Rahsia Kumpul 155 oz dalam 2 minggu.

Rahsia akan terbongkar hari ini :)



Sebenarnya nak kumpul stok yang banyak bukanlah suatu yang susah jika kena caranya. Hehe senang je saya  cakap kan? Ok ok lets continue.

Saya kongsikan pengalaman saya sendiri mengumpul 155 oz dalam masa 2 minggu. Sebenarnya stok yang banyak ni saya collect ketika production susu saya telah mula memasuki fasa susu matang. Apa dia fasa susu matang? Fasa susu matang adalah fasa apabila penghasilan susu telah pun stabil. Daripada warna kekuningan dan cecair pekat kolustrum kepada susu yang berwarna putih susu.

Kenapa saya tunggu fasa susu matang, baru saya mulakan sesi mengepam? Kerana dalam tempoh ini susu saya memang mudah terhasil dan ia terhasil kerana hormon prolaktin yang tinggi. Setelah masuk minggu ketiga berpantang, saya mulakan sesi mengumpul stok penuh freezer ni.

BAGAIMANA NAK KUMPUL BANYAK SUSU?

Anda perlukan beberapa perkara dibawah:
  • Niat dan keazaman yang tinggi
  • Set pam yang sesuai untuk sesi memerah
  • Jadual yang tersusun 
  • Pemakanan sihat yang mengikut piramid makanan
  • Makanan tambahan seperti vitamin Shaklee jika perlu
Niat & Keazaman
Sejak mengandung lagi saya rajin membuat searching dan googleing tentang ilmu penyusuan. Dan saya telah tekad mahu menyusukan bayi saya secara 'exclusive' nanti. Pelbagai gajet penyusuan sepetri breastpump, cooler bag, botol-botol simpanan telah lengkap sebagai langkah persediaan awal untuk perjuangan penyusuan saya nanti.

Jadual memerah yang tersusun dan disiplin
Saya telah aturkan jadual seperti berikut, ala-ala jadual waktu yang saya perlu gunakan ketika saya naik kerja nanti.

Mengepam mengikut jadual yang telah ditetapkan


Kenapa perlu berjadual?
Jadual ini digunakan untuk 'trick' tubuh saya bahawa pada ketika dan saat itu, bayi saya mahu menyusu.  Jadi tubuh akan bersedia untuk menghasilkan susu pada waktu yang sama juga. Jadi mudahlah sesi mengumpul stok susu kerana payudara juga telah bersedia untuk penghasilan susu.

Saya mengutamakan keperluan bayi saya terlebih dahulu jika dalam waktu tersebut jika dia dah mintak susu. Saya akan berhenti mengepam dan susukan bayi terlebih dahulu. Lepas tu barulah saya sambung mengepam untuk mengosongkan payudara.


Pada sesi sesi awal memerah, saya tidak mendapat susu penuh satu botol pun. Ia bermula dengan 2oz-3oz sahaja. Lama-kelamaan apabila sesi perahan saya konsisten, hasil perahan saya meningkat sehingga 7oz-8oz per sesi.

Setiap kali sebelum dan selepas memerah, saya akan minum segelas air dahulu. Sangat penting untuk saya minum air agar badan tidak rasa terhidrat dan sembelit ketika saya masih berpantang.

Pemakanan dan pengambilan vitamin.
Pemakanan saya sangat terjaga. Setiap hari pasti akan ambil karbohidrat, serat, lemak dan protein. Setiap hari menu saya adalah nasi, sayur-sayuran dan lauk yang sesuai. Sesekali apabila lapar, saya akan ambil biskut dan minum milo.

Disamping pemakanan yang terjaga dengan baik, saya juga amalkan pengambilan suplemen dan vitamin daripada Shaklee. Saya berpantang dengan mood yang baik, hati yang gembira dan badan yang sihat dengan vitamin Shaklee.
Saya juga amalkan beberapa tips eksklusif berkaitan dengan pengambilan vitamin Shaklee agar penghasilan susu badan saya lebih cepat dan lancar. Yang ini kalau nak tahu, boleh dapatkan dari sesi konsultasi dengan saya nanti. Tak boleh la share di blog secara public. Hilanglah ke'exclusive'an nya kan :)

Tayang sikit produk Shaklee yang saya ambil dalam menjayakan penyusuan saya.


155 oz dalam masa 2 minggu!
Ya inilah kejayaan saya. Dalam masa 2 minggu saya dapat kumpul 155oz stok susu perahan. Stok ini memang khas untuk disimpan dan hanya digunakan setelah saya mula bekerja nanti. Saya hanya train anak saya menggunakan botol selepas usianya mencecah 1bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan kini, dah lengkap pun penyusuan penuh selama 2 tahun. Syukur.

Mudah saja bukan? Jika ibu-ibu mahu saya bantu anda dalam proses mengumpul stok, jom lakukan praktis yang sama. Kalau ada orang boleh berjaya, mengapa tidak anda?

Hubungi saya untuk konsultasi penyusuan dan produk Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head