UA-56349233-1
Showing posts with label set berpantang. Show all posts
Showing posts with label set berpantang. Show all posts

Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

Kalau nak sambut anak sulung, saya 100% yakin semua bakal mama papa akan tersangat excited dengan persediaan menyambut permata pertama mereka. Dari sekecil-kecil barang hinggalah ke buaian dan stroller, semuanya hendak dibeli. Saya tak cakap orang lain, sebab saya pun begitu semasa membuat persediaan anak sulung saya.

Namun bila masuk anak kedua dan seterusnya,  mungkin kadar keterujaan akan berkurang sedikit bila kita cakap bab bershopping. Maklumlah, ramai yang berpendapat si adik boleh gunakan barangan abang atau kakak mereka. Dengan kadar ekonomi yang semakin tak menentu ni, saya yakin ramai mama dan papa akan berhati hati dengan perbelanjaan mereka.

Dan bagaimana pula jika jarak bayi baru sangat jauh dengan abang atau kakak mereka?
Saya ambil contoh kandungan saya, bayi dan kakaknya berbeza 4 tahun. Memang kadangkala saya rasa macam hamilkan anak sulung.

Kebetulan hampir semua barangan dan gadget bayi telah pun saya jual ketika proses nak berpindah rumah pada tahun 2013 dahulu. Dan kini, hampir semua kelengkapan untuk bayi, tiada.

Jadi mungkin kami terpaksa back to square one. Bermula dari awal.


APAKAH BARANG YANG PALING PENTING?

Kalau bercakap pasal anak sulung, saya yakin setiap pasangan akan kata semuanya penting.
Katil baby nak beli, buaian nak beli, stroller canggih nak beli, beg jalan jalan nak beli. Baju, stoking dan mitten tentu sekali dah rambang mata bila lalu lalang dekat keday jual barangan baby dek kecomelannya.

Jom kita kenalpasti kategori barang bayi ketika sedang membuat persediaan.


Checklist diatas adalah antara yang terpenting untuk anda ambil perhatian ketika sedang bershopping barang bayi. Nak mudah, boleh print kan checklist ni dan bawa kemana mana ok.

Bila dah beli, boleh tick, jadi ini akan memudahkan urusan mencari barang-barang.

Sebenarnya ada banyak lagi senarai kalau hendak dimasukkan dan dibeli. Saya sekadar mencadangkan seperti diatas (minima) berdasarkan keperluan terpenting bayi itu sendiri.

Jenis dan jenama barangan ini anda suami isteri boleh bincang-bincangkan bersama agar ianya berbaloi. Ada orang kata barangan mahal lebih berkualiti, namun sebenarnya ada juga barangan murah tak kurang kualitinya.

Mungkin dari segi aspek stroller dan car seat, lebihkan ciri keselamatan sebelum membeli. Biasanya yang ada full security aspects ini akan lebih mahal harganya. Alah membeli, menang memakai..kan?

Persediaan Penyusuan

Begitu juga dengan persediaan penyusuan bayi. Saya sangat menggalakkan para ibu untuk menyusukan bayi masing masing sekurang-kurangnya sehingga 6bulan. Jadi tak perlu survey jenis jenis susu formula dahulu ya.

Jangan sesekali risau susu tak ada, Set Penyusuan kan ada :)

Saya galakkan mama dan papa survey jenis breastpump yang baik. Kalau mama bekerja, eloklah ambil pakej lengkap bersama cooler bag, icepack dan aksesori lain yang perlu.
Ambil tahu jika di pejabat mama ada sediakan peti sejuk sebagai tempat simpanan sementara susu perahan nanti

Persediaan Untuk Ibu

Haaaaa.. punyalah seronok nak sambut baby, barang-barang untuk mama jangan lupa sediakan juga.
Biasanya ibu akan perlukan Set Berpantang, bengkung, stoking, baju panas dan juga makanan berkhasiat untuk proses pemulihan dan proses menghasilkan susu badan.

Ada ibu memilih untuk memakai korset (pengganti bengkung), untuk mempercepat dan memudahkan urusan penjagaan badan kerana di dapati ianya lebih kejap dan menyokong perut. Terpulang kepada individu nak amalkan yang mana.

Selamat bershopping dan selamat menimang cahaya mata kepada ibu hamil yang membaca entry saya ini. Saya doakan semua urusan berjalan lancer dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. :)

Semoga bermanfaat!
 
