UA-56349233-1
Showing posts with label Rahsia Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Bisnes. Show all posts

Tips Bisnes Online Dari RichMommy

Assalamualaikum 

Bisnes online memang best. Banyak sebab. Boleh beroperasi dari rumah atau dimana mana jadi takpayah ada premis dan kuruskan poket utk bayar sewa premis.


Nak berjaya buat bisnes online, kena ada few guideline. Not as simple as ikut ikut kawan buat bisnes..

Tips Bisnes Online Dari RichMommy

Jom saya share sikit ikut pengalaman yang baru 5tahun jagung berbisnes online dari rumah.
( Syukur sangat Allah lorongkan jalan berjumpa dengan bisnes Shaklee online ni)

1. Gadget dan internet data plan

- gadget wajib ada sebab inilah alat utama kedai online kita nak beroperasi ..
Sama ada smart phone, tab / ipad, laptop, komputer..

Saya pilih yang paling all in one ~ smartphone
Kalau boleh dan dapat, beli lah yg ada skrin besar sket, ada kamera yang boleh snap gambar cantik sikit dan ada memori yang besar sikit.

U will be using it hardcore style. So spend sikit ya. Buat jadi modal long term. Kita bukan nak beli smartphone setiap bulan pun.

Dan data plan wajib ada sebab kita kena ada internet connection 24/7. Jangan hanya berharap pada connection free wi-fi dekat kedai kopi.
Nak berhubung, berinteraksi dengan customer style cepat dan pantas.

Nak tak duit masuk even waktu kita tidur? Mana lah tau, jam 6pagi ada customer urgent bertanya stok dan terus nak transfer duit .

Kalau tak segera reply, dia pergi masukkan duit dekat orang lain pula.
Saya sekarang pakai pakej Celcom  bayar rm80/bulan dan pakej Unifi 30mbps rm179/bulan.

2. Pilih produk jualan yang ada all-time demand ( just like vitamin Shaklee )

Kalau pilih produk bermusim, income masuk pun bermusim lah. So pastikan anda tau siapa target market dan apa yg sesuai utk dijual kepada target market u

3. Buat promosi all the time.

Jangan lah buat kerja ikut emosi. Bila happy, bukak kedai buat iklan. Bila tak happy, tutup kedai nangis tepi bucu tilam.

Banyak kompani yg dh wujud sejak berpuluh tahun lalu pun keep on buat iklan setiap hari.

Jadi kalau u baru nak bukak kedai online..
Berusahalah up iklan & sharing hari hari tanpa mengira apa emosi anda hari itu.

4. Mudahkan urusan dengan beberapa akaun bank.

Nak terima bayaran dari customer, kan?
Make sure, anda ada nombor akaun. Pilih bank bank yang biasanya jadi pilihan "akaun gaji" customer kita.

Maybank dan CIMB antara 2 bank yang paling glemer. Majikan mereka masukkan duit gaji mereka, mereka pula transferkan sahaja ke akaun kita bila bershopping online.

Kalau yang hanya ada akaun bank yg jarang customer guna.. usahakanlah utk ada MBB atau CIMB. 

5. Urus masa sebaiknya.

Bisnes online, nampak macam boleh beroperasi 24/7 kan? Tapi hakikat nya kita masih terikat dengan pelbagai komitmen dan urusan peribadi harian.

Jadi utk tak ganggu urusan bisnes masyukkkk anda, tetapkan jadual dan berkompromilah dengan masa anda mengikut priority.

Jangan jadikan alasan takcukup masa kerana memang sampai bila bila masa tak cukup bagi anda yg ada sikap begini
_________

Cukuplah 5 tips. Semoga bisnes online anda maju jaya.

Yang baru nak mula dan tercari cari bisnes online apa, meh sini... MentorBLydzar RusmanRusman tolong bantu.

Saya sedang lead hampir 100orang peniaga online dalam group coaching bisnes saya.

Misi saya memang nak bagi mereka ni income 4angka stabil setiap bulan dari bisnes online.
Doakan kami ya!

Jangan lupa hubungi bakal mentor bisnes anda
Lydzar Rusman
013 3583424
#shakleeshahalam
#sindiketsukses
#tsunamishaklee
#tipsbisnesonline

Kenapa Saya Buat Shaklee : My BIG WHY

My Big Why ~ To Achieve My DREAMSS

The aeroplane was born from a dream
The television was born from a dream
The iPhone was born from a dream

The WORK AT HOME mama Lydzar also was born from a dream.

