Bagi orang biasa, luka sekecil itu tidak mengapa, namum ia umpama mimpi ngeri bagi Pakcik Hadi dan isterinya Makcik Hasnah. Mengapa?
Kerana Pakcik Hadi adalah salah seorang pesakit Diabetis tahap 2. Jika mana-mana bahagian tubuhnya luka, ia akan ambil masa yang sangat panjang untuk sembuh. Sejak terjatuh, Pakcik Hadi semakin berhati-hati dengan pilihan makanannya supaya keadaan tidak melarat.
Pakcik Hadi minta MakCik Hasnah benar-benar patuh pada Tips Kawal Pengambilan Gula ini agar kadar diabetisnya tidak menjadi-jadi. Bagus juga Pakcik Hadi ni rupanya, DISIPLIN!
Tips Kawal Pengambilan Gula Bagi Pesakit Diabetes
- Tukar pengambilan gula putih kepada gula perang
- Kurangkan makanan dan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi
- Kurangkan makanan yang diproses kerana kebanyakan makanan ini mempunya kadar gula yang tinggi
- Kurangkan jumlah penggunaan gula, susu pekat, atau krimer
- Minum air tanpa gula ketika makan di luar rumah (dine out)
- Baca dan perhatikan label pada bungkusan makanan
- Gantikan makanan seperti biskut dan makanan ringan kepada buah-buahan segar.
Sebenarnya Pakcik Hadi terkesan sangat dengan berita kematian sahabat baiknya baru-baru ini.
Sakit Diabetis yang ditanggung oleh arwah Pakcik Kamal adalah punca utama kematiannya. Arwah meninggal akibat komplikasi buah pinggang yang menyebabkan kegagalan fungsinya secara total.
Bermula dengan penglihatan yang semakin merosot, sering berasa kebas-kebas, dan tidak ketinggalan luka yang sangat lambat sembuh. Tanda-tanda 'warning' ini kerapkali diceritakan kepada Pakcik Hadi. Memang masih terngiang-ngiang di telinga Pakcik Hadi.
Sebab itu bila keputusan 'health check up' Pakcik Hadi keluar, beliau sangat runsing dan sebolehnya mahu mengawal sakit Diabetis yang sedang ditanggungnya sekarang.
Insya ALLAH, bermula dari asas, jika Pakcik Hadi berjaya disiplinkan diri mengawal paras gula yang diambilnya, Doktor pun yakin yang Pakcik Hadi akan dapat mengawal diri daripada terkena simptom-simptom Diabetes yang lain.
Dan khas untuk anda yang membaca entry ini, jangan lupa berpesan-pesan kepada ibu, ayah, adik beradik, saudara mara atau rakan-rakan kita yang ada Diabetis, minta sangat mereka kawal pengambilan gula dari makanan mereka. Sebab padahnya memang datang tidak terduga dek akal kita.
Harap bermanfaat!
Sakit Diabetis yang ditanggung oleh arwah Pakcik Kamal adalah punca utama kematiannya. Arwah meninggal akibat komplikasi buah pinggang yang menyebabkan kegagalan fungsinya secara total.
Bermula dengan penglihatan yang semakin merosot, sering berasa kebas-kebas, dan tidak ketinggalan luka yang sangat lambat sembuh. Tanda-tanda 'warning' ini kerapkali diceritakan kepada Pakcik Hadi. Memang masih terngiang-ngiang di telinga Pakcik Hadi.
Penglihatan yang kabur menyukarkan arwah Pakck Kamal membuat kerja pejabat |