaya hamil, namun pengambilan asid folik sangat penting sebagai persediaan tubuh wanita.
Ada beberapa kajian mendapati asid folik yang diambil oleh ibu hamil mampu mengurangkan kebarangkalian anak yang dilahirkan mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah (sumbing), kecacatan jantung dan risiko lahir pra matang.
Jadi sebaiknya anda terus ambil suplemen asid folik ini sebaik sahaja mengetahui anda hamil, dan ambil 3bulan sebelum hamil jika anda memang merancang mahu hamil.
Seeloknya setiap wanita sentiasa ambil asid folik supaya tubuh terus bersedia untuk kehamilan yang tidak terancang pula.
Gambar di dalam poster adalah sumber asid folik bagi pengguna tegar produk Shaklee. Tablet bewarna kuning itu, namanya BComplex. BComplex lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh wanita.
KAWAL BERAT BADAN
Dapatkan berat badan ideal, kerana tubuh yang obes adakala menjadi punca sukar hamil. Bagi wanita yang berada dalam kategori obes, saya yakin memang doktor akan nasihatkan anda untuk turunkan berat dahulu.
Ini untuk kebaikan diri si ibu juga, kerana berat ketika hamil akan bertambah, takut tak larat nak bawa badan saja nanti selain daripada beberapa isu komplikasi ketika hamil yang lain.
Bagi wanita yang aktif bersukan atau aktiviti outdoor, anda juga dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan sahaja. Kajian menunjukkan senaman berat boleh mempengaruhi kitaran haid dan mengganggu kesuburan.
KURANGKAN KAFEIN
Mungkin ada wanita yang sudah sebati hidupnya dengan kafein (penggemar kopi tegar agaknya), jadi adakah perlu berhenti minum kopi ketika hamil?
Susah juga tu, mahu menggigil tubuh tak dapat minum kopi, kan?
Menurut satu artikel di Babycentre.com, anda tak perlu berhenti terus tapi perlu mengurangkan pengambilan kafein kepada kuantiti yang lebih kecil. Kajian mendapat kafein boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi yang bersaiz kecil.
Bayi yang dilahirkan kecil lebih berisiko mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan ketika proses pembesaran mereka.
Pengambilan kafein yang berlebihan juga mungkin menyebabkan keguguran.
Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih 200mg kafein setiap hari.
Sumber : BabyCentre.com
1 cawan besar kopi segera = 100mg 1 cawan kecil kopi segera = 75mg 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg 1 cawan kecil teh = 50g 1 tin minuman kola = 40mg 1 tin minuman tenaga = 80mg 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg
Ini hanya 4 persediaan umum, banyak lagi yang perlu anda dan pasangan ambilkira sebelum hamil lagi. Kalau rajin, boleh aturkan pertemuan berjumpa dengan Gynae kegemaran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hari kesuburan, tahap kesihatan rahim dan juga melakukan pap smear.
Kelahiran seorang bayi yang sihat boleh dirancang bermula dari awal lagi. Dapatkan kerjasama suami untuk mengalami dan menikmati kehamilan yang indah seterusnya melahirkan anak yang sihat dari segi jasmani dan rohani.
Bacaan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri DI SINI
Alami morning sickness? Tip berdepan morning sickness, baca sampai habis ya
Selamat menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga. Semoga anak-anak yang dilahirkan menjadi asbab dan jambatan ibu bapanya ke syurga. Mari kita baca dan aminkan doa ini.
'Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami..'
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424