Vitamin dan pengambilan air.

Untuk menjawab persoalan kenapa perlunya minum air ber'gelen-gelen' apabila makan vitamin.


Vitamin dan mineral bukanlah ubat. Vitamin dan mineral juga bukanlah merupakan sumber tenaga. Tetapi ianya diperlukan untuk mengekalkan paras kesihatan kita semua. Kekurangan vitamin dan mineral sudah tentu akan memberi kesan berbahaya kepada anda terutamanya jika anda adalah seorang yang menjalankan gaya hidup yang aktif
(eg: bersukan, bekerja dalam keadaan yg stress dan padat)

Walaubagaimana pun, jika anda adalah seorang  yg menjaga pemakanan, mendapatkan makanan seimbang mengikut piramid makanan, tidak makan banyak makanan yang diproses sudah pasti keperluan vitamin dan mineral melalui pemakanan suplemen adalah kurang. Anda boleh terus fokus pada gaya hidup sihat yang anda jalani sekarang.


Air



Jika anda adalah pengamal suplemen, maka air wajib menjadi teman baik anda. 

Air adalah penting kerana ia membantu untuk mengawal suhu badan anda (melalui perpeluhan), dan ia membentuk 82% daripada darah dan menentukan kelikatan. Air juga disimpan dengan menggunakan glikogen di otot-otot anda, jadi jika anda tidak minum air yang mencukupi badan anda tidak akan mampu untuk menyimpan tenaga.  

Pengambilan air yang tinggi juga akan membantu badan anda untuk mengawal selia toksin dan menjaga kesihatan kulit anda. Penyah-hidratan boleh membawa kepada prestasi yang lemah, tetapi penghidratan yang berlebihan juga berbahaya.

Anda memerlukan kira-kira 1 liter air bagi setiap 1000 kkal yang anda makan pada waktu siang (ini adalah pengambilan air asas anda, anda perlu tambahan apabila anda bersenam). Anda juga perlu lebih dalam cuaca panas atau lembap. Ini bermakna bahawa jika anda mempunyai pengambilan kalori harian 3000 kcal, anda perlu minum lebih kurang 3 liter air setiap hari.
Mulai sekarang, cuba amalkan, sebaik sahaja anda bangun tidur, minumlah segelas air dan minumlah air secara sedikit-sedikit sepanjang hari. Disarankan anda membawa sebotol air 1liter kemana-mana sahaja anda berada.


Minuman berikut adalah bersifat diuretik - mereka membuat anda membuang air kecil dan meningkatkan jumlah air yang anda perlukan:
   
:: Kopi dan teh
   
:: Berkafein sebagai contoh minuman ringan (soft drink) cola
   
:: Mnuman beralkohol
Jika anda adalah penggemar minuman tersebut, anda perlu target supaya minum air kosong sekurang-kurangnya dalam kuantiti yang sama dgn minuman bersifat deuratik ini. Sebagai contoh, jika anda minum 350ml Coke, cuba minum air kosong sebanyak 350ml juga.



sumber info : Running for Fitness


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head