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
 

Zinc Complex GLUTEN-FREE : Inisiatif Shaklee Dalam Memberikan Hanya Yang Terbaik

FORMULA BARU ZINC COMPLEX

SMS terbaru yang saya terima dari pihak Shaklee. Kali ni pihak Shaklee maklumkan bahawa formula Zinc Complex telah pun diperbaharui dan kini ianya 'Gluten-Free'. Inilah antara perkara yang memang saya suka apabila terjebak dengan Shaklee.

Pihak Shaklee memang sentiasa melakukan Research & Development (R&D) dan sentiasa memperbaiki mutu dan kualiti produk mereka. Dan mereka memang tak lokek untuk membelanjakan jumlah yang besar untuk tujuan R&D ini.




Jom kita lihat, mengapa pihak Shaklee tampil dengan penambahbaikan ini.

Formula lama Zinc Complex mengandungi 'roasted barley powder' dan 'alfalfa powder'.

Menurut About.com;
Barley is one of the three primary gluten-based grains. Therefore, in almost all cases, foods made with barley will contain the gluten protein, and people following a gluten-free diet will need to avoid them.
Apakah yg dimaksudkan dengan GLUTEN?

Gluten adalah protin lekit apabila kanji dikeluarkan dari tepung. 

Jom tengok keratan video ini untuk lebih memudahkan pemahaman kita tentang GLUTEN.



Terdapat sebilangan orang yg alah kepada gluten. Alahan atau intoleransi terhadap gluten adalah tindakbalas imun pada usus. Alahan gluten pada kanak-kanak boleh berlaku sebaik saja mereka mengambil makanan bijirin untuk kali pertama, biasanya ketika berumur 6 bulan atau setelah mereka mula bersekolah atau bila mereka dewasa.

Jika kanak-kanak mengalami cirit-birit dan kembung perut yang kronik, kurang selera makan dan sukar menambah berat badan mereka mungkin menghidap penyakit coeliac (sistem imun bertindak-balas luar biasa terhadap gluten).

Penyakit coeliac menyebabkan keradangan pada usus yang merosakkan lapisan villi yang berupa seperti rerambut halus yang berfungsi menyerap zat makanan.

Dan antara kesan alergi gluten menyebabkan mereka, termasuk golongan dewasa mengalami;

- gatal gatal
- batuk
- ruam
- cirit birit


Organ-organ lain seperti kulit, sistem saraf, buah pinggang, jantung dan hati juga boleh dijangkiti. 

Oleh itu, pihak Shaklee mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk Gluten-Free untuk memastikan semua orang boleh ambil produk Shaklee tanpa ragu.


Selain Zinc Complex (terbaru), antara produk Shaklee yang Gluten-Free adalah;


Alfafa Complex
Energizing Soy Protein
Garlic Complex
GLA Complex
Herblax
Joint Health Complex
Lecithin
DTX Complex
Meal Shakes
NutriFeron
OmegaGuard
Ostematrix
Performance
Sustained Release C 500 mg
Vita-C Chewable,
Vita-E Complex
Vita-Lea
Vivix

Nampak macam simple saja kan. Tapi walaupun peratusannya kurang, Shaklee memang telah mengambl langkah yang besar agar produk yang mereka hasilkan boleh dimakan dengan selamat oleh semua orang.

Antara manfaat Zinc Complex, vitamin yang murah harganya ini adalah;

- mempercepat pemulihan luka
- mengelak pembentukan sel kanser
- menyembuhkan jerawat
- membantu penghasilan sperma
- mengatasi masalah kelesuan
- mencegah keguguran rambut

Zinc Complex biasanya didapti di dalam Set Berpantang Moden Shaklee, Set Kesuburan Suami Isteri, Set Selepas Pembedahan, dan Set Kesihatan Rambut.



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head




4 Jenis Makanan Ibu Berpantang Membantu Ibu Kembali Sihat Dengan Cepat

Assalamualaikum semua.

Khas untuk kaum ibu yang sedang menanti detik kelahiran, mahupun yang sedang dalam proses berpantang. Pasti topik ni menjadi salah satu topik yang berlegar-legar difikiran masing-masing.

Berpantang. Apa nak makan waktu dalam pantang. Selain daripada amalkan set berpantang, penjagaan pemakanan pun penting untuk kita tahu, terutama sekali bagi pasangan suami isteri yang dah ambil keputusan untuk berpantang di rumah sendiri.

Tanpa nasihat dari orang tua, mungkin kita akan lakukan kesilapan. Suami ke pasar, main beli saja apa-apa ikan yang dijual, Tak tahu boleh makan ke tidak, kan?

