UA-56349233-1
Showing posts with label Amalan Murah Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Amalan Murah Rezeki. Show all posts

Tips Bangun Tahajud Setiap Malam Tanpa Miss Atleast 44 Hari Berturut-turut

Salah satu amalan rohani yang telah diajarkan oleh para guru bisnes saya adalah amalan solat sunat sepertiga malam iaitu solat sunat Tahajud. Sekian lama berkenalan dengan mereka, memang inilah antara yang sangat dititikberatkan dalam group bisnes kami.
Alhamdulillah..berkali kali cerita dari Success Story yang saya baca, dari orang orang yang berjaya dalam bisnes Shaklee, solat Tahajjud yang konsisten dan dilakukan penuh khusyuk serta peluang merayu rayu Yang Esa dalam doa malam inilah menjadi rahsia terpenting kejayaan mereka.
Insya allah dan Alhamdulillah, semoga saya terus konsisten melakukannya.

ALA..SAYA SELALU TIBA TIBA TERJAGA TAPI SAYA TIDUR BALIK.

Ye, saya akui ini juga masalah terbesar yang saya hadapi ketika awal awal cuba konsisten melakukan solat sunat Tahajjud.
Terjaga jam 4pagi ketika anak menyusu, akhirnya tertidur kembali. Terjaga ketika terasa mahu ke toilet, akhirnya tertidur kembali setelah selesai urusan di tandas. Terjaga kerana kepala terkena kaki anak, kemudian tertidur semula setelah membetulkan kedudukan mereka.
Orang kata, kita terjaga tu bukan saja saja. Tapi sebenarnya "panggilan"Nya supaya kita bangun untuk bersolat dan sujud kepadaNya. Alangkah ruginya bila banyak kali terlepas peluang merebut kasihNya bila kita lebih mengutamakan tidur.
Masalah ini berlaku mungkin kerana kita terlalu letih. Terlalu penat sehingga tidur sangat lena. Dan dalam minda kita, waktu malam adalah masa untuk berehat sehabis baik.

NAK TAK SAYA SHARE TIPS MUDAH BANGUN SETIAP MALAM ATLEAST SELAMA 44 HARI?

Hati saya memang meronta-ronta dari semalam nak share tips yang saya amalkan sejak beberapa hari kebelakangan ini. Rasa rugi pulak kalau tips best ni tak di kongsikan dengan sahabat sahabat dan reader blog saya ni.
Ok jom!

TIPS MUDAH BANGUN MALAM UNTUK SOLAT TAHAJJUD.

Ini cara saya ye!

☆ Pastikan sudah diner, tak kisah light atau heavy diner. Pastikan diner awal, dalam pukul 7pm atau 8pm, paling lewat pun 9pm. Bolehlah.

☆ Jika anda memang consume Herblax Shaklee, bagussss! Ambil sahaja 4biji Herblax dan terus makan bersama air yang agak banyak.

☆ Jalani hidup anda seperti biasa. Nak buat kerja rumah ke, nak layan anak anak buat kerja sekolah ke, nak lipat kain ke..terpulang. Bebas buat apa sahaja.

☆ Tidur juga seperti biasa. Saya assume anda akan tidur selewat lewatnya jam 12am.

☆ Herblax akan memberikan kesan dalam jangkamasa lebihkurang 6-7jam selepas pengambilan. Mungkin pada jam 1am atau 2am, anda akan "dikejutkan" oleh HerbLax untuk segera ke tandas.

"Jam loceng" Herblax ni biasanya tak boleh ditahan tahan. Mesti kena juga ke tandas. Nak tak nak..anda kena bangun juga. Buang kotoran kotoran diusus yang telah dicuci. Takkan la nak tahan tahan sisa kotor tu kan. Bangun dan buanglah sehabis habisnya.

☆ Selesai urusan di tandas bersama Herblax, jangan lupa terus berwudhu untuk melakukan solat sunat Tahajjud.

Insya allah anda akan mampu bangun dengan segar dan tidak tidur kembali selepas urusan bersama Herblax di tandas.

Lakukan tips ini untuk beberapa hari.
Jangan lupa berdoa agar anda dipermu
dahkan untuk bangun berdating dengan Dia. Sebab masa ini adalah antara masa mustajab untuk berdoa tanpa hijab.

Selamat mencuba!

Anda yang belum ada Herblax, jangan segan kontek saya ye. Saya taknaklah anda asyik terlepas peluang keemasan yang Dia bagi. Semakin cepat anda apply tips ni..mungkin semakin cepat makbul hajat hajat anda. Insya allah..sama sama kita doakan.


> ---------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari
Lydzar Rusman
013 3583424
lydzar@gmail.com

Banyakkan Memberi Berbanding Menerima, Andalah Orang Yang Kaya

Assalamualaikum, saya mulakan pagi saya dengan ceria apabila mudahnya menguruskan anak-anak ke sekolah pagi ini. Walaupun ada yang mengadu sakit perut, ada yang mengadu nak muntah, syukur mama dapat tangani kerenah mereka dengan senyuman bahagia. Sesungguhnya senyum adalah pengubat duka. Jadikan senyuman sebagai aktiviti automatik walaupun dikala kita sedang tertekan, pasti anda akan kagum dengan kuasa ajaib senyuman.

