[MOTIVASI ] : JANGAN TUNGGU

Benar, salah satu masalah seseorang yang mahu berjaya ialah dia menunggu masa yang sesuai untuk memulakan langkah pertama.

Dari segi bisnes Shaklee, dah berkali-kali juga beberapa orang rakan menyuarakan hasrat nak mulakan langkah, tapi masih juga tak bergerak, masih juga di takuk yang lama. Alasan anak-anak masih kecil, bebanan kerja di pejabat, tiada modal yang besar, kekangan masa, tak mampu berjaga malam dan pelbagai alasan lagi diberikan. 'Comfort zone' yang sangat sukar untuk ditinggalkan.

Sebenarnya sikap menunggu begini tidak membawa banyak perkara positif pada kehidupan kita. Menunggu dan menunggu sehingga bertahun tahun masa terbuang tanpa satu keputusan yang tegas untuk membawa dan merubah masa depan kita.

Jom ikuti sedikit kata motivasi daripada page Ustaz Don.
JANGAN MENUNGGU....

✔ Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

✔ Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu akan semakin kaya.

✔ Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga! Maka kamu akan dipedulikan.

✔ Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.

✔ Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah, maka rezeki akan menunggumu.

✔ Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

✔ Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

✔ Jangan menunggu berjaya baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

✔ Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti akan lebih bersemangat !

~ Suami Isteri Bahagia

Ternyata bila kita ada prinsip 'Just Do It' dan tidak menunggu, lebih banyak perkara boleh dilaksanakan walaupun belum 100% berjaya.