Tip Badan Kekal Segar dan Bertenaga Ketika Puasa

1) BERSAHUR DAN BERBUKALAH DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG.

 Makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10-20% protein, 20-30% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses pembuangan air besar.


2) BANYAK MINUM AIR KOSONG KETIKA SAHUR DAN SEPANJANG MALAM

Amalkan minum banyak air kosong walaupon sedang berpuasa. Minumlah 3 gelas air ketika bersahur dan 5gelas air bermula dari waktu berbuka sehingga sebelum anda tidur.


3) PILIH MENU YANG BOLEH MENAIKKAN KADAR GULA DALAM DARAH DENGAN SEGERA

Menu yang boleh dipilih ketika berpuasa ialah makanan atau minuman yang manis seperti kurma. Makanan manis mempunyai karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dengan cepat didalam darah yang turun akibat berpuasa selama 14jam. Selepas melaksanakan solat Magrib, anda boleh mengambil makanan sihat lengkat yang seimbang iaitu nasi, ikan, daging, tauhu, tempe dan sayur-sayuran.


4) JANGAN TINGGALKAN SAHUR
Bentuk hidangan sahur adalah sama seperti berbuka puasa. Namun ambillah dalam kuantiti yang lebih kecil. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yangbaik membuatkan puasa anda lebih mudah. Makanan yang berprotein tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan kita tidak mudah lapar.

Sumber : Majalah iSihat Julai 2012.

Dan saya pula pastinya memilih untuk bersahur bersama-sama dengan Set Triple Gem yag lengkap (selain menu sahur saya) dgn kandungan protin juga vitamin dan mineral agar kekal segar dan bertenaga sepanjang berpuasa nanti. 



  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head