Life isnt as valuable as u think..but life is more valuable than u can BELIEVE

Saya percaya hidup saya lebih gembira jika berada dirumah
Saya percaya suami saya lebih gembira jika isterinya ada dirumah
Saya percaya anak anak saya lebih gembira jika mama mereka berada dirumah

Rumah yang ada seorang WANITA yang gembira adalah rumah mereka yang bahagia. Setuju kan?

Jadi sebab itulah menjadi WANITA BEKERJA DARI RUMAH adalah IMPIAN saya. Dan impian inilah menjadi BIG WHY saya.

Masa bekerja dulu Saya tidak suka perasaan risau yang bersarang dihati saya bila anak anak tak sihat tetapi saya tidak boleh bercuti lama utk menjaga mereka sehingga mereka betul2 kembali sihat

Masa bekerja dulu saya tidak suka tersangkut dalam jamm yang lama dan ia buat saya sangat stress.

Masa bekerja dulu saya tak suka keadaan yang terburu buru (rushing) pulang ke rumah dan perlu menyelesaikan banyak kerja dirumah dalam keadaan serentak. Waktu petang dikala tubuh telah mula letih tapi ramai wanita bekerja perlu push lagi hampir seluruh tenaga utk selesaikan urusan dirumah pula.

Masa bekerja dulu.. sejak dari awal bekerja lg..syukur saya mampu allocate sedikit bekalan kewangan untuk mak abah tanpa miss.

Terhenti sebentar masa saya bergelar STAY AT HOME MAMA~ Masa ni perasaan saya sebagai seorang anak sangat down sebab tak dapat nak menyumbang apa apa pada mereka. Bukan mereka tak faham tapi saya sendiri rasa saya perlu berusaha utk kembali berbakti.

Jadi bila saya ada impian nak kembali tinggal dirumah, maka saya mestilah ada pendapatan sendiri supaya bekalan kewangan utk mak abah tidak putuss lagi. Alhamdulillah.. dengan bisnes Shaklee yg saya buat.. saya nampak mereka pun happy.

Walaupun saya dah capai target bergelar WAHM, saya perlu terus mencipta BIG WHYs lain supaya saya tidak complacent, tidak merasa "cukup cukuplah tu".. tidak malas bekerja dan berusaha..
~prinsip bisnes Shaklee - sape buat dia dapat - sape malas dia melopong~ hehe

Banyak tau DREAMSS lain. Dah citer dah masa task PTS sebelum sebelum ni..

Kini BIG WHYS & impian lain pula menyusul. Dan demi anakbisnes dan leaders dalam group saya pula, saya masih berjuang melengkapkan diri dengan lebih banyak ilmu agar dapat bantu dan guide mereka mencapai impian mereka.

‪#‎sindiketsukses‬
‪#‎hi5shaklee‬
‪#‎tsunamishaklee‬
‪#‎shakleeshahalam‬

~besar harapan saya agar mereka2 yg dalam gambar ni, yang memang ada ID SHAKLEE sendiri, SUATU HARI nanti dapat sama sama terbang mengerjakan umrah melalui trip 5☆☆ UMRAH ZIARAH SHAKLEE ~ insya allah


Cari Side Income. Shaklee Bisnes Betul Ke Tipu?


Zaman ekonomi perlu cari side income


Saya nak cerita sikit pengalaman saya sendiri. Bulan Mac 2011, saya lahirkan anak nombor tiga. Tak tipu, dalam hati memang risau sebab gaji saya masa tu hanya RM2200 saja.

Duduk bandar, boleh kata kategori miskin bandar lah. Dapat saja gaji, dalam hari yang sama, buat lah online transaction bayar hutang sana sini & bil sana sini. 
Last last dalam akaun paling banyak pun hanya ada RM500 saja

Bila bertambah baby, pasti lah kena pikir kos tambahan seperti kos taska (RM300+), kos diapers ( rm200+) dan kos lain yang perlu untuk baby

Daripada RM500 yang saya ada tadi, mungkin habis untuk belanja baby saja. Allahuakbar.
Alhmdulillah, saya memang yakin setiap anak datang bersama rezeki masing masing

Bermula Sebagai SID Shaklee.

Memandangkan saya memang dah guna Set Penyusuan dan Set Berpantang Shaklee, saya pun konteklah Master Lyna. Bagitahu dia, saya nak jadi ahli dan nak jual apa yang saya dah makan selama ni.

Terkejut saya, rupanya Shaklee ni salah satu bisnes "direct selling" atau MLM. Master Lyna terangkan marketing plan. Sebenarnya masa tu saya tak faham sangat. Yang saya tahu saya nak share kebaikan kebaikan vitamin penyusuan dan bantu kawan kawan saya yang bergelar ibu untuk menjayakan penyusuan anak masing masing.

