APAKAH CIRI-CIRI BAYI TERSEDAK SUSU?
Antara tanda-tanda yang dikenalpasti sebagai tersedak susu adalah seperti berikut:
- Tersedak dan tercungap-cungap, batuk ketika sedang menyusu
- Mengetap atau menggigit puting botol ketika susu memancut keluar
- Sering muntah atau muak susu
Aliran yang terlalu laju bukan sahaja terjadi ketika bayi sedang menyusu menggunakan botol, malah ia terjadi juga kepada bayi yang menyusu secara terus daripada ibunya. Dan ini kerap berlaku ketika si ibu sedang 'let down reflect'. Aliran susu yang laju ketika 'let down reflect' seringkali membuat bayi tercungap-cungap dan segera melepaskan payudara ibunya.
BAGAIMANA MENGAWAL ALIRAN SUSU YANG LAJU?
Penyusuan melalui botol:
- Perlu pilih saiz puting yang sesuai mengikut umur bayi. Jangan gunakan puting yang mempunyai lubang terlalu besar. Pilih X atau Y cut, kerana susu tidak akan meleleh keluar kecuali di hisap.
- Susukan bayi sambil meriba mereka. Untuk memastikan kedudukan bayi dalam keadaan yang selamat semasa sedang menyusu, sebaiknya bayi diriba dipangkuan dan berilah sepenuh perhatian kepada bayi sehingga dia habis menyusu
- Jangan biarkan bayi menyusu sendirian. Ada kes dimana pengasuh/ibu menyendal botol pada towel atau bantal dan bayi dibiarkan menyusu sendiri. AWAS! Ini adalah sangat berbahaya.
Contoh pilihan puting botol susu |
Penyusuan terus dari payudara:
- Susukan bayi menggunakan kaedah craddle hold atau football hold.
- Susukan bayi sambil mengiring supaya bayi boleh mengalirkan susu keluar dari sisi mulutnya jika terlalu banyak atau terlalu laju.
- Susukan bayi dengan ebih kerap supaya bekalan susu yang terkumpul pada satu-satu masa tidak terlalu banyak
- Lepaskan hisapan bayi semasa sedang 'let down reflect', gunakan tuala atau breastpad untuk menekap payudara. Apabila aliran susu mulai perlahan, sambung semula sesi penyusuan.
Semoga dengan adanya tips ini dapat membantu mengatasi masalah bayi tersedak. Langkah pencegahan lebih baik daripada merawat kan? Ingatlah bayi adalah anugerah dari Allah yang perlu kita jaga sebaiknya. Jangan kerana mahu mudah dan cepat, langkah-langkah keselamatan terhadap mereka diabaikan.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
|
Contact me: lydzar humble_head