Kalau diikutkan petua orang lama, ada banyak pantang larang dari segi pemakanan. Tapi jika diikutkan pendapat Doktor, tak ada sebarang pantang. Pasti keliru terutamanya ibu baru. Lebih keliru kalau terpaksa berpantang sendiri.

Jom ikuti panduan jenis makanan ibu berpantang dibawah. Saya ceduk artikel daripada halaqah.net untuk perkongsian bersama.

Sup Ikan Haruan
 kredit gambar : http://rohaisha.blogspot.com

===================================================

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal.

Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum).

Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu.

Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

4 Jenis Makanan Ibu Berpantang

1) Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.

Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Makanan Ibu Berpantang
Gambar hiasan

2) Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

3) Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

4) Jenis ayam dan burung


Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.

Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

===============================================

Ibu berpantang, jangan lupa amalkan Set Berpantang Shaklee yang pastinya membantu proses pemulihan anda juga membantu proses penyusuan bayi tersayang.

Kongsikan jika anda rasa artikel ini bermanfaat buat ibu ibu yang sedang berpantang. Sama sama kita doakan mereka segera sembuh dan menyusukan bayi mereka dengan baik. Insya Allah

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


4 Perkara Ibu Wajib AmbilTahu Ketika Mencari Set Berpantang

Hai beautiful pregnant mommies :)

Saya tahu anda tengah klik sana klik SINI.

Sama ada tengah survey barangan bayi atau tengah survey set berpantang untuk diri mommy sendiri kan? Been there done that. 3 kali pregnant, 3 kali jugalah senario yang sama saya lakukan.

Seronok kan, moment membuat survey dan cuci mata secara online ni :)

So sengaja saya nak share tips memilih set bersalin dalam entry ini. Jom, teruskan membaca ye :)



4 Perkara Ibu Wajib Ambil Tahu Ketika Mencari Set Berpantang

Antara perkara yang saya ambil kira dalam pemilihan set bersalin suatu masa dulu;
  1. Kegunaan luaran, kegunaan dalaman, atau set yang lengkap?
    Kegunaan luaran seperti herba mandian, param, pilis dan bengkung. Kegunaan dalaman seperti jamu, teh herba, atau vitamin. Atau yang lengkap merangkumi kedua-dua kategori dalaman dan luaran.
  2. Keberkesanan : Terdapat lambakan dan pelbagai jenis set berpantang yang ada dipasaran sekarang. Tapi yang mana satukah yang paling berkesan untuk mempercepat pemulihan dalaman dan luaran tubuh kita?

    Jadi untuk mendapatkan lebih keyakinan, saya suka baca testimonial para pengguna yang pernah membeli produk-produk tersebut.
  3. Mudah digunakan : Sebagai ibu yang ada banyak tugasan dan rutin walaupon ketika sedang berpantang, tentunya lebih mudah jika set berpantang tersebut jenis yang mudah digunakan. Mana nak melayan bayi, mana nak menguruskan diri lagi.

    Set bersalin yang mudah digunakan pasti akan habis diambil tanpa sebarang pembaziran, kan? Terutama sekali bagi mereka yang berpantang sendiri tanpa bantuan ibu atau pembantu rumah. Simplify life bak kata orang putih.
  4. Harga  : Tentu sekali ini kriteria penting yang kita tetapkan. Dan pastinya kita mencari set berpantang yang mampu dimiliki.
Ok itu lah antara 4 kriteria yang saya ambil kira semasa membuat survey set bersalin.

Dan berdasarkan kriteria tersebut, saya matchingkan dengan situasi saya.

Petua orang tua, menasihatkan ibu berpantang ambil set berpantang lengkap untuk pemulihan dalaman dan luaran. Saya pula sukakan suatu yag simple dan mudah digunakan. Dan saya lebih fokus pada penjagaan kesihatan dalaman saya.

Jadi, item-item untuk luaran saya pilih yang berbentuk losen atau minyak sahaja. Mintak maaf param dan pilis. Anda tidak perlu berkhidmat untuk saya :)

Dan untuk penjagaan kesihatan dalaman, saya memilih sesuatu yang dapat membantu saya melengkapkan nutrisi tubuh saya ketika saya sedang berpantang. Saya tahu adakalanya makanan yang saya ambil, tak cukup untuk menampung keperluan nutrisi tubuh saya.
Dan sebolehnya saya mengelak jamu. Jamu yang bersifat 'panas' sering dikaitkan dengan jaundis berpanjangan.

