UA-56349233-1
Showing posts with label Penyusuan sewaktu dalam pantang. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan sewaktu dalam pantang. Show all posts

Penangan Set Penyusuan Shaklee : Baby Adam Yang Sangat Gebu

Siapalah tak geram tengok pipi putih gebu Adam ni..rasa nak cubit-cubit je kan?

Set Penyusuan Shaklee

Baby Adam, anak kepada kakak senior sekolah menengah saya dulu, Kak Aili.  Baby Adam ni usianya baru mencecah 2bulan. Sewaktu sesi check up bulanan baru-baru ini, nurse di klinik cakap baby Adam hampir obes.

Tapi ibu Adam tak perlu risau sebab Adam memang disusukan sepenuhnya dengan susu ibu. Susu ibu sedap sangat dan Adam memang kuat menyusu. Memang sedaplah kan sebab ibu ambil set penyusuan Shaklee sejak awal menyusukan baby Adam ni.

Sebenarnya ibu Adam memang dah lama amalkan vitamin Shaklee untuk kesihatannya. Bermula dengan vitamin untuk menghilangkan keletihan, dan terus ambil vitamin untuk ibu hamil sepanjang tempoh mengandungkan Adam. Diteruskan lagi dengan set berpantang dan terkini ibu Adam konsisten dengan Set Penyusuan pula.

Adakah baby menyusu hanya susu ibu dikatakan mengalami obesiti?
Ini sedikit ringkasan saya kongsikan daripada website La Leche Leuge 

The Fast-Gaining Breastfed Baby
Facts and Suggestions to Share with Mothers

There is no evidence that a fast-gaining breastfed baby will become an overweight child or adult. In fact, research clearly indicates that breastfeeding protects against obesity later in life.

So, how can a mother help her baby gain weight in a healthy manner?
  1. Exclusively breastfeed for the first six months. Exclusive breastfeeding means that a baby gets only the perfect food. Human milk has no additives, fillers, or empty calories.
  2. Wait until about six months to offer solid foods. Early introduction of solid foods can increase obesity as well as allergies. The American Academy of Pediatrics changed their recommendations several years ago. They clearly state that solids should wait until six months.
  3. When offering solid foods, start with very small amounts and offer them after breastfeeding. Breastfeeding should still be the basis of a baby's diet through the first year. Solids are an addition, not a substitute.
  4. If a baby is fed human milk in a bottle, pace the feedings so that the baby eats slowly and has control over the flow of milk. Take frequent breaks, allowing the baby to take a breath and begin to register his or her level of satiety. Resist the temptation to coax the baby to finish the bottle or just take a little more.
  5. If a baby may be overeating because the mother has too much milk, a La Leche League Leader or a lactation consultant can help a mother learn how to manage her supply.
  6. Remember, genetics play a big role in growth patterns. How quickly did other children gain? Were baby's mother or father big babies? No matter what the child's genetic background, however, breastfeeding gives him or her the best start.
  7. Rarely, some health conditions can lead to excessive weight gain. Mothers should speak with a health care provider about any health concerns.
So ibu-ibu yang ada anak tembam akibat menyusu sepenuhnya susu ibu tu, jangan risau ye. Tidak ada apa apa kesalahan malah anda telah berikan yang terbaik buat bayi sejak dia kecil sehinggalah dia besar nanti.

Kalau nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee seperti yang ibu Adam amalkan, ini adalah antara vitamin yang sesuai untuk tempoh penyusuan anda.

Set lengkap untuk tempoh penyusuan anda dan bayi.

