UA-56349233-1
Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Pengalaman Ngeri Berpantang Bertukar Menjadi Indah Hingga Tak Kisah Jika Suami Suruh Beranak Lagi

Percaya atau tidak, memang bagi sesetengah wanita, tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat menyeksakan. Terseksa jiwa dan raga. Ada banyak sebab kenapa wanita-wanita ini berperasaan macam ini.

Suria, ibu muda yang baru sahaja melahirkan bayi pada 21 November 2014 yang lepas. Beliau memang sangat teruja, maklumlah doa beliau untuk bergelar ibu terus diperkenankan oleh ALLAH. Beliau hamil setelah 3bulan sah diakadkan dengan suaminya.

Tempoh kehamilan Suria memang sangat menggembirakan. Tanpa 'morning sickness', dilayan bak permaisuri oleh suami, semua makanan yang diidamkan dapat dimakan atas usaha suaminya. Memang seronoklah.


PENGALAMAN NGERI BERMULA


Segalanya bermula setelah Suria pulang ke rumah untuk menjalani tempoh berpantang. Di jaga oleh ibunya yang mementingkan adat berpantang secara tradisi.

Makanan dan minuman Suria di jaga rapi. Mandian herba dari daun-daun terpilih membuatkan badan Suria terasa segar. Selepas mandi, Suria diarahkan bertungku, berbengkung dan berstokin. 

Sebelum berbengkung, ibunya sediakan param dan pilis. Selepas makan, disediakan juga air akar kayu, katanya untuk memperbaiki dan memulihkan sistem dalaman Suria. Suria ikut saja nasihat ibu. Nak cepat sihat dan nak kembali ke bentuk asal sebelum mengandung lah katakan.

Cuma yang ngerinya, pada hari ketiga berpantang, Suria mula rasa tak selesa dengan badannya. Suria mula mengalami sembelit. Setiap kali datang perasaan nak membuang air besar, Suria akan tertekan. 

Takutnya jika dia terpaksa meneran extra. Takutnya jika jahitan episotomi terbukak. Takutnya rasa sakit. Memang NGERI untuk Suria fikirkan. Hinggakan Suria rasa, cukuplah sekali ini sahaja beliau lahirkan anak dan terpaksa tempuhi tempoh berpantang.

SEMBELIT KETIKA BERPANTANG


Saya kongsi sedikit fakta daripada laman web BabyCentre berkenaan sembelit ketika berpantang.
Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
  1. Anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  2. Anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  3. Anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  4. Anda mendapat jahitan.

KISAH SAYA BERPANTANG


Nasib saya baik sedikit lah daripada nasib Suria. Saya banyak juga buat research dan study tentang tempoh berpantang semasa sedang mengandung anak sulung. Apa lagi, memang saya gunakan betul-betul fungsi Google ketika itu.

Memang ada orang lama kata, orang zaman sekarang belajar dekat Internet, tak mahu dengar cakap orang tua.   Erkkk! Bagi saya simple je, mana yang baik kita ambil, mana yang tak sesuai, kita tinggalkan.

Antara input yang saya dapat dan saya ikut;

- Minum air secukupnya.
Kalau ikutkan orang lama berpantang, memang kena sukat pengambilan air. 
Oleh sebab saya memang berniat mahu menyusukan anak dengan susu badan, jadi saya memang ambil berat tentang pengambilan air. 

Ada juga saya ditegur, kenapa asyik minum. Saya hanya jelaskan yang saya dahaga sebab menyusukan anak, jadi saya perlu minum. Jadi mahu atau tidak, saya pastikan saya minum 2liter air dari pagi hingga ke malam.

-Makan makanan berkhasiat.

Mengikut cerita mak saya, orang lama biasanya hanya makan nasi putih dengan ikan kering / ikan masin bakar semasa berpantang. Nak makan ayam atau lauk-lauk lain, perlu tunggu sehingga beberapa minggu baru boleh. 

Nasib baiklah mak saya tak sediakan makanan macam itu untuk saya dan adik beradik perempuan yang lain ketika berpantang. Mak saya sediakan ikan masak singgang, ikan bakar, ikan lada hitam serta sayur sawi rebus. 