Saya juga lebih sukakan tablet kerana ianya mudah diambil. Nasib baik la saya memang jenis tak susah nak makan 'ubat'.

Dari segi harga pula, saya meletakkan bajet serendah RM80 sehingga semahal RM300  sahaja. Dan nyata set pilihan saya memang mampu dimiliki dan tidak melebihi budget yang telah saya tetapkan.

Jadi bagaimana dengan cara anda membuat survey set berpantang?
Mungkin anda mahu mencuba Set Berpantang pilihan saya :)

Set Berpantang Shaklee

 Nantikan sharing seterusnya tentang set berpantang Shaklee ni ye :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Tips Penyusuan Sukses : Rooming in

Baru siapkan poster ni sebenarnya. Excited! So nak share jugak la kt blog K3S ni. Jom tengok apa dia sebenarnya rooming in.

ROOMING IN:
Rooming in selepas kelahiran bermaksud bayi anda terus tinggal bersama anda dalam bilik yang sama tanpa perlu ditinggalkan di nursery hospital seperti kebiasaannya.

Alhamdulillah, Hospital Kerajaan memang mengamalkan praktis ini.

Dan detik-detik awal penyusuan semasa rooming in adalah detik paling manis saya sebagai ibu kepada ketiga-tiga anak saya :)

Ia memang sangat membantu proses penyusuan awal kami. Walaupun badan terasa letih selepas proses kelahiran, dek kerana excited dengan baby baru, saya biasanya takkan dapat tidur. Asyik nak membelek baby je. And asyik nak suruh dia nenen je. Makumla nak test skill breastfeeding pun ye.  


Set Berpantang


Rooming in ada banyak manfaatnya, termasuklah:

* Bayi kurang menangis dan lebih mudah dipujuk
*Si ibu lebih mudah untuk mengenalpasti 'feeding cues' dari bayinya
*Membantu proses penyusuan berjalan lancar dan membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.
*Mempastikan penjagaan bayi adalah mengikut kemahuan anda, contohnya tiada pemberian pacifier, botol susu dan sebagainya
* Tiada risiko bayi TERTUKAR!


Ye betul, part mengenalpasti feeding cues tu sangat tepat. Asal baby bergerak dan mulut dia tersua-sua carik breast tu, memang cepat je kita boleh terus susukan dia. Kalau kt nursery, mungkin dia dh menangis dulu baru dapat breastfeed/menyusu.


Sebab ni lah yang akan buat baby jadi fussy. Kehendak dia tidak di attend segera. Bila balik rumah, kita dok ingat dia asyik lapar pulak. Padahal sebenarnya dia dh terbiasa, kena mengamuk dulu baru dapat susu. Kesian baby, kan?


So pada semua ibu yang tunggu waktu kelahiran, make sure anda dh bagitahu pada nurse yang anda mahukan 'rooming in'. Seriously ia sangat membantu. Kalau rasa takut letih tak dapat nak layan kehendak bayi, anda boleh terus mulakan pengambilan set berpantang untuk membuatkan tubuh ibu rasa sihat dan bertenaga

Kongsikan jika anda suka artikel ini. Mungkin ia membantu ibu baru yang lain memahami kehendak asas bayi mereka

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
FanPage : Kedai TripleS
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Set Berpantang, Vitamin Shaklee Untuk Selepas Pembedahan Dan Kelahiran Anak

Set Berpantang, Vitamin Shaklee Untuk Selepas Pembedahan Dan Kelahiran Anak

Ada kawan bertanya saya, vitamin apa yang sesuai untuk someone yang baru lepas buat pembedahan membuang cyst. Seperti yang diketahui  umum, pembedahan membuang cyst akan menyebabkan sedikit luka dan parut di dalam kawasan yg dibedah.

Proses berpantang orang yang baru menjalani pembedahan mungkin sama juga dengan wanita yang sedang berpantang. Sama ada berpantang selepas kelahiran yang normal atau melalui pembedahan. Wanita ini mungkin perlu menghadkan beberapa jenis makanan ~mengikut pantang larang adat~.


Jadi dengan tanggapan terdapat luka dalaman pada kawasan yang dibedah, saya mencadangkan dia untuk menggunakan vitamin-vitamin berikut : yang mengandungi 4 jenis vitamin iaitu Vitalea, Vitamin C, Bcomplex dan Zink Complex.

