Kehamilan Sihat : Persediaan Sebelum Hamil




kehamilan sihat


Adalah penting bagi setiap pasangan merancang kehamilan mereka. Ini bagi memastikan kandungan dan kehamilan yang sihat dan berjalan lancar sepanjang tempoh kehamilan.
Sebelum seseorang wanita bersedia untuk hamil, beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Antara perkara tersebut termasuklah;
✿ Diet seimbang
✿ Pemeriksaan kesihatan
✿ Senaman
✿ Stres

✿ Diet seimbang dan asid folik:
Pengambilan sayur-sayuran hijau yang tinggi asid folik amat digalakkan. Setiap wanita dicadangkan mengambil suplemen asid folik sebanyak 0.5 miligram sehari selama beberapa bulan sebelum mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (terutamanya spina bifida) terhadap bayi. Terdapat perkaitan antara pengambilan asid folik dengan pengurangan kecacatan terbabit dalam kalangan bayi.


asid folik penting untuk kehamilan
Sumber asid folik daripada makanan


✿ Pemeriksaan kesihatan
Selepas sejarah riwayat pesakit diambil, pemeriksaan seterusnya termasuklah pemeriksaan rahim. Pemeriksaan rahim wanita adalah tidak lengkap tanpa pemeriksaan faraj atau vagina. Pemeriksaan faraj ialah suatu perkara yang agak sensitif. Mungkin ada sebilangan kecil wanita yang tidak membenarkan doktor menjalankan pemeriksaan ini disebabkan oleh perasaan malu. Pemeriksaan ini bertujuan mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pemeriksaan juga untuk memastikan sama ada terdapat ketumbuhan di rahim atau ovari.

Pada masa yang sama ujian Pap smear biasanya akan dilakukan. Ujian Pap smear harus dilakukan. Sila hubungi doktor anda untuk menjalankan ujian Pap smear. Setiap tahun selama tiga tahun berturut dan sekiranya keputusan normal, boleh dilakukan setiap tiga tahun.

✿ Senaman
Senaman ringan yang berkala amat digalakkan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa senaman berat tidak patut dilakukan lebih daripada empat kali seminggu semasa kehamilan. Kajian juga menunjukkan senaman berat yang kerap (contohnya latihan atlet) boleh mempengaruhi kitaran haid dan kesuburan.



✿ Stres
Tiada bukti yang jelas tentang perkaitan antara stres dengan kesuburan kerana ada sesetengah wanita masih mampu hamil di saat yang paling stres dalam kehidupan mereka dan ada yang tidak kerana mungkin terdapat perubahan pada aktiviti seksual dan ovulasi mereka pada waktu itu.

Anda digalakkan berkongsi masalah dengan pasangan atau teman rapat. Sekiranya anda memerlukan lebih bantuan, anda perlu mendapatkan khidmat doktor atau kaunselor.



Olahan semula dari artikel Utusan Malaysia




Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Selamat pagi.. Sekadar persoalan, mampu tak kita nak makan sumber makanan macam dalam gambar tu. Biasanya tak cukup.
  Like · Comment · Share