BAGAIMANA MENJAYAKAN PENYUSUAN LENGKAP (FULLY BREASTFEED)2 TAHUN

Penyusuan lengkap selama dua tahun, BAGAIMANA?

Ini juga adalah misi saya. Misi penyusuan dah dah berjaya mencecah 1 tahun 3bulan. Ada lagi lebih kurang 9 bulan untuk melengkapkannya. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, dan Dia terus memberikan saya semangat yang cekal untuk berjaya. Insya Allah.

233. Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan. (Al Baqarah 233)

Berbalik kepada topik hari ini, BAGAIMANA MENJAYAKAN PENYUSUAN 2 TAHUN ?


Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai 2 tahun. 

Alhamdulillah, semakin ramai ibu yang sedang berusaha ke arah penyusuan lengkap selama 2 tahun ini.
Bagi yang telah melepasinya, TAHNIAH dan tepukan gemuruh saya berikan kepada ibu.

Tapi bagaimana pula dengan ibu-ibu yang sedang berjuang? TERUSKAN USAHA anda dengan azam, yakin dan tekad ianya dipermudahkan Allah. Saya juga masih dalam kategori sedang berjuang seperti kalian semua.

Jadi hari ni saya nak sharekan sedikit panduan tentang BAGAIMANA untuk mencapai matlamat penyusuan lengkap selama 2 tahun.

Pertama : Tetapkan matlamat - jangka pendek dan jangka panjang. 



Para ibu pasti sudah tau akan kebaikan tak ternilai oleh susu ibu ini kan? Jadi tetapkan matlamat jangka pendek iaitu 6bulan pertama utk menyusukan bayi anda. 6bulan bukan satu tempoh yang lama jika kita bersungguh-sungguh. Dah tolak cuti maternity selama 2 bulan (mungkin ada juga yg cuti selama 3 bulan). Menyusukan anak dirumah adalah sangat mudah berbanding bila dah mula bekerja nnt.

Dan apabila sudah lepas fasa pertama, boleh target utk 12 bulan, 18 bulan seterusnya 24bulan (2 tahun)

Lengkapkan peralatan yg perlu untuk anda bawa ketika sudah mula bekerja. Breastpump, botol simpanan, cooler bag dan icepack antara yg diperlukan nanti. Jika anda pandai menggunakan Marmet, ada bilik penyusuan dan peti ais di opis, tentunya ini akan lebih memudahkan perjalanan penyusuan anda.

Disiplin mengepam ketika di opis. 3 jam sekali adalah rules yang perlu anda patuhi supaya dapat mengekalkan rangsangan yang diperlukan utk badan menghasilkan susu secara berterusan.

Kedua : Tabah menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang jalan

Salah satu cabaran : Botol EBM jatuh dan pecah, EBM tak dapat digunakan lagi
Anda ibu berhati waja. Sekali anda membuat keputusan untuk menyusukan anak anda secara penuh, anda perlu bersedia dengan segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Cabaran boleh datang dalam pelbagai bentuk. Persepsi orang sekeliling yang tidak menyokong niat murni anda. anak tak mau menyusu terus dari botol atau payudara, susu merudum ketika anda period, perlu berjauhan dengan anak (outstation), kejadian blackout yang menyebabkan stok susu anda cair dan sebagainya lagi. Ohh lagi satu, perasaan MALAS mengepam tiba-tiba datang juga adalah satu cabaran besar.

Apa pun juga cabaran yang menjelma, ia adalah satu penanda aras betapa bersungguhnya anda untuk menyusukan anak. Cara atasi segala cabaran ni pelbagai bergantung kepada situasi yang anda alami. Saya boleh syorkan pengambilan Set Breastfeeding (mengikut keperluan anda) bagi masalah yang berkaitan supply susu seperti susu merudum dan usaha untuk re-stock semula susu yang semakin berkurangan.

Cadangan Set Penyusuan mengikut keperluan anda : BACA SINI

Ketiga : Berdoa dan bertawakal setelah berusaha

Bsgi yg Islam, berdoalah kepada Yang Maha Memberi. Bagi menambah dan memperbanyakkan susu ibu marilah amalkan doa ini. Semoga diperkenankanNya

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah.

BERUSAHALAH !!
------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced
.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123583424
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head