Oklah, sedap lah juga.

-Ambil buah-buahan.

Makan buah untuk khasiat seratnya. Buah oren antara pilihan yang paling kerap saya ambil. Itu pun tak boleh nak makan banyak-banyak sebab takut pedih perut. Jadi ambil secukupnya sahaja.

Sebenarnya ketika berpantang sendiri di Pulau Pinang pada tahun 2009 dulu, pernah jugalah terlajak makan nasi goreng dan charkuewteow, uishh memang sedapnya lah menu. Alhamdulillah, tiada apa-apa mudarat kepada tubuh saya dan anak ketika itu.

Bagi saya yang paling penting adalah kita mengambil air secukupnya dan ambil makanan berkhasiat ketika tempoh pemulihan selepas bersalin. Tak cukup air boleh 'dehydrate', tak cukup makan boleh effect susu badan.

Berpantang anak kedua sendiri ikut petua sendiri :P
Harap-harapnya nanti kalau Suria mengandung lagi, saya akan forwardkan info ini kepada beliau. Kesian betul sebab sekarang, memang Suria masih trauma berdepan tempoh berpantang. Lagipun anaknya kecil lagi, tentulah dia tak terfikir nak hamil lagi dalam masa terdekat.

Pengalaman Ngeri Berpantang Bertukar Menjadi Indah Hingga Tak Kisah Jika Suami Suruh Beranak Lagi

Eh! Sebelum saya akhiri entry ini, saya nak ajak pembaca semua dengar pengalaman berpantang Puan Khadeejah Hasmad. Beliau pun mengalami pengalaman yang memang tak best ketika berpantang anak pertama. Sangat berbeza pengalamannya berbanding berpantang anak kedua. 

Dan kini, rasanya beliau dah bersedia nak tempuh alam kehamilan lagi sekali.

 

Saya nasihatkan rakan-rakan ibu juga membuat sedikit research dan merancang bagaimana tempoh berpantang. Sama seperti proses kehamilan dan proses bersalin yang kita boleh rancang agar ianya menjadi detik-detik bahagia yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Saya doakan juga semua rakan-rakan ibu sihat selalu!

4 Jenis Makanan Ibu Berpantang Membantu Ibu Kembali Sihat Dengan Cepat

Assalamualaikum semua.

Khas untuk kaum ibu yang sedang menanti detik kelahiran, mahupun yang sedang dalam proses berpantang. Pasti topik ni menjadi salah satu topik yang berlegar-legar difikiran masing-masing.

Berpantang. Apa nak makan waktu dalam pantang. Selain daripada amalkan set berpantang, penjagaan pemakanan pun penting untuk kita tahu, terutama sekali bagi pasangan suami isteri yang dah ambil keputusan untuk berpantang di rumah sendiri.

Tanpa nasihat dari orang tua, mungkin kita akan lakukan kesilapan. Suami ke pasar, main beli saja apa-apa ikan yang dijual, Tak tahu boleh makan ke tidak, kan?

Kalau diikutkan petua orang lama, ada banyak pantang larang dari segi pemakanan. Tapi jika diikutkan pendapat Doktor, tak ada sebarang pantang. Pasti keliru terutamanya ibu baru. Lebih keliru kalau terpaksa berpantang sendiri.

Jom ikuti panduan jenis makanan ibu berpantang dibawah. Saya ceduk artikel daripada halaqah.net untuk perkongsian bersama.

Sup Ikan Haruan
 kredit gambar : http://rohaisha.blogspot.com

===================================================

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal.

Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum).

Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu.

Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

4 Jenis Makanan Ibu Berpantang

1) Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.

Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Makanan Ibu Berpantang
Gambar hiasan

2) Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

3) Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

4) Jenis ayam dan burung


Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.

Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

===============================================

Ibu berpantang, jangan lupa amalkan Set Berpantang Shaklee yang pastinya membantu proses pemulihan anda juga membantu proses penyusuan bayi tersayang.

