credit : Vitaminsemulajadi.net
Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.
Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.
Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..
Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.
Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bial dicat baru, kereta kita cantik kembali.
- Pening
- Mual
- Badan panas
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit pinggang
- Mengantuk
- Muntah-muntah
- Berpinar-pinar
- Ulser
- Rasa tak larat
- Emosi terganggu
Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.
Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:
- Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
- Cuba untuk berehat dan bertenang
- Bersabar
- Berdoa agar dipermudahkan