UA-56349233-1
Showing posts with label Panduan Penyusuan dan Pengendalian Bagi Ibu Bekerja. Show all posts
Showing posts with label Panduan Penyusuan dan Pengendalian Bagi Ibu Bekerja. Show all posts

3 Kaedah Banyakkan Susu Ibu Yang Mama Wajib Tahu



Susu merudum?

Ramai mama mula panik jika ini berlaku sedangkan mereka telah menetapkan KPI mereka akan menyusukan secara fully breastfeeding selama 2 tahun.

Mungkin mama tidak menyedari bahawa kemeruduman susu mereka berlaku seiring dengan usia anak yang semakin membesar. Anak sudah mula makan solid food, sudah aktif bermain dan perhatian mereka mudah beralih ketika menyusu.

Konsep 'demand vs supply' memang sentiasa perlu dipatuhi walau berapa pun umur anak demi untuk mengekalkan production yang mencukupi untuk anak. Jadi kaedah memerah susu (pumping) adalah kaedah yang sangat penting untuk mama lakukan tanpa henti.

Mari saya kongsikan 3 kaedah banyakkan susu ibu yang mama wajib tahu seawal proses kehamilan lagi. Knowledge is power, kan?

3 Kaedah Banyakkan Susu Ibu Yang Mama Wajib Tahu

1. INTENSIF PUMPING

Caranya;
  • Mama mengepam setiap 2 jam
  • Ambil masa 10-15minit untuk sesi mengepam 
  • Pam lagi selepas 2 jam


Dengan cara ini, tubuh mama akan mendapat signal bahawa susu perlu dihasilkan dengan lebih banyak

Kaedah ini perlu diulangi secara konsisten sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu untuk mendapatkan keberkesanannya

2. TANDEM PUMPING

Caranya;
  • Mama mengepam sambil menyusukan anaknya (sebelah menyusu, sebelah lagi mengepam)
  • Sediakan peralatan mengepam terlebih dahulu sebelum memulakan sesi tandem pumping ini untuk memudahkan mama
  • Hal ini seperti menyusukan bayi kembar kerana kedua dua belah payudara akan mengeluarkan susu secara serentak

Dengan cara ini, tubuh mama juga akan menerima signal untuk menghasilkan susu lebih banyak kerana mama seperti sedang menyusukan anak kembar yang tinggi permintaannya

Kaedah ini juga perlu dilakukan secara rutin bagi setiap penyusuan. 
Bagi ibu yang bekerja, anda boleh lakukannya pada waktu malam termasuk ketika menyusukan anak sebelum tidur dan awal pagi

3. POWER PUMPING

Caranya;
  • Ambil masa 1 jam khas untuk mengepam
  • Boleh menggunakan pam single atau pam double.
  • Pam single ; pam sebelah kanan selama 10 minit rehat 10 minit. Pada masa sebelah kanan berehat, pam sebelah kiri selama 10minit. Ulangi sehingga habis masa 1 jam
  • Pam double; Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit, rehat 10minit. Teruskan lagi selama 20 minit dan tamat.

Power pumping memberikan tubuh mama signal secara kejutan untuk menghasilkan susu.
Cara ini akan benar-benar mengosongkan payudara dan  memberikan isyarat supaya tubuh menghasilkan lebih banyak susu. 

Jadi sekarang mama dah tahu kan apa perlu dibuat ketika mama perasan susu nampak macam dah merudum. Jangan terlalu panik. Ikut sahaja langkah-langkah membanyakkan susu badan seperti langkah-langkah diatas.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


INFORMASI PENYUSUAN : 5 PERKARA IBU MENYUSU PERLU AMBILTAHU

Jom bercerita lagi tentang topik penyusuan susu ibu..

Saya memang kerapkali dengar ayat yang bermaksud lebih kurang dengan ayat kt bawah;

"Saya dah campur susu anak saya dengan susu formula..susu saya tak meriah lah"
Kerapkali ibu yang bercita-cita nak menyusukan anaknya secara exclusive kecundang dengan alasan di atas. Adakah SUSU TAK MERIAH benar-benar jadi penyebab kepada kegagalan mereka menunaikan hak bayi dan kewajipan si ibu sendiri terhadap bayinya

Dari pengamatan dan pengalaman saya, sebenarnya ianya bukan masalah SUSU TAK MERIAH, tapi lebih kepada kurang persediaan daripada ibu itu sendiri.