Kongsikan jika anda rasa artikel ini bermanfaat buat ibu ibu yang sedang berpantang. Sama sama kita doakan mereka segera sembuh dan menyusukan bayi mereka dengan baik. Insya Allah

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


7 Manfaat Utama Zink Dalam Diet Harian Kita

Kalau dalam set K3S ni, Zinc lazimnya anda jumpa hanya dalam set untuk ibu berpantang sahaja. Tapi tahu tak, sebenarnya Zinc ni bukan hanya sesuai utk ibu berpantang, malah sesuai utk banyak lagi tujuan lain. 

Nak tau? Meh saya kategorikan ia mengikut keperluan anda.

11)      Kecantikan Kulit;
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
22)     Kesuburan lelaki
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
33)     Ibu hamil
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
44)     Antibodi dan antioksidan
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
55)     Mengelak dari kanser
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
66)     Kesihatan secara menyeluruh
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
77)     Kesihatan rambut
Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.

Nah, punya lah banyak kegunaan Zinc Complex ni dalam diet seharian kita. Nampak remeh tapi jangan abaikan. 

info zinc : credit to blog Mamafaiz

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Berpantang Cara Moden Dengan Set Berpantang Semulajadi Ini.


Mesti anda nak tahu apakah RAHSIA nya ramai wanita lepas bersalin cepat sihat, cepat sembuh malah kelihatan tak seperti orang dalam berpantang pun. Memang ada caranya. Jom luangkan masa 5minit sahaja untuk membaca di sini.

Gembiranya menyambut nyawa baru, bayi comel ke dalam keluarga, namun ketika ini bermulah episod TERPENTING bagi si ibu untuk memulihkan dan cabaran mengembalikan bentuk sosok tubuh asal mereka.

Namun hakikatnya, ia tak semudah yang digambarkan. Ramai ibu mengeluh kerana pelbagai kesukaran ini;


Alhamdulillah, anda sudah pun landing di entry paling tepat yang bakal merungkai semua persoalan anda tentang Set Berpantang yang patut anda beli ketika dalam pantang nanti.

APAKAH KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE?


  • Set Berpantang yang lengkap 
    Set ini lengkap dari segi pemulihan luka dan tenaga dalaman. Ibu berpantang perlu mendapat cukup tenaga bagi terus menjalankan tanggungjawab menjaga bayi yang baru lahir nanti.

  • Rangkaian suplemen yang hanya menggunakan bahan-bahan dari sumber semulajadiShaklee memang terkenal sejak sekian lama untuk menghasilkan produk-produk bermutu tinggi yang mendapat pengiktirafan dunia dan hanya fokus pada bahan-bahan semulajadi sahaja.

  • Set Berpantang yang sangat mudah diamalkanTerdiri daripada vitamin-vitamin dalam bentuk tablet yang sangat mudah ditelan. Jadual pengambilan disusun dengan baik untuk memudahkan anda makan tanpa tertinggal-tinggal.
Saya dah pernah cerita experience saya sendiri dengan Set Berpantang di sini. 
Saya memilih Set Berpantang Shaklee kerana tak mahu berpantang dengan jamu selepas bersalin.

APA YANG ADA DI DALAM SET BERPANTANG SHAKLEE?






Vitalea : Vitamin C : BComplex : Zinc Complex :

Sememangnya 3 vitamin asas iaitu Vitalea, Vitamin C dan BComplex adalah vitamin paling asas yang akan saya cadangkan pada sesiapa yang mahu mencuba vitamin dari Kedai Triple-S.

Gabungan 3 vitamin ini dinamaan sebagai Set Optimum. Ini kerana gabungan ketiga-tiga vitamin akan menjadikan badan si pengamal lebih sihat dan segar. Ia juga dapat mengatasi masalah keletihan, moody, dan mudah stress.

Di dalam Set Berpantang, tambahan Zinc Complex dalam set ini adalah bertujuan utk mempercepat pemulihan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Wanita yang sedang berpantang juga berkemungkinan tinggi utk mengalami keletihan. Letih melayan ragam bayi yang baru mengenal dunia. Maka dengan pengambilan zinc masalah keletihan ini dapat diatasi. 

