Teknik Memerah Susu : Marmet VS Breastpump.

Rutin mengepam susu dah jadi amalan KEMESTIAN atau amalan WAJIB bagi ibu bekerja yang menyusukan anak mereka secara EKSKLUSIF. Mereka perlu memastikan bayi yang ditinggalkan sepanjang tempoh berkerja mendapat bekalan susu perahan secukupnya.
Dan rutin mengepam turut merupakan salah satu cara terbaik supaya production susu mereka tetap terhasil secara berterusan.

Terdapat banyak gadget atau peralatan memerah sekarang. Manual, elektrik, bateri, 2 in 1 dan sebagainya. Semuanya telah direka khas mengikut budget dan kesesuaian penggunaan para ibu. Tapi jangan dilupa, Allah S.W.T telah mencipta sepasang tangan yang sangat banyak kegunaannya termasuk buat si ibu menyusu. Memerah menggunakan tangan dinamakan teknik Marmet.

Mengepam atau memerah, mana satu pilihan anda?

Set Breastfeeding Shaklee

Set Breastfeeding Shaklee

Saya sendiri waktu bekerja dahulu, menggunakan beberapa jenis pam untuk sesi memerah. Antara breastpump yang pernah saya miliki adalah Spectra3, Unimom Allegro dan Medela Freestyle. Walaubagaimanapun, selepas siap mengepam, saya akan tetap mengosongkan payudara menggunakan teknik Marmet agar ianya benar-benar kosong sebelum sesi perahan berikutnya.

Bagi saya kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Breastpump memudahkan urusan mengepam. Dalam waktu mengepam, si ibu mungkin boleh membuat bacaan ayat Al-Quran atau zikir-zikir perbanyak susu ibu tanpa perlu memerhatikan botol susu yang sedang dipenuhi.

Dan teknik Marmet amat berguna dikala ibu sedang mengalami bengkak susu. Kerana jari sendiri boleh mengenalpasti dikawasan mana terdapat bengkak atau benjolan, jadi si ibu boleh fokus dan mengurut kawasan yang sakit tadi. Dan kebiasaannya, si ibu lebih mudah mendapat let down reflects apabila menggunakan teknik marmet.

Dapatkan Set Breastfeeding Shaklee bagi membekalkan nutrisi penting sepanjang proses penyusuan bayi anda di Kedai TripleS

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head