Masalah biasa bagi ibu yang tidak bersedia 100% untuk penyusuan bayinya. Oleh itu sedari awal kehamilan, berusahalah untuk menambah ilmu tentang penyusuan kerana penyusuan susu badan memang nampak mudah, tetapi ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal dan juga pengorbanan ibu yang bukan sedikit, terutama sekali jika anda ibu bekerja.

Antara info yang perlu anda ketahui dalam penyusuan;

Faktor kegagalan penyusuan susu ibu

1) KOLOSTRUM, SUSU PERALIHAN & SUSU MATANG.
Ramai juga ibu yang keliru tentang jenis-jenis susu badan yang dihasilkan oleh tubuhnya.
Dan ramai juga yang menganggap sebaik sahaja bayi lahir, susu akan keluar mencurah-curah.

Ibu perlu faham bahawa susu ibu terhasil secara berperingkat iaitu kolostrun, susu peralihan dan susu matang. Di peringkat kolostrum inilah biasanya ibu keliru kerana susu kelihatan sangat sedikit dan menganggap mereka 'TIADA SUSU'. Padahal sebenarnya kolostrum inilah yang paling penting untuk diberi kepada bayi.
Baca lanjut tentang KOLOSTRUM & MANFAATNYA

Dan ramai lah yang telah 'surrender' diperingkat ini. Kasihannya bayi.
Baca dekat sini tentang JENIS-JENIS SUSU IBU

2) PATTERN PENYUSUAN SUSU IBU
Pattern atau rentak penyusuan bayi tidak sama bergantung kepada bayi. Sebab itulah kita selalu dengar nasihat "breastfeed your baby on demand"

Ini kerana, ada bayi yang menyusu secara kerap, contohnya 1jam sekali. Ada juga yang mengambil masa (gap) yang lebih lama 2-3jam sekali.
Ada bayi yang menyusu secara relax, sedikit-sedikit tetapi lama. Dan ada juga yang menyusu secara 'gelojoh' tetapi sekejap.

Apapun juga rentak penyusuan bayi anda, susukanlah mereka mengikut rentak yang mereka inginkan. Selagi kemahuan mereka dituruti, mereka akan lebih tenang dan kurang menangis atau meragam yang selalu menjadi punca si ibu berfikir bahawa anaknya TAK PUAS MENYUSU.

3)BILA PERLU MULAKAN SESI MEMERAH
Ianya bergantung kepada kemampuan anda untuk memulakannya. Jika dalam tempoh berpantang, anda perlu meninggalkan bayi bersama orang lain sebentar, maka anda bolehlah mula memerah.

Bagi ibu yang bekerja pula, sebaiknya anda mula memerah setelah usia bayi 3minggu dan keatas. Utamakan 'direct feeding' untuk menggalakkan proses 'bonding' bersama bayi. Dan jika anda telah mula memerah, lakukannya mengikut jadual tertentu dimana ia akan membantu otak anda menghantar signal yang betul untuk tubuh anda terus menghasilkan susu.

Klik dan baca tentang JADUAL MENGEPAM SUSU.

4) TEKNIK MEMERAH SUSU
Teknik memerah juga penting jika ibu mahu meneruskan penyusuan bayinya. Memerah dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan pam atau hanya menggunakan tangan.

Bagi ibu bekerja, menggunakan pam adalah lebih praktikal kerana ia menjimatkan masa.Walaubagaimanapun, tak kurang ramai juga yang telah berjaya memerah menggunakan tangan 'teknik marmet' kerana ia didapai lebih murah dan mudah untuk mengeluarkan susu yang dihasilkan.

Pelbagai jenis pam didapati dipasaran sekarang. Daripada pam manual, pam berbateri dan juga pam elektrik. Ianya bukan kewajipan bagi seseorang ibu untuk membelinya kerana ianya benar-benar bergantung kepada keperluan si ibu.

Klik dan baca tentang Pro & Cons Cara Memerah Susu

5)NUTRISI YANG MEMBANTU IBU MENYUSU
Tidak dinafikan tubuh ibu yang mendapat nutrisi lengkap akan berasa lebih sihat dan cergas sepanjang tempoh penyusuan mereka. Tubuh yang sihat, jiwa yang tenang dan hati yang gembira memang sangat membantu perjalanan penyusuan bayi.

Hormon oksitosin yang terhasil apabila ibu gembira akan mampu 'boost' pengeluaran susu ibu. Bagaimana ibu boleh gembira? Tentunya apabila ibu rasa tubuhnya sihat dan fikirannya bebas dari stress.. betul tak?