Set Triple M Shaklee

Set Penyusuan Budget yang mengandungi ESP dan Afalfa sahaja untuk membantu anda 'boost' penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

ESP dan Alfalfa untuk penyusuan susu ibu

Hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut dan order tentang mana-mana set yang ibu Adam ambil sepanjang kehamilan sehinggalah penyusuan Adam.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Ibu Hamil : Kepercayaan Keliru Yang Wajib Diperbetulkan — Jom saya kongsikan beberapa kepercayaan masakini yang sebenarnya tanpa rujukan dan fakta yang jelas, jadi sebaiknya ianya perlu diperbetulka...
  Like · Comment · Share

INFORMASI PENYUSUAN : 5 PERKARA IBU MENYUSU PERLU AMBILTAHU

Jom bercerita lagi tentang topik penyusuan susu ibu..

Saya memang kerapkali dengar ayat yang bermaksud lebih kurang dengan ayat kt bawah;

"Saya dah campur susu anak saya dengan susu formula..susu saya tak meriah lah"
Kerapkali ibu yang bercita-cita nak menyusukan anaknya secara exclusive kecundang dengan alasan di atas. Adakah SUSU TAK MERIAH benar-benar jadi penyebab kepada kegagalan mereka menunaikan hak bayi dan kewajipan si ibu sendiri terhadap bayinya

Dari pengamatan dan pengalaman saya, sebenarnya ianya bukan masalah SUSU TAK MERIAH, tapi lebih kepada kurang persediaan daripada ibu itu sendiri.

Masalah biasa bagi ibu yang tidak bersedia 100% untuk penyusuan bayinya. Oleh itu sedari awal kehamilan, berusahalah untuk menambah ilmu tentang penyusuan kerana penyusuan susu badan memang nampak mudah, tetapi ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal dan juga pengorbanan ibu yang bukan sedikit, terutama sekali jika anda ibu bekerja.

Antara info yang perlu anda ketahui dalam penyusuan;

Faktor kegagalan penyusuan susu ibu

1) KOLOSTRUM, SUSU PERALIHAN & SUSU MATANG.
Ramai juga ibu yang keliru tentang jenis-jenis susu badan yang dihasilkan oleh tubuhnya.
Dan ramai juga yang menganggap sebaik sahaja bayi lahir, susu akan keluar mencurah-curah.

Ibu perlu faham bahawa susu ibu terhasil secara berperingkat iaitu kolostrun, susu peralihan dan susu matang. Di peringkat kolostrum inilah biasanya ibu keliru kerana susu kelihatan sangat sedikit dan menganggap mereka 'TIADA SUSU'. Padahal sebenarnya kolostrum inilah yang paling penting untuk diberi kepada bayi.
Baca lanjut tentang KOLOSTRUM & MANFAATNYA

Dan ramai lah yang telah 'surrender' diperingkat ini. Kasihannya bayi.
Baca dekat sini tentang JENIS-JENIS SUSU IBU

2) PATTERN PENYUSUAN SUSU IBU
Pattern atau rentak penyusuan bayi tidak sama bergantung kepada bayi. Sebab itulah kita selalu dengar nasihat "breastfeed your baby on demand"

Ini kerana, ada bayi yang menyusu secara kerap, contohnya 1jam sekali. Ada juga yang mengambil masa (gap) yang lebih lama 2-3jam sekali.
Ada bayi yang menyusu secara relax, sedikit-sedikit tetapi lama. Dan ada juga yang menyusu secara 'gelojoh' tetapi sekejap.

Apapun juga rentak penyusuan bayi anda, susukanlah mereka mengikut rentak yang mereka inginkan. Selagi kemahuan mereka dituruti, mereka akan lebih tenang dan kurang menangis atau meragam yang selalu menjadi punca si ibu berfikir bahawa anaknya TAK PUAS MENYUSU.

3)BILA PERLU MULAKAN SESI MEMERAH
Ianya bergantung kepada kemampuan anda untuk memulakannya. Jika dalam tempoh berpantang, anda perlu meninggalkan bayi bersama orang lain sebentar, maka anda bolehlah mula memerah.

