UA-56349233-1
Showing posts with label Shaklee Reward. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Reward. Show all posts

Shaklee Global Conference : Persediaan Demi Persediaan

Ini sesi flashback. Masa kejadian sebenar saya agak sibuk dan hanya simpan beberapa nota penting sebelum dapat saya abadikan dalam blog ni. Entry untuk Global Conference Long Beach Los Angeles dulu saya tak abadikan. Terasa rugi pula. Nak flashback pun dh terlalu lama sampai banyak memori yang saya dah lupa.

PERSEDIAAN : PASSPORT DAN VISA

Memandangkan saya dah renew untuk 5tahun sebelum trip ke Umrah Ziarah Abu Dhabi pada bulan Disember lepas, maka part yang ini saya boleh relax. Next expiry passport ialah tahun 2020. Manakala visa yang saya buat pada tahun 2014 dulu pula expiry nya hanya selepas 10tahun ( 2024), part ini juga saya boleh relax. Hehe.

Tapi berdasarkan pengalaman kawan kawan yang baru pertama kali buat Visa US pada tahun ini.. harganya jauh lebih mahal berbanding semasa saya buat dulu. Maklumlah matawang kita memang jatuh. Dengarnya harga visa mencecah rm700 juga

Oleh sebab visa saya ditampal pada passport lama..jadi saya hanya perlu pastikan saya membawa kedua dia passport lama dan baru saya ke airport nanti. Kalau tak bawak salah satu, memang tak dapatlah saya nak terbang ke Orlando.

PERSEDIAAN : STOK EBM UNTUK HARIZ

Hariz bakal mencecah 11bulan ketika saya tinggalkan dia kali ini. Pulun juga lah setiap hari nak pastikan saya dapat kumpul atleast 5oz untuk tampung bekalan dia. Seawal 3bulan sebelum tarikh terbang saya dah mula kumpul stok. Tapi belum masuk kategori pulun mengepam sebab lebih banyak relax dan leka. Hukhuk.

Hanya selepas raya AidilFitri saya betul betul disiplin mengepam sehingga mengabaikan puasa 6 sebab takmahu bekalan susu drop. Jangan tiru aksi ini. Rugi juga melepaskan peluang rebut pahala puasa 6 tu.

PERSEDIAAN : BAGASI DAN PAKAIAN

Macam biasa, pihak Shaklee akan sponsor 1 luggage bag untuk leaders yang qualify ke Global Conference. Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini Shaklee bagi kami beg saiz kabin sahaja. Kecil berbanding 2tahun lepas.

Oleh sebab saiz yang kecil dan beg yang terlalu cantik untuk digunakan..saya decide tidak akan menggunakan beg baru tetapi akan gunakan beg 2tahun lepas. Pergi US mestilah bawak beg besar. Rugi tau kalau bawak beg kecik sebab dekat sana ada banyak peluang nak shopping. Jadi mesti bawa beg besar untuk bawa balik hasil tangkapan hehe.

Pihak Shaklee turut berikan kami sehelai Tshirt untuk sesi bergambar. Upline saya dari iReach juga ada hadiahkan sehelai tshirt lengan panjang yang cukup cantik dan exclusive.
Dan memandangkan dekat US sedang musim summer, maka apa yang kita pakai disini sama juga akan dipakai disana. So saya takperlu nak beli baju baju baru. Jaket tebal pun tak perlu bawa. Jimatlah space beg.

Kami dibenarkan bawa sebanyak 43kg / 2 beg luggage untuk flight nanti.

PERSEDIAAN : TUKARAN WANG

Waktu saya ke money changer di PKNS Shah Alam, rate tukaran adalah 4.07 kalau tak silap saya. Saya tukar RM1010 dan dapat 250USD  sahaja. Memang jauh beza dengan tahun 2014; tukaran 3.2usd sahaja. Apa nak buat. Kena terima hakikat.

Syukur juga sebab pihak Shaklee ada berikan kami meal allowance sebanyak usd50 x 6 kali mealtime = 300usd.