Ramai ibu menyusu yang berjaya menjalani penyusuan lengkap selama 2 tahun bersama nutrisi dan suplemen daripada Shaklee. Set Menyusu lengkap yang mengandungi beberapa jenis vitamin, membantu membekalkan nutrisi yang lengkap dan tepat untuk keperluan tubuh mereka.

Klik dan baca tentang SET MENYUSU SHAKLEE yang kami cadangkan untuk anda.

Jadi adalah sangat penting bagi ibu yang sedang hamil dapatkan info yang betul dan lengkap jika anda berniat mahu susukan anak anda secara exclusive.


Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Tahukah anda, ESP dan GLA Complex, membantu meningkatkan kesuburan wanita ESP dan GLA Complex, membantu wanita kelihatan berseri-seri ESP dan GLA Complex, membantu wanit...
  Like · Comment · Share

Teknik Memerah Susu : Marmet VS Breastpump.

Rutin mengepam susu dah jadi amalan KEMESTIAN atau amalan WAJIB bagi ibu bekerja yang menyusukan anak mereka secara EKSKLUSIF. Mereka perlu memastikan bayi yang ditinggalkan sepanjang tempoh berkerja mendapat bekalan susu perahan secukupnya.
Dan rutin mengepam turut merupakan salah satu cara terbaik supaya production susu mereka tetap terhasil secara berterusan.

Terdapat banyak gadget atau peralatan memerah sekarang. Manual, elektrik, bateri, 2 in 1 dan sebagainya. Semuanya telah direka khas mengikut budget dan kesesuaian penggunaan para ibu. Tapi jangan dilupa, Allah S.W.T telah mencipta sepasang tangan yang sangat banyak kegunaannya termasuk buat si ibu menyusu. Memerah menggunakan tangan dinamakan teknik Marmet.

Mengepam atau memerah, mana satu pilihan anda?

Set Breastfeeding Shaklee

Set Breastfeeding Shaklee

Saya sendiri waktu bekerja dahulu, menggunakan beberapa jenis pam untuk sesi memerah. Antara breastpump yang pernah saya miliki adalah Spectra3, Unimom Allegro dan Medela Freestyle. Walaubagaimanapun, selepas siap mengepam, saya akan tetap mengosongkan payudara menggunakan teknik Marmet agar ianya benar-benar kosong sebelum sesi perahan berikutnya.

Bagi saya kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Breastpump memudahkan urusan mengepam. Dalam waktu mengepam, si ibu mungkin boleh membuat bacaan ayat Al-Quran atau zikir-zikir perbanyak susu ibu tanpa perlu memerhatikan botol susu yang sedang dipenuhi.

Dan teknik Marmet amat berguna dikala ibu sedang mengalami bengkak susu. Kerana jari sendiri boleh mengenalpasti dikawasan mana terdapat bengkak atau benjolan, jadi si ibu boleh fokus dan mengurut kawasan yang sakit tadi. Dan kebiasaannya, si ibu lebih mudah mendapat let down reflects apabila menggunakan teknik marmet.

Dapatkan Set Breastfeeding Shaklee bagi membekalkan nutrisi penting sepanjang proses penyusuan bayi anda di Kedai TripleS

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Konsep Demand vs Supply dalam penyusuan susu ibu.

Untuk penghasilan susu ibu yang berterusan dan konsisten, rules demand-supply amatlah penting. Bila ada permintaan maka ada lah penghasilan.



Kali ni tentang konsep demand vs supply. Banyak analogi yang kita boleh gunakan untuk membayangkan konsep ini. Antaranya adalah konsep tangki simbah dalam toilet kita tu. 
 

Cantik tangki ni kan, ada kura-kura lagi. Hihi

Lets imagine, bila kita gunakan toilet dan flush, air dari tank akan dicurahkan ke toilet bowl utk membersihkannya. Then bila dah habis air tercurah, air akan automatically di isi semula (refill) oleh saluran paip. Air akan mengalir masuk sampai la tanki tu penuh. Even if baru separuh tank refill, then hasben kita pulak guna toilet. Dia flush lagi..Air yang dh masuk separuh tadi akan habis digunakan. Tp proses yg sama ~refill tank~ akan automatik berlaku lagi. Bila tank dah penuh, pengaliran air akan terhenti.

