• Pengedar By Negeri
  • Shaklee Global Conference : Sekilas Tentang ORLANDO

    Jom sambung lagi baca cerita saya tentang trip Orlando. Masih teruja. Masih terasa fresh saja semua event dan aktiviti kami dekat sana


    Perjalanan kami memang panjang. Bayangkan dari airport KLIA selama 7jam, kami transit ke Dubai. Transit selama 4jam. Dan dari Dubai sambung perjalanan ke Florida selama 16jam. Whoa memang berkematu jugalah duduk dalam kapal terbang tu.

    Nasib baik juga ada wifi dalam penerbangan Emirates tu. Hanya dengan langganan sebanyak 1USD kami dapat menikmati Internet sebanyak 500mb sehinggalah kami tiba di airport Orlando.

    Banyak yang dapat kami lakukan dalam masa tersebut termasuklah sharing tentant produk Shaklee dan bercoaching dengan businesspartners di Malaysia.

     Selesai urusan di Imegresen di airport Orlando, kami tidak dapat terus check in hotel di Gaylord Resort sebab waktu check in disini hanya pada jam 4 petang, jadi kami dibawa ke Halal Dining Hall yang disediakan khas untuk rombongan kami dulu dan seterusnya keluar untuk sightseeing dan shopping

    Waaaa baru sampai dah shopping!
    kena isi borang declaration dulu sebelum melepasi pihak kastam dan imegresen Orlando

    Menu ala detox je kan. Lengkap dengan salad dan daging grilled

    ORLANDO, terasa seperti di rumah.

    Sebab apa saya kata macam tu? Sebab Orlando ada banyak pokok. Awannya berkepul kepul. Ada banyak tasik. Matahari yang terang dan terik. Sebiji suasana di Malaysia. Terus hilang sekejap rindu di dada yang mula bertandang.

    TAHUKAH ANDA, ORLANDO ADALAH;

    * tempat yang ada banyak paya kerana mereka memelihara alligator

     *tempat asal minuman tenaga Gatorade


    Dan hotel tempat kami menginap pula memang selamba saja bela alligator di dalam kolam khas mereka. Visitor pun boleh tengok alligator ni berehat rehat santai. Menarik!



    Orlando kerapkali menjadi lokasi untuk event dan conference pelbagai syarikat di musim panas (summer). Dan memang mereka menjana ekonomi melalui bidang pelancongan dengan adanya Universal Studio, Disneyland ( ada 4 taman tema Disney yang unik di sini), Space Centre, 4 premium outlet dan lokasi makan makan yang pelbagai untuk para pengunjung yang datang ke sini.

    Sebenarnya tak puas lagi ronda ronda Orlando. Banyak lagi tempat tak sempat explore. Apa pun sangat seronok dapat peluang menghadiri Global Conference Shaklee disini pada tahun ini.

    Antara tempat yang sempat kami lawati ialah Kennedy Space Centre, Walt Disney Epcot, Vineland Premium Outlet, Disney Spring dan diner di restoran Medeival yang unik. Boleh ikuti lebih banyak gambar saya dan rakan rakan di laman FB saya ( search saja FB Lydzar dan cari album "Mak mak cun ke Orlando.


    Hayati kisah angkasawan dan outer space di sini

    Mengembara ke beberapa buah negara melalui "Soaring" di Walt Disney Epcot




    Insya Allah, next entry saya cerita tentang conference pulak.

    By the way, gambar pertama di atas tu adalah isi di dalam Conference Pack kami. Ada tag, wristlet, pillbox dan sample produk percuma.


    Mahu trip travel bertaraf 6bintang tajaan sepenuhnya dari pihak Shaklee? Alami keseronokan travel gaya mewah dan berkunjung ke tempat tempat yang kita tak sanggup nak bayar dengan duit sendiri.

    Jom sign up sebagai ahli Shaklee bersama kami dan belajar cara cara untuk dapatkan trip dan percutian mewah ini.

    Hubungi saya untuk info lebih lanjut.

    Mentor Bisnes Shaklee
    Lydzar Rusman
    013 3583424
    Shah Alam