Bermulalah episod perkongsian saya melalui blog dan FB. Alhamdulillah, sambutan kawan kawan memang menggalakkan. Terutama sekali bila mereka tengok hasil EBM penuh peti saya

Dan mereka yang gunakan set penyusuan pun sangatlah puas hati dengan tahap kesihatan mereka serta tak letih lesu bila bekerja dan menyusukan anak.

Jom saksikan sekejap video Puan Fatimah bagaimana beliau boleh terjoin bisnes ni. 
Klik butang Play dan dengarkan cerita beliau ya




Shaklee Tak Pernah Gagal Bayar Bonus. Ternyata Shaklee Tidak Pernah Menipu.

Gaji Shaklee kami masuk setiap tengah bulan. Bayangkan bulan pertama saya mampu dapatkan bonus sebanyak RM500. Hujung bulan 31hb masuk pula RM2200.

Tambahan sebanyak RM500 tu sangat membantu saya dan keluarga untuk survive hidup di bandar ni. Yang saya risau risau sebelum mula bisnes tempohari kini dah tak risau lagi.
Setiap bulan, rezeki dari Allah, bonus pun meningkat seiring usaha sehingga saya mampu capai bonus 4angka. Itu pun Shaklee takpernah culas membayar tepat pada waktunya.

Seronok sangat saya dengan 2 income sepanjang 2011 sehinggalah saya resign kerja pada tahun 2013. Simpanan semakin bertambah, anak anak request sesuatu saya mampu tunaikan, belanja makan ahli keluarga sekali sekala. Alhamdulillah.

Sejak Februari 2013, Shaklee pulak jadi main income saya, malah ketika itu saya dapat berkali kali ganda dari amaun gaji opis saya. Sebab tu saya berani resign.

Help Others To Help Others

Dulu Master Lyna tolong saya kenalkan bisnes Shaklee kepada saya. Kini saya pula dalam misi memperkenalkan dan membantu orang lain pula untuk mendapatkan income kedua 
( bagi yang bekerja) dan income pertama ( bagi surirumah atau golongan yang suka bisnes dan tak bekerja dengan orang lain)

Bisnes Shaklee ternyata bukan bisnes ong kosong kerana syarikat ini sendiri telah establish di Malaysia sejak tahun 1980an lagi. Sehingga gini masih kukuh menjadi provider produk kesihatan yang sangat berkualiti dan selamat diambil oleh manusia

Jom dapatkan KEAHLIAN PERCUMA SHAKLEE melalui beberapa pakej berikut,

1. SET DETOX SHAKLEE
2. TWINPACK SET RAMADHAN
3. TWINPACK SET VIVIX
4. MANA MANA SET DENGAN 200UV

Saya bermula dengan option nombor 4.

Kalau nak tahu lebih lanjut, hubungi saya ok. Yang dekat Shah Alam, bolehlah kita set masa dan tempat untuk saya explain tentang bisnes Shaklee.

Yang jauh, kita guna saja teknologi Whatsapp -: 013 358 3424




Kelas Bangkit Anjuran Tim PKB : Mission Accomplished!

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah, dalam masa 2 bulan ini, kami diizinkan olehNya untuk menjayakan plan crosscoaching kami.

Niat untuk bercross-coaching memang dah lama saya impikan, sehinggalah akhirnya saya ditemukan dan dirapatkan dengan rakan-rakan seperjuangan ini.

Mereka adalah Lin Chalo, Ainul Malik, Chrysalis Nurul dan Nurru Adilla. Itu semua nama Facebook mereka. :)


Kami semakin rapat ketika program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran pihak RichWorks dimana ini adalah program terglamour di Malaysia kelolaan Dr Azizan Osman, Mentor Kejayaan Bisnes.

Alhamdulillah, perbincangan demi perbincangan kami lakukan berlima dalam group Whatsapp sehinggalah kelas Bangkit1.0 yang pertama berjaya di adakan di MiRC Bangi pada bulan Februari yang lepas.

Dan disusuli kelas Bangkit2.0 di MyFawa Training Centre Shah Alam, pada hari Sabtu lepas.

MATLAMAT PROGRAM BANGKIT

Tujuan utama kami tak lain tak bukan, kami ingin membantu anak-anak bisnes & rakan SID dalam group kami semua supaya faham akan tujuan mereka membuat bisnes Shaklee. Kami juga cuba mencungkil kekuatan dan potensi diri mereka agar ianya boleh digunakan secara maksima untuk meraih kejayaan.

Peserta sedang khusyuk mendengar topik ' Dengan Kuasa Cinta'
Pengisian kami bukanlah tentang urusan bisnes semata-mata, tapi kami menekankan betapa pentingnya mereka faham dan cinta apa yang mereka sedang lakukan sekarang. Faham dan cinta supaya mereka boleh berikan full energy dan effort untuk mendaki gunung kejayaan dalam bisnes Shaklee.