Bagi ibu yang bekerja pula, sebaiknya anda mula memerah setelah usia bayi 3minggu dan keatas. Utamakan 'direct feeding' untuk menggalakkan proses 'bonding' bersama bayi. Dan jika anda telah mula memerah, lakukannya mengikut jadual tertentu dimana ia akan membantu otak anda menghantar signal yang betul untuk tubuh anda terus menghasilkan susu.

Klik dan baca tentang JADUAL MENGEPAM SUSU.

4) TEKNIK MEMERAH SUSU
Teknik memerah juga penting jika ibu mahu meneruskan penyusuan bayinya. Memerah dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan pam atau hanya menggunakan tangan.

Bagi ibu bekerja, menggunakan pam adalah lebih praktikal kerana ia menjimatkan masa.Walaubagaimanapun, tak kurang ramai juga yang telah berjaya memerah menggunakan tangan 'teknik marmet' kerana ia didapai lebih murah dan mudah untuk mengeluarkan susu yang dihasilkan.

Pelbagai jenis pam didapati dipasaran sekarang. Daripada pam manual, pam berbateri dan juga pam elektrik. Ianya bukan kewajipan bagi seseorang ibu untuk membelinya kerana ianya benar-benar bergantung kepada keperluan si ibu.

Klik dan baca tentang Pro & Cons Cara Memerah Susu

5)NUTRISI YANG MEMBANTU IBU MENYUSU
Tidak dinafikan tubuh ibu yang mendapat nutrisi lengkap akan berasa lebih sihat dan cergas sepanjang tempoh penyusuan mereka. Tubuh yang sihat, jiwa yang tenang dan hati yang gembira memang sangat membantu perjalanan penyusuan bayi.

Hormon oksitosin yang terhasil apabila ibu gembira akan mampu 'boost' pengeluaran susu ibu. Bagaimana ibu boleh gembira? Tentunya apabila ibu rasa tubuhnya sihat dan fikirannya bebas dari stress.. betul tak?

Ramai ibu menyusu yang berjaya menjalani penyusuan lengkap selama 2 tahun bersama nutrisi dan suplemen daripada Shaklee. Set Menyusu lengkap yang mengandungi beberapa jenis vitamin, membantu membekalkan nutrisi yang lengkap dan tepat untuk keperluan tubuh mereka.

Klik dan baca tentang SET MENYUSU SHAKLEE yang kami cadangkan untuk anda.

Jadi adalah sangat penting bagi ibu yang sedang hamil dapatkan info yang betul dan lengkap jika anda berniat mahu susukan anak anda secara exclusive.


Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Tahukah anda, ESP dan GLA Complex, membantu meningkatkan kesuburan wanita ESP dan GLA Complex, membantu wanita kelihatan berseri-seri ESP dan GLA Complex, membantu wanit...
  Like · Comment · Share

Rahsia Kumpul 155 oz dalam 2 minggu.

Rahsia akan terbongkar hari ini :)



Sebenarnya nak kumpul stok yang banyak bukanlah suatu yang susah jika kena caranya. Hehe senang je saya  cakap kan? Ok ok lets continue.

Saya kongsikan pengalaman saya sendiri mengumpul 155 oz dalam masa 2 minggu. Sebenarnya stok yang banyak ni saya collect ketika production susu saya telah mula memasuki fasa susu matang. Apa dia fasa susu matang? Fasa susu matang adalah fasa apabila penghasilan susu telah pun stabil. Daripada warna kekuningan dan cecair pekat kolustrum kepada susu yang berwarna putih susu.

Kenapa saya tunggu fasa susu matang, baru saya mulakan sesi mengepam? Kerana dalam tempoh ini susu saya memang mudah terhasil dan ia terhasil kerana hormon prolaktin yang tinggi. Setelah masuk minggu ketiga berpantang, saya mulakan sesi mengumpul stok penuh freezer ni.

BAGAIMANA NAK KUMPUL BANYAK SUSU?

