Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.
KOMPLIKASI
Angin ahmar ( stroke ).
Serangan jantung.
Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
Kegagalan buah pinggang.
SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
Keturunan.
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
Merokok.
Pengambilan berlebihan alkohol, garam.
Kegemukan, kurang senaman.
Stres yang berlebihan.
Diabetes.
Penyakit buah pinggang.
Penyakit adrenal.
Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.
LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Berhenti merokok.
Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
Kurangkan pengambilan garam.
Bersenamlah selalu.
Kurangkan stres atau tekanan.
Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.
PETUA MENCEGAH
Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
Jangan merokok
Jauhi alkohol.
Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.
Apa yang saya boleh syorkan sebagai langkah pencegahan dari awal ialah mengambil supplemen/makanan tambahan iaitu Fiber Unflavored.
Menyokong Kesihatan Jantung dan Fungsi Usus yang sihat
Serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa sangat kaya dengan Vitamin C dan sesuai dibancuh dengan jus buah-buahan, susu dan minuman yang lain.
Serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa sangat kaya dengan Vitamin C dan sesuai dibancuh dengan jus buah-buahan, susu dan minuman yang lain.
- Setiap hidangan mengandungi 4 g serat larut air
- Memperbaiki kesihatan jantung*
Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 0123103787 atau email ke lydzar@gmail.com.