Prinsip orang berjaya, mereka akan melakukan sesuatu perkara sehingga habis.
Maka matlamat kami, supaya mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan dan habiskan perjuangan mereka sehingga dapat mencapai rank Master Coordinator dalam bisnes Shaklee.

PENGISIAN PROGRAM BANGKIT By #PKB

Mungkin boleh dikategorikan sebagai program motivasi diri.
Walaupun motivasi sepatutnya datang dan lahir dalam diri individu, orang kata golongan ini lah yang akan sentiasa bersemangat dalam mengejar impian mereka.

Namun kami tidak mahu mereka yang ada keinginan untuk berjaya ketinggalan kerana mungkin mereka memerlukan suntikan semangat dari orang lain. Manusia tidak akan semuanya sama. Jadi dari sinilah datangnya inisiatif kami berlima.

Dalam program Bangkit, kami akan cuba sedarkan kepentingan prinsip ' Do What You Love, Money Will Follow'. Jika tidak berdasarkan prinsip tadi, gunakan pula prinsip 'Love What You Do..'

Diikuti beberapa pengisian tentang kepentingan pengurusan masa, berbakti dan bersedekah dalam bisnes, bagaimana mahu membuat duit sukakan diri kita dan antara perkaran yang sangat memberi kesan pada para peserta adalah slot 'BIG WHY'.

Ada selitan games juga supaya kelas menjadi lebih ceria.


MOTIVASI AKAN BASI

Ini memang hakikat. Jika kita hadir mana-mana kelas motivasi tanpa dikelilingi oleh rakan-rakan yang sama-sama positif, momentum akan segera perlahan dan motivasi akan segera basi.

Jadi kami turut menyediakan sebuah platform sebagai support group agar peserta dapat saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Insya allah, besar harapan kami agar peserta Bangkit1.0 dan Bangkit2,0 akan segera reflect semula pada ilmu-ilmu yang kami kongsikan setiap kali mereka rasa hilang semangat.

BANGKIT MEMBANGKITKAN!!

Kami berkesempatan meminta setiap peserta memberikan review tentang program Bangkit ini.
Alhamdulillah, semuanya memberikan feedback positif dimana telah muncul semangat membara bara dalam diri mereka mahu meneruskan bisnes dengan lebih cemerlang untuk tahun baru Shaklee.

Ada yang menangis gembira kerana akhirnya mereka bertemu erti 'KENAPA'.

Insya allah kami sedang merancang untuk meneruskan program ini secara berkala. Mungkin akan buat tour pula di beberapa lokasi. Semoga Allah izinkan perancangan ini berjaya





Erti hidup pada memberi. Kami gembira bila anda mendapat manfaat dari kami.

Teringin nak hadir majlis ilmu ini? Pastikan anda mendaftar keahlian dengan mana mana mentor di dalam gambar ini :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


>

Koleksi Buku Baru : Rahsia Ajaib

Alhamdulillah buku dah sampai.

Buku seterusnya dari koleksi tulisan Tuan Razzi Armansur. Buku sebelum ni bertajuk Jutawan MLM dah beberapa kali saya khatamkan.

Memang best sebab gaya penceritaan yang bersahaja macam baca novel. Tapi novel bukan sebarang novel sebab ianya penuh pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam kehidupan.


Buku Menjejak Rahsia Ajaib Untuk Berjaya ulangcetak khas untuk group Jutawan ini menceritakan kisah seorang lelaki yang dah 15tahun hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.

Hijrah beliau ke Kuala Lumpur yang kononnya lubuk harta ternyata cerita sahaja. Dek kerana tak tahan hidup begini beliau mula teringat pada rakan rakan nya yang dah lama hidup senang walaupun hanya tinggal dikampung.

Ini sinopsis je. Saya pun belum khatam lagi. Panggilan mesej mesej di Whatsap dari customer dan anak didik Shaklee lebih kuat untuk dilayan. Hehe.

Insya allah mesti habiskan juga nanti.

Rahsia Cermin Ajaib yang diajar dalam buku ni alhamdulillah memang ada dalam silibus pelajaran kami dalam bisnes Shaklee. Hanya yang betul betul apply akan nampak.kesannya dalam.hidup atau dalam bisnes mereka.

Saya suka baca buku ilmiah macamni.. ia memang dapat boost semangat saya untuk terus hidup dan berjuang dalam bisnes saya.

Anda bagaimana?
Buku apa yang terakhir anda baca sebelum anda baca entry ni. Jom.kongsi dengan saya!

Jadi Ahli Shaklee

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424