Jadi combination vitamin ini adalah yang terbaik untuk diamalkan olehnya selepas pembedahan menbuang cyst tersebut.

Apa khasiatnya Set Berpantang ini?


Set Berpantang Selepas Kelahiran Anak

Vitalea :
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, sebagai tambahan kepada mana-mana kekurangan makanan dari badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang atau yang baru menjalani pembedahan kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Vitamin C:
Penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.

BComplex:
membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Orang yang baru sahaja menjalani pembedahan tentunya merasa letih dan lesu akibat dari ubat bius dan pain killer yang diberikan. Jadi mereka memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan.

Zinc Complex :
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman, bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan kerana tujuan sebenar makan ikan haruan adalah untuk mendapatkan khasiat zinc.

Pengambilan 4 jenis vitamin di atas ternyata telah memberikan satu kepuasan tak terhingga pada sesiapa yang telah mengambilnya. Saya sendiri sangat berpuashati ketika berpantang anak ketiga saya. Memang dapat dirasai perbezaan yang sangat ketara.


Jom baca discussion tentang produk ini. Sudah ramai yang memilih untuk menggunakan combination produk ini dalam pantang nanti. Ia sangat sesuai untuk ceaserian delivery. Bertenaga dan luka cepat sembuh. Sape yang tak nak sembuh cepat kan??

Anda juga boleh mengikuti tips pemakanan dari entry 4 Jenis Makanan Ibu Berpantang untuk mempercepatkan pemulihan luka pembedahan ini.

Hubungi saya kalau anda nk cepat sembuh masa tempoh berpantang nnt ye :)


Daftar Ahli Shaklee

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424

Testimoni Set Berpantang Shaklee : TERBAIK!

MEMANG TERBAIK!

Banyaknya pilihan dipasaran. Rambang mata. Bagi anda yang masih keliru nk pilih set berpantang yang mana satu, kan? 
Yang mana yang terbaik dan berbaloi dgn duit yang dibelanjakan?
Secara personal, saya juga pernah ada experience macam ni. Untuk anak pertama, gunakan set berpantang yang ada jamu, akhirnya sampai lahir anak kedua pun set bersalin tu masih ada. Saya tak berani makan, dan culas sangat nak makan. Salah satu sebab, taknak anak kena prolong jaundis. 
Anak ketiga, saya bulat hati memilih Set Berpantang Shaklee. Sebab lepas buat study sana sini, set ni memang sesuai untuk ibu yang nak buat exclusive breastfeeding dgn anaknya. Dan yang bestnya, bukan saya sorang yang dh buat pilihan tepat. Memang dah ramai sangat yang buat pilihan yang sama.
Kenapa?? Jom kita lihat apa kata mereka yang berpuashati dengan set berpantang ini.
Testimoni Set Berpantang
 Ringkasan :
-memberi tenaga, mempercepatkan luka sembuh dan membuatkan ibu berpantang rasa sihat, cergas dan ceria walaupon terpaksa berjaga malam untuk menjaga dan menyusukan anak.
-tak perlu risau terpaksa memberhentikan pengambilannya apabila anak kena jaundis atau kuning.

-vitamin adalah mikronutrien dan badan manusia lebih kenal akan mikronutrient yg ringkas berbanding jamu yang memerlukan badan bekerja keras utk menguraikannya.

------------------------------------------------------
Tentang harga pulak, memang didapati Set Berpantang Shaklee sangat berbaloi harganya. Dengan budget kurang daripada RM300, dan ianya boleh digunakan sehingga 120 hari (4 bulan). Bermakna walaupun sudah habis tempoh berpantang nanti, anda masih boleh terus mengambilnya sebagai suplemen untuk menyusukan bayi pula.
Jom ibu ibu, pilih set berpantang Shaklee~ 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
 
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 


Berpantang Cara Moden Dengan Set Berpantang Semulajadi Ini.


Mesti anda nak tahu apakah RAHSIA nya ramai wanita lepas bersalin cepat sihat, cepat sembuh malah kelihatan tak seperti orang dalam berpantang pun. Memang ada caranya. Jom luangkan masa 5minit sahaja untuk membaca di sini.

Gembiranya menyambut nyawa baru, bayi comel ke dalam keluarga, namun ketika ini bermulah episod TERPENTING bagi si ibu untuk memulihkan dan cabaran mengembalikan bentuk sosok tubuh asal mereka.