Bagi mereka yang mahu mencuba alternatif kepada jamu, saya sangat galakkan anda mencuba Set Berpantang Shaklee ini ketika berpantang. Tiada restriction bila hendak mula makan Set Berpantang, kerana ia boleh dimakan sebaik sahaja selepas proses kelahiran.

Tak perlu risau jika anak kena jaundis. Ia tidak memberi efek kepada peningkatan bacaan jaundis anak anda seperti jamu. Malah ianya sangat elok utk pemulihan luka episotomi dan juga luka ceaserian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak perlu ragu-ragu, ini adalah testimoni yang saya dapatkan dari group exclusive customer kami, Puan Murni Fairouz.



Sebagai penghargaan bagi anda yang mahu menjadi pelanggan bagi Set Berpantang Shaklee ini, saya akan memberikan anda beberapa bonus seperti berikut.

  • Panduan makan vitamin lengkap melalui poster di Whatsapp
  • Sesi konsultasi berterusan berkaitan Set Berpantang dan produk lain yang dibeli dari pihak kami
  • Jemputan masuk ke group exclusive tertutup bagi pelanggan kami
  • Penerangan lengkap tentang cara mendaftar keahlian Shaklee dan mendapatkan harga Set Berpantang ini pada harga yang lebih murah.
PS : Memang kebanyakan wanita mengimpikan tubuh mereka kembali ke bentuk asal sebelum mengandung, dan ianya TIDAK MUSTAHIL apabila anda amalkan Set Berpantang Shaklee sambil menyusukan anak anda.

PS1 : Segera buat tempahan Set Berpantang Shaklee ini kerana mungkin pada bila-bila masa sahaja anda akan dimasukkan ke hospital untuk bersalin. Boleh lah terus ambil vitamin dari Set Berpantang ini sebaik sahaja anda ditempatkan di wad bersalin nanti

PS2 : Pelaburan yang tidak sampai RM300 ini sangat berbaloi untuk tubuh anda, tubuh anak anda dan kesihatan anda berdua. Lagipun 1 set ini boleh juga terus digunakan ketika anda habis berpantang dan dalam tempoh penyusuan. 4 bulan lamanya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Testimonial Set C : Set Berpantang

Berpantang kali ketiga, saya memang nekad utk membeli Set C. Setelah berfikir agak panjang, saya buat keputusan utk tidak mengambil apa-apa jenis jamu.

Dua kali berpantang sebelum ni, saya terpaksa melewatkan pengambilan jamu kerana anak-anak saya jaundis. Walaupon tak sampai tahap kena admit hospital utk sesi fototerapi. Akibat dari kelewatan tu. saya jadi culas utk mengambil jamu walaupon setelah anak-anak saya bebas dari jaundis. Oleh sebab itu la saya berpendapat badan saya akan OK je berpantang tanpa jamu.

Badan saya memang dh serasi dengan set B (set penyusuan) masa breastfeed anak kedua, jadi saya teruskan pula berpantang dengan set Shaklee.

Alhamdulillah, kesannya memang positif.

Waktu berulang alik ke klinik kesihatan utk check bacaan jaundis anak, ada 3-4orang ibu yang sama-sama menunggu tak menyangka yang baby saya baru berusia 5-6hari. Baru sangat lagi dalam tempoh berpantang. Kata mereka, muka saya tak pucat,  nampak sihat dan ceria saje. Memang betul pon, badan saya tak rasa terlalu letih melayan kerenah anak-anak.


Lagi satu, kesan yg sgt ketara..lantai rumah saya bersih. Tiada lagi rambut bertaburan dilantai akibat keguguran post-delivery. Zinc Complex yang terdapat dalam set ni bukan saja mempercepatkan kesan luka sembuh, malah mengurangkan kerja harian saya. Tak perlu dah saya sapu lantai setiap hari. Gembira betul saya. Sebelum saya sgt rimas tengok rambut bertabur kt lantai.

Saya sgt recommend Set C utk para ibu yang sedang menunggu hari dan sedang mencari-cari set bersalin apa yang hendak digunakan masa berpantang nnt.

Kalau anda nk cuba Set ini, cari lah saya. Free consultation akan diberi. :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head