Anda perlukan beberapa perkara dibawah:
  • Niat dan keazaman yang tinggi
  • Set pam yang sesuai untuk sesi memerah
  • Jadual yang tersusun 
  • Pemakanan sihat yang mengikut piramid makanan
  • Makanan tambahan seperti vitamin Shaklee jika perlu
Niat & Keazaman
Sejak mengandung lagi saya rajin membuat searching dan googleing tentang ilmu penyusuan. Dan saya telah tekad mahu menyusukan bayi saya secara 'exclusive' nanti. Pelbagai gajet penyusuan sepetri breastpump, cooler bag, botol-botol simpanan telah lengkap sebagai langkah persediaan awal untuk perjuangan penyusuan saya nanti.

Jadual memerah yang tersusun dan disiplin
Saya telah aturkan jadual seperti berikut, ala-ala jadual waktu yang saya perlu gunakan ketika saya naik kerja nanti.

Mengepam mengikut jadual yang telah ditetapkan


Kenapa perlu berjadual?
Jadual ini digunakan untuk 'trick' tubuh saya bahawa pada ketika dan saat itu, bayi saya mahu menyusu.  Jadi tubuh akan bersedia untuk menghasilkan susu pada waktu yang sama juga. Jadi mudahlah sesi mengumpul stok susu kerana payudara juga telah bersedia untuk penghasilan susu.

Saya mengutamakan keperluan bayi saya terlebih dahulu jika dalam waktu tersebut jika dia dah mintak susu. Saya akan berhenti mengepam dan susukan bayi terlebih dahulu. Lepas tu barulah saya sambung mengepam untuk mengosongkan payudara.


Pada sesi sesi awal memerah, saya tidak mendapat susu penuh satu botol pun. Ia bermula dengan 2oz-3oz sahaja. Lama-kelamaan apabila sesi perahan saya konsisten, hasil perahan saya meningkat sehingga 7oz-8oz per sesi.

Setiap kali sebelum dan selepas memerah, saya akan minum segelas air dahulu. Sangat penting untuk saya minum air agar badan tidak rasa terhidrat dan sembelit ketika saya masih berpantang.

Pemakanan dan pengambilan vitamin.
Pemakanan saya sangat terjaga. Setiap hari pasti akan ambil karbohidrat, serat, lemak dan protein. Setiap hari menu saya adalah nasi, sayur-sayuran dan lauk yang sesuai. Sesekali apabila lapar, saya akan ambil biskut dan minum milo.

Disamping pemakanan yang terjaga dengan baik, saya juga amalkan pengambilan suplemen dan vitamin daripada Shaklee. Saya berpantang dengan mood yang baik, hati yang gembira dan badan yang sihat dengan vitamin Shaklee.
Saya juga amalkan beberapa tips eksklusif berkaitan dengan pengambilan vitamin Shaklee agar penghasilan susu badan saya lebih cepat dan lancar. Yang ini kalau nak tahu, boleh dapatkan dari sesi konsultasi dengan saya nanti. Tak boleh la share di blog secara public. Hilanglah ke'exclusive'an nya kan :)

Tayang sikit produk Shaklee yang saya ambil dalam menjayakan penyusuan saya.


155 oz dalam masa 2 minggu!
Ya inilah kejayaan saya. Dalam masa 2 minggu saya dapat kumpul 155oz stok susu perahan. Stok ini memang khas untuk disimpan dan hanya digunakan setelah saya mula bekerja nanti. Saya hanya train anak saya menggunakan botol selepas usianya mencecah 1bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan kini, dah lengkap pun penyusuan penuh selama 2 tahun. Syukur.

Mudah saja bukan? Jika ibu-ibu mahu saya bantu anda dalam proses mengumpul stok, jom lakukan praktis yang sama. Kalau ada orang boleh berjaya, mengapa tidak anda?