Namun hakikatnya, ia tak semudah yang digambarkan. Ramai ibu mengeluh kerana pelbagai kesukaran ini;


Alhamdulillah, anda sudah pun landing di entry paling tepat yang bakal merungkai semua persoalan anda tentang Set Berpantang yang patut anda beli ketika dalam pantang nanti.

APAKAH KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE?


  • Set Berpantang yang lengkap 
    Set ini lengkap dari segi pemulihan luka dan tenaga dalaman. Ibu berpantang perlu mendapat cukup tenaga bagi terus menjalankan tanggungjawab menjaga bayi yang baru lahir nanti.

  • Rangkaian suplemen yang hanya menggunakan bahan-bahan dari sumber semulajadiShaklee memang terkenal sejak sekian lama untuk menghasilkan produk-produk bermutu tinggi yang mendapat pengiktirafan dunia dan hanya fokus pada bahan-bahan semulajadi sahaja.

  • Set Berpantang yang sangat mudah diamalkanTerdiri daripada vitamin-vitamin dalam bentuk tablet yang sangat mudah ditelan. Jadual pengambilan disusun dengan baik untuk memudahkan anda makan tanpa tertinggal-tinggal.
Saya dah pernah cerita experience saya sendiri dengan Set Berpantang di sini. 
Saya memilih Set Berpantang Shaklee kerana tak mahu berpantang dengan jamu selepas bersalin.

APA YANG ADA DI DALAM SET BERPANTANG SHAKLEE?






Vitalea : Vitamin C : BComplex : Zinc Complex :

Sememangnya 3 vitamin asas iaitu Vitalea, Vitamin C dan BComplex adalah vitamin paling asas yang akan saya cadangkan pada sesiapa yang mahu mencuba vitamin dari Kedai Triple-S.

Gabungan 3 vitamin ini dinamaan sebagai Set Optimum. Ini kerana gabungan ketiga-tiga vitamin akan menjadikan badan si pengamal lebih sihat dan segar. Ia juga dapat mengatasi masalah keletihan, moody, dan mudah stress.

Di dalam Set Berpantang, tambahan Zinc Complex dalam set ini adalah bertujuan utk mempercepat pemulihan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Wanita yang sedang berpantang juga berkemungkinan tinggi utk mengalami keletihan. Letih melayan ragam bayi yang baru mengenal dunia. Maka dengan pengambilan zinc masalah keletihan ini dapat diatasi. 

Bagi mereka yang mahu mencuba alternatif kepada jamu, saya sangat galakkan anda mencuba Set Berpantang Shaklee ini ketika berpantang. Tiada restriction bila hendak mula makan Set Berpantang, kerana ia boleh dimakan sebaik sahaja selepas proses kelahiran.

Tak perlu risau jika anak kena jaundis. Ia tidak memberi efek kepada peningkatan bacaan jaundis anak anda seperti jamu. Malah ianya sangat elok utk pemulihan luka episotomi dan juga luka ceaserian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak perlu ragu-ragu, ini adalah testimoni yang saya dapatkan dari group exclusive customer kami, Puan Murni Fairouz.



Sebagai penghargaan bagi anda yang mahu menjadi pelanggan bagi Set Berpantang Shaklee ini, saya akan memberikan anda beberapa bonus seperti berikut.

  • Panduan makan vitamin lengkap melalui poster di Whatsapp
  • Sesi konsultasi berterusan berkaitan Set Berpantang dan produk lain yang dibeli dari pihak kami
  • Jemputan masuk ke group exclusive tertutup bagi pelanggan kami
  • Penerangan lengkap tentang cara mendaftar keahlian Shaklee dan mendapatkan harga Set Berpantang ini pada harga yang lebih murah.
PS : Memang kebanyakan wanita mengimpikan tubuh mereka kembali ke bentuk asal sebelum mengandung, dan ianya TIDAK MUSTAHIL apabila anda amalkan Set Berpantang Shaklee sambil menyusukan anak anda.

PS1 : Segera buat tempahan Set Berpantang Shaklee ini kerana mungkin pada bila-bila masa sahaja anda akan dimasukkan ke hospital untuk bersalin. Boleh lah terus ambil vitamin dari Set Berpantang ini sebaik sahaja anda ditempatkan di wad bersalin nanti

PS2 : Pelaburan yang tidak sampai RM300 ini sangat berbaloi untuk tubuh anda, tubuh anak anda dan kesihatan anda berdua. Lagipun 1 set ini boleh juga terus digunakan ketika anda habis berpantang dan dalam tempoh penyusuan. 4 bulan lamanya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head