Persediaan Stok Susu Beku

Semalam kakak saya sms : "Orang dalam pantang nk pam susu berapa kali sehari?"

Untuk makluman, kakak saya baru saja melahirkan anak ketiganya pada 5 Mac 2012 yang lepas. So hari ni, baby dia baru berusia 4 hari.

Saya reply sms dia : "Time awal pantang ni, pam time baby tidur je. Nanti dah sebulan boleh pam 3 kali waktu siang"

Ye, kakak saya memang bersemangat nk fully-breastfeed anak ketiganya ni. Yang berdua dahulu mix milk. Siang formula, malam menyusu badan.

Kenapa saya advise dia just pam waktu baby tidur je? 


Kerana di awal kelahiran baby, adalah sebaiknya jika para ibu fokus pada penyusuan terus (direct feeding) berbanding fokus untuk membuat stok beku. Fahami dan utamakan rentak penyusuan bayi supaya keperluan bayi sentiasa dipenuhi. Ada bayi yang minum sekejap-sekejap tapi kerap, 1-2jam sekali dia nak menyusu. Ada juga yang bergayut lama sampai 30minit-1jam per feeding session. Jika ibu dah berfikir nak mengepam dan buat stok susu pada waktu ini, dan dapati hasil pumping hanya 1-2oz sahaja, mula lah si ibu panik fikirkan dia tak banyak susu.

Keadaan ini memang normal. Mengepam dapat hasil yang sedikit, sebab bayi sentiasa menyusu. Jadi susu belum terhasil dan memenuhi payudara. Tapi jika si ibu mengepam dgn tujuan untuk meningkatkan stimulasi, ini adalah sangat digalakkan, Memberi banyak stimulasi kepada payudara akan memberikan signal kepada otak, bahawa tubuh badan dan payudara perlu kerap menghasilkan susu demi memenuhi keperluan bayi.

Jadi bila pula waktu terbaik untuk mengepam??

Waktu terbaik untuk mengepam ketika dalam pantang adalah waktu malam 12am-6am kerana pada waktu ini, hormon prolaktin (hormon untuk menghasilkan susu) berada diparas tertinggi. Tapi boleh juga mengepam pada waktu selepas Subuh ketika bayi selesai menyusu.

Saya kongsikan jadual menyusu saya sewaktu berpantangkan Hilda dulu.

30 hari pertama : Bila-bila waktu saya free dan sesudah Hilda menyusu dan tidur. Selalunya saya pam waktu pagi 7am-8am, sebab waktu ni kakak dan abang Hilda belum bangun lagi.


30hari kemudian : berjadual 3 kali sehari mengikut jadual mengepam di opis nanti. Walaupon berselang seli dengan penyusuan terus dari Hilda, saya tetap patuh dengan jadual ini.

Sesi 1 : 8am
Sesi 2 : 11am-12pm
Sesi 3 : 3pm-4pm

Alhamdulillah, start kerja stok EBM dah memenuhi peti ais saya.

Jadi pada semua ibu-ibu baru, fokuskan kepada penyusuan terus bayi dulu ye!

Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787