Elaun diberi untuk beberapa occasion dan aktiviti yang mana pihak Shaklee tak dapat nak sediakan seperti di Disneyland dan acara bebas bershopping di Premium Outlet. Best kan!

Kad debit juga telah diaktifkan agar saya dapat lakukan transaksi belian atau pengeluaran melalui mesin ATM di sana.


PERSEDIAAN : BEKALAN MAKANAN

Sebenarnya saya tak perlu terlalu risau bab makan. Sebab melalui pengalaman lepas, memang tak sempat pun nak lapar masa join trip dengan Shaklee ni. Tapi memandangkan kami plan nak gunakan duit elaun makan yang Shaklee bagi tu untuk shopping ( hehe!), jadi kami bawa juga sedikit bekalan nasi lemak instant keluaran Salees

PERSEDIAAN : BEKALAN VITAMIN

Yang ni part penting. Saya memang sentiasa bawa vitamin kemana mana saya pergi. Tak lengkap rasanya kalau tak makan vitamin kan.

Jadi yang saya bawa ialah;

Nutriferon agar sistem imun sentiasa tinggi untuk elak demam dan selsema atau batuk setelah perjalanan yang panjang dan jauh tu

Vitamin asas : Vitalea, Bcomplex dan Vitamin C untuk kesihatan general saya

Vitamin kurus : Lecithin dan Afalfa wajib bawa sebab trip dengan Shaklee memang bakal dihidangkan dengan makanan sedap sedap sukar ditolak. Rezeki sedap macamtu jangan ditolak kan? Lepas makan kita telan 2 vitamin ni so tak risau lemak lemak bertandang dalam badan

Ostematrix : Sangat penting untuk bantu legakan sendi dan pinggang semasa long hours flight ini. Kadang kadang bila kaki terjulur terlalu lama kebawah, maklumlah perjalanan.lebih 24jam ni boleh buat kaki rasa nak cramp je. Ostematrix lah bakal penyelamat nanti

Maka lengkaplah persediaan saya untuk ke Orlando pada tahun 2016 ini. Saya lakukan kebanyakkannya last.minit tapi alhamdulilllah akhirnya tiada apa apa yang tertinggal.

Seterusnya saya akan sambung update lagi secara berfasa ya.
Tungguuuu..

Mentor Shaklee Pergi Orlando.
Relax. Recharge. Reenergize

Mahu follow langkah kami mencapai impian dalam Shaklee.. hubungi saya agar saya dapat kongsikan caranya dengan anda

Lydzar.Rusman
013 3583434

Jemputan Ke Shaklee Global Conference, Pertemuan Business Leader Dari Seluruh Negara

Saya belum sempat update tentang Majlis National Conference 2013/2014 yang berlangsung pada 7-9 Jun 2014 yang lepas, tapi terlebih teruja dengan berita terbaru dari pihak Shaklee.


Semalam secara rasminya kami telah mendapat surat jemputan untuk menghadiri Shaklee Global Conference pula. Bertempat di Long Beach, California, US pada 13hb- 16 Ogos 2014. Saya dan suami insya allah akan menghadirinya nanti. Urusan dokumentasi visa juga telah pun diselesaikan.

Maka kini hanya perlu menunggu langkah seterusnya mengikut arahan pihak Shaklee, dan tak lupa! Kami perlu menabung kerana kami akan di bawa ke Factory Outlet di sana. Orang kata Syurga shopping!
Satu lagi spot yang saya ternanti-nantikan, kami juga akan dibawa ke Disneyland USA.


Jika saya adalah orang biasa, saya tidak akan pernah bermimpi untuk sampai ke US yang jauh ini.
Tetapi, oleh kerana sudah pun dapat peluang keemasan begini, tak kan lah saya nak tolak pula. Pada mulanya saya ingatkan kami hanya pergi untuk menghadiri persidangan (conference), tapi rupanya ada award juga yang perlu kami ambil! Sangat mengujakan kerana bakal menerima award di hadapan ribuan Business Leader dari pelbagai negara yang lain.



