Antioksidan Vs Radikal Bebas

Pertanyaan seseorang tentang fibroid dan cyst yang berulang (recurrent) membuatkan saya come out dengan entry ini. Tahukah anda apakah faktor utama kejadian berulang ini (recurrent cyst/fibroid)? Ianya sangat berkait rapat dengan radikal bebas. Cyst yang telah dibuang 4 tahun yang lalu boleh kembali membesar didalam tubuh seorang kenalan alam maya saya. Risaunya dia sebab dia merancang untuk kembali mengandung. Bila cyst kembali membesar, memang dia sangat susah hati.

Saya kongsikan maklumat tentang radikal bebas yang ditulis secara 'bahasa mudah paham' dari MommyLyna.

Apakah radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul oksigen yang kehilangan satu elektron, terhasil dari proses-proses semulajadi badan, dan juga akibat faktor luar seperti pencemaran, radiasi, stress dan sebagainya.

Setiap sel tubuh kita menjalankan metabolisma masing-masing, seperti sebuah kereta yang perlu diisi minyak dan membebaskan gas melalui ekzos. Ekzos dari proses inilah radikal bebas yang dimaksudkan. Namun radikal bebas dari proses ni tak bahaya kerana ia distabilkan semula oleh anti oksidan semulajadi tubuh.

Masalahnya, sekarang terlalu banyak radikal bebas hasil dari benda-benda lain yang terhasil dalam tubuh.





Apa yang tak bagusnya radikal bebas ni?

Ia adalah umpama sekumpulan penyamun yang ketiadaan satu benda dan mencuri benda itu dari orang lain. Begitulah radikal bebas yang tidak mempunyai satu elektron, lalu ia mencuri elektron dari molekul lain dalam tubuh kita bagi menjadikannya molekul oksigen yang stabil.

Hal ini menyebabkan 'mangsa' kehilangan elektron dirinya, menjadi tidak stabil dan rosak. Maka bermulalah kerosakan pada sel, tisu, enzim, malah ia mengakibatkan lipoprotin LDL teroksida dalam salur darah.

Maka di sinilah kita perlukan antioksidan sebagai pengaman.. Antioksidan menstabilkan radikal bebas tadi dengan memberinya satu elektron agar ia tak mengganggu molekul-molekul lain.




Jadi sel badan kita kembali sihat dan bebas dari ancaman radikal bebas.

Dikatakan bahawa penyakit seperti kanser dan kesan proses penuaan berlaku kerana kewujudan radikal bebas ni.

Jom sihat, jom antioksidan!

**antioksidan Shaklee - Carotomax, Vita C, Vita E, Vivix.

credit : VitaminSemulajadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head