Macam gitulah kaedahnya DEMAND vs SUPPLY. Kalau mahu membuat stok EBM, maka kenalah kerapkan mengepam susu. Biarpon hasilnya hanyalah 1-2oz, ianya masih boleh disimpan sebagai stok. Dan walaupon kita baru saja sudah mengepam, anak pula inginkan direct feeding. Layankan saja. Jangan risau susu tiada. Ada sebenarnya.  Cuma mungkin pengalirannya agak perlahan. Jika anda sabar menanti, letdown reflex tetap akan tiba setelah beberapa minit direct feeding.

Berbalik pada toilet tank tadi, pengaliran air akan terhenti apabila telah sampai ke aras penunjuk air penuh. Satu signal akan dihantar ke otak. Bila diterjemahkan ia berbunyi..

Supply dah cukup, takyah hasilkan susu dah.
So once kita flush, air akan mencurah-curah masuk ke toilet bowl. Sama juga seperti sesi perahan, kalau kita tunggu breast terasa penuh, kita boleh collect satu amaun yang agak banyak .. Maklumla ia dibiarkan dalam tempoh yang lama. Tapi cara ini akan memberikan efek jangka panjang. Otak jarang mendapat signal kerana menyangkakan supply adalah mencukupi. Lama kelamaan anda akan dapati supply susu anda semakin berkurangan. Ini lah akibatnya kerana tidak memberi rangsangan dan signal kepada otak utk terus menghasilkan susu. Bukan kita tak boleh nk upkan semula production susu, tapi kena kerja keraslah.

So advise saya..juga utk peringatan diri sendiri juga..

* Kena patuh pada jadual mengepam yang konsisten di tempat kerja dan kerapkann memberi directfeeding dirumah termasuk penyusuan diwaktu malam.
Anda boleh pilih untuk disiplin dan konsisten, atau menggelabah ketika masalah melanda. Pilihan ditangan anda. Saya memilih utk konsisten..walaupon mmg kadang-kadang terlanggar juga prinsip itu.

 Ibu mungkin nak cuba Set Penyusuan Shaklee dalam meneruskan misi dan perjuangan anda, klik sini untuk bacaan lanjut tentang Set Penyusuan @ Kedai TripleS


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Q and A Ibu Menyusu : Bagaimana nak elakkan rasa letih

Soalan : Salam Puan. Saya adalah seorang ibu yang menyusukan anak secara exclusive. Selain itu juga saya adalah seorang pelajar IPTA. Masalah saya ialah, saya kerap sangat rasa letih dengan aktiviti harian saya. Bagaimana saya nak mengekalkan tenaga agar semua tanggungjawab saya sebagai ibu, isteri dan pelajar tidak terabai.

Jawapan:
Letih dan penat adalah masalah biasa bagi golongan kaum ibu. Tanggungjawab dan beban yang tergalas membuatkan ibu rasa terlalu banyak yang perlu dibuat dan ini menyebabkan keletihan fizikal dan mental kepada tubuhnya. Antara faktor penyumbang adalah stress, lebih kerja atau ibu sedang sakit.

Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Pakar laktasi Rita Rahayu Omar dalam buku Hebat Susu Ibu menasihatkan para ibu dengan tips ini, iaitu 'menyimpan tenaga'.Bagaimana nak 'menyimpan tenaga'?
Dapatkan bantuan ibu bapa, pembantu rumah, saudara mara atau jiran-jiran.

Antara tips untuk 'menyimpan tenaga' yang beliau kongsikan.
  • Tidur apabila bayi tidur. Ambil peluang yang ada untuk berehat walaupun ketika itu ada tetamu.
  • Minum banyak air, 9-12 gelas air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah dan menyebabkan keletihan.
  • Ambil makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ dan otot.
  • Elak mengambil makanan berlemak.
  • Seimbangkan pengambilan protein
  • Kawal pemakanan. Hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum perut kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek

Dan atas sebab inilah, kami di Kedai Triple-S pula mengesyorkan pengambilan vitamin seiring dengan tempoh penyusuan dan gaya hidup aktif para ibu. Andaikata anda tak mampu untuk menjaga dan menjalankan gaya hidup seperti yang disarankan oleh pakar laktasi.

Set Triple-M yang mengandungi 6 jenis vitamin ini mampu membekalkan anda dengan nutrisi yang anda tak dapat daripada pemakanan lengkap. Bagaimanapun, saranan ini saya tujukan khas buat para ibu yang memang tak mampu nk 'eat balance foods' ye.