MACAM MANA BOLEH DAPAT PERGI GLOBAL CONFERENCE INI?

Jika anda juga Shaklee Independent Distributor (SID), saya pasti leader anda juga pernah menerangkan tentang Conference Points. Untuk melayakkan diri mendapatkan tiket-tiket dan jemputan ke majlis-majlis sebegini, setiap SID perlu berusaha mengumpul mata (point) setiap bulan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Gambar di bawah adalah ilustrasi bagi kelayakan trip ke Italy bagi cycle 2014/2015. Setiap SID perlu mengejar dan mendapatkan point-point mengikut kategori yang dicita-citakan.


Sebenarnya, pihak Shaklee telah memberi cabaran kepada setiap SID kerana point ini telah dinaikkan amaunnya berbanding kelayakan trip untuk cycle 2013 /2014. Kalau sebelum ni, kami hanya perlukan 930point, tapi tahun ini kami perlu mengumpul sebanyak 990 point pula. Walaubagaimana pun kami tetap optimis kami juga akan layak mendapatkan tiket-tiket ke Italy ini.

---------------------------------------------------------------------------------

APAKAH TIPS-TIPS UNTUK MELAYAKKAN DIRI MENDAPAT TIKET CONFERENCE INI?

Sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan adalah;

1) BUAT TARGET SETINGGI YANG BOLEH SETIAP BULAN.
Target adalah sangat penting jika kita ingin mencapai sesuatu. Ia seumpama peta yang akan memandu arah kita. Jika tiada target, kita akan mudah tersasar dan tidak fokus.

Tentukan berapa tiket yang kita mahukan
Pastikan berapa point yang kita mahukan setiap bulan

2) BERKONGSI INFORMASI DAN MENJUAL PRODUK.
Secara asasnya bisnes Shaklee, adalah bisnes menjual produk suplemen dan produk luaran untuk kegunaan seisi rumah. Dengan cara berkongsi informasi tentang produk, memperkenalkannya kepada umum, mempengaruhi mereka ke arah gaya hidup sihat dengan makanan tambahan dan juga memastikan mereka menggunakan produk Shaklee.

Semakin banyak perkongsian yang anda lakukan dengan orang, semakin tinggilah kemungkinan untuk mereka membeli dan menggunakan produk Shaklee. Jadi, sentiasalah berkongsi tentang Shaklee.

3) MEMBANTU MENAMBAH NILAI KE DALAM HIDUP ORANG LAIN
Bisnes Shaklee, sepertimana prinsip asasnya iaitu Networked Business, akan membolehkan anda menambah nilai ke dalam hidup orang lain dengan cara berkongsi kepakaran dan perkara-perkara yang anda tahu supaya ianya juga boleh dilakukan oleh orang lain.

Duplikasi adalah perkataan paling tepat untuk menggambarkan bisnes Shaklee. Apa yang anda buat sehingga berjaya, akan di ajar kepada orang lain. Dan mereka pula akan duplicate cara anda sehingga mereka juga berjaya.

Hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang sukses ini akan membuatkan anda terpaksa menerima conference point yang banyak!

-----------------------------------------------------------------------------------------
Jika saya sangat teruja dengan reward yang bakal kami nikmati ini, anda juga sepatutnya terus teruja untuk terus berjuang mendapatkan reward ke Italy. Ikut dan buat sahaja 3 tips yang saya dah kongsikan tadi.

Semoga perjalanan anda bersama Shaklee adalah antara kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup.

Jika anda teruja, tapi masih lagi belum mendaftar sebagai ahli Shaklee, hubungi saya untuk mendapatkan pelbagai informasi lanjut tentang bisnes Shaklee.

