INFORMASI PENYUSUAN : 5 PERKARA IBU MENYUSU PERLU AMBILTAHU

Jom bercerita lagi tentang topik penyusuan susu ibu..

Saya memang kerapkali dengar ayat yang bermaksud lebih kurang dengan ayat kt bawah;

"Saya dah campur susu anak saya dengan susu formula..susu saya tak meriah lah"
Kerapkali ibu yang bercita-cita nak menyusukan anaknya secara exclusive kecundang dengan alasan di atas. Adakah SUSU TAK MERIAH benar-benar jadi penyebab kepada kegagalan mereka menunaikan hak bayi dan kewajipan si ibu sendiri terhadap bayinya

Dari pengamatan dan pengalaman saya, sebenarnya ianya bukan masalah SUSU TAK MERIAH, tapi lebih kepada kurang persediaan daripada ibu itu sendiri.

Masalah biasa bagi ibu yang tidak bersedia 100% untuk penyusuan bayinya. Oleh itu sedari awal kehamilan, berusahalah untuk menambah ilmu tentang penyusuan kerana penyusuan susu badan memang nampak mudah, tetapi ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal dan juga pengorbanan ibu yang bukan sedikit, terutama sekali jika anda ibu bekerja.

Antara info yang perlu anda ketahui dalam penyusuan;

Faktor kegagalan penyusuan susu ibu

1) KOLOSTRUM, SUSU PERALIHAN & SUSU MATANG.
Ramai juga ibu yang keliru tentang jenis-jenis susu badan yang dihasilkan oleh tubuhnya.
Dan ramai juga yang menganggap sebaik sahaja bayi lahir, susu akan keluar mencurah-curah.

Ibu perlu faham bahawa susu ibu terhasil secara berperingkat iaitu kolostrun, susu peralihan dan susu matang. Di peringkat kolostrum inilah biasanya ibu keliru kerana susu kelihatan sangat sedikit dan menganggap mereka 'TIADA SUSU'. Padahal sebenarnya kolostrum inilah yang paling penting untuk diberi kepada bayi.
Baca lanjut tentang KOLOSTRUM & MANFAATNYA

Dan ramai lah yang telah 'surrender' diperingkat ini. Kasihannya bayi.
Baca dekat sini tentang JENIS-JENIS SUSU IBU

2) PATTERN PENYUSUAN SUSU IBU
Pattern atau rentak penyusuan bayi tidak sama bergantung kepada bayi. Sebab itulah kita selalu dengar nasihat "breastfeed your baby on demand"

Ini kerana, ada bayi yang menyusu secara kerap, contohnya 1jam sekali. Ada juga yang mengambil masa (gap) yang lebih lama 2-3jam sekali.
Ada bayi yang menyusu secara relax, sedikit-sedikit tetapi lama. Dan ada juga yang menyusu secara 'gelojoh' tetapi sekejap.

Apapun juga rentak penyusuan bayi anda, susukanlah mereka mengikut rentak yang mereka inginkan. Selagi kemahuan mereka dituruti, mereka akan lebih tenang dan kurang menangis atau meragam yang selalu menjadi punca si ibu berfikir bahawa anaknya TAK PUAS MENYUSU.

3)BILA PERLU MULAKAN SESI MEMERAH
Ianya bergantung kepada kemampuan anda untuk memulakannya. Jika dalam tempoh berpantang, anda perlu meninggalkan bayi bersama orang lain sebentar, maka anda bolehlah mula memerah.

Bagi ibu yang bekerja pula, sebaiknya anda mula memerah setelah usia bayi 3minggu dan keatas. Utamakan 'direct feeding' untuk menggalakkan proses 'bonding' bersama bayi. Dan jika anda telah mula memerah, lakukannya mengikut jadual tertentu dimana ia akan membantu otak anda menghantar signal yang betul untuk tubuh anda terus menghasilkan susu.

Klik dan baca tentang JADUAL MENGEPAM SUSU.

4) TEKNIK MEMERAH SUSU
Teknik memerah juga penting jika ibu mahu meneruskan penyusuan bayinya. Memerah dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan pam atau hanya menggunakan tangan.

Bagi ibu bekerja, menggunakan pam adalah lebih praktikal kerana ia menjimatkan masa.Walaubagaimanapun, tak kurang ramai juga yang telah berjaya memerah menggunakan tangan 'teknik marmet' kerana ia didapai lebih murah dan mudah untuk mengeluarkan susu yang dihasilkan.

Pelbagai jenis pam didapati dipasaran sekarang. Daripada pam manual, pam berbateri dan juga pam elektrik. Ianya bukan kewajipan bagi seseorang ibu untuk membelinya kerana ianya benar-benar bergantung kepada keperluan si ibu.

Klik dan baca tentang Pro & Cons Cara Memerah Susu

5)NUTRISI YANG MEMBANTU IBU MENYUSU
Tidak dinafikan tubuh ibu yang mendapat nutrisi lengkap akan berasa lebih sihat dan cergas sepanjang tempoh penyusuan mereka. Tubuh yang sihat, jiwa yang tenang dan hati yang gembira memang sangat membantu perjalanan penyusuan bayi.

Hormon oksitosin yang terhasil apabila ibu gembira akan mampu 'boost' pengeluaran susu ibu. Bagaimana ibu boleh gembira? Tentunya apabila ibu rasa tubuhnya sihat dan fikirannya bebas dari stress.. betul tak?

Ramai ibu menyusu yang berjaya menjalani penyusuan lengkap selama 2 tahun bersama nutrisi dan suplemen daripada Shaklee. Set Menyusu lengkap yang mengandungi beberapa jenis vitamin, membantu membekalkan nutrisi yang lengkap dan tepat untuk keperluan tubuh mereka.

Klik dan baca tentang SET MENYUSU SHAKLEE yang kami cadangkan untuk anda.

Jadi adalah sangat penting bagi ibu yang sedang hamil dapatkan info yang betul dan lengkap jika anda berniat mahu susukan anak anda secara exclusive.


Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Tahukah anda, ESP dan GLA Complex, membantu meningkatkan kesuburan wanita ESP dan GLA Complex, membantu wanita kelihatan berseri-seri ESP dan GLA Complex, membantu wanit...
  Like · Comment · Share