Sambil minum campuran ESP dan susu fresh milk, teringin pula saya menaip tentang topik MEMBERI.

BANYAKKAN MEMBERI DARIPADA MENERIMA KERANA ORANG YANG MEMBERI ADALAH ORANG KAYA.

Bila kita sebut 'AKU ORANG KAYA', tentu sekali akan membuat kita tersenyum, kan? Tapi kadangkala kita akan kembali murung dan masam kerana kita menyedari hakikat kita bukan orang kaya, hidup seadanya dan sangat stuggle untuk menjadi kaya.

Inilah silapnya apabila kita sentiasa mengaitkan perkataan KAYA dengan WANG sedangkan kaya memberi makna yang sangat luas, bukan hanya tertutup pada skop kewangan. Jom kita buka mata kita, kerana sesungguhnya setiap dari kita memang orang yang kaya, especially kita sebagai masyarakat Melayu yang dikenali sebagai masyarakat yang penuh dengan adat dan adab sopan.

JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN SENYUMAN.

Sangat menenangkan bila kita pandang wajah orang yang tersenyum berbanding orang yang masam mukanya kan? Kadangkala, senyuman yang dilemparkan boleh menyebabkan keadaan kita yang sedang kusut turut ceria. Betapa mudahnya aura positif yang terhasil dari senyuman dapat disebarkan. Jika anda seorang yang sukar senyum, cubalah berlatih dengan membayangkan perkara-perkara indah yang pernah berlaku dalam kehidupan sendiri pada masa lalu. 

Latihan yang konsisten akan mendatangkan kuasa senyuman yang memang MAGIC!

JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN PERTOLONGAN

Pertolongan kepada orang lain bukan hanya dalam bentuk kewangan. Banyak juga pertolongan dari segi tenaga lebih diperlukan. Bayangkan ketika kita sedang menunggu untuk melintas jalan, tiba-tiba ternampak orang buta yang juga mahu melintas. Sangat terbaiklah kalau kita dapat membuang ego nak melintas cepat-cepat dengan membantu orang buta tadi sama-sama melintas jalan. Satu sen pun tak gunakan duit, kan?

Tips Mudah Jadi Kaya Dan Berjaya

Begitu juga ketika kita sedang bersesak-sesak di dalam public transport. Dan jika kita ternampak golongan ibu mengandung atau ibu yang sedang menggendong anak, apalah salahnya kita yang kuat kudratnya ini memberikan izin laluan untuk mereka duduk di kerusi yang kita duduk. Sesungguhnya ALLAH akan membalas kebaikan yang kita lakukan untuk menolong golongan yang memerlukan seperti ini.

JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN TENAGA POSITIF KEPADA ORANG LAIN.

Tips Mudah Jadi Kaya Dengan Cepat

Mungkin dah ramai yang tahu, tenaga memang boleh dipindahkan dari satu medium kepada medium yang lain. Begitu jugalah tenaga positif dan negatif. Anda boleh buat test, cuba duduk dengan orang-orang yang selalu berfikiran negatif selama 1 atau 2 hari sahaja. Orang yang suka merungut, suka marah-marah, suka memberontak, takperlukan masa yang lama pun, anda juga akan terikut-ikut dengan perangai ini. Kalau tak mahu duduk pun, cubalah add friend dengan orang-orang negatif, dan baca status yang mereka post selama dua hari, saya yakin pemikiran anda akan turut menjadi berserabut macam mereka.

Jadi, jika kita mahu hidup tenang, bahagia, ceria, berhentilah bergaul dengan golongan yang negatif. Pilihlah dengan siapa kita mahu berkawan. Duduklah dalam kelompok orang positif dan kita juga perlu sentiasa mendidik jiwa agar menjadi positif.

TIPS MENDIDIK DIRI BERJIWA POSITIF :

- Perbanyakkan istighfar
- Solat 5 waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat
- Berpuasa sunat
- Berzikir
- Memelihara wudu'


JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN SEDEKAH

Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita.

Sedekah tidak bermakna kita perlu berikan banyak jumlahnya, cukup sekadar apa yang kita mampu dan ada. Kalau kit ada RM5, kita sedekahkan RM1. Walaupun hanya RM1, jika dilakukan setiap hari, pastinya menjadi RM30 dalam masa sebulan. Banyak lah tu kan?

Tapi saya sangat suka menggalakkan semua anak bisnes saya untuk berusaha menambah rezeki masing-masing supaya boleh bersedekah dengan lebih banyak.

Tips Cepat Kaya

Insya allah semoga dengan mempraktikkan amalan memberi ini, jiwa kita akan lebih tenang, dan kekayaan lebih mudah mendekati kita. Sesungguhnya ALLAH tak pernah tamak dalam memberikan kebahagian kepada hamba-hambanya yang bertaqwa.

Sekian, terima kasih


Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head








20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: http://www.hanan.com.my/

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head