ORDER PRODUK SHAKLEE DI SINI.
ORDER VIVIX ANDA DI SINI


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head






Shaklee Reward : 6 Star National Trip ke Kota Kinabalu

Seronoknya tak terhingga bila dh tiba waktunya untuk kami terbang ke Kota Kinabalu pada hari Sabtu lepas. Saya entitle untuk mendapat 4 tiket, jadi dapatlah bawa suami dan dua orang anak saya bersama ke sana.

Shaklee National Trip







Seawal jam 5.45pagi kami bergerak dari rumah. Singgah sebentar untuk solat Subuh di R&R Dengkil dan sampai KLIA pada jam 7am. Terus mendaftar dan dapatkan tiket juga check in di sana.

Alhamdulillah cuaca baik dan perjalanan lancar sehinggalah kami mendarat di Airport Kota Kinabalu. Disana kami di sambut dengan meriah oleh staf Shaklee dan kru majlis, siap dikalungkan dengan kalungan manik yang tertulis perkataan Shaklee.






Kami terus dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Bermula lah episod makan seafood kami disana. Selesai lunch kami dibawa ke Muzium Sabah sementara menunggu bilik hotel ready untuk kami check in.


Tempat penginapan kami disana adalah di The Pacific Sutera Hotel. Lihat sahaja view dari bilik kami ni.



What a nice view. Terbentang luas pemandangan lautan dan gunung ciptaan hebat Allah utk dinikmati..Juga pemandangan dijeti penuh bot mewah. Alhamdulillah..dpt connecting room dekat sini. Adalah privacy utk ai & suami..hahaha..Tak sia sia usaha keras kumpul point trip ni cycle lepas.

Petang hari pertama santai untuk aktiviti bebas bersama keluarga atau kawan-kawan. Saya sempat bawa anak-anak ke swimming pool sebab memang itulah antara tempat wajib pergi kanak-kanak ini. :)


En Victor Lim selaku GM Shaklee Malaysia sedang menyampaikan welcome speech kepada semua leader Shaklee yang telah berkerja keras sepanjan cycle lepas untuk menaikkan sales Shaklee dan membimbing semua downline didalam organisasi masing-masing. Seriously, mendidik dan menduplicate anak-anak Shaklee memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi dari setiap leader. 

Bersama business leader dari group Lady&Boss
Dan taraaaa.. ini dia hidangan sepanjang malam tersebut.


Siput tarik adalah hidangan terakhir yang dihidangkan kepada kami. Waktu tu, perut sudah tak mampu lagi nak terima makanan. Kekenyangan!

Next activity adalah aktiviti di Pulau Manukan. Entah berapa bot yang digunakan oleh pihak Shaklee untuk membawa kami kesana. Untuk pengetahun, seramai 190 orang 'qualifier' berada di sana tempoh hari. Sangat ramai, kan?


Gambar di atas, saya bersama dengan Presidential Master Shareeza (Cery Mamafaiz) yang merupakan pengasas kepada group Jutawan. Sepanjang berada disana banyak juga kesempatan saya dapat untuk berborak-borak dengan beliau. Semoga aura Presidential Master terus mengelilingi saya agar saya juga dapat jadi seorang leader yang hebat seperti beliau tak lama lagi.


Gambar bersama dengan suami tak tak henti-henti menyokong dan membantu saya dalam bisnes Shaklee ini. Tanpa beliau, mungkin saya belum dapat pergi jauh seperti hari ini.

Di Pulau Manukan, antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka mengikut kumpulan, acara sea game seperti banana boat, flying fish dan snorkeling. Selebihnya aktiviti bebas.
Sempat juga la dapat sunburn dek cuaca yang panas di sana. 

Kami bergerak pulang ke hotel semula pada pukul 3petang. Berehat dan bersedia untuk 70's Flashback Diner pula. 



Tak sangka sangat GM Shaklee pandai menari hihih.. Tengok aje lah gambar beliau berbaju putih ala Elvis ni. :) 

Dan plg best dalam ucapan dr President Shaklee Mr Bradford ketika diner malam itu, beliau ada mention nama PM Cery sebagai acknowledgement akan kejayaan team Jutawan dalam meningkatkan jualan Shaklee Malaysia. Bravoooo!

