Pengalaman Ngeri Berpantang Bertukar Menjadi Indah Hingga Tak Kisah Jika Suami Suruh Beranak Lagi

Percaya atau tidak, memang bagi sesetengah wanita, tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat menyeksakan. Terseksa jiwa dan raga. Ada banyak sebab kenapa wanita-wanita ini berperasaan macam ini.

Suria, ibu muda yang baru sahaja melahirkan bayi pada 21 November 2014 yang lepas. Beliau memang sangat teruja, maklumlah doa beliau untuk bergelar ibu terus diperkenankan oleh ALLAH. Beliau hamil setelah 3bulan sah diakadkan dengan suaminya.

Tempoh kehamilan Suria memang sangat menggembirakan. Tanpa 'morning sickness', dilayan bak permaisuri oleh suami, semua makanan yang diidamkan dapat dimakan atas usaha suaminya. Memang seronoklah.


PENGALAMAN NGERI BERMULA


Segalanya bermula setelah Suria pulang ke rumah untuk menjalani tempoh berpantang. Di jaga oleh ibunya yang mementingkan adat berpantang secara tradisi.

Makanan dan minuman Suria di jaga rapi. Mandian herba dari daun-daun terpilih membuatkan badan Suria terasa segar. Selepas mandi, Suria diarahkan bertungku, berbengkung dan berstokin. 

Sebelum berbengkung, ibunya sediakan param dan pilis. Selepas makan, disediakan juga air akar kayu, katanya untuk memperbaiki dan memulihkan sistem dalaman Suria. Suria ikut saja nasihat ibu. Nak cepat sihat dan nak kembali ke bentuk asal sebelum mengandung lah katakan.

Cuma yang ngerinya, pada hari ketiga berpantang, Suria mula rasa tak selesa dengan badannya. Suria mula mengalami sembelit. Setiap kali datang perasaan nak membuang air besar, Suria akan tertekan. 

Takutnya jika dia terpaksa meneran extra. Takutnya jika jahitan episotomi terbukak. Takutnya rasa sakit. Memang NGERI untuk Suria fikirkan. Hinggakan Suria rasa, cukuplah sekali ini sahaja beliau lahirkan anak dan terpaksa tempuhi tempoh berpantang.

SEMBELIT KETIKA BERPANTANG


Saya kongsi sedikit fakta daripada laman web BabyCentre berkenaan sembelit ketika berpantang.
Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
  1. Anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  2. Anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  3. Anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  4. Anda mendapat jahitan.

KISAH SAYA BERPANTANG


Nasib saya baik sedikit lah daripada nasib Suria. Saya banyak juga buat research dan study tentang tempoh berpantang semasa sedang mengandung anak sulung. Apa lagi, memang saya gunakan betul-betul fungsi Google ketika itu.

Memang ada orang lama kata, orang zaman sekarang belajar dekat Internet, tak mahu dengar cakap orang tua.   Erkkk! Bagi saya simple je, mana yang baik kita ambil, mana yang tak sesuai, kita tinggalkan.

Antara input yang saya dapat dan saya ikut;

- Minum air secukupnya.
Kalau ikutkan orang lama berpantang, memang kena sukat pengambilan air. 
Oleh sebab saya memang berniat mahu menyusukan anak dengan susu badan, jadi saya memang ambil berat tentang pengambilan air. 

Ada juga saya ditegur, kenapa asyik minum. Saya hanya jelaskan yang saya dahaga sebab menyusukan anak, jadi saya perlu minum. Jadi mahu atau tidak, saya pastikan saya minum 2liter air dari pagi hingga ke malam.

-Makan makanan berkhasiat.

Mengikut cerita mak saya, orang lama biasanya hanya makan nasi putih dengan ikan kering / ikan masin bakar semasa berpantang. Nak makan ayam atau lauk-lauk lain, perlu tunggu sehingga beberapa minggu baru boleh. 

Nasib baiklah mak saya tak sediakan makanan macam itu untuk saya dan adik beradik perempuan yang lain ketika berpantang. Mak saya sediakan ikan masak singgang, ikan bakar, ikan lada hitam serta sayur sawi rebus. 

Oklah, sedap lah juga.

-Ambil buah-buahan.

Makan buah untuk khasiat seratnya. Buah oren antara pilihan yang paling kerap saya ambil. Itu pun tak boleh nak makan banyak-banyak sebab takut pedih perut. Jadi ambil secukupnya sahaja.

Sebenarnya ketika berpantang sendiri di Pulau Pinang pada tahun 2009 dulu, pernah jugalah terlajak makan nasi goreng dan charkuewteow, uishh memang sedapnya lah menu. Alhamdulillah, tiada apa-apa mudarat kepada tubuh saya dan anak ketika itu.

Bagi saya yang paling penting adalah kita mengambil air secukupnya dan ambil makanan berkhasiat ketika tempoh pemulihan selepas bersalin. Tak cukup air boleh 'dehydrate', tak cukup makan boleh effect susu badan.

Berpantang anak kedua sendiri ikut petua sendiri :P
Harap-harapnya nanti kalau Suria mengandung lagi, saya akan forwardkan info ini kepada beliau. Kesian betul sebab sekarang, memang Suria masih trauma berdepan tempoh berpantang. Lagipun anaknya kecil lagi, tentulah dia tak terfikir nak hamil lagi dalam masa terdekat.

Pengalaman Ngeri Berpantang Bertukar Menjadi Indah Hingga Tak Kisah Jika Suami Suruh Beranak Lagi

Eh! Sebelum saya akhiri entry ini, saya nak ajak pembaca semua dengar pengalaman berpantang Puan Khadeejah Hasmad. Beliau pun mengalami pengalaman yang memang tak best ketika berpantang anak pertama. Sangat berbeza pengalamannya berbanding berpantang anak kedua. 

Dan kini, rasanya beliau dah bersedia nak tempuh alam kehamilan lagi sekali.

 

Saya nasihatkan rakan-rakan ibu juga membuat sedikit research dan merancang bagaimana tempoh berpantang. Sama seperti proses kehamilan dan proses bersalin yang kita boleh rancang agar ianya menjadi detik-detik bahagia yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Saya doakan juga semua rakan-rakan ibu sihat selalu!