• Pengedar By Negeri
  • Makronutrien dan Mikronutrien

    Anda suka makan? Adakah anda makan segala yang anda suka tanpa membataskan jenis-jenis makanan?
    Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, tentunya kita akan cuba untuk merasa semua jenis makanan tanpa mengambil kira perlu atau tidaknya makanan tersebut bagi badan kita.

    Hari ini saya nk berkongsi tentang MAKRONUTRIEN dan MIKRONUTRIEN.

    sumber informasi : VitaminSemulajadi

    Makanan membekalkan kita nutrien untuk membina tubuh, serta tenaga untuk bergerak. Nutrien ni terbahagi kepada 2: makronutrien dan mikronutrien.

    Makronutrien adalah makanan utama yang membina tubuh dan membekalkan tenaga. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu lemak, protin dan karbohidrat.



    Mikronutrien ialah komponen yang diperlukan untuk makronutrien tadi berfungsi dengan baik. Mikronutrien ialah vitamin dan mineral.





    Tubuh kita memerlukan kedua-duanya. Makronutrien protin membina sel tubuh kita dan mikronutrien meneguhkan dan melancarkan prosesnya dengan satu mekanisma dinamakan metabolisma.


    Tubuh kita memerlukan tenaga bukan saja untuk bergerak tapi juga untuk fungsi organ, misalnya jantung untuk berdegup, hemoglobin mengangkut oksigen, paru-paru untuk mengembang semasa bernafas dan sebagainya.

    Jadi dalam pemakanan seharian kita, kita perlu pertimbangkan kedua-duanya dalam diet kita. Boleh jika mahu makan Nasi Lemak Ayam, tp jangan pula abaikan keperluan mikronutrien anda ye.