Alhamdulillah, hari ni dah pun 13 Syawal. Indahnya Syawal jika kita teruskan beramal ibadat dengan mengerjakan puasa sunat Syawal selepas pesta ibadah di bulan Ramadhan. Dan ibadat ini cukup dikenali sebagai Puasa Enam, jom kita baca fadhilat dan kelebihan Puasa Enam.
Definisi Serta Fadhilat Puasa EnamPuasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.
Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”
(Hadits Riwayat Imam Muslim)
Niat Puasa Sunat Syawal :
“Sahaja aku berpuasa sunat bulan Syawal kerana Allah swt “.
Kebiasaannya bagi golongan ibu kami, mereka akan mula berpuasa seawal hari kedua Syawal. Alhamdulillah. Cepat atau lambat bermula, semoga kita semua sempat mengejar pahala Puasa Enam ini.
Jom sambung bacaan tentang Isu Gabung Sunat & Qadha Puasa di blog
Ustaz Zaharuddin
Bagi yang dah mula berpuasa (sunat atau ganti), saya ucapkan selamat beramal ibadat, selamat bersahur, selamat berbuka.
Semoga amal ibadat kita diterima Allah. Insya Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Owh ye, kita juga boleh amalkan rutin sahur dan berbuka yang sama ketika puasa Ramadhan untuk Puasa Enam ini.
Rutin saya waktu bersahur, ambil 2 sudu ESP dicampurkan dengan 1 sudu Performance. Sesekali saya selangkan menu minuman dengan Cinch Shake perisa Coklat.
Dan untuk berbuka puasa, saya suka sangat bancuh Cinch Tea dengan Performance Drink. Memang puas hati dengan tahap kesihatan dan kecergasan saya sepanjang Ramadhan yang lepas. :)
Inginkan info lanjut tentang produk dan rutin puasa saya, hubungi saya melalui info dibawah. Boleh saya sharekan secara terus dengan anda,
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Contact me: lydzar
humble_head
|
Latest post: Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tahu tentang risiko turun berat drastik, Puan Yani Suhainie dah pun dapat berat badan idealnya.
Hanya dengan Afalfa dan Lecithin. Me...
|
|
Like · Comment · Share |