Acara terakhir sebelum balik adalah shopping di Pasar Filipin. Cuma masa yang diperuntukkan terlalu sekejap. Jadi tak sempatlah saya nak membelek mutiara yang cantik-cantik yang dijual disana. Hanya sempat beli udang dan ikan kering saja.

Overall, pengalaman berjalan kali ini sangat menarik. Pertama sekali tentunya kerana ianya adalah 6 Star Trip, layanan tip top dan tempat penginapan memang terbaik. Keduanya, ia dihadiri oleh business leader yang mempunyai aura masing-masing yang kuat. Untuk berjaya kita perlu selalu bergaul dengan orang yang berjaya. jadi di majlis seperti inilah kami berpeluang beramah mesra dan bertukar-tukar insight tentang bisnes Shaklee. 

Baru pulang sehari, sudah rindu sama KK. Insya allah, saya merancang untuk datang lagi bersama keluarga pula. Next trip, saya akan pastikan saya akan bersama anak didik RichFamily untuk pergi trip anjuran Shaklee ini.



Success Story Sharing : Senior Coordinator dan Car Bonus Achiever

Assalamualaikum & selamat pagi.

Bertemu lagi dalam sesi Success Story Sharing bersama saya dan bisnes Shaklee.
Alhamdulillah, baru semalam saya check mailbox dan Shaklee Today Volume 1, 2013 dah sampai kt rumah. Excited sebab gambar saya dan suami featured lagi dalam majalah Shaklee Today ni. Happy sangat walaupun hanya gambar kecil sahaja.

So untuk Volume 1 2013, kami featured dalam reward untuk Senior Coordinator dan Car Bonus Achiever. 

Untuk rank Senior Coordinator, saya perlu mendidik dan memastikan sekurang-kurangnya 4 orang 'anak' dibawah saya mencapai rank Supervisor. Alhamdulillah, kini terdapat lebih dari 100 orang didalam group saya, dan saya akan bimbing mereka sehabis baik untuk sama sama berjaya dalam bisnes Shaklee. Seronok rasanya bila 'anak-cucu' Shaklee saya mula mencapai impian income 4 angka mereka.

Bisnes Shaklee bersama Lydzar

Car Bonus Achiever. 
Untuk makluman, jangan silap paham :)
Car Bonus dari Shaklee ni, bukanlah dapat sebiji kereta BMW atau Mercedes seperti tanggapan ramai orang tentang hadiah kereta dalam bisnes MLM ni. Tapi Shaklee berikan kami sejumlah wang sebagai elaun berdasarkan 'fleet programme' yang perlu kami penuhi.
Elaun pertama saya pada bulan November berjumlah RM1100. Dan setiap bulan ia meningkat berdasarkan jualan (sale) yang saya lakukan.

So dengan elaun ni actually, terpulang pada kita nak beli apa. Nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli emas, nak beli apa-apa sahaja yang kita suka, atau nak simpan pun boleh. Terpulang kerana Shaklee berikannya dalam bentuk 'cash bonus'.

Alhamdulillah, saya mampu membayar ansuran rumah baru dan kereta kecil saya dengan elaun yang Shaklee berikan ni.
 

Kalau nak tahu berapa anggaran pendapatan distributor Shaklee, boleh refer gambar dalam entry ini.

Dan syukur, kini dah ada 11orang Master Coordinator dalam group Jutawan Muslimah kami. Dengan aura dan support group yang begitu, saya yakin saya akan pergi lebih jauh dan mencapai kejayaan yang gemilang dengan Shaklee.

Jika anda berminat untuk mencari side income dengan Shaklee, hubungi saya k. Saya bersedia untuk membantu anda mencapai impian. Apepun saya hanya bertugas sebagai mentor, dan kejayaan sebenar adalah dari titik peluh dan usaha anda sendiri :)

Salam kejayaan dari saya untuk semua :)




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head