Waktu Terbaik Makan Vitamin Agar Dapat Rasa Kesan Optimum

 Credit to : Wondermum

"Bila nak makan vitamin C ni?"
"B-Complex ni kena ambil lepas makan ye?"
Boleh ke nak makan Alfalfa sebelum tido?"

Ha...inilah antara soalan soalan yg popular sejak saya menjadi mengedar dan pembekal rasmi vitamin dan supplement Shaklee ni ye...Ya saya juga seperti anda dulu...masa awal-awal nak makan vitamin, pasti akan teragak-agak...bila nak makan itu, nak makan ini...minum ESP lagi...hendak lagi klau Set B-Breastfeeding yang ada 4 jenis vitamin...tak kan nak telan semua skali kan? kan?

Jadi, bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? 

Sebelum membaca info lanjut dari entry ini, saya nak ajak anda semua tonton video ini dahulu. Bagaimana ibu ini berdepan dengan cabaran susukan anak pra matang. Alhamdulillah, dengan panduan pengambilan vitamin yang betul, beliau berjaya berdepan dengan hari-hari sukar tersebut.

Sebab tu lah anda kena tengok dulu. Baru lah nanti kuat semangat nak makan vitamin dengan konsisten mengikut dose dan aturannya. Check it out!


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?

Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam.
(Selepas makan malam) bagi memudahkan. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur). 

Tapi, tak semua ingat nak telan vitamin pada waktu malam ye....(termasuklah saya)...sebab contohnya, bila nak tidurkan anak, pasti saya akan tertidur sekali...



Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.




JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Bagi memudahkan panduan kebanyakan pelanggan Wondermum, kami mencadangkan waktu pengambilan vitamin dan supplemen Shaklee seperti dalam ENTRY ini:

WaktuCadangan Pengambilan
Pagi  B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi  ESP
Tengah Hari  Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang   ESP
Makan Malam Lecithin/Kalsium/Vitamin E
SupplementCadangan Pengambilan
Zinc Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.

Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..

Selamat mencuba!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

3 comments:

  1. Assalamualaikum....boleh saya share article ni kat blog saya tak? ( ^ _ ^ )

    www.dshareza.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wow.. ni artikel lame saye ni.. web
    Wondermum dah tukar baru.. banyak artikel yg dah x de.. kene pos balik artikel lame2.. termasuklah artikel yg penting ni.. hehe :)

    @wondermumshop (http://wondermum.my)

    ReplyDelete