Ini adalah cadangan saya bagi ibu menyusu yang mahu kekal sihat sambil menyusukan anak mereka. Baca akan khasiat bagi setiap jenis vitamin dalam set penyusuan lengkap ini.

1. Vitalea - mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh badan termasuk zat besi yang penting untuk pembinaan darah. Diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusu agar si ibu cukup darah dan tak mudah pengsan serta membekalkan zat besi untuk pertumbuhan anak.

2. Vitamin C - berfungsi sebagai antioksidan yang membantu mencegah dari sakit serta pertumbuhan kolagen dalam tisu kulit untuk proses penyembuhan yang cepat.

3. B Complex - bertindak sebagai penenang, membantu membakar glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sangat diperlukan oleh mereka yang rendah metabolisme. Menjadikan badan ibu yang menyusu bertenaga dan gembira kerana kestabilan hormon, juga membantu fokus yang lebih baik.

4. Ostematrix (Kalsium Magnesium) - sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang bayi dan darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Setiap 1biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu penggabungan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.

5. Energizing Soy Protein (ESP) - mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Merupakan non-GMO soy iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan merupakan sumber pemberi tenaga yang segera. Membantu penghasilan susu dengan cepat
bagi ibu yang menyusu.

6. Afalfa Complex : Terkenal sebagai milk booster. Selain itu ia mencuci usus bagi membuang toksik, membantu masalah penghadaman dan pencernaan, dan melegakan sembelit.

Baca testimoni Set Triple M dari Puan Ana DISINI
Baca pelbagai testimoni dari pelanggan tentang Set Breastfeeding Shaklee DI SINI.

-------------------------------------------------------------------------
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Rahsia Kumpul 155 oz dalam 2 minggu.

Rahsia akan terbongkar hari ini :)



Sebenarnya nak kumpul stok yang banyak bukanlah suatu yang susah jika kena caranya. Hehe senang je saya  cakap kan? Ok ok lets continue.

Saya kongsikan pengalaman saya sendiri mengumpul 155 oz dalam masa 2 minggu. Sebenarnya stok yang banyak ni saya collect ketika production susu saya telah mula memasuki fasa susu matang. Apa dia fasa susu matang? Fasa susu matang adalah fasa apabila penghasilan susu telah pun stabil. Daripada warna kekuningan dan cecair pekat kolustrum kepada susu yang berwarna putih susu.

Kenapa saya tunggu fasa susu matang, baru saya mulakan sesi mengepam? Kerana dalam tempoh ini susu saya memang mudah terhasil dan ia terhasil kerana hormon prolaktin yang tinggi. Setelah masuk minggu ketiga berpantang, saya mulakan sesi mengumpul stok penuh freezer ni.

BAGAIMANA NAK KUMPUL BANYAK SUSU?

Anda perlukan beberapa perkara dibawah:
  • Niat dan keazaman yang tinggi
  • Set pam yang sesuai untuk sesi memerah
  • Jadual yang tersusun 
  • Pemakanan sihat yang mengikut piramid makanan
  • Makanan tambahan seperti vitamin Shaklee jika perlu
Niat & Keazaman
Sejak mengandung lagi saya rajin membuat searching dan googleing tentang ilmu penyusuan. Dan saya telah tekad mahu menyusukan bayi saya secara 'exclusive' nanti. Pelbagai gajet penyusuan sepetri breastpump, cooler bag, botol-botol simpanan telah lengkap sebagai langkah persediaan awal untuk perjuangan penyusuan saya nanti.

Jadual memerah yang tersusun dan disiplin
Saya telah aturkan jadual seperti berikut, ala-ala jadual waktu yang saya perlu gunakan ketika saya naik kerja nanti.

Mengepam mengikut jadual yang telah ditetapkan


Kenapa perlu berjadual?
Jadual ini digunakan untuk 'trick' tubuh saya bahawa pada ketika dan saat itu, bayi saya mahu menyusu.  Jadi tubuh akan bersedia untuk menghasilkan susu pada waktu yang sama juga. Jadi mudahlah sesi mengumpul stok susu kerana payudara juga telah bersedia untuk penghasilan susu.

Saya mengutamakan keperluan bayi saya terlebih dahulu jika dalam waktu tersebut jika dia dah mintak susu. Saya akan berhenti mengepam dan susukan bayi terlebih dahulu. Lepas tu barulah saya sambung mengepam untuk mengosongkan payudara.


