"Kak, pekatnya susu ni. Nampak macam susu formula je"
Tersenyum saya mendengarnya.
Warna susu ibu jika dilihat dengan teliti, sebenarnya berbeza. Ada dua kategori warna iaitu putih yang cair dan putih yang pekat. Biasanya istilah foremilk-susu awal dan hindmilk-susu akhir digunakan.
Biasanya foremilk-susu awal kelihatan lebih cair kerana kandungan air yang lebih berbanding lemak semasa permulaan penyusuan. Kandungan air yg tinggi berfungsi utk melegakan dahaga si bayi. Setelah beberapa minit penyusuan, barulah hindmilk- susu akhir akan keluar. Hindmilk mengandungi lebih lemak, dan kerana itulah warnanya kelihatan lebih pekat.
Khasiat lemak pada hindmilk ini yang berfungsi untuk mengenyangkan si bayi dan diperlukan untuk pembesaran bayi. Oleh itu, untuk penyusuan yang efisyen, bayi perlu disusukan sehingga lebih kurang 15-20minit bagi setiap payudara supaya dia mendapat khasiat keseluruhan susu ibu.
Berbalik kepada susu perahan yang saya simpan tadi, saya telah mencampurkan foremilk dan hindmilk dalam satu botol. Tentunya warna susu akan kelihatan lebih pekat. Dan pastinya ia adalah hasil daripada bekalan nutrien yang terkandung didalamnya kerana pengambilan vitamin secara konsisten.
Saya tak boleh menafikan fakta ini, kerana semasa menyusukan anak pertama dan kedua saya tidak mengamalkan apa-apa makanan kesihatan. Susu perahan saya kelihatan cair sahaja walaupon foremilk dan hindmilk telah dicampurkan. Tapi utk bayi ketiga, saya mengamalkan pemakanan suplemen secara disiplin dan saya memang nampak perbezaan yang ketara.
Nak tau, apa yang saya makan untuk mendapatkan susu yang pekat tadi? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ye!
HAPPY BREASTFEEDING !!
Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan vitamin!
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
|
Contact me: lydzar humble_head