Letih lesu, stress, migrain dan pelbagai lagi gejala kesihatan yang lain seringkali mengganggu urusan harian kita. Tahu tak bahawa sebenarnya semua gejala tersebut merupakan kesan kepada kekurangan vitamin dalam badan kita. Jadi hari ni saya nk share cerita pasal BComplex pula. Biasanya jika ada yang mengajukan saya pertanyaan tentang masalah seperti yg kat atas tu, saya akan suggest mereka ambil Vitamin BComplex.
Manfaat pada kesihatan
Secara umumnya, manfaat vitamin B Complex termasuklah :
- menggalakkan penghasilan tenaga,
- mengekalkan kesihatan kulit dan otot
- menguatkan sistem pertahanan badan dan saraf.
Fungsi Vitamin B yang menggalakkan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ia digunakan dalam pengurusan penurunan berat badan. Terdapat juga kajian menunjukkan vitamin B ini membantu dalam memperbaiki siptom-simptom dan tanda-tanda masalah saraf berkaitan diabetes dan pengambilan alkohol. Ia juga dipercayai membantu dalam menurunkan risiko untuk mendapat kanser.
Kesan kekurangan
Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan :
- kekurangan darah merah,
- keletihan dan kelesuan,
- hilang selera makan,
- sakit abdomen,
- tekanan perasaan,
- rasa kebas pada tangan dan kaki,
- ekzema,
- gangguan pertumbuhan kanak-kanak dan kecacatan pada bayi yang dilahirkan.
Cara memilih Vitamin B yang bagus dipasaran :
- Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Vitamin B Complex hendaklah mengandungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin).
- Vitamin dihasilkan dari sumber semulajadi
- Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil halal yang disahkan
credit Vitaminsemulajadi
Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787