Pada sesi sesi awal memerah, saya tidak mendapat susu penuh satu botol pun. Ia bermula dengan 2oz-3oz sahaja. Lama-kelamaan apabila sesi perahan saya konsisten, hasil perahan saya meningkat sehingga 7oz-8oz per sesi.

Setiap kali sebelum dan selepas memerah, saya akan minum segelas air dahulu. Sangat penting untuk saya minum air agar badan tidak rasa terhidrat dan sembelit ketika saya masih berpantang.

Pemakanan dan pengambilan vitamin.
Pemakanan saya sangat terjaga. Setiap hari pasti akan ambil karbohidrat, serat, lemak dan protein. Setiap hari menu saya adalah nasi, sayur-sayuran dan lauk yang sesuai. Sesekali apabila lapar, saya akan ambil biskut dan minum milo.

Disamping pemakanan yang terjaga dengan baik, saya juga amalkan pengambilan suplemen dan vitamin daripada Shaklee. Saya berpantang dengan mood yang baik, hati yang gembira dan badan yang sihat dengan vitamin Shaklee.
Saya juga amalkan beberapa tips eksklusif berkaitan dengan pengambilan vitamin Shaklee agar penghasilan susu badan saya lebih cepat dan lancar. Yang ini kalau nak tahu, boleh dapatkan dari sesi konsultasi dengan saya nanti. Tak boleh la share di blog secara public. Hilanglah ke'exclusive'an nya kan :)

Tayang sikit produk Shaklee yang saya ambil dalam menjayakan penyusuan saya.


155 oz dalam masa 2 minggu!
Ya inilah kejayaan saya. Dalam masa 2 minggu saya dapat kumpul 155oz stok susu perahan. Stok ini memang khas untuk disimpan dan hanya digunakan setelah saya mula bekerja nanti. Saya hanya train anak saya menggunakan botol selepas usianya mencecah 1bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan kini, dah lengkap pun penyusuan penuh selama 2 tahun. Syukur.

Mudah saja bukan? Jika ibu-ibu mahu saya bantu anda dalam proses mengumpul stok, jom lakukan praktis yang sama. Kalau ada orang boleh berjaya, mengapa tidak anda?

Hubungi saya untuk konsultasi penyusuan dan produk Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Breastfeeding Checklist : Yang wajib dan yang tak wajib ada

Anda sedang bersiap sedia nak sambut orang baru? Mesti sangat excited mencari-cari keperluan bayi. Lagi pulak kalau anda dh buat keputusan nak menyusukan anak. Mestilah nak bagi yang terbaik untuk anak kan?
 
Dalam pada membuat persediaan, saya pasti sedikit sebanyak anda akan rasa keliru tentang apa yang perlu dibeli. Ibu bekerja pastinya memerlukan gajet penyusuan bagi memudahkan proses memerah di pejabat nanti. Ok, tak perlu keliru ye. Jom saya sharekan breastfeeding checklist untuk anda.
 
Yang paling penting, perlu ada..

One Breast..

One Baby..

Itu saja..simple kan? :)



Sebenarnya memang terdapat banyak sangat gajet tambahan dijual dikedai-kedai diluar sana utk memudahkan proses penyusuan. Terutama kepada kaum ibu yang bekerja.

Gajet dan peralatan extra tersebut bukanlah sesuatu yang wajib utk dimiliki oleh ibu yang menyusukan. Ianya hanya bergantung pada keperluan individu. Jangan terlalu stress jika anda tidak dapat membeli kesemua peralatan tersebut sekiranya ia adalah diluar kemampuan.

Bak kata Kellymom.com : The "extras" are nice at times, but they are not needed for a successful breastfeeding relationship.

Berikut adalah senarai gajet dan peralatan tambahan yang biasanya dikaitkan dgn penyusuan;
 
 
Yang perlu ada bagi seorang ibu bekerja:
  • Set Pam
  • Cooler bag 
  • Bekas menyimpan susu perahan
Aksesori tambahan bagi ibu bekerja;
  • Nursing Bra
  • Nursing clothing / blouse
  • Nursing pads
  • Nursing pillow
  • Baby carrier  
  • Nursing cover 
  • Nipple shields

Note : Convenient and helpful for most, but not necessary..masih ramai yg berjaya without semua tu..

Happy Breastfeeding!!!

Sumber artikel : Kellymom.com
 
So beli yang paling perlu sahaja dulu mengikut kemampuan anda. Tak perlu bergolok gadai untuk penyusuan bayi. Kerana ia sebenar proses yang mudah. Jangan kita susahkannya ye. 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head