Hubungi saya untuk konsultasi penyusuan dan produk Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Tips Penyusuan Sukses : Rooming in

Baru siapkan poster ni sebenarnya. Excited! So nak share jugak la kt blog K3S ni. Jom tengok apa dia sebenarnya rooming in.

ROOMING IN:
Rooming in selepas kelahiran bermaksud bayi anda terus tinggal bersama anda dalam bilik yang sama tanpa perlu ditinggalkan di nursery hospital seperti kebiasaannya.

Alhamdulillah, Hospital Kerajaan memang mengamalkan praktis ini.

Dan detik-detik awal penyusuan semasa rooming in adalah detik paling manis saya sebagai ibu kepada ketiga-tiga anak saya :)

Ia memang sangat membantu proses penyusuan awal kami. Walaupun badan terasa letih selepas proses kelahiran, dek kerana excited dengan baby baru, saya biasanya takkan dapat tidur. Asyik nak membelek baby je. And asyik nak suruh dia nenen je. Makumla nak test skill breastfeeding pun ye.  


Set Berpantang


Rooming in ada banyak manfaatnya, termasuklah:

* Bayi kurang menangis dan lebih mudah dipujuk
*Si ibu lebih mudah untuk mengenalpasti 'feeding cues' dari bayinya
*Membantu proses penyusuan berjalan lancar dan membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.
*Mempastikan penjagaan bayi adalah mengikut kemahuan anda, contohnya tiada pemberian pacifier, botol susu dan sebagainya
* Tiada risiko bayi TERTUKAR!


Ye betul, part mengenalpasti feeding cues tu sangat tepat. Asal baby bergerak dan mulut dia tersua-sua carik breast tu, memang cepat je kita boleh terus susukan dia. Kalau kt nursery, mungkin dia dh menangis dulu baru dapat breastfeed/menyusu.


Sebab ni lah yang akan buat baby jadi fussy. Kehendak dia tidak di attend segera. Bila balik rumah, kita dok ingat dia asyik lapar pulak. Padahal sebenarnya dia dh terbiasa, kena mengamuk dulu baru dapat susu. Kesian baby, kan?


So pada semua ibu yang tunggu waktu kelahiran, make sure anda dh bagitahu pada nurse yang anda mahukan 'rooming in'. Seriously ia sangat membantu. Kalau rasa takut letih tak dapat nak layan kehendak bayi, anda boleh terus mulakan pengambilan set berpantang untuk membuatkan tubuh ibu rasa sihat dan bertenaga

Kongsikan jika anda suka artikel ini. Mungkin ia membantu ibu baru yang lain memahami kehendak asas bayi mereka

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
FanPage : Kedai TripleS
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Perihal Penyusuan : Bila nak perah?

Assalamualaikum.

Hai ibu anggun. Walaupun sedang berpantang, saya tahu anda memang tetap dalam keadaan anggun. Sebab apa? Sebab saya tahu, anda sedang mengamalkan Set Berpantang Shaklee, kan kan kan?

Terima kasih ibu, kerana telah memberikan bayi comel anda dengan susu sendiri. Anda telah membuat pilihan yang tepat sekali. U are a great beautiful mom!

Tapi anda pasti tengah confuse, bila pulak nak start memerah susu untuk dijadikan stok? Seawal hari pertama ke? Atau tunggu dah masuk kerja je? Betul kan, ada sedang dilema.

Jadi saya ada sedikit sharing nak beri tentang waktu untuk memerah. Ini yang saya amalkan dulu lah.
Saya memilih untuk mula memerah pada hari ketiga bayi saya lahir. Pertama, sebab saya rasa breast saya masih bengkak walaupun bayi telah kenyang menyusu. Jadi tujuan utama saya perah ketika ini, adalah untuk mengurangkan rasa tidak selesa sahaja. Hanya bila perlu sahaja. Biasanya dalam 1-2kali sesi perahan.
Berapa oz yang saya dapat dihari ketiga. Tak banyak pun, dalam 1oz-3oz. Tak pa, tak banyak saya tetap simpan. Cecair yg masih dalam proses peralihan dari susu awal (kolostrum) ke susu matang masih lagi kekuningan.

Dan saya mula memerah untuk tujuan menyimpan stok ketika penghasilan susu saya telah agak stabil. Umur bayi 2 minggu. Fasa susu matang. Saya mula disiplinkan diri untuk mengepam 2kali seminggu, 7am dan 5pm

Umur bayi 4minggu, saya betul betul persiapkan diri dengan rutin mengepam seperti waktu bekerja nnt.
Jadual saya, 10 am, 2pm dan 5pm.

Dan hasilnya, memang penuhla peti beku saya tu. 

Alhamdulillah, perancangan yang rapi sangat membantu proses penyusuan susu ibu ni.
So dah dapat idea, bila waktu nak mula mengepam. Saya harap, sharing saya ini membantu.

pssss : nak lagi best, rasa badan sihat dan bertenaga sepanjang proses berpantang dan preparation Penyusuan 2 Tahun, saya amalkan set vitamin untuk berpantang dan menyusu
Nak amalkan juga, hubungi saya ye

.
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: Set Penyusuan Shaklee berkesan ke? http://t.co/VZWjNv5n Follow @lydzar Reply Retweet   00:28 Jan-19


Penyusuan sewaktu dalam pantang

Alhamdulillah, semakin ramai ibu-ibu yang sedang membudayakan penyusuan susu ibu kepada bayi tersayang. Sedari dalam alam kehamilan lagi ibu-ibu ni sudah meletakkan target utk menyusukan anaknya selama yang boleh. Alhamdulillah, saya gembira kerana semakin ramai yg kembali kepada fitrah sebenar.

Tak kurang juga semakin ramai yang menyedari kepentingan melengkapkan nutrisi ketika sedang menyusukan. Maka dengan itu, memang vitamin penyusuan Shaklee mendapat sambutan yang sangat hangat.

KENAPA SUSU SAYA TAK BANYAK MACAM ORANG LAIN LEPAS AMBIL VITAMIN?

Ye, tak dinafikan ada yang bertanyakan saya soalan ini.

Perlu diingat, penyusuan ketika bayi bersama adalah lebih fokus kepada penyusuan terus, atau direct feeding kepada bayi. Ibu menyusukan bayi mengikut permintaannya (BF on demand) setiap 1-3jam. Mungkin ibu tidak tahu berapa banyak (jumlah oz) susu yang diminum oleh bayi setiap kali dia menyusu. Dan apabila ibu mengepam, ibu hanya dpt 2-3oz sahaja. Jangan panik ye ibu sekalian :)

Selagi bayi anda menyusu mengikut demandnya dan kelihatan tenang selepas setiap sesi penyusuan, ini bermakna dia mendapat jumlah susu yang cukup untuk perutnya. Mungkin dia kerap menyusu, 1-3jam adalah normal. Kerana susu ibu sangat mudah dihadamkan. Dan bayi sangat sukakan pelukan ibunya ketika sesi penyusuan.

Dan hasil 2-3oz itu sebenarnya sudah banyak apabila anda sentiasa direct feedingkan anak anda.

Bila-bila waktu lapang (anak tidur lama) selepas susu matang terhasil, ibu semua dh boleh start pumping untuk membuat stok.

Tahukah ibu semua, kawan-kawan kita yg penuh EBM dalam freezer mereka adalah mereka yang mula membuat stok ketika dalam pantang. Jika mereka boleh, anda pon boleh.

Ibu boleh mula merancang jadual waktu mengepam yg konsisten untuk mendapat hasil yang lumayan. Saya akan kongsikan kemudian.


Ikuti kisah penyusuan yang berjaya dari kumpulan EXCLUSIVE pelanggan kami ~rujuk poster.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced
.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.